Selasa, 2 Februari 2021

Sakit Belakang - Nasihat kepada ibu-ibu

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 9 Mac 2013:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Sakit Belakang:

Sering kali perubatan moden gagal mendiagnosis penyebab sakit belakang, jadi saya fikir saya akan menulis pernyataan ringkas mengenai sebab-sebab yang boleh anda atasi sendiri.

Sebab biologi:

Kita manusia telah membentuk dan mengembangkan tubuh yang kita gunakan untuk diuji di dunia ini dalam jutaan tahun terakhir di Savana Afrika yang lembut, dan oleh itu sendi badan kita dibina berdasarkan ini, iaitu, berjalan di tanah yang lembut. Itulah sebabnya sendi kita tidak memenuhi syarat untuk menahan goncangan yang disebabkan oleh berjalan di tanah yang kukuh (keras) yang telah kita jalani setelah kita membina rumah, bandar dan jalan raya yang ditutup dengan bahan binaan yang keras, masalah ini dapat diatasi dengan memakai kasut yang alasnya fleksibel dan berkelayakan untuk menyerap hentakan dan mengurangkan kesannya pada tulang belakang dan sendi-sendi.

Sebab rohani (roh):

Jin atau hasad dengki dan yang seumpamanya:

Pemeriksaan: Mulailah dengan membaca Surat Al-Falaq tiga kali, kemudian Surat Al-Nas tiga kali, kemudian Ayat Al-Kursi tujuh kali.

Sekiranya anda menguap pada masa itu, maka anda memerlukan rawatan.

Rawatan: Dalam masa tiga hari, anda akan melakukan tindakan berikut:

- Anda membaca Surat Al-Nur dan ketika anda mencapai Ayat Al-Nuur,  

 [Surah Al-Nur 24:35] [اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ....]

Hendaklah mengulanginya tujuh puluh kali.

- Mengingati Allah dengan zikir ini:

سبحانه هو الله الواحد القهار

Subhanahu Huwa Allahu l-Wahidu l-Qahhaar sepuluh ribu kali.

- Tulis di atas kertas putih dengan air mawar dan kunyit , Al-Fatehah, Al-Mu3uwazhatain (Al-Falaq dan Al-Nas), dan Ayat Al-Kursi, maka tulisan itu dilarutkan dalam air (3 - 5 liter) dan kemudian mandi dengan air dan jangan biarkan air mandian mengalir ke tempat yang tidak bersih, tetapi kumpulkan dan buang ke tempat yang bersih (misalnya taman).

Setelah kerja-kerja ini selesai dalam tiga hari jangan tinggalkan setiap malam sebelum anda tidur baca Ayat Al-Kursi:


﴿اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلا يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ﴾

[Al-Baqarah 2:255].

 

Ayat Al-Sakhrah:

﴿إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّـهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ تَبَارَكَ اللَّـهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ * ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ * وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّـهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ﴾

[Al-A3raf :24-56]

Dan Ayat Al-Mulk:

﴿قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٢٦ تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

[Aal Imran: 26-27.)

Saya mohon kepada Allah agar memberikan keselamatan dan kesihatan kepada semua orang.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

  

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 9 Mac 2013:

 

Nasihat kepada ibu-ibu:

 

Pastikan untuk dibenteng (pertahanan) anak anda dari kejahatan manusia dan jin, dan dari segala yang melata (dabbah)  dengan Al-Quran dan doa, jadi ketika dia masuk tidur setiap malam, dibentengkan dia dengan Al-Mu3uwazhatain (Al-Falaq dan Al-Nas), dan Ayat Al-Kursi, dan cubalah membuatnya membacanya bersama anda dan dengan berlalunya hari dia akan menghafalnya.

Ketika seorang anak keluar dari rumah ke sekolah, misalnya, mengajarnya mengucapkan Zikru Allah, sehingga dia akan memiliki kebiasaan di mana dia akan membesar setiap kali dia keluar dari rumah, dia mengingat (berzikir kepada) Allah. Dan cukup untuk mengatakan, Ya Allah, setiap kali dia keluar.

Mengingati Allah bukan hanya baik untuk akhirat anak anda, tetapi mengingati (berzikir kepada) Allah melindungi anak anda di dunia dari kejahatan manusia dan jin dan semua kejahatan, dan anda semua menginginkan keselamatan anak-anak anda dan saya berpendapat bahawa harganya (nilainya) ini sangat berpatutan bagi setiap dari kamu.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡


Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: