Bencana Hari Khamis,
Dan Wasiat Rasulullah (S) Di Malam Kekewafatannya
رزية يوم الخميس ووصية رسول الله (ص) ليلة وفاته
Apakah Urusan Al-Rasul (S) Adalah Urusan Dimesyuaratkan Dengan Para Sahabatnya? - Bahawa perkara itu (urusan itu) bukanlah suatu urusan besar dan wajib, dan tidak boleh dijadikan rujukan, dan menjadikannya rujukan adalah berdosa, tetapi ia hanyalah urusan mesyuarat, dan baginda 3alaihi Al-Salam telah merujuknya di dalam beberapa urusan seperti itu, terutamanya Umar, bahawa baginda mengetahui bahawa dirinya (Umar) bermuafakat hanya untuk tujuan pengislahan, dan dia mendapat ilham dari Allah Ta’ala, dan mahu meringankan Nabi dan ditakuti bertambah letih yang ditimbulkan karena menuliskannya dalam keadaan sakit dan kepayahan, dia melihat, dengan tidak membawakan lembaran dan tinta adalah lebih baik, dan mungkin takut dan bimbang. |
1.
Hadits bencana hari Khamis, dan Wasiat Rasulullah (S) di malam kewafatan
baginda 3.
Apakah Urusan Al-Rasul (S) Adalah Urusan Bermesyuarat Dengan Para Sahabatnya? 4.
Apakah Umar berpendapat lebih utama meninggalkan dari membawa tinta dan kertas? 5.
Apakah Umar takut bahawa Nabi (S) menulis hal-hal manusia yang tidak boleh
dijelaskan? 6.
Adakah Umar takut nanti orang-orang munafik memperkecilkan kesahan penulisan
wasiat itu? 7.
Adakah Umar memahami Arahan Nabi (S) dengan cara yang berbeza? 8.
Arahan lain dari kejadian itu, dan jawabannya 9. ... Dan
aku lupa yang ketiga 10.
Tetapi adakah ditulis Wasiat itu? 11.
Dalil Wasiat mesti ditulis: Kedua:
Abu Bakar wasiatkan Umar dan kumpulan Umar yang cadangkan sekumpulan. Ketiga:
sabda Rasulullah (S) Akan menulis yang tidak akan tersesat selepasnya
12.
Inilah Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda |
Nabi 3alaihi Al-Salam akan menulis perkara-perkara yang
membingungkan manusia, maka tidak patut dihukum kerana yang dinyatakannya itu
sesuatu yang tidak penting pada ijtihadnya, mungkin ditakuti orang-orang
munafik akan memfitnah (menjelekkan) kesahihan tulisan itu kerana dilakukan
dalam keadaan sakit maka akan menjadi penyebab perselisihan (fitnah), ia
berkata: Cukuplah bagi kita Kitab Allah, kerana Dia SWT mengatakan: ﴿مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ﴾ (Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab,) dan firmanNya: ﴿الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ﴾ (Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu,) dan dengan itu akan selamat umat dari kesesatan dari Tuhan kerana Allah telah menyempurnakan agamaNya dan telah mencukupkan nikmatNya.
Jawapannya: Sesungguhnya perkataan baginda (S) yang diucapkan: Tidak akan tersesat, menyatakan bahawa perkara itu adalah perkara besar dan perkara wajib, kerana usaha padanya adalah menetapkan terselamat dari kesesatan, dengan memerlukan keupayaan atasnya tanpa kebimbangan, dan kebencian di antara mereka dan kata-kata baginda kepada mereka, Keluarlah kamu (bawakan kedua tinta dan lembaran), manakala mereka tidak mematuhi perintahnya menunjukkan bukti lain atas perkara itu bahawa ia adalah untuk menetapkan bukan untuk dibincangkan (dimesyuaratkan). Bermakna ia adalah bukti bahawa mereka telah meninggalkan suatu tugas yang diwajibkan ke atas mereka. Adapun mereka yang mengatakan: bahawa Umar telah bermuafakat hanya untuk tujuan pengislahan, dan dia mendapat ilham dari Allah Ta’ala, Ini adalah kerana dia tidak memberi perhatian kepada kedudukan (makam) kami ini, Kerana ia bertujuan dengan yang beresuaian dengan kejadian itu tetapi tidak berada di sebelah Nabi (S), dan ilhamnya pada hari itu adalah lebih benar daripada wahyu yang disebut dari Al-Shadiq Al-Amin (yang jujur lagi boleh dipercayai) Rasulullah (S). Sebagaimana yang mereka katakan: bahawa beliau mahu meringankan Nabi (S) dan ditakuti bertambah letih yang ditimbulkan karena menuliskannya dalam keadaan sakit dan kepayahan, tetapi hakikat sebaliknya, dalam penulisan yang akan ditulis adalah keselesaan hati Nabi, dan keluar dari hati suci baginda, dan penyejuk mata baginda, adalah keselamatan umat baginda (S), dari kesesatan. Bahawa baginda atas ketaatan, dan atas kehendak yang suci, dengan kewujudan kemuliaannya dialihkan keduanya daripada baginda, dan sesungguhnya yang baginda mahu – demi bapa dan ibu ku – adalah dibawakan tinta dan lembaran, dan arahan baginda bukan sesuatu yang diarahkan baginda atau bertentangan dengan kehendaknya iaitu kehendak firman SWT: ﴿وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ
إِذَا قَضَى اللَّـهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ
أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن
يَعْصِ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا﴾ (Dan tidaklah patut
bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila
Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah
dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.). [Al-Ahzab
33:36] Bahawa mereka telah melanggar perintah baginda dalam tugas penting yang besar ini, tetapi mereka lagha (tidak peduli), keliru dan berselisih dengan baginda, ia adalah lebih berat dan sukar daripada menetapkan bahawa menuliskan sesuatu yang menyelamatkan umat baginda dari kesesatan, dan ditakuti dari keletihan baginda yang ditimbulkan karena menuliskannya bagaimana boleh menentang baginda dan memeranjatkan baginda dengan mengatakan baginda meracau?!
|
Kembali
Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan