Kiriman
oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)
Halaman
1
Soalan 7: Adakah sesuai untuk nabi yang Uli Al-Azem seperti Ibrahim as, mengatakan bahawa bintang planet, atau bulan, atau matahari adalah Tuhannya?
Jawapan:
Ini
adalah khayalan dari orang-orang yang bersangka-sangka bahawa kata-kata ini
berasal dari Ibrahim as
dalam alam Syahadah, bermakna kehidupan dunia ini, walaupun Ibrahim mungkin
mengulanginya dalam kehidupan dunia ini, supaya mencela kaumnya yang menyembah
bintang-bintang planet, atau roh-roh yang bergerak di planet-planet ini.[1]
Hakikatnya
adalah bahawa Muhammad dan keturunannya as mempunyai cahaya suci, yang
membingungkan pemilik akal yang sempurna, dari nabi yang ulung dan dari
malaikat yang mulia, [2] sehingga mereka menyangka bahawa mereka as adalah Raja Yang
Maha Mengetahui swt.[3]
--------------------------------------------
1. Ali bin Muhammad bin Al-Jaham berkata,
"Aku menghadiri majlis di Al-Maamun [Seorang pemerintah Abbasiyah], dan
Imam Al-Reza as hadir. Jadi Al-Maamun bertanya Al-Reza as, “Wahai anak Nabi
Allah, adakah kamu tidak mengatakan bahawa para nabi adalah maksum?” Al-Reza berkata,
'”Ya.“ Kemudian Al-Maamun bertanya kepadanya tentang ayat-ayat Al-Quran yang
menyebut nabi-nabi as and salah satu soalan beliau mengenai ayat {Ketika malam
telah menjadi gelap, dia [Ibrahim] memandang bintang planet. Beliau berkata ,
"Ini adalah Tuhanku."} Al-Reza as menjawab dengan berkata, “Ibrahim
telah diutus kepada tiga kumpulan manusia: Satu yang menyembah bintang Zuhrah,
satu menyembah bulan , dan yang satu lagi menyembah matahari. Dan itulah
sebabnya dia meninggalkan jalan kaumnya. Ketika malam menjadi gelap, kepadanya as,
dia melihat bintang Zuhrah dan mempersoalkan, sebagai penafian, 'Adakah ini tuhan
ku?' Jadi, apabila planet itu tidak lagi boleh dilihat, dia berkata, "Aku
tidak suka kepada yang terbenam, 'kerana terbenam adalah sifat baharu, dan
bukan dari yang asal (qadim). Jadi, apabila dilihatnya bulan jelas, beliau
mempersoalkan, sebagai penafian, '”Adakah ini tuhan ku?' Lalu, apabila bulan
itu tidak lagi kelihatan, beliau berkata , "Jika Tuhanku tidak memberi
petunjuk kepadaku, nescaya aku telah menjadi orang-orang yang sesat.” dan
apabila pagi bermula, dia melihat matahari yang jelas, dan mempersoalkan,
kerana dalam penafian dan tidak seperti dalam ikrar,' Adakah ini tuhan ku? Yang
ini lebih besar daripada Zuhrah dan bulan. ' Jadi, apabila matahari terbenam,
dia berkata kepada tiga kumpulan orang yang menyembah Zuhrah, bulan, dan
matahari, {Wahai kaumku , sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu
sekutukan [dengan Allah], aku hadapkan wajah ku kepada Allah yang menciptakan
langit dan bumi, dari jalan kamu, dan aku bukanlah dari orang-orang musyrik}.
Dengan mengatakannya, Ibrahim mahu menerangkan kepada mereka kesesatan agama
mereka, dan membuktikan kepada mereka bahawa yang mempunyai sifat-sifat seperti
Zuhrah, bulan, dan matahari tidak layak disembah, sebaliknya, Dialah yang
menciptakan mereka, Pencipta langit dan di bumi, yang layak disembah. Dan apa yang
Ibrahim gunakan sebagai hujah adalah dari wahyu Allah swt, kerana Allah swt,
{Itu adalah hujah kami. Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan
kaumnya}. Jadi, Al- Maamunn berkata, ' Ini sesungguhnya dari Allah, Wahai anak
nabi Allah." ‘Uyun Akhbar Al-Reza as Jilid 1 hal. 197.
2.
Seperti yang dinyatakan dalam riwayat Al-Mikraj .
3.
Dalam riwayat yang dikenali sebagai ilmu, di mana Muhammad saw bersabda kepada
Ali as, Muhammad saw bersabda, "... Dan kami mendahului mereka dalam
mengenal Tuhan kami, memuji-Nya, dan memuliakan Dia, kerana apabila Allah (Awj)
mula mencipta, Dia menciptakan roh kami, dan Dia menjadikan kami bercakap
dengan tauhid dan memuji -Nya. Dia kemudian mencipta malaikat-malaikat, lalu
apabila mereka melihat diri kami sebagai satu cahaya, mereka memuliakan kami,
maka kami memuji agar para malaikat mengetahui bahawa kami makhluk yang diciptakan,
dan bahawa Dia jauh mengatasi sifat-sifat kami. Jadi malaikat memuji dengan
puji-pujian kami, dan mereka menyaksikan bahawa Dia adalah jauh mengatasi sifat-sifat
kami. Jadi apabila malaikat melihat kehebatan hal kami, kami berkata, 'Tiada
tuhan melainkan Allah,' supaya malaikat tahu bahawa tiada tuhan melainkan Allah,
dan bahawa kami adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah di sampingNya
atau tanpa Dia. Jadi, mereka berkata, 'Tiada tuhan melainkan Allah.' Oleh itu,
apabila mereka melihat kehebatan taraf kami, kami berkata, 'Allah Maha Besar,
dalam usaha untuk mengenalkan para malaikat bahawa Allah Teramat Agung kepada semua
selain daripada Nya yang mempunyai Kebesaran dan Keagungan , jadi apabila
mereka melihat ... " Elal Al-Sharaie Jilid 1 hal. 5.
Halaman
2
Oleh
itu, apabila diperlihatkan kepada Nabi Ibrahim as Kerajaan Langit-langit
(Al-Malakut As-Samaawaat), dan dia melihat cahaya Al-Qaim as dia berkata, "Inilah tuhan ku." Dan apabila dia melihat cahaya Ali as beliau
berkata, "Inilah tuhan ku." Dan apabila dia melihat cahaya Muhammad saw
dia berkata, "Inilah tuhan ku." Ibrahim as tidak dapat mengenali
bahawa mereka adalah hamba-hamba, sehinggalah kebenaran mereka telah diwahyukan
kepadanya [1], dan kedudukan dan ketiadaan mereka dari Zat Ketuhanan telah
dijelaskan kepadanya, dan pandangan mereka kepada "Aku" ketika itu
telah dijelaskan kepada beliau as. Barulah beliau as mengarahkan dirinya kepada
Yang Satu yang menciptakan langit, dan dia tahu bahawa mereka as adalah
"Penciptaan Allah, dan penciptaan
selepas mencipta mereka,"
seperti
yang dinyatakan dalam riwayat dari Ahlul Bayt as.[2]
Di sini Nabi Ibrahim as dimaafkan. Ia ada dalam wirid doa hari-hari Rejab oleh Imam Al-Mahdi
as dalam keterangan Muhammad dan keturunannya as:
"Tidak ada perbezaan antara Engkau
dan mereka mereka adalah hamba-hambaMu dan makhluk Mu. " [3]
--------------------------------------------------
--------
1. Tidaklah tersembunyi pengetahuan Ibrahim
tentang mereka as adalah bergantung kepada kedudukannya sendiri, dan dia tidak
kenal mereka as kerana mereka perlu dikenali. Muhammad saw berkata kepada Ali as
, "Wahai Ali, tidak ada yang mengenal Allah kecuali engkau dan aku, dan
tidak seorang pun telah mengenal ku kecuali Allah dan kamu, dan tidak seorang
pun telah mengenal kamu kecuali Allah dan aku." Mostadrak Safinat Al-
Najat oleh Al- Namazi Vol. 7 halaman 182. Riwayat Muhammad saw ini tiada
meninggalkan ruang untuk sesiapa menganggap bahawa Ibrahim as telah mengenal mereka
kerana mereka perlu dikenal.
2.
Di dalam kitab Al-Lama Al-Bayda oleh Al-Tabreezi Al-Ansari, halaman 64,
diriwayatkan bahawa Muhammad saw bersabda, " Ali dan aku adalah cahaya di
tangan Maha Penyayang empat belas ribu tahun sebelum Dia menciptakan Arasy-Nya
(dan pada satu riwayat dalam kitab Al-Awalem ia berkata ' empat puluh ribu
tahun sebelum Adam), dan kami terus dipertingkat /diangkat dalam cahaya
sehingga kami mencapai kehadiran Kebesaran dalam lapan puluh ribu tahun, dan
kemudian Allah mencipta makhluk dari cahaya kami, maka kami adalah ciptaan
Allah, dan semua penciptaan adalah ciptaan dari kami (dan dalam riwayat lain, 'penciptaan
terkemudian adalah ciptaan kami.'). "
3. Bihar
Al -Anwar Jilid. 95 halaman 393.
Halaman
3
Jadi
pujian kepada Tuhan kamu, Tuhan yang memuliakan melebihi sifat mereka. Dan
salam kepada Muhammad dan keturunan Muhammad yang disucikan. Dan pujian kepada
Allah Tuhan semesta alam.
Allah
swt berfirman,
وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ ۞ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ
اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ
هَٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا
أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ ۞ فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ
هَٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا
أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ
الضَّالِّينَ ۞ فَلَمَّا رَأَى
الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا
أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ ۞ إِنِّي وَجَّهْتُ
وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ۞
{ Dan , Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim Kerajaan Langit dan bumi supaya dia menjadi orang-orang yang yakin ۞ Ketika malam telah menjadi gelap, dia [Ibrahim] dia memandang bintang. Dia berkata, " Inilah Tuhanku?", tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Saya tidak suka kepada perkara-perkara yang terbenam hilang." ۞ Dan apabila dia melihat bulan terbit , dia berkata, Inilah Tuhanku.", Tetapi apabila ia terbenam, beliau berkata, "Jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku aku akan menjadi dari orang-orang yang sesat." ۞ Dan apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Tuhanku." Ini lebih besar!" Dan apabila ia terbenam, dia berkata," Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan [dengan Allah], ۞Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, terhadap jalan Tauhid dan dan bukanlah aku dari orang-orang musyrik."۞} [1]
Untuk
mentafsirkan kata-kata Nabi Ibrahim seolah-olah mereka berkata dalam kehidupan di
dunia ini dan di alam Syahadah, untuk menyangkal hujah, penyembah bintang atau
para penyembah matahari, khususnya, tidak bercanggah dengan apa yang saya
katakan sebelum ini . Selain itu, riwayat yang disebut yang mengatakan bahawa
tafsiran ayat ini adalah dalam kehidupan dunia ini adalah satu riwayat daripada
Imam Al- Reza as , dan ia adalah hujah terhadap pemerintah Abbasiyah, Al-Maamun
(Allah mengutuk mereka), bahawa para nabi adalah sempurna. Dan bagaimana boleh Al-Maamun
bani Abbasiyah boleh memahami kata-kata Imam as jika dia bercakap tentang
Kerajaan Syurga? Tambahan pula Al-Maamun adalah orang yang mempersoalkan,
dengan soalan itu, yang hanya mahu membuktikan Imam as salah, dan dia tidak
meminta untuk mendapatkan jawapan. Dan jika dia bertanya Imam Al- Retha as
untuk pengetahuan yang lebih lanjut, Imam as akan memberikan kepadanya.
Cara
al-Quran menunjukkan pandangan Ibrahim terhadap bintang, bulan, dan matahari
adalah pandangan alam Malakut. Kata-kata dalam Al-Quran datang selepas Allah swt
menunjukkan kepada Ibrahim as Kerajaan Langit (Malakut As Samaawaat) .
----------------------------------
1. Al
An'am 6:75–79
Halaman 4
Dalam Kitab tafsir Al-Qummi, Abu Abdullah as telah ditanya mengenai perkataan Nabi Ibrahim, "Inilah Tuhanku," sama ada ia syirik, maka dia as berkata,
"Sesiapa yang berkata Ibrahim telah melakukan syirik adalah
seorang musyrik. Ibrahim bukan seorang musyrik, dia telah mencari Tuhannya dan
jika perkataan yang sama telah datang dari orang selain dia, orang itu akan
menjadi musyrik"[1] .
Al-Ayashi meriwayatkan bahawa
Ahlul Bayt as menambah kepada riwayat di atas, dengan kata,
"Dia mencari Tuhan, dan dia tidak sampai kepada tidak percaya
pada Allah. Jika sesiapa melakukan perkara yang sama seperti beliau as telah
dilakukan, dia akan bertaraf seperti pangkat kedudukan Nabi Ibrahim as."[2]
Oleh itu, jika kata-kata Nabi
Ibrahim ( "Inilah Tuhanku ") adalah dalam alam Syahadah, iaitu kehidupan
di dunia ini, kerana mencari Tuhan, maka ia pasti syirik, sama ada ia dari dalam
dada Ibrahim as atau dari orang lain. Sesungguhnya Ibrahim tidak syirik, kerana
dia mencari di alam malakut (malakuti ruhi) selepas diperlihatkan
Kerajaan-kerajaan langit dan bumi kepadanya as. Jika ia datang dari selain Ibrahim
as, ia akan menjadi syirik, kerana ia akan mencari [Tuhan] dalam alam Syahadah,
dalam kehidupan dunia ini, dan di dalam jisim-jisim (benda-benda) yang wujud di
dalamnya.
Dan Imam as menjelaskan bahawa
sesiapa mencari Tuhannya dalam Kerajaan Langit (alam malakut) tidak syirik,
sebaliknya dia bertaraf kedudukan Nabi Ibrahim as .
"Perkara kami ini adalah sulit dan menjadi sukar. Ia tidak
akan diterima kecuali oleh seorang nabi diutus, malaikat yang rapat, atau orang
yang beriman yang hatinya telah diuji oleh Allah dengan iman. "[3]
Sesungguhnya , kerana dia adalah
seorang mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah dengan iman.
۞ ۞
۞ ۞
-----------------------------------
1. Tafsiran Al-Qummi Jil. 1 hal 206.
2. Tafsiran Al-Ayashi Jil. 1 hal
364.
3. Mukhtasar Basair Al-Darajat
halaman 26.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan