Khamis, 24 Oktober 2013

Soalan 10 - Dari Kitab Mutasyabihat – Hijab Ali

Soalan 10 - Dari Kitab Mutasyabihat – Hijab Ali

Kiriman oleh Hanizi Mohamad (Read Only, hanya untuk bacaan dan pembetulan)

Soalan 10 : Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam Ali as:

"Jika tidak disingkapkan hijab padaku, tidak akan meningkat keyakinan."?

Jangan membayangkan dengan khayalan kerana Amirul Mukminin as bercakap mengenai hijab di Alam Malakut (Kerajaan Langit). Bagaimana boleh ketika beliau as berjalan di tanah perkuburan kota Kufah dan bercakap kepada orang yang mati, dan dia berpaling kepada Haba Al-Arni dan berkata kepadanya,

"Jika hijab disingkapkan dari kamu Haba, kamu akan melihat mereka [yang mati] duduk berbual dalam bulatan." [1]

Tetapi, Amirul Mukminin as bercakap mengenai hijab Ketuhanan yang terlindung padanya. Beliau bercakap tentang hijab yang jika disingkapkan pada Ali as, Ali as tidak akan kekal, dan yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Esa Maha Pemaksa itu. Dan berterusannya hijab ini Ali as menganggap sebagai dosa besar, maka ia berkata,

"Tuhanku, aku telah lakukan sendiri ketidakadilan dengan menganggapnya [sendiri], maka akan binasalah jika Engkau tidak mengampunkannya,".

Tetapi, Amirul Mukminin (as) bercakap mengenai hijab Ketuhanan yang terlindung padanya. Beliau bercakap tentang hijab yang jika disingkapkan pada Ali (as), Ali (as) tidak akan kekal, dan yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa itu. Berterusannya hijab ini bagi Amirul Mukminin (as) menganggap sebagai dosa besar, maka ia berkata, "Tuhanku, aku telah lakukan sendiri ketidakadilan dengan menganggapnya [sendiri], maka akan binasalah jika Engkau tidak mengampunkannya," [2] Sebaliknya Al-Quran itu sendiri menganggap kesalahan besar adalah lazim bagi manusia, tidak jauh darinya melainkan berlaku pembukaan yang nyata, dan fana’ pada pada ketikanya, dan kembali pada peringkat yang lain, ini adalah untuk membolehkan manusia mengekalkan kemanusiaannya, dan bagi yang dicipta untuk mengekalkan tempatnya sebagai hamba. Allah swt berfirman,


﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ.....

"Kami telah kurniakan kepada kamu pembukaan yang nyata * supaya Allah mengampuni dosa kamu yang lalu dan akan datang.... " [3]

Dan rasa bersalah di sini adalah "Al-Ana", atau kecacatan kegelapan dan ketiadaan, yang tidak jauh dari manusia. Dan Muhammad (S), disebabkan pembukaan nyata ini, telah beralun (bergetar). Pada satu masa, Muhammad (S) tidak lagi kekal, dan tidak ada yang kekal hanyalah Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa itu. Dan pada masa Muhammad (S) kembali sebagai hamba pertama, cahaya pertama, akal pertama, dan pemenang pelumbaan. Selawat dan salam Allah ke atasnya. Dan kerana Ali (as) adalah pintu kepada Muhammad (S) dan Muhammad adalah pemilik pembukaan yang nyata, dan pada peringkat tiada yang tinggal padanya nama atau imej melainkan Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa, maka pintu itu atau Ali (as) tersentuh dengan Zat Allah, dan pada maqam pemilik pembukaan yang nyata. Inilah sebabnya mengapa Ali (as) berkata,


"Jika tidak disingkapkan hijab padaku, tidak akan meningkat keyakinan." [4]


۞ ۞ ۞ ۞

--------------------------------
1. Haba Al- Arni berkata, "Aku keluar dengan Amirul Mukminin as lalu dia berada di lembah Al-Salam seolah-olah dia memberi ucapan kepada orang ramai, aku berdiri apabila dia berdiri, sehingga aku penat, maka aku duduk sehingga aku bosan, maka aku berdiri sehingga aku penat lagi, dan kemudian aku duduk sehingga aku bosan, jadi aku berdiri dan mengambil jubah ku, dan aku berkata, Amirul Mukminin, aku berasa kasihan pada tuan kerana tuan berdiri terlalu lama, jadi ambil masa rehat, 'dan aku bentangkan jubahku di atas tanah untuk dia duduk di atasnya, jadi dia as berkata, 

“Wahai Haba, ia hanya perbualan dengan orang yang beriman atau bersama mereka.” jadi, aku berkata, “Adakah mereka benar-benar ada?" Dia berkata, "Ya, Jika hijab disingkapkan dari kamu Haba, kamu akan melihat mereka [yang mati] duduk berbual dalam bulatan."  'Aku bertanya,' Adakah mereka badan atau roh?” Dia berkata, “Roh, dan tidak ada orang yang beriman akan mati di mana pun jua di bumi tanpa berkata kepada dirinya sendiri, 'Pergi ke lembah Al -Salam, ia adalah satu tempat dari  Syurga Adn. '" Bihar Al-Anwar Jil. 97 halaman 234.

2. Sebahagian daripada doa daripada Shaban oleh Putera -orang yang beriman Ali as, Bihar Al-Anwar Jil. 91 halaman 97.
3. Al-Fath 48:1-2
4. Al- Manaqeb oleh Ibn Shahr Ashwab Jil. 1 halaman 317.

Tiada ulasan: