Ahad, 31 Januari 2021

Info Antarabangsa – Hauzah Muslimah

 Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 13 Februari 2013:

 

Rejim Amerika menyokong pembunuhan Wahabi di Syria dan mengulangi kesalahan sebelumnya di Afghanistan

Semasa penjajahan Soviet yang membawa kepada penubuhan Al-Qaedah dan Bin Laden.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 13 Februari 2013:

 

Kami mengecam keras perundangan oleh Majlis Nasional Perancis dan House of Commons Britain mengenai undang-undang perkahwinan sesama jenis di Perancis dan Britain [1].

 ________________________________

1. Pada: 2/3/2013, Persatuan Perancis secara rasmi meluluskan undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama jenis. Berita boleh didapati di: http://www.bbc.com/arabic/worldnews/2013/02/130212_gay_marriage_law_france

Perkara yang sama berlaku di Dewan Rakyat Britain pada 2/5/2013. Berita boleh didapati di: http://www.bbc.com/arabic/worldnews/2013/02/130205_uk_same_sex_marriage

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 احمد الحسن Ahmed Alhasan / 13 Februari 2013:

 

Meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis adalah cacat, hina dan memalukan dalam sejarah manusia.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Februari 2013:

 

Hauzah Ilmiah Al-Mahdawiyah adalah sebuah bangunan ilmiah yang diberkati yang menghasilkan ulama’ mempertahankan agama Allah.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Februari 2013:

 

Wahai orang-orang mukmin dan mukminah, ulama’ dan pelajar dari Hauzah Ilmiah Al-Mahdawiyah yang diberkati mereka adalah perwakilan anda kepada Allah, jadi muliakanlah mereka.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Februari 2013:

 

Malangnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini ada yang berbuat kejahatan dengan berserban dengan tingkah laku yang tidak sesuai, tetapi ini bukan alasan untuk menghina serban atau orang-orang berserban yang baik.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Februari 2013:

 

Para ulama’ adalah orang-orang utama yang memimpin jika mereka ikhlas dan zuhud pada dunia dan hiasannya.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 14 Februari 2013:

 

Zainab Bint Ali (as) adalah seorang yang alim, dan bagi orang yang beriman untuk mengikuti teladannya, sebuah hauzah muslimah harus didirikan untuk memastikan pendidikan mukminah.

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Februari 2013:

 

Hampir dua tahun, pemerintah Amerika, Perancis dan Britain menyokong kewajaran pembunuhan dan penyembelihan di Syria, bahawa mereka ini diketahui menunjukkan sokongan kepada penyembelih Al-Qaedah.

. 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Februari 2013:

 

Hague mengakui [1] bahawa mereka menyedari bahawa orang-orang Wahabi yang menyembelih telah berkumpul dari negara-negara seluruh dunia untuk berperang di Syria, namun kami mendapati pemerintahnya dan sekutunya menyokong pertempuran itu.

 

________________________________

[1] William Hague adalah ahli politik Britain, lahir pada tahun 1961, yang telah berkhidmat sebagai Menteri Luar negaranya sejak 12 tahun. Mei 2010 hingga 8 Mei 2015.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

 احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Februari 2013:

 

Rakyat Perancis, Britain dan Amerika harus tahu bahawa pemerintah mereka yang menyokong pembunuhan beramai-ramai memikul jenayah penyembelihan yang dilakukan oleh penyembelih Wahhabi di Syria.

 

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 15 Februari 2013:

 

Rakyat Perancis, Britain dan Amerika mesti tahu bahawa pemerintah mereka yang menyokong pembunuhan beramai-ramai itu adalah rakan utama dalam sebarang akibat buruk dari apa yang berlaku di Syria.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Wasiat Al-Rasul pada Ali (as) dan Abu Zhar (ra)

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 29 Januari 2013:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Saya mohon kepada Allah agar memberkati kamu dan merahmati kamu kamu dengan rahmat yang luas, pada ulang tahun kelahiran Rasulullah Muhammad (S) dan anaknya, Imam Jaafar bin Muhammad (Shalawatu Allah 3alaihi),

Dialah yang Maha penyayang dari yang menyayang, Dialah penjagaku dan Dialah yang menjaga orang-orang yang soleh.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 29 Januari 2013:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

 Dalam wasiat Muhammad pesuruh Allah (S) kepada Ali (as) ,


)) 
عن مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى عَنْ عَلِيِّ بْنِ النُّعْمَانِ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ عَمَّارٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ع يَقُولُ كَانَ فِي وَصِيَّةِ النَّبِيِّ ص لِعَلِيٍّ ع أَنْ قَالَ يَا عَلِيُّ أُوصِيكَ فِي نَفْسِكَ بِخِصَالٍ فَاحْفَظْهَا عَنِّي ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ أَعِنْهُ أَمَّا الْأُولَى فَالصِّدْقُ وَ لَا تَخْرُجَنَّ مِنْ فِيكَ كَذِبَةٌ أَبَداً وَ الثَّانِيَةُ الْوَرَعُ وَ لَا تَجْتَرِئْ عَلَى خِيَانَةٍ أَبَداً وَ الثَّالِثَةُ الْخَوْفُ مِنَ اللَّهِ عَزَّ ذِكْرُهُ كَأَنَّكَ تَرَاهُ وَ الرَّابِعَةُ كَثْرَةُ الْبُكَاءِ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ يُبْنَى لَكَ بِكُلِّ دَمْعَةٍ أَلْفُ بَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ وَ الْخَامِسَةُ بَذْلُكَ مَالَكَ وَ دَمَكَ دُونَ دِينِكَ وَ السَّادِسَةُ الْأَخْذُ بِسُنَّتِي فِي صَلَاتِي وَ صَوْمِي وَ صَدَقَتِي أَمَّا الصَّلَاةُ فَالْخَمْسُونَ رَكْعَةً وَ أَمَّا الصِّيَامُ فَثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فِي الشَّهْرِ الْخَمِيسُ فِي أَوَّلِهِ وَ الْأَرْبِعَاءُ فِي وَسَطِهِ وَ الْخَمِيسُ فِي آخِرِهِ وَ أَمَّا الصَّدَقَةُ فَجُهْدَكَ حَتَّى تَقُولَ قَدْ أَسْرَفْتُ وَ لَمْ تُسْرِفْ وَ عَلَيْكَ بِصَلَاةِ اللَّيْلِ وَ عَلَيْكَ بِصَلَاةِ الزَّوَالِ وَ عَلَيْكَ بِصَلَاةِ الزَّوَالِ وَ عَلَيْكَ بِصَلَاةِ الزَّوَالِ وَ عَلَيْكَ بِتِلَاوَةِ الْقُرْآنِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَ عَلَيْكَ بِرَفْعِ يَدَيْكَ فِي صَلَاتِكَ وَ تَقْلِيبِهِمَا وَ عَلَيْكَ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ وَ عَلَيْكَ بِمَحَاسِنِ الْأَخْلَاقِ فَارْكَبْهَا وَ مَسَاوِي الْأَخْلَاقِ فَاجْتَنِبْهَا فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَلَا تَلُومَنَّ إِلَّا نَفْسَكَ)) الكافى-ج8 ص79َ         

Dari Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad bin Issa, dari Ali bin al-Numan, dari Mu'awiyah bin Ammar bahawa Imam Abu Abdullah (as) berkata, {"Dalam wasiat Nabi (S) kepada Ali (as), baginda (S) bersabda  ' Aku menasihatkan kamu untuk mengusahakan sifat-sifat ini, jadi ingatilah ia. Baginda (S) kemudian bersabda, “Ya Allah, bantu dia.”

 Ada pun yang pertama, ia adalah kejujuran, dan jangan biarkan dusta pernah keluar dari mulut kamu.

 Yang kedua adalah warak, dan jangan sekali-kai melakukan pengkhianatan.

Yang ketiga adalah takut kepada Allah (Keagungan adalah dengan mengingati Nya) seolah-olah kamu melihatNya.

Yang keempat banyak-banyaklah menangis kerana takut kepada Allah, oleh kerana setiap air mata , seribu rumah-rumah akan dibina untuk kamu di syurga.

Yang kelima membelanjakan wang kamu dan darah kamu demi agama kamu.

Yang keenam ialah amalkan cara ku dalam bersolat, puasa dan bersedeqah. Adapun solat, ia adalah lima puluh rakaat. Adapun puasa, ia adalah tiga hari dalam sebulan, hari Khamis pertama , Rabu pertengahan dan Khamis akhir. Adapun sedeqah, berikan dengan semua usaha kamu, sehingga kamu mengatakan kamu boros , sedangkan kamu tidak. Dan dirikan solat Al-Lail dan solat sunat zawal, dan solat sunat zawal dan solat sunat zawal.

Membaca Al-Quran dalam setiap keadaan [dalam kesempatan kamu].

Angkatlah tangan kamu dalam doa kamu dan banyak-banyaklah berdoa.

Amalan siwak di setiap wuduk.

Mengusahakan sifat-sifat terbaik dan mengelakkan sifat-sifat fasik. Jika kamu gagal berbuat demikian, kamu hanya perlu salahkan diri kamu. ' "} Al- Kafi J. 8 halaman 79.

         

✡✡ ✡✡ ✡✡

 

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 29 Januari 2013:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

 

Nabi Muhammad (S) bersabda kepada Abu Zhar Al-Ghifari, (rahimahu Allah):

 

"Jadilah di dunia ini seolah-olah kamu orang asing,"

Dan hitung dirimu dari kematian,

Apabila waktu pagi jangan kamu bercakap dengan dirimu mengenai waktu petang,

Dan apabila waktu petang jangan kamu bercakap dengan dirimu mengenai waktu pagi,

Dan (lakukan) masa sihat sebelum kamu sakit,

Dan masa muda (sebelum) kamu berusia,

Dan masa hidup masa kamu mati." [1].

 

✡✡ ✡✡ ✡✡

 ___________________________

[1] Irsyad Al-Qulub - Al-Dailami: J 1 hlm 17 – 18

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Keikhlasan Daud (as)

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 16 Januari 2013:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

 

Pencerahan tentang keikhlasan Daud:

 

﴿فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللَّـهِ وَقَتَلَ دَاوُودُ جَالُوتَ وَآتَاهُ اللَّـهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الْأَرْضُ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ 

Mereka (tentera Thalut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai kurnia ke atas semesta alam. [Al-Baqarah 2: 251]

Daud adalah anak bongsu bapanya - bapanya menggantikannya untuk menjaga biri-biri, dia bahkan tidak termasuk menjadi tentera - Dan katapel [1] (lastik) yang dengannya digunakan untuk melemparkan batu, dia tidak ada dihitung sebagai orang yang menentukan pertempuran itu.

(Daud) tidak dikira termasuk bilangan (tentera),

Dan (batu) tidak dianggap alat (senjata) di kalangan manusia,

Di sisi Allah semuanya termasuk bilangan dan peralatan senjata.

Batu yang ditolak oleh pembina menjadi batu asas.

Itu adalah perhitungan manusia,

Ini adalah perhitungan Allah SWT.

Tetapi manusia melihat benda dan tubuh badan, dan Allah melihat roh-roh dan keikhlasan.

Dia Yang Maha Suci memandang keikhlasan anak lelaki mulia ini, Daud (as), sehingga dia sendiri diberi kemenangan.

Betapa banyak pelajaran bagi mereka yang bersama Thalut (as) merekalah yang menjadikan alasan kebendaan dan perhiasan sebagai alasan-alasan, pada hal

﴿وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّـهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّـهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ﴾

Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu". Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahkannya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa". Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.

Dan ketika mereka melihat jumlah dan kelengkapan senjata tentera Jalut

﴿قَالُوا لَا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ﴾

Mereka berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya".

Dalam pelajaran yang disampaikan Allah SWT ini terhadap kelakuan dan cara pedekatan sesuatu perkara bahawa alasan kebendaan tidak mempunyai nilai di hadapan keikhlasan kepada-Nya Yang Maha Suci. Maka Dialah Yang Maha Suci yang menghadapi tentera Jalut yang perkasa, yang dilengkapi dengan senjata terbaru dan paling mematikan pada masa itu dengan keikhlasan Daud (as).

Betapa kita pada hari ini memerlukan pelajaran yang disampaikan ini untuk mempelajari erti keikhlasan dan tawakkal kepada Allah Yang Maha Suci, tanpa mengenepikan persamaan persediaan di muka bumi dalam kita menghadapi Syaitan dan tenteranya.

 

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

 

____________________________________

[1] Katapel (lastik): (Alat menembak gunakan batu), lihat: Lisan Al-Arab, oleh Ibn Mandzur: jilid 8, ms 294 - Madah Qala3.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Sabtu, 30 Januari 2021

Syahadah Rasulullah (S)

 

Himpunan Pos Di Laman Facebook Rasmi

        

احمد الحسن Ahmed Alhasan / 10 Januari 2013: 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

السلام عليك يا رسول الله،

Salam atasmu, ya Rasulullah,

أسأل الله الذي اجتباك واختارك وهداك وهدانا بك أن يصلي عليك،

Aku mohon Allah yang mengutamakanmu, memilihmu dan membimbingmu dan membimbing kami agar menyanjungmu (berselawat atasnu).

اللهم صل على محمد وآل محمد في النهار إذا تجلى،

Ya Allah, sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad pada siang hari apabila terang benderang,

وصل على محمد وآل محمد في الليل إذا يغشى،

Sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad pada waktu malam apabila ia menutupi.

وصل على محمد وآل محمد في الأخرة والأولى،

Sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad di akhirat dan dunia,

وصل على محمد وآل محمد ما لاح الجديدان،

Sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad yang kelihatan baru.

وصل على محمد وآل محمد ما اطرد الخافقان،

Sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad yang menyeimbang debaran,

وصل على محمد وآل محمد ما حدا الحاديان،

Sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad yang memandu panduan.

وصل على محمد وآل محمد ما عسعس ليل وما ادلهم ظلام وما تنفس صبح وما أضاء فجر،

Sanjunglah Muhammad dan keluarga Muhammad, bila malam ketika telah hampir meninggalkan gelapnya, dan bila subuh apabila fajarnya mulai menyingsing,

اللهم أجعل محمدا خطيب وفد المؤمنين إليك والمكسو حلل الأنوار إذا وقف بين يديك والناطق إذا خرست الألسن بالثناء عليك،

Ya Allah, jadikanlah Muhammad wakil pembicara orang-orang yang beriman kepadamu, yang menyingkap penutup cahaya, apabila berdiri di hadapanMu, dan sebagai juru bicara apabila kelu lidah, pada memujiMu,

اللهم أعلُ منزلته وارفع درجته وأظهر حجته وتقبل شفاعته وابعثه المقام المحمود الذي وعدته واغفر له ما أحدث المحدثون من أمته بعده.

Ya Allah, tinggikanlah kedudukannya, naikkanlah darjatnya,  menangkanlah hujahnya, terimalah syafaatnya, dan bangkitkanlah dia ke makam terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya. Ampunkan apa yang dibicarakan oleh umatnya / apa yang berlaku pada umatnya – selepasnya.

﴿وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّـهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّـهُ الشَّاكِرِينَ﴾

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.) [Aali-Imran 3:144]

Allah membesarkan ganjaranmu dengan mengingat syahadah (kesyahidan) Muhammad Rasulullah (S).

Pada malam seperti ini, Rasulullah (S) menuliskan wasiat sucinya yang terpelihara dari kesesatan, yang ditulisnya pada malam kewafatannya walaupun kesakitan yang pedih, dan menggambarkannya bahawa ianya dapat memelihara umat dari kesesatan hingga Hari Kebangkitan, walaupun di hadapan mereka yang menolaknya dan menghalangnya dari menulisnya di hadapan orang ramai dalam peristiwa Khamis kelabu. Maka berbahagialah sesiapa yang menyampaikan wasiat Rasulullah, dan beruntunglah mereka yang berpegang teguh dengannya.

  

✡✡ ✡✡ ✡✡


Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya