Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi
Ahmed Alhasan احمد الحسن / 8 Jun 2014:
بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terdapat badan
pengurusan Baitu l-Mal awam yang melakukan kawalan kewangan ke atas semua Baitu
l-Mal yang mengikutinya untuk dakwah Al-Haq di seluruh dunia, dan tidak ada Baitu
l-Mal atau badan rasmi yang mengikutinya untuk dakwah Al-Haq yang dikecualikan
dari pengawasan kewangan ini, oleh itu adalah hak Suruhanjaya (badan) ini untuk
meminta penyata bulanan atau tahunan setiap jumlah wang masuk atau keluar dari
mana-mana Baitu l-Mal atau badan rasmi yang mengikutinya untuk dakwah Al-Haq,
dan tidak dibenarkan gagal atau berlengah untuk memberi jawapan (menyediakan
penyata) kepada mereka dengan alasan apa pun dan saya ingin memberi amaran
bahawa tidak dibenarkan mengadakan kempen (iklan) untuk meminta wang derma atas
nama dakwah tanpa kebenaran Suruhanjaya atau salah satu Baitu l-Mal.
Agar semua orang tahu
bahawa Ahmad Al-Hassan sendiri meletakkan dirinya di bawah kawalan kewangan ini
dan tidak terkecuali daripadanya setiap jumlah wang masuk saya secara peribadi
diketahui oleh badan (Suruhanjaya) ini.
✡✡ ✡✡ ✡✡
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan