Jumaat, 3 September 2021

Pelbagai masalah: Penjaga (Wali Al-Amr) / Warisan

 Pelbagai masalah

Penjaga (Wali Al-Amr)

Warisan

Makanan

Pesanan dan Nasihat

Sentuhan dan Sihir

Nazar

Bekam dan derma darah

Hukum Umum

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 263

 

Pelbagai masalah >> Penjaga (Wali Al-Amr)

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

Ibu saya bukan seorang ansariyah, dan tidak membenarkan saya untuk menghadiri majlis-majlis ansar. Bolehkah saya menghadiri majlis ansar untuk memperingati kematian semasa dia berpergian dan tidak mengetahuinya? Bapa saya juga bukanlah seorang ansar, tetapi dia membenarkan saya untuk menghadirinya, bahkan saya digalakkan untuk berbuat demikian.
Kami memohon pengampunan Allah atas kelemahan kami.

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Tidak wajib mentaatinya dalam perkara ini, selagi ibu bapa (semoga dipelihara Allah) kedua-duanya tidak menyokong apa yang kamu lakukan dalam mentaati Allah, maka bertawakkallah kepada Allah dan semoga Allah memberi kejayaan dan menghapuskan keburukan kamu.][1]

 

______________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm.55

 

✡✡✡✡✡✡

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 264

 

Pelbagai masalah >> Warisan

 

S / Seorang wanita meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka (pendapatan) kerja. Bagaimanakah pembahagian peninggalan ini, adalah diketahui dia meninggalkan suaminya, ibu dan lima anak-kananya (tiga lelaki dan dua perempuan)?

 

J / [Suku (satu perempat) untuk suami, dan satu perenam untuk ibu, dan setiap anak lelaki dapat dua bahagian daripada dua orang anak perempuan itu.

Bahagikan harta pusaka ini kepada 96 bahagian, suaminya mendapat 24 bahagian dan untuk ibunya 16 bahagian dan setiap seorang daripada tiga anak lelakinya mendapat 14 bahagian (14 + 14 + 14) dan bagi setiap anak perempuannya mendapat 7 bahagian (7 + 7).][1]

                     

S / Sekiranya seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan tidak mempunyai anak lelaki daripadanya, semasa kematian suaminya dia meninggalkan tanah kediaman, adakah dia mewariskan pada isterinya dan berapakah nisbah pembahagian harta pusakanya??? Adalah diketahui bahawa suaminya mempunyai lima saudara lelaki, dua dari mereka dari ibu kedua, dan dia mempunyai tiga saudara perempuan dari ibunya, semasa kematiannya ibu bapanya masih hidup, dan waris ingin membahagikan harta pusaka, Adalah diketahui bahawa ibu bapanya telah meninggal sebelum harta pusaka dibahagi-bahagikan, jadi apa bahagian isteri dari harta pusaka ini. Adalah diketahui bahawa keluarga suami adalah pengikut Al-Sistani, dan isteri adalah ansar Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).

J / [Bahagian isterinya adalah seperempat jika dia tidak mempunyai anak dari si mati atau orang lain.][2]

 

S / Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima, Al-Salamu 3alaika, Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad (as) Wa Yamanihim. Ini adalah pertanyaan dari salah seorang ansariah: Adakah cucu-cucu mewarisi dari datuk mereka atas kematiannya, Adalah diketahui bahawa ayahnya meninggal sebelum datuk mereka?

 

_____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, h 84

[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 85

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 265

 

Dan juga, isteri anak yang meninggal tidak mempunyai anak darinya, adakah dia mewarisi sesuatu dari datuk setelah kematiannya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Cucu-cucu yang ayahnya meninggal semasa datuknya masih hidup tidak mewarisi harta datuk jika dia (datuknya) mempunyai anak lelaki atau anak perempuan yang masih hidup, dan menantu (perempuan) tidak mewarisi dari ayah mertuanyanya.][1]

 

S / Seorang lelaki yang mempunyai ibu dan saudara lelaki, adakah dia boleh menulis semua harta benda dalam hidupnya atas nama isterinya?

J / [Dibolehkan jika dia tidak sakit dengan penyakit yang dengannya dia tidak selamat dari kematian (iaitu penyakit yang ditakuti), jika tidak, dia tidak berhak memindahkan lebih dari satu pertiga jika warisnya beriman dengan kebenaran. ] [2]

 

S / Seseorang yang telah mati meninggalkan seorang anak perempuan yang baligh, dia telah secara rasmi menolak anaknya di hadapan mahkamah, dan anaknya itu meminta untuk tinggal bersama ibunya dan menerima penolakan ayahnya terhadapnya. Persoalannya, adakah gadis ini layak mendapat warisan jika dia menuntutnya?

J / [Layak.] [3]

 

S / Adakah isteri mewarisi harta tetap (tanah dan bangunan), atau adakah dia mewarisi dari nilainya, atau dia tidak dapat harta pusaka darinya?

Terdapat keluarga bukan ansar yang ayahnya meninggal dunia dan mereka meminta saya membahagikan harta pusaka mengikut pendapat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), si mati meninggalkan seorang isteri dan enam anak, dua lelaki dan empat perempuan, dan

 

__________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, hlm. 100

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 1, hlm. 43

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 28

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 266

 

harta tetap iaitu sebuah rumah bernilai seratus empat puluh juta dan perabot di dalamnya. Mereka menunggu jawapan secepat mungkin.

J / [Isteri mewarisi semua dari harta pusaka itu, harta tetap dan lain-lain.

Warisan yang disebutkan di atas akan dibahagi kepada isteri mengikut nilai harga dan selebihnya kepada anak lelaki dan anak perempuannya, kepada yang lelaki dua saham (bahagian), dan kepada yang perempuan satu bahagian.][1]

 

S / Bapa meninggal bersama anaknya (anak lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak) bersama-sama dalam kemalangan jalan raya, dan kami tidak tahu bahawa kematian salah seorang dari mereka mendahului yang lain, Adakah anak-anak dari anak yang mati dengan ayahnya (datuk) mewarisi dari datuk mereka dalam masalah ini?

J / [Dengan menganggap kematian bapa sebelum anaknya, oleh itu anak lelakinya itu mewarisinya dan anak-anaknya pula mewarisi daripadanya..] [2]

 

S / Seorang wanita yang sudah berkahwin mengalami keadaan hidup yang sukar, dan ada pencen (wang persaraan) untuk ibunya yang meninggal.

Dia tidak berhak menerimanya kecuali jika terbukti bahawa dia sudah bercerai.

Adakah dibenarkan melakukan rawatan formal untuk mendapatkan pencen (persaraan)?

J / [Tidak dibenarkan.] [3]

 

__________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 28

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 29

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 4421 A.H. - Link ke penerbitan

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Soalan 735: Suami mati tiada anak lelaki - warisannya

 S 735 / Sekiranya seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan tidak mempunyai anak lelaki daripadanya, semasa kematian suaminya dia meninggalkan tanah kediaman, adakah dia mewariskan pada isterinya dan berapakah nisbah pembahagian harta pusakanya??? Adalah diketahui bahawa suaminya mempunyai lima saudara lelaki, dua dari mereka dari ibu kedua, dan dia mempunyai tiga saudara perempuan dari ibunya, semasa kematiannya ibu bapanya masih hidup, dan waris ingin membahagikan harta pusaka, Adalah diketahui bahawa ibu bapanya telah meninggal sebelum harta pusaka dibahagi-bahagikan, jadi apa bahagian isteri dari harta pusaka ini. Adalah diketahui bahawa keluarga suami adalah pengikut Al-Sistani, dan isteri adalah ansar Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).

J / [Bahagian isterinya adalah seperempat jika dia tidak mempunyai anak dari si mati atau orang lain.]

Khamis, 2 September 2021

Zakat dan Khumus

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 258

 

Ibadat >> Zakat dan Khumus

 

S / Apakah tafsiran ayat:

﴿وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ...﴾

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka siksa yang pedih,..)[1] 

Adakah ia dilaksanakan sekarang atau apabila kemunculan Imam. Jika ingin memberikan sebahagian barang kemas sebagai hadiah kepada Imam?

J / [Ini pada Zakat harta secara umum, samada pada harta simpanannya tanpa membayar zakat, atau bagi sesiapa yang mempunyai harta Zakat yang disimpannya. Pada masa bangkitnya Al-Qaim ia dikenakan kepada semua orang yang mempunyai lebihan wang dari keperluannya yang memegangnya dan tidak digunakan sebahagiannya untuk Jihad bersama Al-Qaim. Bagi barang kemas atau emas yang diperolehi untuk hiasan wanita ia bukanlah daripada simpanannya.] [2] 

 

S / Adakah wajib dikenakan khumus pada perhiasan yang digunakan oleh wanita? Khumus emas dan perak terkumpul (simpanan) yang tidak digunakan, dan apakah nisabnya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Perhiasan (emas, perak, dan lain-lain) yang wanita gunakan untuk perhiasan tidak dikenakan khumus, dan jika tidak digunakan maka ia dikenakan khumus. Nisabnya tidak dikira dalam khumus tetapi dikira dalam Zakat.] [3] 

 

S / Adakah memadai untuk menggunakan barang sekali, seperti memakai perhiasan atau pakaian atau yang seumpamanya, dan kemudian menyimpannya, untuk mencapai penggunaan yang tidak diwajibkan khumus dari barang itu?

 

_____________________

[1] Surah Al-Taubah 9:34

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 1, hlm.14

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 2, h 143

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 259

 

J / [Penggunaannya adalah penggunaan sebenar dan bukan untuk menghindari khumus, dan tidak ada masalah dalam penggunaannya, walaupun hanya sekali. Pengguna dikecualikan dari khumus.][1]

 

S / Adakah terdapat perbezaan antara hal-hal yang tulus (benar) dalam penggunaannya, untuk satu kali dia dapat meluangkan persediaan tahunannya dengan makanan, dan pada waktu yang lain dia mungkin dipenuhi dengan sisa-sisa barang yang telah dia gunakan sebilangannya, seperti minyak wangi, lemak dan beberapa kemewahan lain, jadi adakah wajib yang selebihnya dikenakan khumus? Dan ketiga, dia mempunyai sesuatu yang mempunyai banyak bahagian dan menggunakannya sebahagiannya seolah-olah itu adalah kitaran buku atau (set) untuk pelbagai tujuan.

Adakah penggunaan sebahagian daripadanya sebenarnya digunakan semuanya?

J / [Dengan menggunakan sebahagiannya adalah dianggap menggunakan secara keseluruhan.][1]

 

S / Al-Salamu 3alaikum. Tolong sampaikan soalan ini kepada Ahmad Al-Hassan. Soalan saya adalah:

Apakah hukum bagi seorang gadis yang tidak dibayar khums oleh bapanya. sementara dia tidak bekerja dan perbelanjaannya ditanggung oleh ayahnya, Tetapi dia mempunyai banyak barangan yang digunakan dan ditinggalkan dan lain-lain, yang sekali-kali tidak digunakan, adakah gugur bayaran khums terhadapnya?

Adakah terputus tali persaudaraan (silaturrahim) jika diancam pada seorang gadis yang menyambung silaturrahim dengan bapanya yang akan menyebabkan kemarahan ibunya yang amat sangat, dia tidak bersetuju dengan hal tersebut dan mengalami masalah dan menyebabkan bapanya sakit yang boleh menjadi satu ancaman kepada hidupnya, iaitu jeritan ysng tidak tertanggung oleh permasalahan?

 J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

 

______________________

[1] Kitab Risalah Fiqh Khumus - hlm.17

[2] Kitab Risalah Fiqh Khumus - hlm.18

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 260

 

J 1 / Bagi masalah sedemikian maka letakkan (ditetapkan) untuknya suatu hari tertentu setiap tahun untuk kiraan bagi dirinya sendiri, dan lebihan darinya pada hari tersebut dibayarkan khumusnya, sebagai contoh, jika dia mempunyai wang pada hari tersebut untuk dibayar khumus dan jika dia mempunyai sesuatu yang tidak digunakan juga perlu dibayar khumus.

J 2 / Menghormati (berbuat baik) kepada ibu bapa adalah wajib dan juga tidak gugur (putus) dengan apa jua kemungkinan. ia wajib dipersetujui oleh isteri dan anak-anak dan bapa. dan adapun hubungan silaturrahim keseluruhannya sama ada wang atau kata-kata ia mustahab (sunat) dan tidak wajib.][1]

                     

S: Adakah isteri wajib membayar khumus atas maharnya?

Dan jika dengannya dibeli duit syiling emas, wajibkah dia membayar khumus?

J / [Tidak wajib] [2]

 

S / Apa yang digunakan sebagai perhiasan wanita (seperti emas, perak, akik, dll.) Adakah wajib membayar khumus untuknya?

J / [Apa yang wanita gunakan untuk hiasan tidak dikenakan khumus, tetapi jika dia tidak menggunakannya, maka dikenakan khumus atasnya.] [3]

 

S / Saya seorang wanita yang beriman dengan khalifah Allah (Al-Yamani) dan saya berkahwin dengan lelaki (aliran) lain dan dia memberitahu saya dia membayar khumus atas wangnya, maka adakah wajib bagi saya memberitahunya bahawa saya membayar khumus mengikut syari’at Muhammad dan Aali Muhammad, para imam dan mahdi-mahdi (as), terutama sejak memberitahunya tentang hal ini menyebabkan saya bermasalah dengannya kerana dia tidak beriman dengan Al-Syed Al-Yamani, atau hanya membayar khumus atas wang saya sendiri?

 

____________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 6, hlm. 51

[2] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 25 Muharram 1442 AH - Link ke penerbitan

[3] Kitab Risalah Fiqh Khumus - hlm. 12

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 261

 

Apakah hukum mengenai anak-anak lelaki saya yang memakai, makan, dan menghabiskan semua keperluan mereka daripada wang itu selain membayar khumus?

J / [Anda boleh mengatur untuk mengeluarkan khumus wang (harta) anda selagi dia meminta anda untuk melakukannya dan dia tahu iman anda, dan anda tidak wajib memberitahunya secara terperinci.] [1]

 

_______________________

[1] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - Rajab 24, 1442 H. - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Manasik Haji dan Ziarah

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 255

 

Ibadat >> Manasik Haji dan Ziarah

 

S / Ketika saya pergi menunaikan haji, saya cuba pergi pada waktu mengerjakannya terutama tawaf, tetapi hadir lelaki asing mengerumuni saya, saya kehilangan rasa hormat, jadi bagaimana seorang wanita boleh melakukannya? Saya merasakan bahawa haji saya tidak lengkap dan hati saya sakit kerananya.

J / [Saya mohon kepada Allah agar menerima amalan dan haji anda, Dialah pelindungku dan Dia melindungi orang-orang yang saleh. dan berkenaan dengan haji wanita ketika ada ramai lelaki, hindarkan dari berkerumun dengan lelaki lebih baik daripada haji dengan sendirinya, jadi lakukan sedapat mungkin tanpa harus berebut dengan lelaki, bahkan jika dia terpaksa memendekkan dalam pekerjaan haji untuk menjaga kesucian dan penghindarannya dari pengaruh lelaki, insya Allah, ibadatnya sah, dan itu adalah cukup baginya wukuf di Arafah dan apa yang dia dapat lakukan dari amalan Haji tanpa berebut dengan lelaki itu. jadi biarkan dia bekerja mungkin tanpa harus berebut dengan lelaki.][1]

 

S / Kami masuk untuk Tawaf Al-Nisa’ dan kerana kesesakan menghalang kami dari tawaf mengelilingi Ka’bah, kami naik ke tingkat pertama dan meneruskan tawaf. Setelah melepasi pusingan pertama, kami melihat bahawa mereka membuka jalan untuk tawaf di Ka’bah, jadi kami turun dan menyelesaikan tawaf dari tempat kami berakhir secara langsung. Adakah tawaf ini sah, atau adakah kami wajib memperbaharuinya semula dengan tawaf baru?

J / [Tawaf itu sah dan tidak perlu memperbaharuinya.][2]

 

S 59 / Adakah seorang wanita dibenarkan mendahulukan tawaf dan sa’ei pada bermalam di Mina bukan kerana takut datang haid, tetapi kerana takut kesesakan orang ramai dan menyentuh lelaki?

J / [boleh.][3]

 

________________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, h 20

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, h 19

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, h 19

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 256

 

S / Mengenai Sholat Tawaf, seorang wanita mungkin berada di hadapan lelaki atau di sebelahnya, kerana sukar untuk mencari tempat di mana wanita berada di belakang lelaki kerana kesesakan, maka apa hukum sholat di sini?

J / [Dengan keperluan, sholat itu sah.][1]

 

S 61 / Seorang wanita yang menunaikan umrah dan sebelum dia bertahlul dia lupa memendekkan rambutnya kerana mentah (keanak-anakan), yang tidak mengetahui akan hukumnya. Adakah sesuatu yang perlu dia lakukan?

J / Bertahlul baginya setelah memotong rambut (bercukur) atau memendekkan rambutnya dan selainnya, seperti yang dinyatakan dalam Al-Syarai3.][2]

 

S / Apa hukum bagi jemaah wanita, kerana cuaca kering, bibirnya pecah, dan kerana takut darah keluar, dan dia hanya meletakkan pelembap di tempat merekah (pecah) sahaja, dan mengambilnya dengan preskripsi ubat, dan ia (berbau koko)?

J / Sekiranya anda terpaksa, seperti dalam pertanyaan, untuk meletakkan minyak, maka hukumnya adalah seperti yang saya jelaskan di dalam (Kitab Al-Syarai3), dan dalam masalah anda, anda tidak apa-apa masalah, dan saya akan memetik hukumnya dari (Kitab Syarai3) di sini:

[Kesebelas: (Haram) bagi penggunaan minyak wangi setelah memakai ihram, dan sebelum itu jika baunya kekal pada ihram. Begitu juga yang tidak wangi – secara pilihan - selepas Ihram, dan ia dibenarkan jika terpaksa.] Syarai3 Al-Islam: J2

[Dan barangsiapa yang menggunakan minyak wangi semasa Ihramnya, dia mesti menyembelih domba betina, dan jika perlu (terpaksa), ia tidak mengapa.] Syarai3 Al-Islam: J2.][3]

 

S / Adakah wanita boleh pergi menziarahi Imam-imam (as) dengan berjalan kaki?

 

______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, h 19

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm.21

[3] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 7, h 89

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 257

 

J / [Dibolehkan jika jalan itu selamat dan tidak ada rasa takut untuk menempuh perkara tersembunyi dan seumpamanya.] [1]

 

S / Apa yang terbaik bagi wanita untuk Ziarah Arba’in, adakah dia pergi dengan berjalan atau ziarah dari rumahnya?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima

Masalahnya bergantung pada keadaan dan hal di mana ia berada, kedua-duanya dibenarkan, dan keutamaannya dilihat pada hal manusia dan keadaannya.][1]

 

S: Adakah makruh wanita hamil ziarah ke tanah perkuburan?

J / [Ia tidak makruh.] [1]

 

___________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 3, hlm.36

[2] Himpunan Soal-Jawab Fiqh  Al-Imam Ahmad Al-Hassan (as) pada Forum - bertarikh 22 Muharram 1439 - Link ke topik di forum

[3] Jabatan Ilmiah, Pejabat Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - 24 Rajab 1442 AH - Link ke penerbitan

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Soalan 745: Sapu ubat berbau koko semasa Ihram

S 745 / Apa hukum bagi jemaah wanita, kerana cuaca kering, bibirnya pecah, dan kerana takut darah keluar, dan dia hanya meletakkan pelembap di tempat merekah (pecah) sahaja, dan mengambilnya dengan preskripsi ubat, dan ia (berbau koko)?

J / Sekiranya anda terpaksa, seperti dalam pertanyaan, untuk meletakkan minyak, maka hukumnya adalah seperti yang saya jelaskan di dalam (Kitab Al-Syarai3), dan dalam masalah anda, anda tidak apa-apa masalah, dan saya akan memetik hukumnya dari (Kitab Syarai3) di sini:

[Kesebelas: (Haram) bagi penggunaan minyak wangi setelah memakai ihram, dan sebelum itu jika baunya kekal pada ihram. Begitu juga yang tidak wangi – secara pilihan - selepas Ihram, dan ia dibenarkan jika terpaksa.] Syarai3 Al-Islam: J2

[Dan barangsiapa yang menggunakan minyak wangi semasa Ihramnya, dia mesti menyembelih domba betina, dan jika perlu (terpaksa), ia tidak mengapa.] Syarai3 Al-Islam: J2.][3]

Q / Adakah wanita boleh pergi menziarahi imam dengan berjalan kaki?


Rabu, 1 September 2021

Ibadat

 Ibadat

Sholat dan Puasa

Manasik Haji dan Ziarah

Zakat dan Khumus

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 252

 

Ibadat >> Sholat dan Puasa

 

S / Semasa seorang wanita bangun dari sholat terdapat sebahagian dari rambutnya terkeluar, adakah Sah sholatnya jika selesai sholat (terbuka) penutupnya?

J. Sah sholatnya.][1]

 

S  / Apakah hukum seorang wanita yang menyempurnakan sholatnya dan melihat seorang lelaki bersholat benar-benar di belakangnya atau berhampiran dengannya? Dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kepadanya dalam kedudukan seperti itu semasa sholat?

J. [Jikalau lelaki ini telah berhenti (berdiri) untuk bersholat selepas ia memulakan sholatnya, dia (wanita tersebut) meneruskan sholatnya dan tidak ada masalah dengan sholatnya.] [2]

 

S  / Disebut dalam bab sholat berjama'ah: (Tidak sah dengan adanya halangan antara imam dan makmum yang mencegah pemandangan, kecuali pada makmum perempuan), soalannya: Adakah perbezaan hukum bergantung kepada halangan yang sah pada halangan wanita, sebagai contoh,: pertamanya dinding penghalang, dan kedua berdinding tetapi ia ada tingkap atau pintu yang terbuka, yang ketiga mempunyai tirai (kain), dan sebagainya?

                      

J. Jika dinding yang ada tingkap membolehkan untuk melihat Imam tidak diambil kira padanya sebagai halangan yang mencegah pemandangan, tetapi jika dinding menghalang hubungan dengan imam dalam apa-apa cara sehingga pada pendengaran maka begitu juga jika sukar membayangkan perlakuan sholat jamaah. Tetapi halangan sah pada wanita yang bersholat dibelakang imam ia adalah halangan yang membolehkan sekurang-kurangnya untuk mendengar bunyi suara imam atau yang telah dipindahkan pergerakan Imam kepada para makmum seperti: tirai atau dinding atau dinding kayu yang rendah dan nipis atau dinding berlubang dan lain-lain.][3]

 

____________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Sholah h 12

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Sholah h 13

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Sholah h 35

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 253

 

S  / Apakah dalil Al-Quran, nash yang menunjukkan bahawa diharamkan imam seorang perempuan, sama ada yang bersholat itu orang lelaki, atau perempuan, atau yang bercampur?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina

Dibolehkan menjadi imam bagi seorang perempuan dalam sholat apabila mereka semua adalah perempuan sahaja, manakala seorang perempuan menjadi imam dalam sholat jika ada di antara mereka orang lelaki ia tidak dibenarkan, dan yang demikian itu adalah makmum yang bersholat (di belakangnya) adalah apabila ada lelaki dan perempuan, Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ﴾

Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.[1] dan darjat ini adalah: (imam secara umum), dan juga dikhaskan di dalam Sholat Jumaat atau sholat berjamaah atau Sholat Hari Raya atau Sholat Sempena (Ayaat) atau yang lain? [2]

 

S / Adakah wanita boleh menjadi imam bagi kaum wanita dalam sholat Jumaat, dengan syarat-syaratnya dipenuhi?

J / [Dibolehkan.] [3]

             

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saidi wa Maulai. Saya berharap dari Allah bahawa agar tuan dalam keadaan baik dan mereka yang berlindung kepada tuan, Demi bapa dan ibu sebagai penebusmu. Soalan saya adalah, adalah diketahui apa yang harus dipakai oleh seorang wanita dalam sholat dan apa yang wajib dia tutupi. Apakah itu berlaku untuknya ketika dia membaca Al-Quran? Maksudnya, apakah dia wajib menutupi apa yang wajib dia tutup seperti dalam sholat?

Dan apa yang harus dia pakai? Saya harap tuan sedekahkan kami dengan doa tuan untuk pemulihan anak saya yang sakit, tuan. Tuanlah yang murah hati, dan kami meminta di hadapan pintu rumah tuan.

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Semoga Allah merahmati kamu

 

_____________________

[1] Surah Al-Baqarah: 228

[2] Kitab Al-Mushabihat - Jz 4, hlm. 241

[3]- Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 5, hlm. 10

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 254

 

Seorang wanita dapat membaca Al-Qur'an dengan kepala yang tidak tertutup, dan dia tidak wajib menutup badannya ketika membaca Al-Quran. Sebaliknya, dia boleh membaca bila-bila saja yang dia kehendaki dan dengan pakaian apa pun selama dia berada di rumah.

Dan saya mohon kepada Allah agar memberi anak anda kesembuhan, kesihatan dan kesejahteraan, dan Dialah Maha Penyayang dari para penyayang.][1]

 

S / Salah seorang ansariah mengalami pemikiran buruk semasa sholat, terutama ketika membaca Al-Quran, dan bahkan lebih-lebih lagi khususnya Surah Yasin. Dia mengatakan sehingga dia takut membaca Al-Quran agar dia tidak didatangi perkara tersebut, misalnya, berfikir bertentangan dengan ayat tersebut. Adakah cara untuk menyingkirkan perkara ini?

J / [Banyakkan mengingati Allah (zikru Allah) dan mengisi masa lapang dengan zikir, mahu pun waktu bekerja, dia boleh menyebut pada ketika itu dengan zikir-zikir kepada Allah seperti Istighfar, tahmid, syukur dan tasbih.][2]

 

S / Mengenai pengesahan bulan baru, dinyatakan juga: (Dan itu disahkan dengan kesaksian wanita), dan pertanyaannya adalah: Apakah setiap dua kesaksian dihitung sebagai satu kesaksian, dan dengan itu kita memerlukan empat orang saksi wanita ?

J / [Disahkan oleh keterangan seorang lelaki dan dua orang wanita.] [3]

 

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh, Saidi wa Maulai, Qaim Aali Muhammad (as). Allahumma Shalli 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima Katsira. Adakah penggunaan penyegar bibir dibenarkan semasa berpuasa?

J / [Wa 3alaikumu s-Salam, Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh.

semoga Allah memberkati anda

Dibenarkan.][4]

 

_____________________

[1] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 19 Jun 2018

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Pelbagai Masalah – Jz 4, hlm. 8

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh - Al-Shiyam, hm. 12

[4] Ulasan Di Laman Facebook Rasmi Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) - pada 5 Mei 2018

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

           

Mengenai wanita yang sudah berkahwin / Kebiasaan Masturbasi

 Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 247

 

Hukum Bersuci (Thaharah) >> Mengenai wanita yang sudah berkahwin:

 

S / Adakah rembesan wanita ketika berkobar keinginan syahwatnya tanpa persetubuhan mewajibkannya melakukan ghusl untuk sholat? Atau adakah memadai untuk berwuduk dan membersihkan pakaian untuk sholat, dll?

J / [Bismillahi R-Rahmani R-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin.

Wajib ghusl atasnya.][1]

 

S / Apa hukum bila menjumpai air seorang lelaki setelah menanggalkannya sebelum ghusl, kemudian setelah beberapa ketika dia dapati cecair ini keluar darinya (isteri), jadi apa hukumnya? Adakah kembali mengulangi ghusl dan bagaimana membersihkannya sebelum ghusl? Setiap kali anda membuang air kecil, cecair akan keluar darinya dan tidak diketahui bahawa ia adalah air lelaki atau rembesannya. Apakah hukumnya?

J / [Jika dia tahu bahawa cairan yang keluar darinya adalah air suaminya, maka dia hanyalah mencuci tempat itu dan membersihkannya, dan dia tidak perlu mengulangi ghusl atau berwuduk. Mengenai cairan yang keluar dan tidak diketahui sama ada dari rembesannya atau dari air suaminya, Jangan tentukan ia dari air suaminya. Dia tidak perlu mengulangi mandi atau berwuduk, bahkan dia tidak perlu mencuci tempat itu selagi dia tidak tahu bahawa itu adalah air suaminya atau hanya rembesannya, dan mencuci tempat itu lebih baik dan lebih suci baginya..] [2]

 

S / Apa hukum bagi wanita jika dia bermimpi basah dan dia duduk dan melihat sesuatu di pakaiannya, tetapi dia tidak tahu bahawa itu adalah rembesan atau cairan dari mimpi basahnya? Adalah diketahui bahawa dia buang air kecil dan tidak ada sesuatu yang keluar.

 

J / [Wanita yang keluar air mani wajib ghusl telah diterangkan bagaimana ia dapat disahkan, tetapi jika dia mengalami mimpi basah, cukuplah ada tanda-tanda bahawa cairan itu turun ke dalam vagina (faraj)nya, dan jika dia menemui sesuatu di pakaiannya kerana dia

 

________________________

1 - Jawapan yang Mencerahkan Melalui Buku Eter - Jilid 2, ms 174

2 - Jawapan yang Mencerahkan Melalui Buku Eter - Bahagian 7, ms 84

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 248

 

sudah bermimpi basah, maka kemungkinan itu adalah cairan yang keluar sebagai akibat dari mimpi basah, dan oleh itu dia harus melakukan ghusl kecuali dia tahu atau mengesyaki bahawa ia tidak seperti itu.]

Ini adalah jawapan sebelumnya yang menerangkan bila ghusl diperlukan dan bagaimana mengenal pasti keadaannya:

 

S / Berkenaan dengan seorang lelaki, keluar air wazi, wadi atau mazi, tidak membatalkan wuduknya, tetapi apa yang keluar dari seorang wanita ketika bersenda gurau, apakah ia membatalkan wuduknya atau apakah dia wajib ghusl dengan terkeluarnya (air mani) itu?

J / [Sekiranya seorang wanita keluar air mani, dia harus ghusl. Adapun apa yang keluar dari dirinya ketika bersenda gurau dengan suaminya, ia tidak akan membatalkan wuduknya dan dia tidak perlu melakukan ghusl kecuali jika disertai dengan getaran atau keinginan (syahwat) yang sangat ghairah.]

S / Ejakulasi air mani lelaki diketahui, maka apakah pula ejakulasi air mani wanita?

J / Ejakulasi air mani pada wanita dicapai oleh dua perkara: nafsu syahwat yang sangat ghairah atau getaran, dan turunnya cecair ke faraj.][1]

 

S / Telah disebutkan pada mewajibkan ghusl kerana pertemuan dua yang dikhitan, apa yang dimaksudkan dengannya?

J / [Yang dimaksudkan adalah: kira-kira masuknya organ kemaluan lelaki (suami) atau dengan kadarnya ke dalam faraj wanita (isteri). Pertemuan dua yang dikhitan bermaksud: pertemuan bahagian hadapan zakar lelaki, yang merupakan tempat berkhatan yang diketahui, dengan bukaan faraj pada alat kelamin wanita.][2]

 

S / Seorang wanita telah bermimpi basah dan tidak tahu bahawa dia wajib melakukan ghusl, jadi apa hukum sholatnya?

J / [Qadhakanlah.] [3]

 

_______________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Berbagai Masalah .3, hlm. 6

[2] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Thaharah, hlm. 16

[3] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Thaharah hlm. 17

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 249

 

S / Sekiranya seorang wanita melakukan hukum-hukum istihaadah pada hari-hari haid secara salah, apakah hukum dalam hal ibadah, atau suaminya menghampirinya dari segi kafarah?

J / [Tidak ada masalahnya jika mereka berdua melakukan kesalahan.][1]

S / Dinyatakan: (Sekiranya dia melihat darah selama tiga hari, kemudiannya berhenti dan dia melihatnya sebelum hari kesepuluh, itu semua adalah hari-hari haid), apakah dia atau suaminya ada ada sesuatu jika dia rasa bahawa dia menjadi suci selepas hari-hari ketiga dan suaminya menghampirinya? Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang dilarang pada wanita dalam haid.

J / [Dia dan suaminya tidak ada apa-apa masalah.] [2]

 

_________________

[1] Kitab Soal-Jawab Fiqh  - Al-Thaharah hlm. 20

[2] Sumber yang sama dengan yang sebelumnya

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Wanita Dalam Islam [Himpunan Panduan Kata-kata dan Fatwa Imam (as) Mengenai Wanita - 250

 

Hukum Bersuci (Thaharah) >> Kebiasaan Masturbasi

                           

S / Al-Salamu 3alaikum Wa Rahmatu Allahi Wa Barakatuh

Saya ingin bertanya: Adakah kebiasaan masturbasi dilarang tanpa memasukkan objek padat, maksud saya hanya dipermukaan, dan jika tujuannya adalah untuk mengelakkan jatuh ke dalam yang terlarang (haram)? Adakah diwajibkan ghusl? Salam hormat.

J / [Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Al-Hamdu Lillahi Rabbi l-3alamin. Washalla Allahu 3alaa Muhammad Wa Aali Muhammad, Al-Aimmata Wal-Mahdiiyina Wa Salim Taslima.

Kebiasaan masturbasi haram dalam Syariah, tetapi jika anda mahu membandingkan dengan melakukan tindakan itu dengan kekejian zina, Semoga dilindungi Allah, maka zina adalah lebih dilarang. Kerana ia adalah dosa besar, dan kebiasaan masturbasi tidak dibenarkan jika seseorang melakukannya dengan berfikir bahawa dengan ini dia ingin menjauhkan diri dari zina.

Dan wajib mandi janabah pada orang yang keluar mani (air mani keluar darinya dengan aliran dan nafsu syahwat), dan wanita itu juga wajib mandi (ghusl) jika dia keluar mani, seperti yang saya sebutkan dalam Al-Syarai3.

Dan saya mohon kepada Allah agar melindungi bahagian peribadi anda dan menyucikan diri anda dengan perkahwinan yang halal yang akan memelihara agama anda.][1]

 

_________________________

[1] Kitab Al-Jawab Al-Munir Melalui Internet Jz 4, h 88


✡✡ ✡✡ ✡✡

                                       

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya