Pemerintahan Allah, Hak Lantikan Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
حاكمية
الله… هل الله ام الناس من ينصب الخليفة؟
بِسْمِ اللَّهِ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله
الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Dipetik dari tulisan Imam Ahmad a.s: Ketuanan Allah,
Bukan Ketuanan Manusia, dengan beberapa penambahan dari penulis sebagai contoh.
Dari awal hingga ke akhir, Al Quran secara penuh
megiktiraf ketuanan Allah, dan menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat
dengan persepsi sonsang sesetengah orang yang menafsir ayat Allah sesuka hati
mereka, dan begitu juga mereka yang mempertahankan orang-orang dan aqidah
tertentu, sedangkan korupnya orang yang dipertahankan itu, dan batilnya aqidah
tersebut, walaupun korupsinya jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat untuk
melihatnya.
Mari kita telusuri ayat yang mendokong ketuanan Allah di
muka bumi.
Pertama Allah Memberi Pemerintahan
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ
الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ
وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang
mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan
dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran:26]
Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu
milik Allah, dan Dia berhak melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai
khalifah di muka bumi. Allah swt berfirman:
وَإِذۡ قَالَ
رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ
“Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)
Jadi, bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat
ini, untuk melantik raja, presiden atau perdana menteri melainkan dirinya
adalah lantikan Allah swt.
Kepimpinan ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang
dikehendaki, namun tidak semestinya seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat
memerintah, kerana berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh
manusia, seperti yang kerap kali berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim a.s
tidak memerintah, namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa a.s tidak memerintah,
namun ia dipegang oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak memerintah, namun Yazid
l.a yang memerintah, maka Allah swt berfirman:
أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ
اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ
وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا
Atau patutkah mereka dengki
kepada manusia disebabkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka
dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada
keluarga Ibrahim: Kitab dan hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan
yang besar. (An Nisa’: 54)
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah,
malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas
hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan
menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka
menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa
mereka.
Al Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman
Allah: {..yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan
pohon-pohonnya..(27:60)} Dia berfirman menyatakan bukanlah menjadi hak kamu
untuk memilih siapa Imam kamu, menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang
benar atas kehendak dan keingingan kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda:
“Akan ada tiga kumpulan yang mana Allah tidak akan bercakap dan memandang
mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak akan menyucikan mereka, iaitu mereka
yang menanam pohon yang tidak ditanam Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik
Imam yang tidak dilantik Allah, atau tidak mengimani Imam lantikan Allah.”
(Tahaq al Uqul, hal 325)
Kedua: Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah Talut:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن
بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ
لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani
lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi
mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang
(bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” (Al Baqarah: 246)
Sekumpulan mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan
Allah swt, maka mereka tidak mendahului Allah swt dalam melantik, tetapi
menyerah dan memohon kepada Allah, agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan
ini adalah bukti paling besar, bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak
lantikan pemimpin berada di tangan Allah, bukanlah di tangan manusia melalui
syura, pilihan raya dan sebagainya
Ketiga: Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ
لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah:30)
Khalifah Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di
muka bumi, dan khalifah pertama Allah di muka bumi adalah Adam a.s. Dan di
setiap zaman, ada khalifah Allah yang yang dilantik, (seperti firman Allah swt
di dalam surah Ar Ra’d:7) Dan di zaman ini, khalifah Allah adalah
Imam Mahdi a.s. Jadi manusia perlulah menguatkan pemerintahan beliau, kerana
sesungguhnya beliau merupakah lantikan Allah swt, dan beliau seharusnya tidak
ditentang oleh pilihanraya dan demokrasi.
Keempat: Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah swt berfirman:
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا
أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا
أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا
أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang
kafir.(5:44),
kemudian, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim.(5:45).
Allah swt meneruskan, dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik.(5:47)
Sudah semestinya, khalifah Allah swt akan berhadapan
dengan permasalahan yang baru, tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya,
beliau diberikan pandangan dan inspirasi istimewa, kurniaan Allah swt, yang
mana dengannya, Dia akan membuatkan ketuanannya diketahui dalam
peristiwa-peristiwa yang akan terjadi. Malahan bagaimana mungkin seseorang
selain dari khalifah lantikan Allah berhukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah swt?
Kisah Musa a.s dan kaumnya
وَاخْتَارَ مُوسَىٰ
قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ
الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ
وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ
مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ
وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا
وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ
Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari
kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami
tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan
berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka
bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami
disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?
(Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau
sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami
dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi
ampun.(7:155)
Lihatlah sendiri bagaimana Musa a.s, seorang Nabi yang
ma’sum, yang memilih 70 lelaki terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur
dan memberontak terhadap beliau dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi
Ma’sum seperti Musa, yang memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan
akhirnya di dapati tiada dari kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka
bagaimana dapat manusia biasa memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin
memilih makhluk Allah yang paling jahat tanpa diketahui.
Ini sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi mereka yang
mencari apa yang benar dan mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang berada di
tangannya menyeru mereka yang tidak memberi perhatian:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam
Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz:
“Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang
soleh”. Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang
cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat (kepada Allah
dengan berilmu). Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Katakanlah: “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah)
bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut
apa yang diwahyukan kepadaku?”Sekiranya mereka berpaling ingkar maka
katakanlah: “Aku telah memberitahu kepada kamu (apa yang diwahyukan kepadaku)
dengan keterangan yang jelas untuk kita bersama; dan aku tidak mengetahui
sama ada (balasan buruk) yang dijanjikan kerana keingkaran kamu itu, sudah
dekat atau masih jauh. Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang
kamu sebutkan dengan terus terang, dan juga Ia mengetahui apa yang kamu
sembunyikan (di dalam hati). “Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan
balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi
satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu
kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu”.(Nabi Muhammad merayu
dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, hukumkanlah (di antara kami dengan mereka)
dengan yang benar; dan Tuhan kami ialah Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang
dipohonkan pertolonganNya terhadap apa yang kamu sifatkan itu”. (21:105-112)
Beberapa point tambahan yang lain:
Kelima: Pilihan Di Tangan Allah
اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ
الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari
manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj:75)
Tanpa perlu menerangkan dengan lebih lanjut, ayat ini
secara eksplisit menyatakan bahawa pilihan berada di tangan Allah swt, bukan
manusia.
Keenam: Perlantikan Ibrahim a.s sebagai Imam, Daud a.s
Sebagai Khalifah
Allah swt berfirman:
وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ
إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ
لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya
dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun
menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu
menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. (Al Baqarah: 124)
Di tempat lain, Allah swt melantik Daud sebagai
khalifahnya
يَٰا دَاوُۥدُ
إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ
“Wahai Daud,
sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi..” (Sad: 26)
Contoh-contoh ini menjelaskan lagi bahawa kepimpinan dan
kekhalifahan adalah hak Allah swt. InsyaAllah, di bab berikutnya, kita akan
membahaskan, adakah masih ada perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w.a, setelah artikel ini membuktikan hak melantik adalah di tangan
Allah swt.
Di dalam artikel yang lepas, kami telah mengemukakan
bukti bahawa hak perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi adalah semata-mata
milik Allah swt, dari awal penciptaan manusia sehinggalah hari kiamat. Tiada
sama sekali hak ini pernah berada di tangan manusia untuk menentukan siapakah pemimpin
mereka, samada sistem monarki, syura, demokrasi atau apa sahaja.
Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt yang berhak ke
atas lantikan khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan membawa kita kepada
beberapa persoalan yang berat.
Adakah masih ada lantikan dari Allah swt selepas Nabi
Muhammad (S)?
Jika ada, siapakah yang dilantik itu?
Bukankah Muhammad (S) itu adalah Rasul yang terakhir?
Mengapa masih ada?
Pertama sekali, jangan kita terkeliru antara tugas Nabi,
Rasul dan seorang Imam(pemimpin). Masing-masing mereka mempunyai tugasan yang
berbeza, namun mereka semua adalah khalifah Allah, yakni wakilNya di muka bumi.
Namun ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam satu isu, menjadi panduan
kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.
Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa, selain dari
ketiadaan bukti bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi melantik
pemimpin mereka, langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan khalifah
Allah terhenti selepas Muhammad (S).
Rasional perlantikan khalifah adalah sebagai panduan
kepada umat manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt tidak akan
membiarkan ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka bumi. Benar,
Muhammad (S) adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk membawa syariat
terakhir bagi umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa selepas pengutusan
Rasul setiap zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan, terbukti dari sejarah
setiap para Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani Israel, sejarah agama Yahudi
dan Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt, atas dasar rasional akan
sentiasa memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk bagi umat manusia untuk
menerangkan dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH sebelumnya. Agar manusia dapat
merujuki mereka dalam segala hal, tidak kiralah samada yang dilantik itu,
adalah Nabi, Rasul atau Imam.
Bagi menjawab semua persoalan ini, kami bawakan ayat-ayat
Quran sebagai bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas Rasulullah (S),
dan bukti bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia tanpa seorang
pemberi petunjuk yang dilantiknya.
إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ
ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ
“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan
dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7)
Ayat di atas menunjukkan Muhammad (S) hanyalah pemberi
peringatan,dan bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan ada “hadi”nya,
yakni orang yang memberi petunjuk.
Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang memberi petunjuk
ini tidak semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja manusia biasa dari
kalangan ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”
Bantahan Pertama
Ini adalah satu penghujahan manusia tersepit, yang
bersandarkan tekaan dan sangkaan, malah jika mereka menujukan ayat ini kepada para
ulama, hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan perpecahan kepada setiap
umat, sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam setiap hal fiqh, amalan,
aqidah dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt berfirman apa sahaja yang
datang daripadanya tidak akan ada percanggahan.
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ
الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ
اخْتِلَافًا كَثِيرًا
Kalaulah Al-Quran itu bukan dari
sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.(4:82)
Bantahan Kedua
Malah, di dalam Al Quran sarat dengan kecaman kepada Bani
Israel yang menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada para ulama mereka.
Maka, masakan Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi kepada umat ini?
وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ
أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠
Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu
mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.(33:67)
اتَّخَذُوا
أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ
مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ
إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Mereka menjadikan
pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain
dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal
mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang
mereka sekutukan.(Taubah 9:31)
Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara fizikalnya
tidak boleh mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim atau
bertempat. Maka logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia melalui
manifestasi DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia utusannya, para
khalifah lantikanNya di muka bumi.
Jadi menamakan ulama sebagai pemberi petunjuk untuk
setiap zaman dan setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti dan fakta
sejarah. Sudah berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan manusia kepada
mereka.
Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama
Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita mengetahui tafsir
ayat di atas adalah dengan menilai kata-kata manusia yang diutuskan kepada
kita, Muhammad Rasulullah (S), agar kita tidak tersesat.
حدثنا
عبد الله حدثني عثمان بن أبي شيبة ثنا مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في
قوله { إنما أنت منذر ولكل قوم هاد } قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر
والهاد رجل من بنى هاشم
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah yang berkata
telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah
menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari As Suddi dari Abdu Khair
dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk].
[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu ‘alaihi
wasallam] sang pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah laki-laki
dari bani Hasyim” [Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah Abdullah bin
Ahmad]
Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani dalam Mu’jam Al
Awsath 2/94 no 1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah 2/286 no 668
[dan Al Maqdisi menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan sanad dari
Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis ini
sanadnya hasan. Para perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin Ziyaad
seorang yang shaduq hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman
As Suddiy seorang imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.
‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal telah dikenal sebagai
perawi yang tsiqat. Al Khatib menyatakan ia tsiqat tsabit. Nasai menyatakan ia
tsiqat. Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat [At Tahdzib juz 5 no 246]. Ibnu
Hajar menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At Taqrib 1/477]
Utsman bin Abi Syaibah adalah Utsman bin Muhammad bin
Ibrahim Al Absiy termasuk perawi Bukhari dan Muslim. Ahmad bin Hanbal telah
memujinya. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan ia shaduq.
Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 7 no 299]. Ibnu
Hajar menyatakan ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]
·
Muthallib bin Ziyaad adalah perawi yang shaduq hasanul
hadits. Telah meriwayatkan darinya Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in dimana
keduanya sepakat menyatakan Muthallib tsiqat. Abu Hatim berkata “ditulis
hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud berkata “shalih”. Isa
bin Syadzan dan Ibnu Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats
Tsiqat begitu pula Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli
menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ady berkata “ ia memiliki hadis hasan dan gharib
tetapi aku tidak melihat riwayat mungkar, menurutku tidak ada masalah padanya”.
Utsman bin Abi Syaibah menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz 10 no 333]. Adz
Dzahabi memasukkannya dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa Muwatstaq no 328. Ibnu
Hajar menyatakan dalam At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi pernah melakukan
kesalahan dan dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Muthallib bin Ziyaad
seorang yang shaduq hasanul hadits [Tahrir At Taqrib no 6709]
As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman bin Abi Karimah
As Suddiy termasuk perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ia telah ditsiqatkan oleh
Syu’bah, Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan Yahya bin Sa’id Al Qaththan [Sunan
Tirmidzi 5/636 no 3721]. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ma’in
mendhaifkannya. Abu Zur’ah berkata “layyin”. Abu Hatim berkata “ditulis
hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Nasa’i berkata “shalih” terkadang
berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Adiy menyatakan ia seorang yang
hadisnya lurus shaduq dan tidak ada masalah padanya. Ibnu Hibban memasukkannya
dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat dan alim dalam tafsir. Al
Uqailiy menyatakan ia dhaif dan Ath Thabari berkata “tidak bisa dijadikan
hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572]. Ibnu Hajar dalam At Taqrib menyatakan ia
shaduq terkadang salah dan tertuduh tasyayyu’ kemudian dikoreksi dalam Tahrir
At Taqrib kalau ia seorang yang shaduq hasanul hadis dan imam dalam tafsir
[Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]
Abdu Khair bin Yazid termasuk orang yang menemui masa
jahiliah bahkan ada yang menganggapnya shahabat Nabi. Ibnu Ma’in menyatakan ia
tsiqat. Al Ijli juga menyatakan ia tsiqat dan Ibnu Hibban memasukkannya dalam
Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 6 no 260]. Ibnu Hajar menyatakan ia tsiqat dan tidak
benar kalau ia sahabat [At Taqrib 1/558]
Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir Ibnu Hatim
حدثنا
علي بن الحسين ثنا عثمان بن أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن
علي لكل قوم هاد قال الهاد رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي
الله عنه.
Telah menceritakan kepada kami Aliy bin Husain yang
berkata telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abi Syaibah yang berkata
telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu
Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”.
[Ali] berkata “orang yang memberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim”.
Ibnu Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu
Abi Hatim 7/2225 no 12152].
Ali bin Husain bin Junaid Ar Raziy adalah seorang yang
shaduq tsiqat [Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no 981] dan ia menyatakan kalau
laki-laki bani hasyim yang dimaksud adalah Imam Ali sendiri. Tentu sebagai
perawi yang meriwayatkan hadis ini maka penafsirannya layak untuk diperhatikan
dan ini sesuai dengan keutamaan yang disandang oleh Imam Ali [alaihis salam].
Dari Tafsir Lain
Selain itu, beberapa tafsir yang lain merekodkan bahawa
Rasulullah (S) bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:
“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi
petunjuk”. Lalu baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali, manusia
akan mendapat petunjuk melalui mu.”
Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4 halaman 45;
Tafsir al Kabir, oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat ini; Tafsir
Ruh al Ma’ani, Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim, Vol 3
hadith 129 & 130
Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali a.s sebagai
pemberi petunjuk selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu pada
hakikat akan wujudnya manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki manusia,
dan mereka semua adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh Rasul
(S), maka penetapan mereka adalah dari Allah swt.
Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan hadis
berikut:
Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan Baihaqi, dari Jabir
bin Samurah, berkata, “Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata: Setelah itu
baginda(sawa) mengatakan sesuatu yang tidak dapat aku
mendengarnya. Lantas bapaku berkata bahawa baginda
bersabda: “Semuanya dari Quraish.”
Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis berikut:
و
يقرئنا القرآن , فقال له رجل : يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله
عليه وآله وسلم ) كم يملك هذه الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني
عنها أحد منذ قدمت العراق قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ”
إثنا عشر كعد ة نقباء بني إسرئيل “
“…Dari Masruq yang berkata; saat kami duduk disebelah Ibnu
Mas’ud yang ketika itu dia membacakan Al Qur’an kepada kami, maka berkatalah
seseorang kepadanya: “Wahai Abdurrahman! Adakah kamu pernah tanya kepada
Rosulullah saw tentang berapa orang yang menjadi khalifah umat ini? Maka
Abdulah ibnu Mas’ud menjawab: “Semasa kedatanganku ke-Iraq tiada siapapun yang
bertanya tentang persoalan ini sebelumu, kemudian dia berkata; Ya, sesungguhnya
kami telah bertanya kepada Rasulullah dan dia saw bersabda; “(Bahwa jumlah
khalifah umat ini) adalah Dua Belas orang sepertimana bilangan pemimpin
Bani Israel” Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 2 m/s 55 hadits 3781, Milal Wa
Nihal Ja’far Subhani jilid 6 m/s 60
Maka setakat ini, apa yang dapat kita fahami adalah Allah
swt telah menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan Nabi (S) dan mereka
adalah dari kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan Allah swt:
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin
(manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada
mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat;
dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.(21:73)
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin,
yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka
bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan
ayat-ayat keterangan Kami. (32:24)
Kesimpulan
Berdasarkan pendalilan yang diberikan di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa:
Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan Allah yang
menunjuk manusia
Selepas Rasulullah (S), mereka adalah dari kalangan Bani
Hashem
Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan logik akal,
Nabi (S) menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak menamakan mereka?
Tidak wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat untuk bertanya
kepada baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi (S) tidak
menyebut nama secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka. InsyaAllah
dalam bahagian seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa kah mereka,
dan nama-nama mereka.
Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam konteks
menyeluruh, bukan secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan “jigsaw
puzzle”, yang mana kita harus susun kepingan-kepingan ini secara menyeluruh,
barulah nampak gambarannya, bukan membuat andaian dan sangkalan berdasarkan
hanya sekeping dari kepingan-kepingan ini.
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat
ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.
كُتِبَ
عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ
لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu
kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk
ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas
orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi (S) sebagai
pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat
akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta pena
untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis”
yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن
عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن
الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال
عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب
الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله
عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو
والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم (
قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول
الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah
shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada
beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian
wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata
“sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di
sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang
di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa
yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu
sesuatu yang menghindarkan kamu dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan
sama seperti ucapan Umar. Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah
di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah
kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang
sebenar-benar musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wa sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan
perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن
عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى،
قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه،
فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند
نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما
تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa
hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti
butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab
“Hari itu sakit Rasulullah (S) semakin berat, kemudian Beliau (S)
bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk
kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya. Kemudian
mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi.
Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau
tersebut?. Namun Rasulullah (S) bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku
lebih baik daripada apa yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al
Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan
terhadap apa yang Rasulullah (S) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan
menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (S)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi
menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi (S) itu Tsaqalain atau
perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s. Namun Syiah sendiri,
dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri tidak
meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi (S). Ini turut menyumbang argumen
kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah perkara yang
ingin ditulis oleh Nabi (S).
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para
penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa
yang menghalang Nabi (S) dari menulis wasiati ini setelah orang yang menghalang
mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi (S),
kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan
wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali
bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al
Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan
bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada
bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al
Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah
berkata:
bersabda Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam sebelum
kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan
dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang
Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang
pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di
langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham,
Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai
Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih
hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa
yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau
ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan
aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku
selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya
(khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang
syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya
Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al
Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga
Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang
selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber
menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan
nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga
adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi
a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam
kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa
Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi
riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama
pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk
menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia
mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya
secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu
tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam
kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali
a.s
1. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam
kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam
kitabnya Al Iqadh, ms 393.
3. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli
di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
4. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab
Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36,
ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut
menghampirinya”)
5. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam
kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
6. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam
kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam
kitabnya Al insaf, ms 222.
8. Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya
Nawadir Al Akhbar, ms 294.
9. Sheikh Mirza Al Noori di dalam
kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
10. Sayyid
Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma
Ba’da Dhuhur, ms 641.
11. Sheikh Al
Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
12. Sheikh Al
Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi (S) dgn tema “menjaga
umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka
atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang
sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang
menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca
bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama.
Mustahil Nabi (S) tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia
bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh
manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak
mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya para
ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan bahawa
Nabi (S) telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu
lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini jelas
bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka
sendiri, yang menunjukkan Nabi (S) menulis wasiat ini.
وروى
العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari
Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah (S) juga
meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara yang
sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu
menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya,
sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi (S) meninggalkan wasiat.
Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil pendirian
yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan
wasiat selepas peristiwa hari Khamis. Dan mereka mempunyai dalil teks
untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan
antara satu sama lain.
حَدَّثَنَا
خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ،
قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ
النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ
عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى
بِكِتَابِ اللَّهِ.
Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya telah
bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita kepada
kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa
radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu
bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka diperintahkan
supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan Kitab
Allah”. Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada
seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi (S) sendiri tidak
meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi oleh
sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar akan
mengapa Nabi (S) tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan melakukan
perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat
dan para tabiin, bahawa Nabi (S) telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini
direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا
عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ
إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ
رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا. فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ
كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ،
فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي، فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى
أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah telah
mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari Al Aswad
berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali radliallahu
‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia bertanya: “Kapan Beliau
memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang yang selalu menyandarkan
Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau dia berkata: “berada
dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga)
hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah
wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu
Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi (S) adalah satu isu yang sememangnya
menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan dahan
bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi (S) yang
meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema “melindungi
umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat
lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari
Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi
kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah (S) sakit keras pada hari Kamis, lalu
beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian suatu
catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya. Maka mereka
bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada pertengkaran: Mereka berkata:
Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan
(bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian
ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu:
Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu
(utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa terhadap
yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN
(PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu,
perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi (S) dengan tema “melindungi umat dari
kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan
Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi umat dari
kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui
bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini
tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan
berterusan selepas pengutusan Muhammad (S), kerana Allah swt tidak akan
meninggalkan manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat,
dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi (S) tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan
baginda, Nabi (S) ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”.
Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura
dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi
mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang
selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari
hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12
Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan
wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti
hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk
melindungi umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas
mempunyai makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
Kembali
Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan