Rabu, 23 Oktober 2013

18 Zul Hijj - Eidul Ghadir Mubarak

18 Zul Hijj - Eidul Ghadir Mubarak

Dikirim oleh Ibnu Azmi


Eidul Ghadir Mubarak diucapkan kepada para mukmin sekalian atas perlantikan Imam Ali a.s sebagai washi dan khalifah selepas Rasulullah s.a.w.a.

An Nasai meriwayatkan dari Abu Thufail dari Zaid bin Arqam berkata: Ketika Nabi pulang dari Haji wada’ dan singgah di Ghadir Khum, baginda menyuruh para sahabatnya bernaung di bawah pohon-pohon. Setelah itu baginda berkhutbah:

“Sudah hampir masanya aku dipanggil Allah dan aku mesti pulang menghadapnya. Sesungguhnya aku tinggalkan buat kamu 2 perkara yang amat berharga (Tsaqalain) yang satu lebih berat dari yang lainnya, iaitu Kitab Allah dan keluarga ku iaitu Ahlulbaitku. Oleh itu perhatikanlah bagaimana sikap kamu terhadap keduanya, kerana sesungguhnya keduanya tidak akan terpisah sehingga menemui ku di Al Haudh.”

Kemudian baginda bersabda lagi:

“Sesungguhnya Allah ialah maulaku, dan aku ialah maula setiap mukmin.”

Lalu baginda mengangkat tangan Ali lalu bersabda:

“Siapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali sebagai pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang menjadikannya sebagai pemimpin, dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Abu Thufail bertanya kepada Zaid: Apakah kamu benar mendengarnya dari Rasulullah(sawa)? Zaid menjawab: Sesungguhnya tidak ada seorang pun di bawah pohon-pohon itu yang tidak melihat dengan kedua matanya dan mendengar dengan kedua telinga mereka.

Sumber: Khasaish Imam Ali, An Nasai, bil 79


Tiada ulasan: