Jumaat, 10 Februari 2017

Ilmu dan Hikmah




DIA MEMBAWA NASH LANTIKAN DARI ALLAH DAN RASUL
DIA MEMBAWA  ILMU DAN HIKMAH DARI ALLAH
SERUAN DAKWAHNYA BAI'ATU lILLAH

MAKA DIA ADALAH KHALIFAH ALLAH AL-MAHDI





Peraturan Mengenal Hujah Allah

b. Ilmu dan Hikmah

بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Syed Ahmad Al-Hassan datang dengan Ilmu untuk disebarkan kepada semua manusia dari riwayat-riwayat (hadits-hadits) dan apa yang dinyatakan dan diturunkan di dalam kitab Allah, Taurah dan Injil dan Al-Quran dan Suhuf Ibrahim dan Nuh (as) dan datang dengan ilmu dalam teori-teori saintifik (ilmiah), untuk menghujjah atheis yang tidak percaya kepada tuhan.

Sebagaimana Rasulullah (S)  diutuskan dengan ilmu dan kebijaksanaan, begitulah juga halnya dengan pemegang wasiat di akhir zaman tersebut. firman Allah SWT: 

b.    Dia memlilki Ilmu dan Hikmah.
c.    Seruan mentaati khalifah Allah. – bai’atu Lillah

6.    Siapa yang menyeru supaya beriman dengan Al-Mahdi dan apakah tindakan penyeru (Al-Mahdi) dan umat manusia.




      
﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِين﴾

“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah, dan sesungguhNya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumu’ah 62:2)

Rasul dalam ayat di atas adalah ditujukan kepada Muhammad bin Abdullah (S)  yang diutuskan di zaman permulaan umat ini, setelah itu Allah berfirman lagi pada ayat berikutnya:

﴿وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾

“Dan juga yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Jumu’ah 62:3)

Rasul yang dimaksudkan dengan (وأخرين منهم) iaitu “yang lain dari mereka” adalah Mahdi pertama daripada anak Imam Mahdi Muhammad bin Hassan Al-Askari a.s, yang juga utusannya. Diajarkan juga kepada mereka Al-Kitab dan hikmah sebagaimana Rasulullah (S) . Nama baginda (S) di langit adalah Ahmad, manakala Mahdi pertama namanya di dunia adalah Ahmad dan namanya di langit adalah Muhammad. Dia a.s adalah gambaran kepada Rasulullah (S)  iaitu diutuskan sepertimana diutuskan Muhammad (S), dan melalui jalan dakwah sepertimana dilalui Muhammad (S). Di sana pasti akan wujudnya Quraish serta pemimpin-pemimpinnya, ummul Qura (Mekah), penghijrahan, Madinah dan setiap perkara yang mengiringi dakwah Rasulullah (S). Cuma situasinya sahaja yang berbeza manakala prinsip utamanya adalah sama.

Kerana Khalifah Allah Al-Mahdi juga seorang utusan Allah melalui lisan (wasiat) Rasulullah (S) dan syarat ini adalah peraturan yang ditetapkan Allah SWT dalam mengenali hujahNYA atas umat manusia dan khalifah Allah SWT di muka bumiNYA. Ianya adalah Sunnah Allah (Aturan Allah) yang telah ditetapkan dalam mengenali khalifah Allah sejak dari hari pertama penciptaan Adam a.s lagi. Ianya akan terus berkekalan sehingga pengakhiran dunia iaitu hari Kiamat, sebagaimana firmanNYA:

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

“Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang telah lalu dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. (Al-Ahzab 33:62)

﴿سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا﴾

"Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu”. (Al-Fath 48:23)

Syed Ahmad Al-Hassan sejak mula menjalankan misi dakwahnya telah didapati memlilki Ilmu dan Hikmah

 Berikutnya sejak hari ke-30 Bulan Sya3ban, tahun 1420 Hijrah (7, Disember, 1999), mulakan dakwahnya secara umum hingga Bulan Jamadi Tahun 1423 Hijriah (Ogos 2002), Selama lebih kurang 3 tahun dakwahnya berlalu tanpa sebarang penyokong terhadap beliau dari pelajar Hauzah. Walaupun dia amat dikenali sehingga mendapat julukan sebagai Al-Shadiq Al-Amin (Yang benar lagi Jujur).

Ramai orang yang samada mengenalinya atau tidak mengenalinya mendapat rukya (mimpi) dari Malakut tentang kebenaran dakwahnya, dan ianya meningkat dari puluhan, ratusan malah hingga ribuan orang  mula membai’ahnya (berjanji setia) dan ini dipanggil Bai’ah Pertama.

Tekanan-tekanan terhadap pengikutnya menyebab beliau ditinggalkan tetapi kemudian beliau di bai’ah lagi (Bai’ah Kedua) dan sekali lagi beliau ditinggalkan tetapi akhirnya beliau di bai’ah lagi (Bai’ah Ketiga). Dan bai’ah ketiga ini kekal dan bilangan pengikutnya terus meningkat di Iraq dan Negara-negara berhampiran sehingga sejak 2011 dakwahnya tersebar ke seluruh dunia.

Persoalan mimpi yang disebut di atas hikmah yang Allah berikan kepada hamba-hambanya untuk membenarkan berita muncul Mahdi akhir zaman.

Khalifah Allah Al-Mahdi zaman ini, Imam Ahmad Al-Hassan (as) berkata:

Allah berfirman

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿يُسَبِّحُ لِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ * هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ * وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ *ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴾

“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. * Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata, * dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. * Demikianlah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai karunia yang besar. [Al-Jumu’ah 62:1-4] 


Yakni, kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka, akan diutus pada mereka seorang utusan dari mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al-kitab dan hikmah….

Sudah pasti tidak mungkin ia adalah Muhammad (S) pula, yang membacakan kepada kaum lain yang datang setelah kepulangan baginda kepada Allah. Maka mesti ada seorang utusan pula di tengah Umiyin yakni Ummul Qura (di sekeliling pusat okum) di zamannya, dan dia memiliki sifat-sifat; membacakan ayat-ayat dan menyucikan manusia, iaitu membersihkan mereka sehingga terlihat di malakut lelangit, dan dia mengajarkan mereka Al-kitab dan hikmah.” [1] Sampai di sini perkataannya (Imam Ahmad Al-Hassan), selawat Allah ke atasnya.

Tidak seorangpun yang meragukan kepastian bahawa Al-Mahdi adalah seorang yang berilmu, bahkan orang yang paling mengetahui semua perlaksanaan dan semua agama di zamannya.

Disampaikan oleh Abu Yusuf Al-Muqadasi dari Shafwan bin ‘Amru dari Abdullah bin Basyar al-Khats’ami dari Ka’ab, katanya:  

“Al-Mahdi diutus memerangi Romawi. Ia dikurnia “Fiqh Sepuluh” yang dikeluarkan dari Tabut Al-Sakinah (peti ketenangan) dari Gua di Anthakia, di dalamnya adalah Taurat yang telah Allah turunkan kepada Musa (as), dan Injil yang telah Allah AWJ turunkan kepada Isa (as). Ia memutuskan okum di kalangan ahli Taurat dengan Taurat mereka dan di kalangan ahli Injil dengan Injil mereka.” [2]  

Disampaikan oleh Dhamrah dari Ibnu Syauzhab dari Mathar dari Ka’ab, katanya: “Dinamakan “Al-Mahdi” kerana dia memberi petunjuk (yahdi) kepada perjalanan dari perjalanan Taurat, yang akan dikeluarkannya dari pegunungan Syam. Ia menyeru kaum Yahudi kepadanya, lalu banyak kumpulan yang menerima kitab-kitab itu. Kemudian disebutkan mereka itu sekitar tiga puluh ribu orang.” [3]


Setelah selesai menyampaikan pasal-pasal peraturan mengenal khalifah Allah dan termasuk sokongan setiap pasal dengan hujjah (dalil-dalil) yang mencukupi, Kita beralih kepada berikutnya untuk penentuan kebenaran. .

Bagi, Imam Ahmad Al-Hassan (as), namanya adalah Ahmad sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahawa Rasulullah (S) telah menyebutkan nash namanya.

Imam Ahmad Al-Hassan (as), adalah pengibar “Panji Bai’atu Lillah (Kesetiaan kepunyaan Allah)” dan merupakan perintah Allah agar berbaiat kepadanya; “Jika kalian melihatnya, dialah khalifatullah al-Mahdi.”

Imam Ahmad Al-Hassan (as), adalah orang paling berilmu di bumi. Tiada seorangpun yang hidup dapat mendatangkan orang seperti dia dan menolak dia, dan dia sepadan seperti datuknya, Rasulullah (S). [4]

Firman Allah:

﴿وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ﴾

Dan jika kamu (tetap) meragukan apa yang telah Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah satu surah yang semisal dengannya. [Al-Baqarah 2:23]

﴿قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا﴾ 

Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk mendatangkan yang serupa dengan Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan dia, sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain”.[17:88] 


﴿وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا﴾


Kalau kiranya ia bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat perselisihanan yang banyak di dalamnya” [Al-Nisaa’ 4:82] 

Para pemuka masyarakat selalu mendakwa sebagai orang-orang berilmu, mereka menghindar dari berbahas dengannya atau menyanggah atas kitab-kitabnya, baik mereka itu ulama Muslimin Sunnah maupun Syiah, dan Yahudi atau Kristian

Ada banyak Buku-buku dari Imam Ahmad Al Hasan Al Yamani dan Ansarnya … yang boleh dimuat turun  (dari Savior of Mankind). Dan sebahagian yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu (Terjemahan Bebas – belom disahkan oleh Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu) Ansar Imam Mahdi.

Untuk mengetahui kisah beliau lebih lanjut dari para ansar awal boleh dibaca dari Buku “Riwayat Dalam Riwayat Kehidupan Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as)”


---------------------------
[1] Dari Kitab Washiy dan Utusan Imam Al-Mahdi di dalam Taurat dan Injil dan Al-Quran oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as).
[2] Fitan Al-Marwazi hadits No.1022 –
[3] Fitan Al-Marwazi hadits No.1035 –
[4] Diceritakan kepada kami Syeikh dari Walid dari Al-Zahri dari ;Urwah dari Aisyah, dari Nabi (S) baginda bersabda, Dia adalah seorang dari keluargaku berperang di atas sunnahku seperti mana aku berperang atas wahyu)) Fitan Al-Marwazi hadits No.1092 –








Tiada ulasan: