Rabu, 30 Mac 2016

Manusia Menurut Ulasan Seorang Ansar



Manusia Menurut Ulasan Seorang Ansar


Difardhukan pada manusia supaya menjadikan jalannya (kehidupannya) menuju Allah Azza Wa Jalla, iaitu jalan untuk menjadi sempurna (Kamil) iaitu berakhlak dengan Akhlak Allah dan menghiasi dengan semua sifat-sifat Allah. Sebagai manusia dia mempunyai perlindungan bersifat kebendaan dan ia adalah:

·      tubuh jasmani,
·      dia mempunyai perlindungan mitsaliyah (perwakilan sempurna)
·      ia juga adalah diri (nafs),
·      martabatnya lebih rendah dari roh,

Oleh itu, manusia umumnya apabila mencari kesempurnaan maka ia mempertingkat roh (rohani) dan tubuh jasmaninya. Tubuh dapat dipertingkat dengan melibatkan cahayanya, Takat penghujung akhirannya adalah Langit Dunia, dan Roh akan menikmati kemakmuran (kebahagian) di Kerajaan Syurga-syurga (Jinan Al-Malakutiyah), Ia telah dinyatakan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam Kitab Al-Mutasyabihaat dalam menerangkan bagaimana penciptaan Adam dan buah pohon yang dimakannya.
             
Beliau berkata: (Jika Adam (as) diciptakan daripada tanah, maknanya dari muka bumi ini. Walau bagaimanapun beliau tidak tinggal hanya di bumi ini, malahan dia naik sehingga ke langit rendah (Al-Sama’ Al-Dunya) iaitu dia naik ke langit pertama atau di pintu Langit Kedua di Syurga Kerajaan (Al-Jannah Al-Malakutiyah) atau seperti yang dinyatakan dalam riwayat Ahlul Bait (as),

"Dia diletakkan di Pintu Syurga (iaitu Kerajaan Syurga) dibawa malaikat. "

Dan kenaikan tanah Adam ini memerlukan tanah beliau disinar oleh cahaya Tuhan dan yang akan menyenangkannya. Oleh itu, apabila Allah meniupkan roh pada Adam buat kali pertama tubuhnya merasa senang, menikmati Syurga Kebendaan Jasmani, dan tidak ada kegelapan di syurga ini yang memerlukan pelepasan kekotoran dari tubuh Adam (as).

Bagi roh Adam (as), ia telah menikmati Syurga Kerajaan Langit (Al-Jannah AL-Malakutiyah), atau Syurga-syurga Kerajaan Langit, kerana ia banyak:

﴿جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ﴾
{Syurga-syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawah}

Dan Syurga Jasmani dan Kerajaan Syurga adalah dua yang disebut dalam Surah Al- Rahman :

﴿وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ ... ذَوَاتَا أَفْنَانٍ﴾

{Tetapi orang yang takut Kedudukan (maqam) Tuhannya hendaklah disediakan baginya dua syurga... yang berjenis-jenis (pohon dan buah-buahan)}

dan ia juga,

﴿وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ ... مُدْهَامَّتَانِ﴾
{Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi ... kedua-duanya hijau gelap (subur tanamannya)}.

Dan kenaikan ini merupakan kenaikan tajalli (perwujudan) kezahiran dan bukan kenaikan kasar (bertempat - lokasi).
Oleh itu Adam bukanlah tidak wujud di bumi jasmani (jisim-jisim) [sebelum diturunkan ke bumi] yang kita hidup di dalamnya, sebaliknya dia wujud di dalamnya , dan jika dia tidak wujud di dalamnya [bumi fizikal], dia telah mati.

Oleh itu , Adam (as) hidup di dunia ini dengan badan yang menyenangkan (Jisim Lathif – jisim halus) pada mulanya, tetapi dia kemudian kembali ke bumi yang padat apabila dia mengingkari Tuhannya SWT setelah sebelumnye dia dinaikkan.) Kitab Al-Mutasyabihaat:  Jilid1 / jawapan soalan (3).


Ulasan Syeikh Shadiq Al-Muhammadi




Tiada ulasan: