Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 12 Mac 2013:
Suad Al Hende menulis
Bapa, kami di sini dari Bahrain, apakah yang
mempengaruhi undang-undang (syariat) kepada kami berhubung dengan apa yang
berlaku di negara ini?
Suad Al Hende - Maksud saya bahawa wanita mungkin terdedah kepada gangguan seksual atau yang serupa
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya bermohon Allah untuk melindungi anda dari segala kejahatan dan menuntun langkah anda kepada apa yang diredhai-Nya, Yang Maha Suci.
Semoga Allah memberi
kejayaan anda,
Situasi semasa di Bahrain dikaitkan dengan Amerika dan Keluarga Saud, dan mereka tidak bersedia untuk menyerahkan Bahrain kepada rakyatnya yang kebanyakannya adalah Syiah, walaupun mereka mewarnai jalan-jalan di Bahrain dengan darah, dan malangnya keadaannya sudah matang (memuncak) untuk menganiaya rakyat Bahrain. Maka apa yang dipanggil oleh Marajik yang diikuti oleh rakyat Bahrain. Mereka telah dibiarkankan dan tidak bergerak dengan berkesan untuk menyokong atau membela mereka, dan musuh-musuh mereka mempergunakan mereka.
Oleh itu, jika rakyat Bahrain ingin mengubah keadaan mereka sekarang, mereka memerlukan sesuatu sebelum semua yang lain, iaitu kepemimpinan ilahi untuk bersatu di sekelilingnya dan membolehkannya membela mereka dan bercakap atas nama mereka, dan inilah yang kita serukan (dakwahkan) kepada mereka.
Berselindung di bawah panji-panji Al-Mahdi yang kita kibarkan, agar Allah merahmati mereka dan menyelamatkan mereka dari orang-orang yang zalim.
Dan yang lain: ialah perubahan dalam keadaan serantau dan global sehingga menjadi keadaan serantau dan global yang baru untuk kepentingan rakyat Bahrain, semoga Allah melindungi mereka, dan perkara ini, insya Allah, akan datang dalam hari-hari mendatang, dan rahmat Allah itu dekat dengan orang-orang yang baik dan insya Allah, keadaan Bahrain akan berubah dan Allah akan membebaskan anda dan para penindas akan melakukan perjalanan dari Bahrain. Dan mereka meninggalkan pergi.
Mengenai keluar berdemonstrasi untuk kepentingan, pengaruh dan bantuan kepada parti-parti dan kumpulan yang mewakili Marajik, atau membina kedudukan penambahbaikan yang tiada perhitungan, maka janganlah keluar padanya dan jangan mendedahkan diri kepada pembunuhan dan perbuatan tidak senonoh, semoga Allah memberkati anda dan membimbing langkah anda, dan jangan bayar darah anda untuk nilai kerusi yang dicari oleh orang-orang seperti keluarga Zubair yang memperdagangkan darah anda, maka lihatlah rakan-rakan mereka di Iraq berapa banyak yang mereka jual dengan darah orang-orang miskin lagi tertindas dari Syiah Ahl Al-Bait dan berapa ramai Syiah Iraq yang terdahulu menjadi mangsa pemberontakan yang terkenal dan yang lainnya, untuk akhirnya menemui diri mereka dengan tangan kosong kecuali dari rahmat Allah yang lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan, tetapi adakah mereka tidak mempunyai hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka dan hak keluarga mangsa?
Bukankah hak yang patut mereka tuntut dari mereka yang dipanggil sebagai Marajik yang mereka ikuti sejak tahun 2003 dan bahkan sebelum mereka tuntut hak-hak mereka, sekurang-kurangnya mereka meminta pampasan kewangan, Sebaliknya, orang yang dipanggil sebagai Marajik yang memerintah Iraq hari ini seharusnya menerima tangan orang-orang ini sebelum mereka memberi hak-hak mereka kerana darah orang-orang ini dan pengorbanan mereka, adalah harga kerusi yang mereka duduk yang memerintah atas nama Marajik hari ini. Darah orang-orang miskin ini adalah harga untuk apa yang disebut sebagai Marajik selepas tahun 2003 memerintah dan melarang di Iraq, jadi lihat bagaimana ganjaran diberikan kepada mereka dari orang-orang yang dipanggil Marajik dan mereka yang memerintah, kerana di sini mereka adalah orang-orang miskin, setelah lebih dari sepuluh tahun mereka menuntut hak mereka yang paling sederhana dan seolah-olah mereka yang meminta-minta dari golongan yang melebihi mereka.
Hati-hati, semoga Allah memberi anda kejayaan, dari digigit oleh ular yang sama dan dari lubang yang sama, dan bekerjalah dan semoga Allah memberi anda kejayaan dalam mencapai apa yang telah saya katakan kepada anda dan kenalkan manusia dengan kebenaran dan serulah mereka kepada kebenaran dan, Insya Allah, anda akan menyaksikan kelapangan.
Dan apabila ingin mempercepat kelapangan anda dan kelapangan Bahrain dan rakyatnya, maka anda mesti memanfaatkan setiap peluang dan masa lapang dengan beribadah kepada Allah dan mengikhlaskan diri kepada-Nya SWT dan menyatakan kebenaran kepada manusia, berdoa, dan bermohon kepada-Nya dengan mendekati-Nya supaya dimasukkan anda ke dalam setiap kebaikan dan mengeluarkan anda dari segala kejahatan dan memberi kurnia kepada anda dengan kebaikan akhirat dan dunia. Pada anda wahai ansar Allah - dan bukan pada yang lain - tempat Allah memandang, maka berusaha keraslah dalam beribadah, berdoa dan menyampaikan, maka di dalamnya ada kelapangan anda dan kelapangan manusia dengan kelebihan anda dan kelebihan ketaatan anda dan amalan (pekerjaan) anda.
✡✡ ✡✡ ✡✡
احمد الحسن Ahmed Alhasan / 12 Mac 2013:
Sun Rise menulis:
As-Salamu 3alaikum, tuan, betapa saya perlu bercakap dengan tuan. Ini sangat diperlukan, tetapi saya tidak dapat bercakap dalam tahun ini. Saya meminta kehadiran tuan lebih dari sekali dan tuan tidak memberi jawapan kepada saya. Semoga Allah menjayakan tuan dan membimbing langkah tuan. Saya harap tuan akan membalasnya.
Jawapan /
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Semoga Allah memberikan anda kejayaan. Anda boleh menyampaikan pertanyaan atau mesej anda yang tidak mahu anda pamerkan kepada umum melalui anak perempuan saya, Dr. Ibtisam Ahmad.
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan