Halaman

Rabu, 23 Oktober 2013

Soalan 7 - Dari Kitab Mutasyabihat – Syirikkah Ibrahim as?

Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)


Halaman 1


Soalan 7: Adakah sesuai untuk nabi yang Uli Al-Azem seperti Ibrahim as, mengatakan bahawa  bintang planet, atau bulan, atau matahari adalah Tuhannya?

Jawapan:

Ini adalah khayalan dari orang-orang yang bersangka-sangka bahawa kata-kata ini berasal dari Ibrahim as dalam alam Syahadah, bermakna kehidupan dunia ini, walaupun Ibrahim mungkin mengulanginya dalam kehidupan dunia ini, supaya mencela kaumnya yang menyembah bintang-bintang planet, atau roh-roh yang bergerak di planet-planet ini.[1]

Hakikatnya adalah bahawa Muhammad dan keturunannya as mempunyai cahaya suci, yang membingungkan pemilik akal yang sempurna, dari nabi yang ulung dan dari malaikat yang mulia, [2] sehingga mereka menyangka bahawa mereka as adalah Raja Yang Maha Mengetahui swt.[3]

--------------------------------------------
1. Ali bin Muhammad bin Al-Jaham berkata, "Aku menghadiri majlis di Al-Maamun [Seorang pemerintah Abbasiyah], dan Imam Al-Reza as hadir. Jadi Al-Maamun bertanya Al-Reza as, “Wahai anak Nabi Allah, adakah kamu tidak mengatakan bahawa para nabi adalah maksum?” Al-Reza berkata, '”Ya.“ Kemudian Al-Maamun bertanya kepadanya tentang ayat-ayat Al-Quran yang menyebut nabi-nabi as and salah satu soalan beliau mengenai ayat {Ketika malam telah menjadi gelap, dia [Ibrahim] memandang bintang planet. Beliau berkata , "Ini adalah Tuhanku."} Al-Reza as menjawab dengan berkata, “Ibrahim telah diutus kepada tiga kumpulan manusia: Satu yang menyembah bintang Zuhrah, satu menyembah bulan , dan yang satu lagi menyembah matahari. Dan itulah sebabnya dia meninggalkan jalan kaumnya. Ketika malam menjadi gelap, kepadanya as, dia melihat bintang Zuhrah dan mempersoalkan, sebagai penafian, 'Adakah ini tuhan ku?' Jadi, apabila planet itu tidak lagi boleh dilihat, dia berkata, "Aku tidak suka kepada yang terbenam, 'kerana terbenam adalah sifat baharu, dan bukan dari yang asal (qadim). Jadi, apabila dilihatnya bulan jelas, beliau mempersoalkan, sebagai penafian, '”Adakah ini tuhan ku?' Lalu, apabila bulan itu tidak lagi kelihatan, beliau berkata , "Jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, nescaya aku telah menjadi orang-orang yang sesat.” dan apabila pagi bermula, dia melihat matahari yang jelas, dan mempersoalkan, kerana dalam penafian dan tidak seperti dalam ikrar,' Adakah ini tuhan ku? Yang ini lebih besar daripada Zuhrah dan bulan. ' Jadi, apabila matahari terbenam, dia berkata kepada tiga kumpulan orang yang menyembah Zuhrah, bulan, dan matahari, {Wahai kaumku , sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan [dengan Allah], aku hadapkan wajah ku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, dari jalan kamu, dan aku bukanlah dari orang-orang musyrik}. Dengan mengatakannya, Ibrahim mahu menerangkan kepada mereka kesesatan agama mereka, dan membuktikan kepada mereka bahawa yang mempunyai sifat-sifat seperti Zuhrah, bulan, dan matahari tidak layak disembah, sebaliknya, Dialah yang menciptakan mereka, Pencipta langit dan di bumi, yang layak disembah. Dan apa yang Ibrahim gunakan sebagai hujah adalah dari wahyu Allah swt, kerana Allah swt, {Itu adalah hujah kami. Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya}. Jadi, Al- Maamunn berkata, ' Ini sesungguhnya dari Allah, Wahai anak nabi Allah." ‘Uyun Akhbar Al-Reza as Jilid 1 hal. 197.
2. Seperti yang dinyatakan dalam riwayat Al-Mikraj .
3. Dalam riwayat yang dikenali sebagai ilmu, di mana Muhammad saw bersabda kepada Ali as, Muhammad saw bersabda, "... Dan kami mendahului mereka dalam mengenal Tuhan kami, memuji-Nya, dan memuliakan Dia, kerana apabila Allah (Awj) mula mencipta, Dia menciptakan roh kami, dan Dia menjadikan kami bercakap dengan tauhid dan memuji -Nya. Dia kemudian mencipta malaikat-malaikat, lalu apabila mereka melihat diri kami sebagai satu cahaya, mereka memuliakan kami, maka kami memuji agar para malaikat mengetahui bahawa kami makhluk yang diciptakan, dan bahawa Dia jauh mengatasi sifat-sifat kami. Jadi malaikat memuji dengan puji-pujian kami, dan mereka menyaksikan bahawa Dia adalah jauh mengatasi sifat-sifat kami. Jadi apabila malaikat melihat kehebatan hal kami, kami berkata, 'Tiada tuhan melainkan Allah,' supaya malaikat tahu bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa kami adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah di sampingNya atau tanpa Dia. Jadi, mereka berkata, 'Tiada tuhan melainkan Allah.' Oleh itu, apabila mereka melihat kehebatan taraf kami, kami berkata, 'Allah Maha Besar, dalam usaha untuk mengenalkan para malaikat bahawa Allah Teramat Agung kepada semua selain daripada Nya yang mempunyai Kebesaran dan Keagungan , jadi apabila mereka melihat ... " Elal Al-Sharaie Jilid 1 hal.  5.


Halaman 2


Oleh itu, apabila diperlihatkan kepada Nabi Ibrahim as Kerajaan Langit-langit (Al-Malakut As-Samaawaat), dan dia melihat cahaya Al-Qaim as dia berkata, "Inilah tuhan ku." Dan apabila dia melihat cahaya Ali as beliau berkata, "Inilah tuhan ku." Dan apabila dia melihat cahaya Muhammad saw dia berkata, "Inilah tuhan ku." Ibrahim as tidak dapat mengenali bahawa mereka adalah hamba-hamba, sehinggalah kebenaran mereka telah diwahyukan kepadanya [1], dan kedudukan dan ketiadaan mereka dari Zat Ketuhanan telah dijelaskan kepadanya, dan pandangan mereka kepada "Aku" ketika itu telah dijelaskan kepada beliau as. Barulah beliau as mengarahkan dirinya kepada Yang Satu yang menciptakan langit, dan dia tahu bahawa mereka as adalah

"Penciptaan Allah, dan penciptaan selepas mencipta mereka,"

seperti yang dinyatakan dalam riwayat dari Ahlul Bayt as.[2]

Di sini Nabi Ibrahim as dimaafkan. Ia ada dalam wirid doa hari-hari Rejab oleh Imam Al-Mahdi as dalam keterangan Muhammad dan keturunannya as:

"Tidak ada perbezaan antara Engkau dan mereka mereka adalah hamba-hambaMu dan makhluk Mu. " [3]

-------------------------------------------------- --------
1. Tidaklah tersembunyi pengetahuan Ibrahim tentang mereka as adalah bergantung kepada kedudukannya sendiri, dan dia tidak kenal mereka as kerana mereka perlu dikenali. Muhammad saw berkata kepada Ali as , "Wahai Ali, tidak ada yang mengenal Allah kecuali engkau dan aku, dan tidak seorang pun telah mengenal ku kecuali Allah dan kamu, dan tidak seorang pun telah mengenal kamu kecuali Allah dan aku." Mostadrak Safinat Al- Najat oleh Al- Namazi Vol. 7 halaman 182. Riwayat Muhammad saw ini tiada meninggalkan ruang untuk sesiapa menganggap bahawa Ibrahim as telah mengenal mereka kerana mereka perlu dikenal.
2. Di dalam kitab Al-Lama Al-Bayda oleh Al-Tabreezi Al-Ansari, halaman 64, diriwayatkan bahawa Muhammad saw bersabda, " Ali dan aku adalah cahaya di tangan Maha Penyayang empat belas ribu tahun sebelum Dia menciptakan Arasy-Nya (dan pada satu riwayat dalam kitab Al-Awalem ia berkata ' empat puluh ribu tahun sebelum Adam), dan kami terus dipertingkat /diangkat dalam cahaya sehingga kami mencapai kehadiran Kebesaran dalam lapan puluh ribu tahun, dan kemudian Allah mencipta makhluk dari cahaya kami, maka kami adalah ciptaan Allah, dan semua penciptaan adalah ciptaan dari kami (dan dalam riwayat lain, 'penciptaan terkemudian adalah ciptaan kami.'). "
3. Bihar Al -Anwar Jilid. 95 halaman 393.


Halaman 3


Jadi pujian kepada Tuhan kamu, Tuhan yang memuliakan melebihi sifat mereka. Dan salam kepada Muhammad dan keturunan Muhammad yang disucikan. Dan pujian kepada Allah Tuhan semesta alam.

Allah swt berfirman,

وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ ۞‏ فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ قَالَ هَٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ  ۞‏ ‏ فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا قَالَ هَٰذَا رَبِّي ۖ فَلَمَّا أَفَلَ قَالَ لَئِن لَّمْ يَهْدِنِي رَبِّي لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ  ۞‏ ‏ فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ  ۞‏ ‏ إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ  ۞‏ 


{ Dan , Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim Kerajaan Langit dan bumi supaya dia menjadi orang-orang yang yakin ۞ Ketika malam telah menjadi gelap, dia [Ibrahim] dia memandang bintang. Dia berkata, " Inilah Tuhanku?", tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Saya tidak suka kepada perkara-perkara yang terbenam hilang." ۞ Dan apabila dia melihat bulan terbit , dia berkata, Inilah Tuhanku.",  Tetapi apabila ia terbenam, beliau berkata, "Jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku aku akan menjadi dari orang-orang yang sesat." ۞ Dan apabila dia melihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Tuhanku." Ini lebih besar!" Dan apabila ia terbenam, dia berkata," Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan [dengan Allah], ۞Sesungguhnya aku hadapkan wajahku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, terhadap jalan Tauhid dan dan bukanlah aku dari orang-orang musyrik."۞} [1]
                       
Untuk mentafsirkan kata-kata Nabi Ibrahim seolah-olah mereka berkata dalam kehidupan di dunia ini dan di alam Syahadah, untuk menyangkal hujah, penyembah bintang atau para penyembah matahari, khususnya, tidak bercanggah dengan apa yang saya katakan sebelum ini . Selain itu, riwayat yang disebut yang mengatakan bahawa tafsiran ayat ini adalah dalam kehidupan dunia ini adalah satu riwayat daripada Imam Al- Reza as , dan ia adalah hujah terhadap pemerintah Abbasiyah, Al-Maamun (Allah mengutuk mereka), bahawa para nabi adalah sempurna. Dan bagaimana boleh Al-Maamun bani Abbasiyah boleh memahami kata-kata Imam as jika dia bercakap tentang Kerajaan Syurga? Tambahan pula Al-Maamun adalah orang yang mempersoalkan, dengan soalan itu, yang hanya mahu membuktikan Imam as salah, dan dia tidak meminta untuk mendapatkan jawapan. Dan jika dia bertanya Imam Al- Retha as untuk pengetahuan yang lebih lanjut, Imam as akan memberikan kepadanya.


Cara al-Quran menunjukkan pandangan Ibrahim terhadap bintang, bulan, dan matahari adalah pandangan alam Malakut. Kata-kata dalam Al-Quran datang selepas Allah swt menunjukkan kepada Ibrahim as Kerajaan Langit (Malakut As Samaawaat) .


----------------------------------
1. Al An'am 6:75–79



Halaman 4


Dalam Kitab tafsir Al-Qummi, Abu Abdullah as telah ditanya mengenai perkataan Nabi Ibrahim, "Inilah Tuhanku," sama ada ia syirik, maka dia as berkata,

"Sesiapa yang berkata Ibrahim telah melakukan syirik adalah seorang musyrik. Ibrahim bukan seorang musyrik, dia telah mencari Tuhannya dan jika perkataan yang sama telah datang dari orang selain dia, orang itu akan menjadi musyrik"[1] .

Al-Ayashi meriwayatkan bahawa Ahlul Bayt as menambah kepada riwayat di atas, dengan kata,

"Dia mencari Tuhan, dan dia tidak sampai kepada tidak percaya pada Allah. Jika sesiapa melakukan perkara yang sama seperti beliau as telah dilakukan, dia akan bertaraf seperti pangkat kedudukan Nabi Ibrahim as."[2]

Oleh itu, jika kata-kata Nabi Ibrahim ( "Inilah Tuhanku ") adalah dalam alam Syahadah, iaitu kehidupan di dunia ini, kerana mencari Tuhan, maka ia pasti syirik, sama ada ia dari dalam dada Ibrahim as atau dari orang lain. Sesungguhnya Ibrahim tidak syirik, kerana dia mencari di alam malakut (malakuti ruhi) selepas diperlihatkan Kerajaan-kerajaan langit dan bumi kepadanya as. Jika ia datang dari selain Ibrahim as, ia akan menjadi syirik, kerana ia akan mencari [Tuhan] dalam alam Syahadah, dalam kehidupan dunia ini, dan di dalam jisim-jisim (benda-benda) yang wujud di dalamnya.

Dan Imam as menjelaskan bahawa sesiapa mencari Tuhannya dalam Kerajaan Langit (alam malakut) tidak syirik, sebaliknya dia bertaraf kedudukan Nabi Ibrahim as .

"Perkara kami ini adalah sulit dan menjadi sukar. Ia tidak akan diterima kecuali oleh seorang nabi diutus, malaikat yang rapat, atau orang yang beriman yang hatinya telah diuji oleh Allah dengan iman. "[3]

Sesungguhnya , kerana dia adalah seorang mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah dengan iman.


۞ ۞ ۞ ۞


-----------------------------------
1. Tafsiran Al-Qummi Jil. 1 hal 206.
2. Tafsiran Al-Ayashi Jil. 1 hal 364.

3. Mukhtasar Basair Al-Darajat halaman 26.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan