Cara Mendidik Anak
Posted on December 5, 2014 by
EraMahdi Admin – Dari Simpanan Ansar Nur Hidayah b. Mohamad
Muslim-children
S 148: Di zaman di mana begitu banyak
hiburan, bagaimana cara terbaik untuk kita membesarkan anak? Bagaimana cara
untuk kita menghadapkan mereka ke arah Quran, bukan ke arah rancangan TV yang
tidak membawa manfaat serta merosakkan?
Bagaimana untuk kita menanam benih Al
Hussain, Al Abbas dan Zainab alaihum salam di dalam diri mereka? Bagaimana kita
dapat melindungi mereka dari kesalahan yang berasal dari kesombongan,
kepentingan diri sendiri dan perkara lain? Apakah peranan seorang ibu dalam
menjadikan anaknya seorang Hussaini(pengikut Imam Hussain as), dan seorang Syiah
yang sebenar?
Bagaimana cara kita berinteraksi dengan
mereka dan apakah cara terbaik?
Jawaban: Membesarkan anak dengan cara
yang betul adalah Wajib dilakukan oleh ibu bapa. Dalam hal permainan, menonton
TV, dan pergi ke Internet untuk bermain permainan komputer (dan perkara yang
serupa), pihak ibu bapa wajib memerhatikan anak-anak mereka dan menghalang
mereka dari perkara yang merosakkan.
Sebagai contoh: Jika si anak menggunakan
internet untuk main permainan, maka wajib dia melakukannya di bawah pengawasan
ibubapa.
>>Namun haram hukumnya untuk
menghalang mereka dari bermain permainan atau berperangai seperti seorang
kanak-kanak; kerana ini akan mempunyai kesan sampingan negatif kepada mereka
dalam tumbesaran.
Malah, sesetengah permainan bersifat
pendidikan. Maka bolehlah menggalakkan si anak ke arah permainan yang
bermanfaat. Sebagai contoh, boleh kiranya menggalakkan mereka ke arah rekaan
kreatif atau menyelesaikan puzzle geometri, atau yang serupa dengannya.
Dan ramai kanak-kanak mampu bermain
permainan seperti ini, dan ia menyebabkan pertumbuhan dan kemajuan kemahiran
intelektual dengan cara yang sangat besar.
Dan, berkenaan dengan remaja, permainan ini
dapat menjadi alat untuk mengalihkan perhatian mereka dan menyibukkan mereka
dari memikirkan perkara lain yang merosakkan.
Kanak-kanak atau remaja juga boleh mencari
agar dapat belajar dan memajukan kemahiran mereka. Maka ibu bapa boleh
memberikan kepada anak mereka topik-topik intelektual yang khusus, atau sesuatu
yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari mereka, atau sesuatu yang bersifat
sejarah.
Berkenaan urusan agama, jangan membiarkan
mereka menanggung (memikul) tanggungjawab lebih dari bersolat jumaat dengan
bapa mereka, sebagai contoh (pent: maksudnya jangan memberatkan kanak-kanak).
Sedikit demi sedikit, galakkan mereka dan motivasikan mereka untuk bersolat 2
rakaat dan galakkan mereka berdoa agar dikabulkan hajat-hajat tertentu.
Ini kerana jika mereka merasakan hajat
mereka dikabulkan, hubungan mereka dengan Allah akan menjadi kuat, dan Iman
akan mula berakar umbi di dalam hati mereka, sedikit demi sediki.
Ingatkan mereka kepada Allah dalam semua
perkara. Contohnya, apabila mereka bergaduh, sebutkan pada mereka,
"Maafkanlah abang kamu atau kakak kamu dan Allah akan menjadikan kamu
seperti para Nabi alaihumu salam". Dan darinya, anda akan menghidupkan
akhlak mulia di dalam diri mereka, dan dalam masa yang sama mereka akan meminta
kesempurnaan (dari Allah)
Jika mereka melakukan perkara yang baik,
contohnya seperti bersolat 2 rakaat atau mendengar perintah, maka ucapkanlah
tahniah kepada mereka dan sebutkan perkara-perkara yang baik pada mereka. Dan
sebagai balasan Allah swt akan merahmati anda dan mengingati anda di hadapan
para malaikatNya.
Anda juga boleh memainkan program video
setiap hari, contohnya dalam sejam atau setengah jam; agar mereka dapat belajar
sebahagian kecil dari surah Al Quran. Dan biarkan mereka mengulangi selepas
anda. Dan lama kelamaan, mereka akan menghafal surah tersebut.
Bagi kanak-kanak yang lebih dari 10 tahun,
cubalah untuk mengaturkan hari-hari mereka. Sebagai contoh, 4 atau 3 hari
seminggu tidak boleh bermain game. Tetapi benarkan mereka untuk masuk ke
internet atau sibukkan mereka dengan perkara selain dari pengajian mereka, seperti
carian perkara-perkara saintifik/intelektual, atau sejarah, atau membaca buku,
membaca perkara yang berkaitan dengan pengajian mereka, atau membaca kisah para
Nabi dan Imam alaihum salam dan yang serupa dengannya.
Dengan cara ini, anda akan mengambil
perhatian dan menguruskan masa mereka, dan akan ada hasil yang baik kepada
mereka. Jika anda mengabaikan mereka, maka mereka mungkin akan rosak, dan anda
akan kehilangan mereka. Ini adalah satu kerugian yang besar.
Malangnya ramai kaum bapa berbangsa Arab
yang berpindah jauh dari negara Arab, telah merosakkan anak mereka dengan
mengabaikan pelajaran bahasa Arab, membaca dan menulis. Sedangkan ibu bapa
boleh meluangkan masa satu jam dari sehari mereka untuk mengajar anak mereka
bahasa Arab yang mereka perlukan untuk memahami agama mereka dengan jelas.
Saya tidak merasakan perkara ini adalah
sukar di hari dan zaman ini, kerana semua buku dan kaedah pembelajaran sudah
ada di internet, dan sangat mudah untuk mendapatkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan