Isnin, 17 Jun 2019

Amalan Dalam Tempoh Kehamilan



Terbitan Ansar Imam Mahdi (as)/Bayi/Amalan Dalam Tempoh Kehamilan

Amalan Dalam Tempoh Kehamilan
اعمال لمدة الحمل



بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما

Berdasarkan kajian yang dijalankan, janin dalam tempoh lima bulan pertama, dia boleh mendengar dan menghafal apa yang mereka dengar dan dengan kaedah ini, anda juga mampu untuk mendapatkan seorang anak yang dapat menghafal Al-Quran dengan:

Pertama: hari-hari mendengarkan bacaan Al-Quran dalam sehari selama satu jam, Sekalipun ia ada dalam bentuk bacaan Al-Qur'an yang lambat hingga selepas kelahiran hingga kepada tempoh dua tahun untuk mengukuhkan ayat-ayat dalam fikiran kanak-kanak dan menjadikan dia berupaya menghafal sebahagian dari Al-Quran dan selepas latihan dengan kanak-kanak itu dalam tempoh lima tahun akan menjadikan kanak-kanak yang dapat menghafal Al-Quran .

Kedua: Jangan lupa makanan yang anda akan makan, adakah halal atau haram

Ketiga: Makanan yang Anda makan adalah yang halal bukan yang haram

Keempat: Sentiasa kekal dalam wudhu

5: Bacalah apa-apa doa dan Al-Quran dengan suara yang kuat

6: Solat di awal waktu.

7: Membaca zikir kepada Allah dan berfikir tentang Allah

8: Memberi sedekah setiap hari dengan niat keselamatan Imam Al-Hujjah Muhammad ibn Al-Hasan (as) dan washinya Ahmad Al-Hassan (as)

9: Khatam Al-Qur'an dan fikirkan mengenainya dan hadiahkan kepada Imam Al-Hujjah (as)

10: Tidak melihat cermin pada waktu malam

11: Berehat dan memelihara ketenangan.

12: Selawat ke atas Nabi (S) semasa anak itu bergerak untuk mencintai Ahl Al-Bait (as)

13: Menjauhi dari segala dosa

14: Membaca Surah Al-Tauhid setiap hari sebanyak 6 kali untuk Tauhid anak itu

15: Membaca Setiap Hari (Surah Al-Ikhlas, Al-Mu3auwazhatain, dan Surah Al-Kafirun)

16: membaca Surah Muhammad (S) untuk kesabaran anak itu

17: Membaca selama 40 hari Surah Yusuf (as) dan meniupnya kepada buah epal merah dan memakannya (untuk kecantikan anak itu)

18: Baca 40 kali Ziarah Asyuraa dengan 100 kali melaknat (Al-3an) dan 100 kali salam dan Doa Al-Alqamah

19: Baca selama 40 hari Surah Yassin, dan meniupnya kepada buah delima dan memakannya

20: Membaca 40 hari dari Doa Perjanjian (Doa Al-3ahd) selepas Solat Subuh dengan meletakkan tangan di perut

21: Baca 40 malam Jumaat Doa Kumail

22: Baca 40 hari Doa Nudbah

23: Baca 40 hari pada hari Jumaat Al-Ziarah Al-Jami’ah Al-Kabirah

24: Baca 40 hari Doa Al-Simaat

25: Baca 40 kali Hadits Al-Kisa’

26: Baca 40 kali Ziarah Sohib Al-Zaman (as)

27: Baca 40 kali Surah Maryam (as) (untuk memudahkan kelahiran)

28: Baca 40 kali Tasbih Fatimah Al-Zahraa selepas setiap solat dan sebelum tidur

29: Membaca 40 Hari Du3a’ Al-Tawassul

30: Membaca 40 hari Du3a’ (Ziarah) Aali Yasin selepas Solat Subuh

31: Membaca 40 malam Surah Al-Hadid [Surah 57] sebelum tidur

32: Membaca 40 malam Surah Al-Taghabun [Surah 64] sebelum tidur

33: Membaca 40 malam Surah Al-Jumuah sebelum tidur

34: Solat 40 malam Solat Malam

35: 40 kali ghusl (mandi) pada hari Jumaat

36: Baca 41 kali Surah Al- An3aam dan Surah Al-Nur pada 40 biji buah badam dan selepas bulan yang ketujuh, setiap hari, sebiji dihancurkan dan dimakan untuk memudahkan kelahiran

37: Makan 7 biji kunyah kemenyan (Al-Kander) (40 hari) untuk sarapan pagi (Al-Rayuq) dalam tiga bulan pertama

38: makan 12 biji dengan kismis hitam membaca 12 kali Bismillahi Al-Rahman Al-Rahim selama 40 hari untuk sarapan pagi (Al-Rayuq)

39: Membaca Azan dan Iqamah di telinga bayi selepas lahir

Terdapat amalan yang boleh dilakukan oleh wanita hamil semasa kehamilan mereka

Pada bulan pertama :: Makan kurma dengan membaca Surah Al-Qadr

Pada bulan kedua :: Makan buah anggur dengan membaca Surah Al-Tauhid

Pada bulan ketiga :: Makan buah epal dengan membaca Ayat Al-Kursiy


Pada bulan keempat: Makan buah Tin dengan membaca Surah Al-Tin

Pada bulan kelima: Makan telur dengan membaca Surah Al-Hamd (Fatehah)

Pada bulan keenam :: Makan buah delima dengan membaca Surah Al-Fath

Pada bulan ketujuh :: Makanlah vuah pir dengan membaca Surah Yassin

Pada bulan kelapan: Makanlah kebab dengan membaca Surah Yassin dan Surah Al-Nasr

Pada bulan kesembilan: Makan kurma dengan minum susu dan bacalah Surah Al-Mu’minun





Tiada ulasan: