Isnin, 28 Oktober 2013

SOLAT DAN TAUHID

Kiriman oleh Muhammad Eshraq 

SOLAT DAN TAUHID

Solat adalah mi'raj (perjalanan naik ke langit) bagi orang mukmin dan ianya menggambarkan kaedah makrifat.


Jejak-jejak makrifat,

·        pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan kaedah makrifat. Oleh itu,
·        gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri),
·        ruku' dan seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan penyingkiran daripada Ana (sifat keakuan).
·        Daripada qiyam yang dia menghadapkan wajah,
·        kepada ruku' yang menggambarkan kerendahan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat tersebut,
·        sehinggalah kepada sujud yang menggambarkan kerendahan serta ketundukan dan penyingkiran daripada Ana pada darjat yang lebih tinggi.
·        Aku tegaskan bahawa kerendahan dan ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat. Sebagaimana makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.


Oleh itu, sebutan zikir

·        di dalam ruku' dan sujud adalah:
o   Subhana Rabbiyal Azhimi (Maha Suci Dia yang Agung) dan
o   Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Dia yang Maha Tinggi)
·        menggambarkan dua martabat ketundukan dan kerendahan, serta makrifat yang mengiringi kedua-dua martabat ini.
·        Di dalam ruku'
o   tanzih (menyucikan daripada kekurangan),
o   tasbih (mensucikan) dan
o   taqdis (mensucikan daripada sifat-sifat yang tidak layak) Zat Ketuhanan atau Allah.
·        Manakala di dalam sujud pula mentanzih, mentasbih dan mentaqdiskan Hakikat dan Al Kunh (HUWA).
·        Sujud adalah martabat kerendahan lebih tinggi dan lebih agung berbanding martabat kerendahan di dalam ruku',
·        bersesuaian dengan tasbih di dalam ruku' adalah
o   Subhana Rabbiyal Azhimi (Maha Suci Dia yang Agung) atau
o   Subhana Rabbiyal Aliyy (Maha Suci Dia yang Tinggi).
·        Manakala, tasbih di dalam sujud pula adalah
o   Subhana Rabbiyal A'la (Maha Suci Dia yang Maha Tinggi) atau
o   Subhana Rabbiyal A'zham (Maha Suci Dia yang Maha Agung).
·        Beza di antara al-Azhim (Agung) dan al-A'zham (Maha Agung) adalah sangat jelas (1).
·        Perbezaan ini menerangkan dengan jelas bahawa makrifat yang ditunjukkan di dalam sujud dan tasbihnya adalah lebih agung, berbanding makrifat yang ditunjukkan di dalam ruku' dan tasbihnya.
·        Di dalam kedua-dua tasbih ini kita mensucikan Dia yang Maha Suci daripada sebarang kekurangan,
·        seterusnya kita mensucikanNya daripada sebarang makrifat yang melingkungiNya atau
·        mensucikanNya daripada kita mengenalnya dengan makrifat yang sempurna di dalam kedua-dua martabat al-Azhim (Agung) dan al-A'zham (Maha Agung), atau
·        Zat Ketuhanan (Lahoot) yakni Allah dan Hakikat yakni HUWA. Di samping kita mengisbatkan dengan kata-kata kita ini bahawa kita tidak mampu mengenal Zat Ketuhanan Mutlak (Lahoot Mutlak) dengan makrifat sepenuhnya, apatah lagi


  • Hakikat yakni HUWA yang kita menghadapkan wajah kepadaNya. 

Kitab at-Tauhid oleh Imam Ahmad Al Hassan as, halaman 62.
______________________________________

(1) Bukan hanya di dalam bahasa Arab sahaja, malahan di dalam bahasa-bahasa lainnya seperti bahasa Inggeris: great - greater - greatest

Tiada ulasan: