Ahad, 28 Februari 2021

Pertahanan diri tidak memerlukan izin

 


Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

Ahmed Alhasan احمد الحسن / 12 Jun, 2014:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya harap semua orang berada dalam keadaan baik dan sihat.

Saya menerima soalan ini beberapa ketika yang lalu dari Syeikh Nadzim Al-Uqaili, semoga Allah memeliharanya, di pejabat Najaf Al-Asyraf, dan saya akan memindahkannya di sini pertanyaan dan jawapannya kerana cara ini lebih pendek untuk menyampaikan jawapan kepada Syeikh dan para ansar, semoga Allah memelihara mereka dan menyelamatkan mereka dari segala musibah .

Persoalannya: Berkenaan dengan para ansar Imam Mahdi (as) di Tal Afar, Balad, dan wilayah yang diserang oleh pengganas dan ISIS, adakah dibenarkan para ansar untuk bergabung atau turut serta dengan puak atau pihak berkuasa keamanan untuk mempertahankan diri, terutama ketika kawasan-kawasan ini dikepung dan tidak ada tentera untuk mempertahankannya. Menurut apa yang saya tahu bahawa kumpulan Tal Afar dan kumpulan Balad dikepung, dan telah sampai kepada kami di pejabat Najaf, lebih daripada satu soalan dalam hal ini.

 

Jawapan /

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

Membela diri tidak memerlukan izin, semoga Allah membimbing saudara dan membimbing langkah-langkah saudara. Sesiapa yang melihat bahawa bandarnya diserang atau mungkin akan diserang berhak melakukan segala yang dia mampu untuk mempertahankan diri. semoga Allah memelihara dan menjauhkan kalian dari segala yang buruk.

Dan bagi orang-orang mukmin, semoga Allah memelihara mereka, di wilayah lain, seperti Baghdad, mesti bersiap sedia dan mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan yang terburuk.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته. 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: