Kepercayaan (Kedatangan) Al-Mahdi (as)
Umat Islam sepakat mengatakan dengan kewujudan Al-Mahdi di
akhir zaman, yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan persamaan sebagaimana
ia dipenuhi dengan Kezaliman dan Kerosakan, tetapi selepas sepakat dalam
kepercayaan yang shahih ini mereka berselisih dalam memperincikannya.
Mungkin punca khilaf (perbezaan) yang asas antara mereka
pada masyarakat umum (Al-Sunnah) yang tidak mwmpercayai Imam Al-Mahdi Muhammad
bin Al-Hasan (as), dan mereka terus mengatakan bahawa Imam Al-Mahdi adalah
seorang lelaki yang akan lahir pada zamannya.
Apa-apa usaha untuk mencari keabsahannya ini adalah daya
usaha yang menggabungkan kedua-dua pandangan, Perkataan Al-Mahdi adalah gelaran
atau perihalan (sifat) yang sesuai kepada Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hasan
(as) dan sesuai juga kepada pewarisnya (washiy) yang lahir di akhir zaman, yang
namanya disebut Rasulullah (S) adalah Ahmad, dia adalah Al-Qaim (Penegak) yang
diisytiharkan dengan nama-Nya dan dibai'ah di antara Rukun (Hajar Aswad) dan
Maqam (Ibrahim).
Pemerhatian penting: bahawa gabungan yang disebut tidak
bermula dari kaedah yang ditentang tanpa memahami hakikatnya, tetapi ia adalah
hakikat menyaksikan nash-nash yang riwayatnya jelas dan menjelaskan dengan
terang benderang seperti matahari di siang hari:
Dan telah dikeluarkan sekumpulan hadits-hadits Al-Mahdi dari
ulamak Ahl Al-Sunnnah Wal-Jamaah seperti Abu Daud, Tirmizhi, Ibnu Majah,
Al-Bizzar, Al-Hakim, Al-Thabrani, dan Abu Ya3la Al-Mushli, di mana
sanad-sanadnya (perawi) adalah terdiri dari sekumpulan sahabat seperti Ali bin
Abi Talib, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar, Thalhah dan Abdullah bin Mas3ud, Abu
Hurairah, Anas bin Malik dan Abu Sa'id Al-Khudri, Umm Habibah dan Ummu Salamah,
Tsaubaan dan Qurrah bin Ali Al-Hilaali, dan Abdullah bin Al-Harits di mana
sebahagian daripada hadits-hadits mereka itu di antara shahih, hasan dan dha’if
(lemah).
Tidak terdapat hadits-hadits mengenai Al-Mahdi dalam
Shahih Bukhari dan Shahih Muslim secara terperinci (langsung) tetapi datang
dalam ayat seperti dalam hadits ini dari kedua-dua Shahih (Al-Shahihain)
tersebut, diriwayatkan dari Abu Hurairah:
قال رسول الله (ص) :"كيف أنتم
إذا نزل ابن مريم فيكم وإمامكم منكم" الصحيحين
Rasulullah (S) berkata: "Bagaimana keadaanmu jika
telah diturunkan (’Isa) Ibni Maryam padamu sedangkan imammu dari
kamu” riwayat Al-Shahihain.
عن أبو سعيد الخدري قال رسول الله (ص) :
"المهدي مني أجلى الجبهة أقنى الأنف يملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت
جورا وظلما يملك سبع سنين"
Dari Abu Sa'id Al-Khudri berkata:
Rasulullah (S): bersabda: “Al-Mahdi dariku, dahinya lebar, hidungnya mancung, memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) telah dipenuhi dengan kedzaliman, berkuasa selama 7 tahun.” - Sunan Abi Daud, berkata Al-Albaani hadits ini hasan.
عن علي بن أبي طالب قال رسول الله (ص)،
لو لم يبق من الدهر إلا يوم لبعث الله رجلا من أهل بيتي يملؤها عدلا كما ملئت
جورا "
Dari Ali bin Abi Talib berkata,
Rasulullah (S) bersabda, Sekiranya tidak tersisa umur dunia kecuali satu hari saja, maka pasti Allah mengutus seseorang dari kami yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) telah penuh dengan kazaliman", - Sunan Abi Daud. Dishahihkan oleh Al-Albaani.
عن عبد الله، "بينما نحن عند رسول
الله (ص)، إذ أقبل فتية من بني هاشم فلما رآهم النبي اغرورقت عيناه
وتغير لونه قال فقلت ما نزال نرى في وجهك شيئا نكرهه فقال إنا أهل بيت اختار
الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا حتى
يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود فيسألون الخير فلا يعطونه فيقاتلون فينصرون
فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما
ملئوها جورا فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبوا على الثلج"
Dari Abdullah,
Ketika kami berada di sisi Rasulullah (S), tiba-tiba
datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang pada
mereka, maka kedua air mata Rasulullah berlinang dan wajah baginda berubah. Aku
pun bertanya, “mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak
sukai?” Baginda menjawab, kami Ahl Al-Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat
lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa
bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi
tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu
diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah
mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di
antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di
atas salji.''
- Sunan Ibn Majah, riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak
dengan jalan Umar bin Qais dari Al-Hakim dari Ibrahim.
عن عبد الله، "لا
تذهب الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي " ،سنن الترمذي
صححه الألباني.
Dari Abdullah,
"Tidaklah hilang dunia ini sehinggalah seorang
lelaki daripada Ahl Al-Bait aku menguasai dunia, namanya sama dengan nama
aku.,"
- Sunan Al-Tirmizhi. Dishahihkan oleh Al-Albaani..
في حديث ابن ماجة:
"يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلهم ابن خليفة ثم لا يصير إلى واحد منهم ثم تطلع
الرايات السود من قبل المشرق فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم ثم ذكر شيئا لا أحفظه
فقال فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله المهدي"
Dalam hadits Ibn Majah:
"Ada 3 orang yang saling berbunuhan di sisi simpanan
mereka, semua mereka adalah putera kepada Khalifah, kemudian tidak akan kembali
ke salah seorang dari mereka. Akhirnya muncullah bendera-bendara hitam dari
arah timur, lalu mereka akan memerangi kalian dengan peperangan yang tidak
pernah dilakukan oleh satu kaum pun... (lalu beliau menuturkan sesuatu yang
tidak aku fahami, kemudian beliau berkata) Jika kalian melihatnya, maka
bai'anlah dia! Walaupun dengan merangkak di atas salji, kerana sesungguhnya dia
adalah khalifah Allah Al-Mahdi."
وكما في حديث ابن
ماجة أيضا: "بينما نحن عند رسول الله إذ أقبل فتية من بني
هاشم فلما رآهم النبي اغرورقت عيناه وتغير لونه قال فقلت ما نزال نرى في
وجهك شيئا نكرهه فقال إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي
سيلقون بعدي بلاء وتشريدا وتطريدا حتى يأتي قوم من قبل المشرق معهم رايات سود
فيسألون الخير فلا يعطونه فيقاتلون فينصرون فيعطون ما سألوا فلا يقبلونه حتى
يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملؤها قسطا كما ملئوها جورا فمن أدرك ذلك منكم
فليأتهم ولو حبوا على الثلج"
والحديث الذي رواه أحمد:
"إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من خراسان فأتوها فإن فيها خليفة
الله المهدي".
Dan juga dalam hadits Ibn Majah:
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah (S), tiba-tiba
datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang pada
mereka, maka kedua air mata Rasulullah berlinang dan wajah baginda berubah. Aku
pun bertanya, “mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang kami tidak
sukai?” Baginda menjawab, kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat
lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran
selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa
bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi
tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu
diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah
mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi
bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di
antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di
atas salji."
dan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad:
"Jika kamu melihat bendera-bendera hitam datang dari
Khurasan kerana sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi."
Dan kita lihat ramai Ulamak yang membawa hadits-hadits
Imam Mahdi dan mencapai tahap Tawatur (Mutawatir) secara maknawi, sebahagian
dari mereka adalah Al-Qadhi Al-3alamah Muhammad bin Ali Al-Syaukani yang
berkata dalam menjelaskan tahap Tawatur (Mutawatir) khabar yang datang pada
Al-Mahdi, Dajjal dan Al-Masih: "Hadits-hadits yang diterima pada Al-Mahdi
yang boleh berdiri di sampingnya adalah Lima puluh hadits-hadits Shahih, hasan
dan dhaif yang mutawatir, tidak diragukan lagi dan tidak terjejas bahkan sifat
tawaturnya diterima dengan baik kerana tanpa menghimpunkan istilah-istilah
bebas dikemukakan. Adapun Al-Atsaar dari sahabat yang menerangkan tentang
Al-Mahdi juga banyak meningkatkan penentuan sehingga tidak ada bidang kesungguhan
yang seperti itu."
Ibn Khaldun melihat dalam penjelasannya pada
hadits-hadits Al-Mahdi dengan mengatakan bahawa hadits-hadits Al-Mahdi tidak
dapat dipegang; termasuk yang diusahakan dan fitnah dengan memetik ucapan Anas
bin Malik, Nabi bersabda: "Tidak ada Mahdi melainkan Isa Ibni Mariam"
ini hadits dhaiif, didhaifkan oleh Al-Albaani.
Al-Mahdi di sisi Sunni tidak membantah yang namanya
Muhammad bin Abdullah, bahkan menyatakan bahawa namanya nama Nabi dan nama
bapanya, nama bapa Nabi dan Nabi ada banyak nama.
Kembali
Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan