Khamis, 11 Februari 2021

Nasib Ansar Iran



Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 10 Oktober 2013:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya mohon kepada Allah agar kamu baik-baik dan sihat.

Salam hormat para pengunjung laman yang diberkati ini.

Salam hormat dan penuh berkat untuk mukminin yang dikasihi di semua bandar di Iran.

Salam atas orang-orang yang dikasihi yang telah ditahan demi pemikiran dan aqidah mereka di semua kota-kota Iran. Semoga Allah menolong atas kesakitan kamu pada Zat Allah, tetapi ia adalah dari nikmat Allah kepada kamu. Syukur pada Allah atas kurniaNya. Kamu, insya Allah, adalah bangsa yang dijanjikan yang akan membuahkan hasil pada akhir zaman. Maka bersabarlah, teguhkan ikatan dan bertahanlah dengan bahaya dan kesusahan pada Zat Allah. Berapa ramai dari kamu yang akan dipenjarakan setelah mendapati diri mereka tidak mampu menghadapi aqidah dan pemikiran kamu?! Bolehkah mereka mendustakan janji Muhammad bin Abdullah (Shalawatu Allah 3alaihi wa 3ala Aalih), dan janji Allah SWT?! Saya tidak mengabaikan mereka. Demi Allah, jika saya berada di atas kebenaran dan saya penyeru kebenaran pada masa ini dan saya adalah Mahdi pertama yang disebut dalam Wasiat Rasulullah (S), maka mereka tidak akan dapat memadamkan cahaya Allah tidak kira apa yang mereka lakukan, walaupun mereka memenjara dan menyeksa orang-orang yang beriman dengan seruan kebenaran, malangnya di Iran hari ini memenjarakan orang-orang yang beriman dengan Dakwah Al-Mahdawiyah yang diberkati hanya untuk aqidah mereka dan fikrah (pemikiran) kebenaran mereka, dan sebelum mereka melakukan perkara ini di Iraq, saya menasihati mereka untuk berhati-hati, maka menangkap orang-orang yang beriman atau menyerang orang-orang yang beriman ketika mereka menunaikan solat Jumaat di Yazd, Tabriz, Tehran atau kota-kota lain di Iran tidak akan mencapai apa yang mereka impikan, kerana jika mereka memenjarakan sepuluh orang, seratus orang akan beriman dan jika mereka memenjarakan seratus orang seribu orang akan beriman. Saya memberi mereka penyelesaian, dan jika mereka fikir diterima akal, mereka akan menerimanya dari saya: berhenti dari menyakiti mereka orang-orang yang beriman. Sekiranya Ahmad Al-Hassan batil, dakwahnya akan berakhir tanpa usaha keras. Tetapi jika Ahmad Al-Hassan benar, dakwahnya tidak akan berakhir walau apa jua yang mereka lakukan, dan mereka akan mendapati ianya semakin kuat dan bersinar setiap kali mereka berusaha memadamkannya dengan mulut-mulut mereka.

﴿يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah menolaknya melainkan akan menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukainya. [Al-Taubah: 32]

Salam atas orang-orang yang dikasihi mukminin di Iran, dan salam atas mukminah yang suci di Iran. beruntung dan berbahagialah kamu bahawa Rasulullah Muhammad (S) menyebut kamu dan menyebut kelebihanmu lebih dari seribu tahun yang lalu, berbahagialah kamu bahawa kamu disebut di Al-Mala’ Al-A3la, (perhimpunan tertnggi). Saya tahu betul bahawa kamu adalah orang-orang yang suci dan murni, dan keras sebagaimana kerasnya batu, dan saya tahu bahawa kamu adalah gunung yang menjulang tinggi yang tidak menyerah kepada taghut penzalim, dan kamu tidak memerlukan kata-kata dari saya untuk ucapan takziah atau mendorong kamu. Saya berkongsi dengan kamu apa yang kamu alami dari terdedah kepada kekerasan dan kemudaratan hanya kerana kamu beriman dengan dakwah Al-Mahdawiyah yang diberkati, berbahagialah kamu, wahai yang dikasihi, demi Allah kerana ia adalah syurga dan jalan Allah Yang Maha Suci yang penuh dengan musibah, sehingga Allah mengetahui siapa yang menolongNya dan utusan-utusan-Nya yang ghaib, dan walaupun jalan itu terpencil, dan penuh risiko dengan musibah, berbahagialah kamu dengan tempat kembali yang baik..

﴿تِلْكَ الدَّارُ الْآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا ۚ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ  

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. [Al-Qashash: 83]

Kamu akan ditolong dan mereka yang memenjarakan kamu akan rugi.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

Khadammu

Ahmad Al-Hassan

                        

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: