Sabtu, 22 Jun 2019

Soalan / 286: Masih Ragu dengan seruan Dakwah


Soalan / 286: Masih Ragu dengan seruan Dakwah



بسم الله الرحمن الرحيم،

Saya tidak dapati dalam jawapan anda melainkan sekumpulan riwayat-riwayat dan teks-teks Al-Quran yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang mahu mendakwa dalam perkara ini yang berputar-putar dan dari mulanya menunjukkan kebaikannya, Sehingga dalam tidur, saya telah melihat apa yang dilihat orang yang tidur selepas kekeliruan memukul saya, dan selepas keinginan mendalam, doa dan solat saya melihat Seolah-olah satu suara memberitahu saya: Hujah yang ada di sisinya adalah hujah, sesungguhnya ia adalah hujah.
         
Malangnya, saya tidak menemui sebarang hujah yang meyakinkan yang saya hargai yang kuat dari anda, jika anda betul, Al-Hamdu Lillah, dan jika saya salah, maka saya akan dipersalahkan di hadapan Allah.
         
Akhir sekali bagaimana pun jua terima kasih atas jawapannya, dan saya harap Allah akan membantu kita dan anda ke jalanNya dan petunjukNya, dan akhir kata dari kami, Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.

والسلام عليكم ورحمه الله وبركاته

.
Shakaki Firas - Switzerland

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

Kamu katakan: (Saya tidak dapati dalam jawapan anda melainkan sekumpulan riwayat-riwayat dan teks-teks Al-Quran yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang mahu mendakwa dalam perkara ini yang berputar-putar dan dari mulanya menunjukkan kebaikannya).

Saya katakan: jika khabar Al-Rasul Muhammad (S) dan keluarga suci baginda (as) boleh ditakwil (ditafsir) oleh sesiapa sahaja oleh dirinya kepada apa yang berguna, adakah ia akan menjadi jalan yang menyesatkan dan yang mengelirukan (jauh mereka dari semua itu), pada hal mereka didapati membimbing manusia dan mengenalkan yang haq dari yang batil, terutama wasiat Al-Rasul Muhammad (S) pada malam kewafatan baginda apabila menuliskan nash ke aras washi-washi baginda hingga hari kiamat dan menamakan tiga belas orang daripada mereka sebagai washi dengan dua belas imam-imam dan pertama dari Mahdi-mahdi sebagai washi Imam Mahdi (as) bernama Ahmad.

Dalam riwayat Imam Jawad (as) yang mengatakan: Jika Rasulullah (S) tidak akan mewasiatkan sesuatu untuk menyia-nyiakan orang yang menjadi tulang rusuknya [309], iaitu, wasiat petunjuk dan bukti bagi lelaki yang menjadi tulang rusuknya bagi mengenalkan washi-washi selepas Al-Rasul Muhammad (S) dan mempertimbangkan nama dan sifat-sifat mereka, dan Jauh Allah dari menjadikan sesuatu sebagai dalil kemudiannya boleh dinyatakan kebohongan tuntutanNya dan terpakai kepada mereka, dan telah dihuraikan kepada kamu kemustahilan terpakainya wasiat kepada selain ahlinya dalam jawapan sebelum ini, saya tidak tahu mana satu dalil dan hujah yang kamu katakan mengenai mentakwil perkataan-perkataan daripada para maksum selain maksudnya yang adalah benar?!!!

Kemudian ia diriwayatkan bahawa telah dilebihkan kepada orang-orang akhir zaman atas setiap zaman, kerana mereka beriman pada hitam dan putih, iaitu: dakwat di atas kertas dan ia adalah riwayat-riwayat Muhammad dan Aali Muhammad (as):

Dari Imam Jafar bin Muhammad, dari ayahnya, dari datuknya, Ali Ibn Abi Talib (as), dalam hadits yang panjang dalam wasiat Nabi (S) yang menyatakan bahawa Rasulullah (S) bersabda kepadanya: (Wahai Ali, ketahuilah bahawa amat pelik manusia dengan imannya. dan amat besar dari keyakinan mereka. Mereka adalah kaum pada akhir zaman yang tidak bertemu dengan Nabi dan terlindung hujah dari mereka, tetapi mereka percaya pada hitam dan putih) [310].
Kami telah terangkan kepada kamu sebelum ini, bahawa ini adalah dalil para nabi dan imam-imam (as) dan telah dinafikan oleh para pendusta pada hujah yang sama digunakan oleh anda sekarang, dan saya ingin agar saya tidak mendengar daripada anda kata-kata ini.

Kamu katakan: (Sehingga dalam tidur, saya telah melihat apa yang dilihat orang yang tidur selepas kekeliruan memukul saya, dan selepas keinginan mendalam, doa dan solat saya melihat Seolah-olah satu suara memberitahu saya: Hujah yang ada di sisinya adalah hujah, sesungguhnya ia adalah hujah.).

Saya katakan: ini adalah rukya anda dan bukan untuk anda, yang tidak mempunyai pengesahan sekarang selain Al-Syed Ahmad Al-Hassan; kerana dia adalah pemilik hujah yang diterangkannya dan yang ditekankan oleh para Imam (as), yang merupakan wasiat, ilmu dan Hakimiyah Allah, iaitu perintah untuk ditaati, telah dinyatakan kepada anda dalam jawapan sebelum ini, ia adalah riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa Al-Hujah tersebut dikenali dengan wasiat, iaitu wasiat Rasulullah (S). yang disebut di dalamnya Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan sifat-sifatnya.

Bagi ilmu, ilmu yang paling besar ialah Al-Quran Al-Karim. Al-Syed Ahmad Al-Hassan telah menghadapi (mencabar) semua ulama berdebat dengan Al-Quran Al-Karim. Beliau telah menerbitkan Kitab Al-Mutasyabihaat dan mengeluarkan empat juzuk setakat ini dan mencabar mereka untuk menjawab apa yang dikatakannya.

Mengenai Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) maka Al-Syed Ahmad Al-Hassan membangkitkan satu-satunya yang membawa slogan Hakimiyah Allah (Ketuanan Allah) dan Bai3atu Lillah (ikrar taat setia kepada Allah), yang dinashkan oleh para imam (as) bahawa sesiapa yang berpaling darinya adalah ahli neraka, di dalam riwayat (Al-Yamani), dan telah diterangkan Al-Syed Ahmad Al-Hassan, adalah yang pertama dari Mahdi-mahdi - Ahmad - dan Al-Yamani adalah satu tokoh dengan beberapa nama dan sifat-sifat.

Ini adalah hujah para nabi dan imam-imam (as) yang dia ada pada Al-Syed Ahmad Al-Hassan. Percakapan dalam perkara ini akan menjadi panjang, anda boleh mendapatkannya melalui kitab-kitab Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan kitab-kitab ansarnya, termasuk: (Hakimiyah Allah), dan (Al-Idhaat dalam tiga Juzuk), dan (Wasiat dan Washi Ahmad Al-Hassan), dan (Al-Yamani yang dijanjikan adakah hujah Allah), dan banyak lagi.

Anda katakan: (Malangnya, saya tidak menemui sebarang hujah yang meyakinkan yang saya hargai yang kuat dari anda, jika anda betul, Al-Hamdu Lillah, dan jika saya salah, maka saya akan dipersalahkan di hadapan Allah).

Saya katakan: dengan menghargai anda saya katakan: Di manakah mereka dan berapa ramai daripada mereka yang telah mengakui para hujaj pada para nabi dan imam-imam (as)? Mereka hanyalah sedikit seperti sulfur merah yang digambarkan oleh Amirul Mukminin (as) [311], dan ketahuilah bahawa anda salah - ini adalah suatu kepastian - tidak ada alasan untuk anda esok di hadapan Allah Taala dan di hadapan Imam Mahdi (as). Maka kepunyaan Allah hujah yang disampaikan kepada manusia dan tiada hujah bagi seorang pun ke atasmya.

Anda katakan: (Akhir sekali bagaimana pun jua terima kasih atas jawapannya, dan saya harap Allah akan membantu kita dan anda ke jalanNya dan petunjukNya, dan akhir kata kami Wal-Hamdu Lillahi Rabbi Al-3alamin.
والسلام عليكم ورحمه الله وبركاته

            
Saya katakan:
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Dan inilah tanggungjawab kami dan tiada ucapan terima kasih atas kewajipan ini, dan saya harap tidak ada yang kurang dalam  menerangkan yang hak kepada anda, dan bermohon kepada Allah supaya  menarik tangan anda kepada menolong kebenaran yang diwakili oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan Al Yamani Aali Muhammad, dan supaya tidak menjadikan anda esok nanti dari orang-orang yang berkata:

﴿وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلاً * يَا وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَاناً خَلِيلاً * لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنسَانِ خَذُولاً﴾

Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul". * Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). * Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Zikr ketika ia telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia. [312].

Ketahuilah bahawa kamu adalah orang-orang yang serba kurang kepada Allah dan bahawa Dia Maha Kaya dan Maha Terpuji, begitu pulalah para hujajNya kaya dengan kekayaanNya SWT.

Allah berfirman

﴿لَّيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ فَلأنفُسِكُمْ وَمَا تُنفِقُونَ إِلاَّ ابْتِغَاء وَجْهِ اللّهِ وَمَا تُنفِقُواْ مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ﴾

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). [313].
.
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                      
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡


---------------------------
[309] - diriwayatkan oleh Al-Kulaini dengan sanadnya dalam khabar yang panjang dari Abu Jaafar Al-Tsani (as) berkata, berkata Abu Abdullah (as) sehingga sampa kepada kata: (Sesungguhnya Khalifah Rasulullah (S) menyokong Rasulullah (S) dan tidak memilih melainkan otang yang berhukum dengan hukumnya, dan hanya orang yang sepertinya kecuali nubuwah, walaupun Rasulullah (S) tidak memilih ilmunya pada seorang pun, maka telah menyia-nyiakan lelaki yang menjadi tulang rusuknya yang akan terjadi selepasnyaa) Al-Kafi:. J 1, hal 242-245.
[310] - Kamal Al-Din: J 1, hal 288.
[311] - diriwayatkan oleh Sa'id bin Jubair, daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah (r) bersabda: (Sesungguhnya Ali adalah washi dan anak-anaknya Al-Qaim Al-Muntadzar Al-Mahdi, yang memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana seebelumnya ia telah dipenuhi dengan kebencian dan ketidakadilan, dan yang mengutusku dengan kebenaran berita gembira dan peringatan yang teguh mengatakan Imamahnya pada masa keghaibannya untuk memuliakan sulfur merah, Maka Jabir bin Abdullah berdiri kepadanya, beliau berkata: Wahai Rasulullah, Al-Qaim anakmu berada dalam keghaiban Baginda bersabda: Demi diriku dan Tuhanku, untuk membersihkan orang-orang yang beriman kepada Allah, dan akan memusnahkan orang-orang kafir, kemudian baginda bersabda: Wahai Jabir, ini adalah urusan dari urusan Allah Dan rahsia dari rahsia-rahsia Allah Maka oada keraguanmu, adalah keraguan dalam urusan Allah AWJ adalah Kafir (Kamal Al-Din: J 1, hal 287).
[312] Al-Furqan 25:27-29.
[313] Al-Baqarah 2: 272.



Tiada ulasan: