Isnin, 24 Disember 2018

5 Muhammad (S) Dan Pengampunan Dosa Al-Ana:


5 Muhammad (S) Dan Pengampunan Dosa Al-Ana:

Soalan:


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Ya Allah berilah selawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.
﴿مَّثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ فِيهَا أَنْهَارٌ مِّن مَّاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِّن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّى ۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ ۖ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ﴾ 

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, {Apakah) perumpamaan (penghuni) syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?} [1].

Ayat Al-Quran ini memperkatakan tentang syurga dan janji Allah untuk orang yang bertakwa, yang disebutkan di dalamnya
﴿وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ﴾
{dan ampunan dari Tuhan mereka},

apa yang dimaksudkan dengan pengampunan ini jika mereka telah berada di dalam syurga, Pada asalnya ucapan kepada mereka supaya menjadi orang-orang bertakwa supaya mereka masuk syurga. Adakah keampunan sebelum mereka masuk syurga atau selepasnya? Dengan ini saya meminta kepada tuan mendoakan saya.

Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan (as):

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.

Dia SWT berfirman:

{Apakah) perumpamaan (penghuni) syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?}.

Orang-orang yang bertakwa mereka adalah Muhammad dan dan Aali Muhammad dan Syiah (pengikut) mereka, dan mereka adalah ahli-ahli Syurga dan mendapat keampunan.

               
Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 20

Pada martabat pengampunan, semua orang daripada mereka menurut keadaannya. Sebahagian dari mereka ada yang diampunkan oleh Allah dengan menutup dosa-dosa dan kesalahan mereka, maka Allah melupakannya sehinggakan dilupakan pada malaikat Al-Katibain [dua malaikat penulis] dan oleh semua orang yang kenal atau yang melalui dosa-dosa mereka dari hamba-hamba-Nya, bahkan mereka sendiri lupa dosa-dosa mereka. Oleh itu, dosa dan kesalahan mereka tidak menjadi sebab untuk menghalang nikmat Syurga yang telah dikurniakan Allah kepada mereka.

Dan di antara mereka ada orang-orang yang mempunyai Maqam yang lebih tinggi dan pengampunan mereka adalah pembukaan yang nyata dan pengampunan dosa diampunkan bagi Muhammad (S), iaitu pengampunan dosa  Al-Ana (keakuan), bagaimanapun, pada darjat di bawah Muhammad (S), saya telah banyak menjelaskan perkara ini di pelbagai tempat dan kesempatan, dan semoga anda dapat melakukannya, dan semoga Allah memberi anda kejayaan, untuk merujuknya dalam Al-Mutasyabihat. [2].

_____________________________
[1] Al-Quran Surah Muhammad 47:15.
[2] Kitab Al-Jawab Al-Munir melalui Internet - jawapan Imam Ahmad Al- Al-Hassan (as) kepada soalan-soalan yang diterima melalui Internet: Jilid 5 soalan No. 419.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

         
         



4. Muhammad (S) sebelum dan selepas Pembukaan:



Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 18

4. Muhammad (S) sebelum dan selepas Pembukaan:

Soalan: Apakah tiga kegelapan yang ada dalam firmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ

Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya pasangannya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? [1].
     
Jawapan:

بسم الله الرحن الرحيم

والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Ia adalah: kegelapan Al-Zhar, dan kegelapan Al-Dunia, dan kegelapan Al-Raj’ah, yang merupakan Alam-alam lengkung menurun.

Alam-alam lengkung menaik ada tiga cahaya, iaitu: sebelum lenyap (fana’), lenyap (fana’), dan kembali semula setelah lenyap (fana’). Ia pada martabat Muhammad (S) ada tiga, sebelum terbukanya hijab (tabir), selepas terbukanya hijab dan selepas kedatangan semula hijab. Ia hilang di antara fana’ pada Zhat Ketuhanan dan yang kekal hanya Allah Al-Wahid Al-Qahhar, dan kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).



Ini adalah enam martabat dalam lengkung menaik dan menurun mewakili semua kewujudan, dan sebagai tajalli cahaya di dalam kegelapan, dan kemunculan (zahir) pada kewujudan cahaya dalam kegelapan, dan ia adalah (huruf) Wau menurun dan Wau menaik, yang merujuk kepada enam hari dan enam martabat. (Lihat gambaran pada sumber di bawah).

(واو) Wau menurun.
(واو) Wau menaik.

Bulatan di bahagian atas Wau menunjukkan ketidakpastian (kehairanan) dalam lengkung menaik dan ia adalah kehairanan dalam cahaya; kerana tidak mengetahui dan mengenal (makrifat) cahaya sepenuhnya, yang tiada kegelapan di dalamnya, iaitu, Allah SWT makrifat sepenuhnya dan lengkap, maka jadilah martabat lengkung menaik ianya adalah: sebelum Pembukaan, dan selepas Pembukaan dan fana’nya, dan yang ketiga ialah untuk kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah) selepas fana’ (lenyap). [2].


-------------------------
1- Al-Zumar 39:6.
2- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 169.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
          

3 Muhammad (S) adalah Al-Quran:

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 17

3 Muhammad (S) adalah Al-Quran:

Soalan: Telah berkata Syed Kamal Al-Haidari: "Sesungguhnya, sebahagian ayat-ayat Al-Quran tidak turun kepada Rasulullah (S) melalui Jibrail (as); kerana Jibrail (as) tidak berupaya untuk menanggung beban ayat-ayat Al-Quran yang mulia ini; dan Ar-Rasul al-A’dzam (S) mendapatkannya terus daripada Allah SWT, semasa Mi'raj ketika Jibrail (as) meninggalkan baginda di Sidrat Al-Muntaha." Adakah ini benar? Semoga Allah melimpahkan kebaikan kepada tuan (jazakum Allah Khairan).

Jawapan Imam Imam Ahmed Hassan (as):

بسم الله الرحن الرحيم
والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasahani
Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Quran adalah hijab yang bergetar (beralun) antara Allah SWT dan Muhammad (S), dan pada martabat makrifat Muhammad (S) kepada Al-Quran Muhammad (S) menjadi adalah hijab, maka dia menjadi Al-Quran, lalu ia bergetar (beralun) di antara fana' dalam Zat Al-Ilahiyah, maka tiada apa kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian kemanusiaan. oleh itu Muhammad (S) adalah makhluk yang pertama

﴿قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ 

{Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah (Muhammad) orang yang mula-mula memuliakan (anak itu).} [Al-Zukhruf 43: 81] ;

Dan pada martabat ini tidak ada yang mengetahui Al-Quran melainkan Muhammad (S); dan tidak ada yang mengetahuinya sehinggalah penciptaaan yang lebih utama selepas dia; dan mereka adalah Ali, Fatimah, para Imam (as), dan Mahdi-mahdi, para Nabi, dan Rasul-rasul, dan juga lebih utama dari malaikat Allah yang dekat; dan Jibrail (as) dari kalangan mereka.....] [1]


------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmed Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 147

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

          

2 Al-Aghyar (yang lain-lain):





2 Al-Aghyar (yang lain-lain):

Satu persoalan ditanya mengenai doa Al-Hussein pada hari Arafah ... Penanya bertanya tentang perkataan Al-Aghyar (yang lain-lain) yang dinyatakan dalam doa tersebut.

Jawab Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[......Imam Hussein (as) menerangkan hal Al-Rasul Muhammad (S) tentang Pembukaan dan terangkatnya Al-Ana (keakuan) dari halaman kewujudannya kepada tidak tinggal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Maha Esa lagi Maha Menakluk (Menguasai)).

Dan Al-Aghyar (yang lain-lain) di sini adalah kegelapan Al-Ana (keakuan) yang memadamkan cahaya takhta ‘Arasy yang ghaib dalam Zat Ilahiyah itu, maka tidak tinggal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Maha Esa lagi Maha Menakluk (Menguasai)).
.
Untuk keterangan yang lebih jelas sila lihat Tafsir Al-Fatehah dan lihat Bahagian I Kitab Al-Mutasyabihaat ] [2]


----------------------------------------------
2 - Kitab Al-Jawab Al-Munir melalui Internet - jawapan Imam Ahmad Al- Al-Hassan (as) kepada soalan-soalan yang diterima melalui Internet: Jilid 2 soalan No. 150

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
         



Pertama: Al-Ana Muhammad Dan Ali (S) Pembukaan Yang Nyata Dan Hijab:


Pertama: Al-Ana Muhammad Dan Ali (S) Pembukaan Yang Nyata Dan Hijab:

-        Salam atasmu, Ya Muhammad Rasulullah (S).

-        Salam atasmu, wahai yang beralun antara Al-Lahut (ketuhanan) dan Al-Ana serta kemanusiaan.

-        Salam atasmu, wahai yang beralun sebagai Al-Quran (iaitu hijab) di antara baginda dan Allah SWT maka jadilah baginda Al-Quran dan yang beralun di antara fana (lebur) dalam Zat Ilahiyah dan di antara kembalinya baginda kepada Al-Ana serta kemanusiaan.

-        Salam atasmu, wahai sebaik-baik anak Adam, Selawat Allah atasnya.

-        Salam atasmu, wahai yang berada di darjat tertinggi sesempurna mungkin pada penciptaan.

-        Salam atasmu, wahai yang faqir kerana Allah SWT.

-        Salam atasmu, wahai yang hampir bersinar dirinya sendiri.

-        Salam atasmu, wahai titik Nun dan Nun, serta titik Baa dan Baa. limpahan yang turun dari hak Allah pada penciptaan.

-        Salam atasmu, wahai Pemenang Perlumbaan Selawat Allah atasnya dan ataskeluarganya dan salam pengiktirafan.

-        Salam atasmu, wahai khalifah Allah yang sebenar, khalifah yang sempurna pantulan Al-Lahut di cermin kewujudan dengan penampilan sempurna dan laksanakan selawat Allah atasmu.


1. Muhammad (S) Di Antara Al-Lahut (Ketuhanan) Dan Al-Ana:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 16

[Sesungguhnya Allah adalah cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya, dan semua alam ciptaan adalah cahaya yang bercampur dengan kegelapan dan kewujudan-kewujudan yang zahir dengan tajalli cahayaNya Yang Maha Suci dalam kegelapan-kegelapan, dan oleh itu tidak boleh dianggap bahawa Allah turun ke dalam makhluk atau zahir pada makhluk yang dapat dilihat sepenuhnya dalam alam-alam penciptaan – seperti mana mereka mendakwa Isa dan Roh Kudus -; Kerana makna ini adalah bahawa tiada yang kekal, tetapi dimusnahkan, dan hanya yang tinggal adalah cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya, iaitu tiada penciptaan (makhluk) yang tinggal, tetapi hanya Allah Yang Maha Suci, dan Dialah cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya. supaya kita berkata dan mengulangi bahawa Muhammad beralun di antara Al-Lahut (Ketuhanan) dan Al-Ana serta kemanusiaan, dan ini ditegaskan agar tidak mengkhayalkan dan membayangkan Allah – Dia adalah cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya – turun ke alam-alam penciptaan, Maha Tinggi Allah jauh Dia dari yang demikian, Dan perkara itu diterangkan dengan jelas makna zuhur cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya, di alam-alam penciptaan penampilan penuh adalah meleburkan dan memusnahkan (kepupusan) dan tiada lagi nama dan tiada lagi gambaran dan tiada lagi makna,, bahkan tidak kekal melainkan cahaya Allah yang terang yang tidak gelap yang tiada kegelapan di dalamnya, Maha Tinggi Allah dengan ketinggian kebesaranNya] [1]

------------------------
1-   Al-Hawari Al-Tsalits 3asyar (Murid ketiga belas) – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as), dikumpulkan dan dimaklumkan mengenainya oleh Dr. Taufiq Al-Maghribi: hal 194 -.195

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
         


Ahad, 23 Disember 2018

Soalan 4: Khumus

Soalan 4: Khumus dibenarkan untuk Syiah kita sehinggalah hari kezuhuran, bagaimana dapat saya memahami kata-kata dari Maula dan Imam ini?

3ala’ Razaq,
13/Rabi3 Al-Awwal /1426 H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Agar kelahiran mereka diberkati, dan agar ansarnya adalah anak-anak yang sah taraf, bukan anak haram apabila benih dan badan mereka dibentuk dari wang (harta) haram yang diambil dari khalifah Allah di bumiNya, dan khumus adalah wang khusus bagi pemiliknya bebas membelanjakan mengikut kemahuannya, tanpa bantahan sesiapa pun. Dan pemiliknya adalah Imam Al-Mahdi di zaman ini dan washi-washinya.


Ahmad Al Hassan



✡✡✡✡✡

Pengenalan: Al-Ana Dan Padang Pasir:



Al-Ana Dan Padang Pasir:

Ia merupakan takhta yang terbuat dari kertas, dan sering dikunjungi oleh manusia untuk duduk di atasnya. Dia tahu di lubuk hatinya sendiri, bahawa hanya duduk di atas takhta yang akan runtuh dengan cepat, Dengan itu adalah didapati pemilik Al-Ana itu tidak duduk di atas takhtanya untuk melaksanakan kuasa khayalannya, Dia sedar bahawa takhtanya akan hancur. Tetapi takhta ini, sanggup membawa orang yang duduk itu dengan syarat ia tidak bergerak, dan hendaklah duduk di atas takhta kertas Al-Ana itu berterusan sepanjang masa dan tidak berganjak,


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 14

Hampir tidak membenarkan dia bernafas, Ia hanya bernafas untuk merasakan bahawa ia wujud, tetapi pada akhirnya masih dikekang.

Dan pemilik Al-Ana menyuarakan kegembiraannya dengan kewujudan takhta yang tidak dipersoalkan, dan bukanlah Allah yang meletakkan takhtaNya di padang pasir

Kami kemudian menafikan bahawa tempat sebenar takhta Al-Ana itu mesti berada di padang pasir. Sahaja, Tidak ada sempadan kepada Allah melalui khayalan Al-Ana, Al-Ana yang menciptakan manusia, binatang, tentera, penguasa, harta benda, keilmuan, malah kefaqihan.
.        
Saya menyimpulkan (menutup) pengenalan yang lemah ini, dengan kata-kata Imam Ahmad Al-Hassan (as) Sebelum pergi kepada apa yang telah kami kumpulkan (seperti yang kita ada) dari kitab-kitab dan ucapan-ucapannya yang mulia.

Imam Ahmad Al-Hassan (as) berkata: [ ......... Oleh itu Al-Hajar (Batu), atau Penyelamat yang memusnahkan haikal batil (rumah ibadat batil) dan pemerintahan Taghut (Penindas) dan Syaitan di bumi ini akan berlaku semasa pemerintahannya yang benar dan adil di bumi ini, akan datang (terjadi) pada Akhir Zaman, dan akan datang (terjadi) di Iraq seperti penjelasan pengelihatan (ru’ya) oleh Daniel, dan dia adalah Batu yang memusnahkan patung atau pemerintahan Taghut (Penindas) dan Al-Ana (keAkuan), yang mana bukan Isa (as) atau Daud (as) yang telah diutus di Iraq mahupun di Akhir Zaman, jadi kedua-duanya tidak boleh menjadi apa yang disebut Batu Penjuru. Sebaliknya, ia telah dijelaskan dengan kejelasan penuh daripada semua yang yang telah dibentangkan bahawa Batu Penjuru dalam agama Yahudi dan Kristian adalah Hajar Aswad yang sama Batu Hitam yang diletakkan di penjuru (luar) Rumah Suci Allah di Makkah., .....] [1]

Nota: Pembaca akan dapati bahawa sebahagian riwayat akan diulang-ulang dalam apa yang disenaraikan di bawah tajuk yang yang berlainan. Pengulangan ini berfungsi dan berguna di bawah setiap tajuk di mana ia akan dimasukkan. Sementara riwayat tunggal menyajikan kandungan kitab di beberapa tempat, Wal-Hamd Lillah 3alaa Kulli Halin.

--------------------------------
1 - Kitab Al-Jawab Al-Munir melalui Internet - jawapan Imam Ahmad Al- Al-Hassan (as) kepada soalan-soalan yang diterima melalui Internet: Jilid 4: Soalan.327.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas