Selasa, 15 Oktober 2013

Doa untuk perlindungan dari kejahatan syaitan dalam kalangan manusia dan jin.

Doa daripada Imam Ahmad Al-Hassan a.s

Doa untuk perlindungan dari kejahatan syaitan dalam kalangan manusia dan jin.

Soalan 413: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang,

Semoga ketenangan dan doa dari Allah ke atas Muhammad dan keturunan Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi.

Salam ke atas kalian, Ahlulbait Nabi dan sebahagian dari risalah. Salam ke atas kamu wahai wasiat Allah di bumiNya. Salam sejahtera kepada kamu dan washi Ahmad al-Hassan as.

Wahai tuan saya dan tuan Yamani dari keturunan Muhammad saw, saya berharap anda akan mengajar saya dan orang-orang Ansar doa yang melindungi dari kejahatan syaitan manusia dan jin, kerana mereka telah meningkat dalam bilangan terutamanya dalam masa ini, dan saya memohon kepada Allah swt untuk memberikan kejayaan dan memudahkan anak-kanak untuk bertemu bapa mereka Imam al-Mahdi dan washi as, semoga Allah memperkasakan mereka di muka bumiNya.

Salam sejahtera ke atas Fatimah, ayahnya, suaminya, anak-anaknya dan rahsia yang dikurniakan di dalamnya.

Pengirim: Abu Ali - Al Kuwait.

Jawapan:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Doa ke atasmu Muhammad dan keturunan Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi.

Untuk perlindungan dari syaitan manusia dan jin, bacalah 10 kali selepas solat subuh: "Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah Yang tidak mempunyai sekutu, Tuhan yang Satu, yang Sendirian, Tunggal, yang mutlak, yang tiada isteri atau anak. "
[Ashadu an la ilaha illa Allah, wahdahu la shareeka Lahu, ilahan Wahidan Ahadan Fardan Samadan, lam yattakhith sahibatan wala waladan].

(
أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك له، إلهاً واحداً أحداً فرداً صمداً لم يتخذ صاحبة ولا ولداً)

Juga berdoa dengan doa ini: "Wahai yang Maha Mulia dalam kemuliaanNya. Wahai yang Maha Mulia, Wahai yang Maha Mulia, Wahai yang Maha Mulia, muliakan kami dengan kemuliaanMu, dan bantulah kami dengan pertolonganMu dan jauhkan bisikan syaitan daripada kami, dan lindungilah kami dengan perlindunganMu, dan cegahlah [jahat] dari kami dengan pencegahanMu, dan jadikanlah kami yang terbaik di antara ciptaanMu, Tuhan yang Satu, yang Sendirian, yang Tunggal, yang mutlak. "
[Ya Aziz al izza fi izzih, ya Aziz ya Aziz ya Aziz, aizzana be izzik, wa ayyidna be nasrik wa abid anna hamzat al shayateen. wa idfa anna be dafik, wa imna anna be manik, wa ijalna min khayar khalqik. Ya Wahid, ya Ahad, ya Fard, ya Samad].

(يا عزيز العز في عزه، يا عزيز يا عزيز يا عزيز، أعزنا بعزك، وأيدنا بنصرك، وابعد عنا همزات الشياطين، وادفع عنا بدفعك، وامنع عنا بمنعك، واجعلنا من خيار خلقك، يا واحد يا أحد يا فرد يا صمد )

Semoga kamu tenang , mendapat rahmat dan keberkatan Allah. 

Ahmad al-Hassan

Dhulhijjah

1430 A.H

Terjemahan bebas.

Fatehah Khaleelah Hanizi

Sha’ban
 

Tiada ulasan: