Dari
Kitab Mutasyabihat
Kiriman
oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)
Soalan 1: Bagaimana kamu mengenal Allah dengan Allah?
[1]
Ia bermakna mengenal Allah swt oleh Allah
di dalam penciptaan, iaitu Imam Al-Mahdi as. Beliau (as) manifestasi dan
kemunculan Allah di dalam penciptaan, bermakna manifestasi dan dan kemunculan
Kota Kesempurnaan Ketuhanan (Madinat Al Kamaalaat Al Ilahiyyah) pada
penciptaan.
Dalam erti kata lain, beliau adalah
manifestasi dan kemunculan nama-nama Allah di dalam penciptaan , kerana dia as,
adalah wajah Allah swt di mana Dia menghadapi ciptaan-Nya. Oleh itu, sesiapa
yang ingin mengenal Allah swt mesti mengenal Imam Al -Mahdi as.[2]
__________________
1. Soalan ini sama seperti kata-kata Imam
Ali: "Mengenal Allah dengan Allah, dan Rasul dengan Risalah, dan khalifah
dengan pemerintahnya yang baik, adil, dan berbuat baik kepada orang lain
..." AlKafi : Vol. 1, Page 85. Tawhid oleh Sheikh Sadooq : halaman 285-286
.
2. Ini telah disebut dalam riwayat dari Ahlul
Bayt as. Telah diriwayatkan di dalam Al-Ziyarah Al-Jamiah, "... Sesiapa
yang inginkan Allah mulakan dengan kamu [Ahlul Bayt], dengan kamu Allah
mendedahkan kedustaan, dan dengan kamulah Allah menolak zaman kezaliman "
Dan Al-Buraid Al-Ajali mengatakan apa yang didengarnya.
۞۞۞۞
Soalan 2: Mengapa Ibrahim as hanya melihat planet
(bintang), bulan, dan matahari?
Matahari adalah Rasulullah saw, bulan
adalah Imam Ali as [1], dan planet (bintang) ini adalah Imam Al-Mahdi as [2]
.
Matahari,
bulan, dan planet (bintang) dalam Kerajaan Langit adalah manifestasi Allah di
dalam penciptaan. Atas sebab ini, ianya telah dibuat sama pada Ibrahim as dan
ketiga-tiganya adalah manifestasi pada takatnya sendiri. Dan Muhammad, Ali dan
Al-Qaim as, khususnya, adalah manifestasi lengkap Allah di dalam penciptaan di
dunia ini. Ini adalah kerana bukan sahaja mereka diutus, tetapi mereka juga
adalah para pengutus.
Juga
kerana Muhammad saw adalah orang pembukaan yang jelas, dan dia yang Allah swt
telah bukakan (singkapkan) seperti mata jarum, dan didedahkan sebahagian
daripada tabir Ketuhanan kepadanya, dia melihat beberapa tanda-tanda besar
daripada TuhanNya.3
Dan dia
adalah Kota Pengetahuan 4, dan Kota Ilmu adalah mencerminkan Kota
kesempurnaan Ilahi atau Zat Ketuhanan.
Ali adalah
kerana dia adalah pintu ke Kota Ilmu dan dia adalah sebahagian daripadanya,
oleh itu segala yang mengalir keluar dari Kota mengalir melaluinya. Sementara
Muhammad saw adalah manifestasi Allah swt, dan nama Allah swt di dalam
penciptaan. Dan Ali disentuh oleh Zat Allah.5 Oleh itu, apabila
Muhammad tidak lagi kekal, dan tidak ada yang kekal melainkan Allah yang Esa,
lagi Maha Pemaksa pada masa-masa tertentu, maka Ali as menjadi manifestasi
Allah swt dalam penciptaan, dan Fatima as bersama-sama dengannya. Dan dia
adalah unik sebagai bahagian dalam bulan, dan bahagian luar matahari, dan inilah
sebabnya mengapa Ali as berkata,
"Jika tabir itu diangkat untuk ku, aku
tidak akan meningkat dengan pastinya," 6
kerana
walaupun tabir itu tidak diangkat untuk dia, dia masih pada kedudukan yang sama,
untuk kepaada siapa tabir itu diangkat.
Adapun
Al-Qaim as, dia adalah manifestasi daripada nama Allah swt dalam hidupnya dan sebelum
syahid selagi dia hidup, dan beribadat, dan dengan kesempurnaan sifat-sifat dan
keikhlasannya.
Solatnya berkekalan dalam kewarakan, dan
kewarakan beliau berkekalan pada solatnya, seolah-olah ibadatnya kepada Allah
swt tidak pernah reda. Kerana dialah yang duduk di atas takhta di Hari Agama,
iaitu hari Pembalasan Kecil, dan dalam al-Quran ia adalah Hari yang Diketahui. Dan
juga kerana dia adalah Khalifah dengan nama Allah di antara umat manusia pada
hari itu, maka dia mesti menjadi cermin yang mencerminkan keperibadian (Zat)
Ilahi dalam penciptaan, dan pemerintah Allah di dalam penciptaan. Oleh itu
kata-kata Imam as adalah Kalimah Allah, dan penghakimannya itu adalah hukum
Allah, dan kedaulatan Imam as adalah Daulah Allah swt. Pada hari itu, itulah ucapan
Allah dalam Surah Al -Fatihah,
{ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ- Raja Hari Agama },
Menjadi kenyataan. Dan pada hari itu mata
Imam as ada mata Allah, yang bercakap dengan lidah Allah, dan dengan tangan
Allah.7
۞ ۞ ۞ ۞
_____________________________
Imam
Al-Baqir as berkata, "Allah disembah melalui kami, dan dikenali melalui
kami, dan melalui kami Dia disembah sebagai Yang Esa, dan Muhammad adalah tabir
Allah swt." Al- Kafi : Vol. 1, halaman 145.
1.
Diriwayatkan oleh Abu Baseer bahawa dia bertanya kepada Abu Abdullah as
mengenai firman Allah, {[
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا]Dan matahari dan
kecerahannya}. Jadi Abu Abdullah as berkata, "Matahari adalah Muhammad
saw, melalui baginda Allah menjelaskan agama kepada manusia." Jadi, aku
berkata, {[وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا] Dan bulan apabila
ia mengiringinya [matahari]}. Beliau berkata, "Itu adalah Amirul Mukminin
as." Kemudian saya berkata, "Bagaimana pula dengan kata-kata Allah,
{[وَالنَّهَارإِذَا
جَلَّاهَا] Dan siang apabila ia memperlihatkannya
dengan jelas nyata [matahari]}?" Beliau kemudian berkata, "Itu adalah
Imam dari anak Fatimah as, dia bertanya Rasulullah as dan supaya baginda
menjelaskan kepada sesiapa yang bertanya kepadanya. Dan Allah menyebutnya dan
berfirman, {[وَالنَّهَارإِذَا جَلَّاهَا] Dan siang apabila
ia memperlihatkannya dengan jelas nyata [matahari]}" Kemudian, aku
berkata, "{[وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا] Dan malam apabila
ia menyembunyikan (matahari)}." Kata baginda," Mereka adalah
Imam-Imam yang ditindas secara tidak adil dan diambil hak keluarga Muhammad
saw. Mereka adalah para Imam dari penindasan yang tidak adil dengan mengambil
urusan (pemerintahan) tanpa keluarga Muhammad saw. Dan mereka telah mengambil kuasa
yang telah diperuntukkan kepada keturunan Rasulullah saw. Jadi para Imam
melindungi agama Muhammad saw dari penindasan dan kezaliman. Sesungguhnya ,
dengan firman-Nya, { [وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا] Dan malam apabila
ia menyembunyikan [matahari]} "Dia berkata,"Kegelapan malam
menyembunyikan cahaya siang hari itu ... " Bihar Al Anwar :. Jilid. 24,
halaman 70. Ia juga diriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata Rasulullah saw bersabda,
"Perumpamaan aku di sisi kamu adalah matahari, dan Ali umpama bulan. Jadi,
jika matahari itu tiada ambillah panduan dari bulan." Bihar Al Anwar:.
Jilid. 24, halaman 76.
2. Jika
Imam Al-Mahdi as dipasangkan dengan Rasulullah saw, Imam Ali as, Fatima
Al-Zahra as, Al-Hasan dan Al-Hussein as, maka ia adalah bintang-bintang planet
yang bersinar terang. Diriwayatkan dari Imam Al-Sadiq as bahawa bapanya berkata
apa yang dikatakan oleh bapanya as bahawa Amirul Mukminin Imam Ali as berkata,
"Rasul Allah saw bersabda, 'Ketika aku naik ke langit (mikraj), Tuhanku
swt mewahyukan kepadaku...,' sehingga dia saw bersabda, " ... kemudian Dia
swt berfirman, "Angkat kepalamu, jadi aku mengangkat kepalaku dan aku
melihat cahaya-cahaya Ali, Fatima, Al-Hassan, Al-Hussein, Ali bin Al -Hussein,
Muhammad bin Ali, Jafar bin Muhammad, Musa bin Jafar, Ali bin Musa, Muhammad
bin Ali dan Ali bin Muhammad dan juga Hassan bin Ali dan 'Muhammad' Ibn Hassan
Al-Qaim [Pendiri], dan Al-Qaim di tengah-tengah mereka, seolah-olah dia adalah
sebuah planet yang bersinar terang. Aku berkata, “Ya Allah, siapakah mereka?"
Dia swt berfirman, “Mereka adalah para Imam, dan ini adalah Al-Qaim yang
menghalalkan apa yang Aku halalkan, dan mengharamkan apa yang Aku larang.
Melaluinya Aku akan menghukum musuh-musuh Ku. Malah, dia adalah seorang
penyokong yang Ku senangi dan dia adalah orang yang menyembuhkan hati pengikut
kamu dari [penindasan] para penindas, pengkhianat dan orang-orang kafir ... "
Kamal Al- Deen Wa Tamaam Al- Nima halaman 252 .
3. Telah
diriwayatkan daripada Imam Al-Sadiq as dalam hadith Mikraj, "Jadi dia
[Muhammad] melihat seperti sebuah mata jarum kepada apa yang dikehendaki Allah dari
Cahaya Kebesaran. Maka Allah swt berfirman, 'Ya Muhammad.' Jadi baginda berkata,
'Labbaik (Ya) Tuhanku [aku turut perintah Mu Tuhanku ]. ' Dia ber..., '...'
"Al- Kafi : Jilid. 1, halaman 443.
4. Telah
diriwayatkan dari Rasul saw hadith yang terkenal, "Aku Kota Ilmu, dan Ali
adalah pintunya ..."
5.
Intepretasi ini menjelaskan Rasul saw itu bersabda mengenai Amirul Mukminin as:
" \Jangan menghina Ali kerana dia telah disentuh oleh Zat Allah." Al-
Ghadeer - Sheikh Al-Ameeni : Jilid. 10, halaman 213.
6. Al-Munaaqib
oleh Ibn Shahr Ashoub : Jilid.1 , halaman 317.
7. Imam Al -Sadiq as berkata dalam ucapannya
yang panjang dengan Al-Muffadal bin Omar, " ... Walau bagaimanapun, Ya
Muffadal , Al-Qaim as akan bersandar di Al-Kaabah dan dia akan mengeluarkan
tangannya dan ia kelihatan putih tanpa kecacatan. Kemudian dia berkata , “Ini
adalah tangan Allah, [ia dari] Allah dan dengan perintah Allah.” Selepas itu
beliau akan membaca ayat:
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا
يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا
يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ
فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
{Sesungguhnya
orang-orang yang berjanji setia (berbaiah) kepada kamu adalah berjanji setia (berbaiah)
kepada Allah; tangan Allah berada di
atas mereka. Maka sesiapa
yang merosak [sumpah] akan hanya merosak kan dirinya sendiri dan sesiapa yang
menyempurnakan apa yang dijanjikannya kepada Allah, maka akan diberi kepadanya ganjaran
yang besar.} [Al-Quran, Al-Fath 48:10 ] ... " Bihar Al- Anwar . Vol. 53,
halaman 8.
Siapa Yang Mengenal Dirinya Akan Mengenal Tuhannya
Siapa Yang Mengenal Dirinya Akan Mengenal Tuhannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan