Dikirim oleh Muhammad Eshraq
APAKAH MAKNA KATA-KATA AMIRUL
MUKMININ AS :KESEMPURNAAN IKHLAS KEPADANYA ADALAH PADA MENAFIKAN SIFAT-SIFAT
DARIPADANYA...?
Soalan 46: Amirul Mukminin Ali as telah berkata: "Kesempurnaan ikhlas kepadaNya itu adalah pada menafikan sifat-sifat daripadaNya untuk bersaksikan bahawa setiap sifat itu adalah tidak dapat disifatkan (digambarkan). Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 39. Allah Subhanahu wa Taala menyifatkan diriNya di dalam al-Quran dan berfirman Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Berkemampuan....Jadi bagaimana tauhid (yang disebutkan oleh Imam Ali as) bertentangan dengan apa yang didatangkan oleh al-Quran?
Jawapan: Tiada pertentangan antara gambaran Allah Subhanahu wa Taala dengan apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan kata-kata Amirul Mukminin as, kerana ianya adalah perbezaan makam (kedudukan). Sedang al-Quran berbicara dan menggambarkan Zat (Ketuhanan) atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah dan Nama yang menghimpunkan sifat-sifat kesempurnaan Ilahiyah iaitu Allah. Adapun Makrifat tentang Zat (Ketuhanan) diperolehi dengan makrifat tentang sifat-sifat. Telah berkata Imam Sadiq as: "Disifatkan daripada tiada yang sebanding atau serupa." (Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 407)
Manakala kata-kata Amirul Mukminin as adalah pada martabat ikhlas dalam tauhid atau darjat tertinggi tauhid iaitu tawajjuh (penghadapan) seorang hamba kepada Hakikat dan Al Kunh (Hakikat dan Realiti). Bukan kepada Zat (Ketuhanan) yang disifatkan, yang mana tawajjuh kepada Zat (Ketuhanan) tidak mengosongkan (diri makhluk) daripada ketamakan pada mendapatkan kesempurnaan atau menunaikan keperluannya.
Zat (Ketuhanan) adalah hijab kepada Hakikat atau Realiti (Al Kunh). Zat (Ketuhanan) adalah Nama Teragung Lagi Teragung (Ismu Al A'zham Al A'zham) dan Hakikat (atau Realiti) adalah Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung. Oleh itu, tawajjuh kepada Realiti atau Hakikat - dan nama yang menunjukkan kepadaNya yakni HUA, di mana "Ha" untuk menetapkan (yang tetap) dan "waw" untuk menyembunyikan (yang ghaib) - adalah mengosongkan perhatian daripada sebarang sifat atau nama dan bertawajjuh kepada HakikatNya Subhahu wa Taala di dalam ibadah. Tanpa memerhatikan kepada sifatNya yang Maha Mulia, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana atau Maha Melihat. Inilah dia kesempurnaan ikhlas dalam ibadah dan tauhid.
Kitab Al Mutasyabihat, jilid 2, ms 98.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan