بعض الآيات الدالة على استمرار الخلافة الالهية بعد رسول الله (ص)
(Menentukan Sahihnya Wilayah Imam Ali, Sahihlah Wilayah Imam !2 dan Sahihlah 12 Mahdi-mahdi di akhir zaman sebagai Khalifah Allah – Pent.)
Selepas membuktikan tanggapan mengenai Imamah di dalam
Al-Quran Al-Karim adalah lantikan Allah, dan imam yang dilantik selepas
Rasulullah (S) adalah Ali bin Abi Talib (as), akan dibuktikan pula di sini
kemimpinan Aimmah (Imam-imam) dua belas (as), seperti berikut:
Dalil-dalil yang boleh membuktikan kebenaran ini melalui
jalan yang pertama ayat Al-Quran, dan jalan yang kedua melalui riwayat-riwayat
(Hadits).
Jalan Pertama: Ayat-ayat Al-Quran:
Ayat pertama: FirmanNya SWT :
﴿وَإِذْ قَالَ
رَبُّكَ لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى الاْرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَ يَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَ نَحْنُ
نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَ
تَعْلَمُونَ﴾
{Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".
Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang
akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa
bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".}.[Al-Baqarah
2:30]
Ayat yang diberkati ini menunjukkan:
Pertama, bahawa Khalifah di bumi ini, ia wujud pada setiap
zaman, dan penunjuk katanya adalah: [جَاعِلٌ - jadikan]
kerana ia Al-Jumlah Al-Ismiyah (Ayat namaan - kalimat yang didahului oleh kata
nama), dan menjadi khabar atas kata kerja «aktif – bangun membuat» dan ia adalah
kata kerja kala kini, dengan menyatakan kekekalan dan berkesinambungan, dan
apabila membandingkan Al-Ja3ala ini dengan yang terdapat (persamaan)
dalam Al-Quran Al-Karim, kita dapati bahawa ia membantu makna sunnah Allah
sebagaimana firmanNya SWT:
﴿جَعَلَ لَكُم مِّمَّا خَلَقَ ظِـلَـلاً﴾
{menjadikan bagimu dengan diciptakan tempat bernaung,}
﴿وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا﴾
{Dan menciptakan padanya bulan sebagai cahaya}
dan seumpamanya.
Kedua, Khalifah ini bukanlah hak mutlak manusia, untuk
itu sebagaimana firmanNya SWT:
﴿هُوَ الَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَـئِفَ فِى
الاْرْضِ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ﴾
{Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi.
Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. }.
[Fathir 35:39]
Bahawa yang dimaksudkannya pada manusia secara khususnya,
dan Itulah keterangan ayat-ayat berikut yang membuktikan bahawa mesti wujud di
bumi ini Khalifah Allah kerana dia tahu semua nama-nama secara terus dariNya
Yang Maha Tinggi:
﴿وَ عَلَّمَ ءَادَمَ الاْسْمَآءَ كُلَّهَا﴾
(Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,),
Kemudian Allah menempelak malaikat-malaikat-Nya
﴿يَـــَادَمُ أَنبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ﴾
(Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama
semuanya itu")
Dari sini adalah jelas ia tidak boleh ditujukan kepada
semua manusia, sehingglah orang-orang itu diibaratkan oleh Al-Quran Al-Karim,
dengan firmanNya SWT:
﴿أُولَـئِكَ كَالاَنْعَـمِ بَلْ هُمْ
أَضَلُّ﴾
(Mereka itu seperti ternakan bahkan mereka lebih sesat
lagi),
maka, ayat ini menunjukkan keperluan untuk kesinambungan
Khalifah Allah, dan adalah khalifah itu dari setiap zaman, maka hendaklah mengkajinya
semula, kami akan menunjukkannya kemudian.
Ayat Kedua: FirmanNya SWT kepada Ibrahim Al-Khalil
(as):
﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾
(Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh
manusia"), dan Imamah ini bukanlah nubuwah dan Risalah yang diperuntukkan
bagi Ibrahim (as). Saksikanlah atas yang demikian itu.:
1 «Meminta Al-Imamah bagi zuriat di mana FirmanNya SWT:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan dari keturunanku),
adalah jelas bahawa ia berlaku kepada Ibrahim (as) pada
zuriat, semasa lemah karena usia tuanya, sebagaimana FirmanNya SWT:
﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى وَهَبَ لِى عَلَى
الْكِبَرِ إِسْمَـعِيلَ وَ إِسْحَـقَ﴾
(Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan
kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq.), [Ibrahim 14:39]
dan Dia SWT menceritakan isteri Ibrahim
﴿قَالَتْ يَـوَيْلَتَى ءَأَلِدُ وَ أَنَا
عَجُوزٌ وَ هَـذَا بَعْلِى شَيْخًا إِنَّ هَـذَا لَشَىْءٌ عَجِيبٌ﴾
(Isterinya berkata: "Sungguh menghairankan, apakah
aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua, dan ini
suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya ini benar-benar
suatu yang sangat aneh".). [Hud 11:72]
Permintaan ini tidak betul melainkan kepada orang-orang
yang tidak mempunyai anak, manakala tanda memperoleh anak itu adalah jawapan
yang mengembirakan, Dia SWT berfirman:
﴿أَبَشَّرْتُمُونِى عَلَى أَن مَّسَّنِىَ
الْكِبَرُ فَبِمَ تُبَشِّرُونَ﴾
(Berkata Ibrahim: "Apakah kamu memberi khabar
gembira kepadaku padahal usiaku telah lanjut, maka dengan cara bagaimanakah
(terlaksananya) berita gembira yang kamu kabarkan ini?"), [Al-Hijr
15:54]
Maka tidak benar dari keadaan ini untuk meminta sesuatu
selain dari keturunannya).
Walaupun pada awal-awal kehidupannya dan sebelum
dikurniakan zuriat, menjadi suatu kewajipan untuk mengatakan:
«dan dari keturunanku jika dikurniakan zuriat», dan
Al-Khalil (as) hanya perlu mengucapkan kepada Al-Jalil TuhanNya termasuk apa
yang tidak diketahuinya, dan ini adalah apa yang berjalan pada maqam Ibrahim
(as).
2 «Jika ayat ini:
﴿وَ إِذِ ابْتَلَى إِبْرَ هِيمَ رَبُّهُ
بِكَلِمَـت فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾
(Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan
beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".)
menunjukkan bahawa Imamah ini dikurniakan tetapi selepas percubaan
dengan berbagi ujian dan cubaan Allah kepadanya, tetapi ini bukanlah
satu-satunya ujian yang telah diterima (as) dalam hidupnya, Al-Quran telah
menyatakan bahawa sebab yang paling jelas dari penyembelihan Ismail (as), Dia
SWT berfirman:
﴿ قَالَ يَـبُنَىَّ إِنِّى أَرَى فِى
الْمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ﴾
{Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku
melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu.) [Al-Shaffaat 37:102]
Hinggalah kepada firmanNya:
﴿إِنَّ هَـذَا لَهُوَ الْبَلَـؤُا الْمُبِينُ﴾
(Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.).
[Al-Shaffaat 37:106]
Imamah ini disahkan untuk Ibrahim (as) yang meminta untuk
keturunannya, di mana beliau berkata:
﴿وَ
مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan dari keturunanku)
Allah SWT telah benar-benar makbulkan doanya, tetapi
tidak diperkenankan untuk para penzalim dari keturunannya, dan juga pada orang
lain.
Dari penjelasan ini bahawa diperkenankan doa untuk
zuriatnya, tidak khusus benih dalam sulbinya sahaja, tetapi yang sempurna bagi
semua keturunannya yang memenuhi syarat dan yang tidak zalim. Ini telah
disahkan oleh Imam Redha (as) yang berkata: «Imamah dikhaskan oleh Allah
AWJ pada Nabi Ibrahim (as) selepas nubuwah dan akhlak martabat ketiga, dan
menurut kelebihan dan kemuliaan memberi penghormatan dengan menyebutnya, Dia
SWT berfirman:
﴿إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا﴾
(Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh
manusia),
Maka Al-Khalil (as), berkata
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى﴾
(dan dari keturunanku)
Allah SWT berfirman,
﴿لاَيَنَالُ عَهْدِى الظَّـلِمِينَ﴾
(Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim")
Maka ayat Imamah ini berlawanan dengan semua orang yang zalim hingga hari
kiamat dan menjadi golongan terpilih, maka Allah yang menjadikannya kepada
keturunan terpilih dan kemudian Allah SWT memuliakannya dengan menjadikan
keturunannya terpilih dan suci, Dia SWT berfirman:
﴿وَهَبْنَا لَهُ إِسْحَـقَ وَ يَعْقُوبَ
نَافِلَةً وَ كُلاًّ جَعَلْنَا صَــلِحِينَ * وَ جَعَلْنَـهُمْ أَئِمَّةً
يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَ تِ وَ إِقَامَ
الصَّلَوةِ وَ إِيتَآءَ الزَّكَوةِ وَ كَانُوا لَنَا عَـبِدِينَ﴾
(Dan Kami telah memberikan kepada-nya (Ibrahim) lshak dan
Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). Dan masing-masingnya Kami
jadikan orang-orang yang saleh. * Kami telah menjadikan mereka itu sebagai
imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan
kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah,), [Al-Anbiak 21:72]
Maka tidak akan tersilap keturunannya dalam mewarisi
sebahagian dari sebahagian yang lain dan generasi demi generasi, sehingga
Allah SWT mewariskan Nabi Muhammad (S) dan keluarga baginda, maka Dia Jalla Wa
Taala berfirman:
﴿إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَهِيمَ
لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـذَا النَّبِىُّ وَالَّذِينَ ءَامَنُوا وَاللَّهُ
وَلِىُّ الْمُؤْمِنِينَ﴾
(Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah
orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad), beserta orang-orang yang
beriman (kepada Muhammad), dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang
beriman.) [Aali Imraan 3:68]
Maka adalah ia secara khusus kepada baginda, dan begitu
juga Ali (as) dengan perintah Allah SWT atas perkiraan yang dibuat Allah ke
atasnya, maka keturunannya menjadi pilihan Allah yang memberi mereka ilmu dan
iman, dengan firmanNta SWT:
﴿وَ قَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَ
الاْيمَـنَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِى كِتَـبِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ
فَهَـذَا يَوْمُ الْبَعْثِ﴾
(Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): "Sesungguhnya
kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari
berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu.") [Al-Rum 30:56]
Maka ini adalah pada anak-anak Ali (as)
secara khusus hingga hari kiamat ».
Ayat ketiga:
﴿وَ إِذْ قَالَ إِبْرَ هِيمُ لاِبِيهِ
وَقَوْمِهِ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ * إِلاَّ الَّذِى فَطَرَنِى
فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ * وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ﴾
(Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:
"Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah, *
tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menjadikanku; karena sesungguhnya Dia akan
memberi hidayah kepadaku". * Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu
kalimah yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimah itu.).
[Al-Zukhruf 43:26]
«Semua Ahli tafsir mentafsirkan perkataan
الكلمة الباقية في عقب إبراهيم
(Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimat tauhid itu
kalimat yang kekal pada keturunannya supaya mereka kembali kepada kalimat
tauhid itu).
Al-Kalimah adalah Kalimah Tauhid. apabila dia tidak
bertanggung jawab terhadap apa yang disembah kaumnya, dan hala tuju ke arah
yang menciptanya adalah pengertian teras kepada Kalimah Tauhid (لا إلـه
إلاّ الله - Tiada Tuhan selain Allah), dan pada firmanNya:
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
(supaya mereka kembali), iaitu supaya mereka kembali dari
mensyirik kepada seruan (dakwah) mentauhid Allah Taala.».
Jadi, Allah Taala telah menjadikan Tauhid berterusan pada
keturunan lbrahim (as) dan anak cucunya, Tidak boleh tanpa keturunannya atas
orang-orang yang bertauhid, dan kekalnya Tauhid yang dijadikan Allah Taala
atas anak cucu Ibrahim (as) mestilah Tauhid sebenar (haqiqi), yang tidak
dicemari oleh sesuatu yang syirik selamanya, yang layak mendapat pujian
dalam Al-Quran, jika tidak ia tidak mungkin bertauhid seperti yang dikehendaki
dan yang diterangkan Allah SWT dengan firmanNya
﴿وَ مَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ
إِلاَّ وَ هُم مُّشْرِكُون﴾
(Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada
Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah.). [Yusuf 12:106]
Ini adalah tambahan kepada ayat yang jelas bahawa Tauhid
yang diteruskan oleh anak cucunya ini adalah Tauhid lbrahim (yang disampaikan
lbrahim), yang tidak bercampur dengan syirk kepada Allah Al-3adzim. Tetapi
siapakah yang benar (nyata) memiliki Tauhid Al-Haqiqi seperti itu dari segi
ilmu dan amalannya ? Sesiapa yang membawa antara sayapnya apa yang dibawa
Sheikh yang bertauhid, iaitu
﴿قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ
أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَــلَمِينَ﴾
(Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk
patuhlah!" dia (Ibrahim) menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan
semesta alam.")? [Al-Baqarah 2:131]
Tidak ada keraguan lagi bahawa yang membawanya adalah
yang telahpun dikurniakan janji Allah SWT dari keturunan Al-Khalil (as) ketika
Dia berfirman:
﴿وَ مِن ذُرِّيَّتِى قَالَ لاَ يَنَالُ
عَهْدِى الظَّــلِمِينَ﴾
(“dan dari keturunanku.” KataNya “Janji-Ku (ini)
tidak mengenai orang yang zalim”).
Adalah jelas di sini bahawa berterusannya Imamah yang
dijadikan (dilantik) Allah SWT untuk khalilNya (KekasihNya) Ibrahim (as),
dengan berterusannya Kalimah yang diberkati pada anak cucu dan keturunannya ».
Atas dasar ini, banyak dari riwayat hadits wujud yang
telah menunjukkan bahawa Kalimah Al-Baqiyah (Kalimah yang berterusan) pada
keturunannya (as) ini adalah Imamah.
عن أبي هريرة قال : سألت رسول الله (صلى الله عليه وآله) عن
قوله عزّ وجلّ : ( وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى عَقِبِهِ ) قال : « جعل
الامامة في عقب الحسين يخرج من صلبه تسعة من الائمّة ، ومنهم مهدي هذه الامّة
Dari Abu Hurairah katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah
(S) pada FirmanNya AWJ
( وَ جَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً فِى
عَقِبِهِ )
(Dan (lbrahim (as)) menjadikan kalimah itu kalimah yang
kekal pada keturunannya). Baginda bersabda: «Dijadikan Imamah dari anak cucu
Al-Hussein yang keluar dari sulbinya sembilan Imam-imam, dan dari mereka Mahdi
umat ini».
- Jalan kedua: Hadits-hadits: Hadits Taaqalain (daripada
dua perkara penting): -
Kami akan membicarakannya secara terperinci dalam artikel
yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan