Jumaat, 24 Mei 2019

Solat Qadha Harian dan Musafir


Solat Qadha Harian dan Musafir 


Saudara Ansar sekelian, ini adalah mesej khusus kepada Ansar Allah sahaja, sila jadikan topik ini hanya untuk Ansar kerana ini adalah permintaan langsung dari Imam as dan telah dijelaskan oleh Ansar Allah (Admin Bilik Persian, Paltalk).Pada setiap tahun di malam Al-Qadr  (Lailatul Qadr). Setelah menunaikan Solat Maghrib dan Isha boleh mulakan Solat Qadha.
Ada 2 jenis Solat Qadha:
1.    Solat Qadha Harian
2.    Solat Qadha Musafir

Kaifiat Solat Qadha Harian:

1. Azzan Sekali
2. Diselangi dengan Iqamat untuk setiap solat
3. Niat:  Aku Solat Qadha [Subuh 2 Rakaat]  untuk mendekatkan diri pada Allah.
4. Iqamat dan solat harian berikutnya

Subuh = 2 Rakaat 
Zohor = 4 Rakaat 
Asr = 4 Rakaat 
Maghrib = 3 Rakaat 
Isha = 4 Rakaat

Kaifiat Solat Qadha Musafir:

1. Azzan Sekali
2. Diselangi dengan Iqamat untuk setiap solat
3. Niat:  Aku Solat Qadha [Subuh 2 Rakaat]  untuk mendekatkan diri pada Allah.
4. Iqamat dan solat musfur berikutnya
Subuh = 2 Rakaat 
Zohor = 2 Rakaat 
Asr = 2 Rakaat 
Maghrib = 3 Rakaat 
Isha = 2 Rakaat


Jumaat, 10 Mei 2019

Hukum Zakat Fitrah


Hukum Zakat Fitrah

بسم الله الرحمن الرحيم
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما 


*Penting ... Baca Semua *


Hukum ini diambil dari kitab Syarai3 Islam (Juzuk II - Ibadat) oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) dan syarah oleh Al-Syed. Watsiq Al-Husseini.

Hukum Zakat Al-Fitrah

1. Niat, diambil kira dalam Zakat Fitrah kerana ia adalah ibadah, mesti ada dalam Niat dengan dinyatakan: Saya membayar Zakat Fitrah untuk mengekatkan diri kepada Allah, dan tidak wajib melafazkan Niat tetapi hanya menyimpulkan dalam hati mengenainya. [1]

2 – Kewajipan Zakat gugur daripada orang yang telah dikeluarkan untuknya, misalnya isteri atau anak-anak diikuti oleh suami atau bapa; maka mereka gugur dari menunaikan Zakat. [2]

3. Sesiapa dari keluarga tanggungannya yang ingin membayar sendiri, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi (merdeka, kaya, mukallaf (diberati syara’)) dan bayarannya jatuh pada pencari nafkah keluarga, sebagaimana jika isteri ingin membayar sendiri atau ibu bapa pencari nafkah atau salah seorang daripada anak-anak dan juga tetamu; kerana fitrahnya wajib atas tuan rumah, melainkan jika dia mahu membayar sendiri maka gugurlah kewajipan tuan rumah. [3]

4 - Adalah wajib membayar zakat kepada pembantu perempuan yang menyempurnakan penyelenggaraan sama ada dia seorang Muslim atau kafir. [4]

5. Tidak dikenakan Zakat pada kandungan yang belum dilahirkan, dan zakat diwajibkan ke atasnya jika ia lahir sebelum bulan baru satu Syawal tetapi jika dilahirkan selepas anak bulan syawal dan sebelum pencari nafkah solat Hari Raya maka mustahab mengeluarkan untuknya. [5]

6. Waktunya dari terbit anak bulan syawal hingga zawal hari selepas itu,
dan tidak dibenarkan untuk didahulukan sebelumnya kecuali melalui (jalan) pinjaman. ,
Ia boleh dikeluarkan selepas terbit anak bulan syawal dan melambat-lambatkannya sebelum Sholat ‘Eid Al-Fithri, adalah lebih afdhal. Jika terkeluar dari waktu sholat - dan waktunya sehingga Zawal (rembang - tengahari) - .
Sekiranya tidak melakukannya sebelum Zawal, dia telah dianggap durhaka (berdosa) dan hendaklah memberikannya secara tunai. [7]
                            
7. Dikeluarkan Zakat adalah satu sukatan (Sha3), makanan yang biasa satu sukatan (Sha3) adalah tiga kilogram setiap seorang [8], dan boleh dikeluarkan pada nilai pasaran [9].


8. Susunan keutamaan adalah dikeluarkan tamar, kemudian kismis, dan kemudian makanan yang biasa dimakan oleh seseorang. [10]


---------------------------------------
1. Syarah Al-Syed. Watsiq Al-Husseini di sini:
vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=29717
2. Dari Kitab Syarai3 Islam - Kitab Zakat (Bagahian 2 Zakat Fitrah):
3. Syarah Al-Syed. Watsiq Al-Husseini di sini:
vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=29717
4. Sumber sebelum: 120.
5. Sumber sebelumnya.
7. Sumber sebelumnya: ms 122.
8. Dari Kitab Syarai3 Islam - Kitab Zakat (Bagahian 2 Zakat Fitrah):
9. Syarah Al-Syed. Watsiq Al-Husseini di sini:
vb.almahdyoon.org/showthread.php?t=29717
10. Dari Kitab Syarai3 Islam - Kitab Zakat (Bagahian 2 Zakat Fitrah):


Penterjemah:

Contoh Niat melalui (jalan) pinjaman


Niat: *Saya membayar Zakat Fitrah atas diri dan tanggungan untuk mendekatkan diri kepada Allah,melalui (jalan) pinjaman*. ,

·       Nilai zakat makanan biasa – seperti beras: *adalah 3 kg mengikut harga pasaran
·       Jika selalu makan beras RM2.50 se-kg  (Kampit 10kg=RM25.00). Maka nilai zakatnya RM2.50 X 3 = RM7.50 seorang