Selasa, 2 Oktober 2018

Ketiga: Penafian Jaafar Bapa Saudaranya Atas Kelahirannya Sebagai Dalil Ketiadaannya


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...88

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (3)

Ketiga: Penafian Jaafar Bapa Saudaranya Atas Kelahirannya Sebagai Dalil Ketiadaannya

Ada yang menimbulkan kesamaran ini, dengan mengatakan jika Muhammad bin Al-Hasan (as) dilahirkan mengapa Jafar bin Imam Al-Hadi (as) dan adik kepada Imam Al-Askari (as) tidak mengetahuimya, dia adalah bapa saudaranya, bagaimana bapa saudaranya tidak tahu kelahirannya?!

Saya katakan: Ini hanyalah ketandusan alasan, dan dengan adanya dalil kelahirannya (as) ia tidak diambil kira, dan dalil didasarkan pada kelahirannya (as), seperti yang dikemukakan.

Dan selain itu, saya katakan: Adakah bapa saudara Nabi (S)  terlepas dari penafian terhadap nubuawah baginda bahawa baginda menjadi nabi yang diutus?! Sudah tentu ia tidak menafikannya selagi ada dalil berdasarkan kepada nubuawah baginda, di sini ia adalah hampir sama pendekatannya, selagi  ada dalil berdasarkan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) maka penafian Ja’far tidak berguna kepadanya.

Maka dengan itu barulah kita tahu bahawa Imam Al-Askari (as) menyembunyikan kelahiran anaknya Muhammad Al-Mahdi (as) kecuali kepada peribadi tertentu dan mereka yang boleh dipercayai. Ja’far bukan salah seorang daripada mereka, dan ini dari sejarah.  Kedudukan Imamahnya adalah jelas. Secara tabieinya akan disembunyikan kelahiran Imam Al-Mahdi (as) dari orang sepertinya. .

Ja’far bin Imam Al-Hadi (as) sangat ingin menjadi imam, ia telah  menggunakan beberapa cara untuk mencapai cita-citanya itu, antaranya:

1 - Mengkhianati Imam Al-Askari (as) dengan pihak berkuasa Al-Abbasiyah.

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani ...90

2. Meminta diluluskan daripada Al-Abbasi kedudukan abangnya Al-Askari (as) untuk dirinya dengan kata: (Wahai Amirul Mukminin, jadikan aku berpangkat dan kedudukan saudaraku Al-Hasan. Khalifah menjawab: Ketahuilah bahawa kedudukan yang diberikan kepada saudaramu bukan dari kami tetapi ia dari Allah AWJ dan kami berusaha untuk mendapatkan kedudukannya dan keadaan itu. Dan Allah Azza wa Jalla enggan berikan melainkan meninggikannya setiap hari apa yang ada padanya dan melindunginya dengari cara yang baik, dengari ilmu dan ibadah. Jika engkau adalah Syiah saudaramu dengan kedudukannya, engkau tidak memerlukan kami, tetapi jika engkau tidak bersama mereka dengan kedudukannya dan tidak ada pada engkau apa yang ada pada saudaramu, engkau tidak akan menjadi sepertinya sedikitpun. [1]

3 – Mengambil warisan (harta peninggalan) Imam Al-Askari (as) dengan mendakwa tiada ahli waris yang lain.

Ia adalah perkara biasa bagi peribadi seperti ini menyembunyikan  kelahiran Imam Mahdi (as), atau dia sengaja menafikannya, walaupun dia mengetahuinya, tetapi apa yang dinafikannya tidak mempunyai peranan penafian.

-------------------------
1- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 379



✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Isnin, 1 Oktober 2018

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (2)





Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...88

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (2)

Kedua:  Tiada Perselisihan Dalil


Sebahagiannya mungkin mengatakan bahawa Imam Al-Mahdi (as) tidak dilahirkan dengan menuduh wujudnya perselisihan. Sekiranya dia dilahirkan tentulah  tiada perselisihan pada kelahirannya. Maka tiada perselisihan pada dalil.

Ini adalah salah satu perkara yang ganjil, kerana banyak perkara yang  diperselisihkan di dalamnya, tetapi orang bijak tidak tunduk pada kewujudannya, bahkan Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa  perselisihan dalam sesuatu tidak bermakna ianya tidak wujud.

Yang Maha Suci berfirman dalam pembentanganNya pada kisah Ashab Ai-Kahf:

﴿سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ ۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا 

Nanti ada orang yang akan mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: "(jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjing nya", sebagai terkaan terhadap barang yang gaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: "(jumlah mereka) tujuh orang, yang ke delapan adalah anjingnya". Katakanlah: "Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit". Karena itu janganlah kamu bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka kepada seorangpun dari mereka. [1].


Adakah perselisihan bilangan mereka memberi jawapan mereka tidak wujud?!

Begitu juga kita dapati sebahagian mereka yang menafikan kewujudan Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) kerana terdapat perselisihan nama ibunya yang suci, seperti Narjis dan Shiqal dan lain-lain.

Saya katakan: Kadang-kadang kita menyebut berbilang-bilang nama, dan dengan perselisihan nama-nama yang berlainan. Nabi (S) mempunyai beberapa nama, terutamanya Ahmad dan Muhammad (S). Begitu juga Al-Saiyidah  Al-Zahra’ yang mempunyai banyak nama. Adakah ini bermakna bahawa kedua-dua Al-Hasan dan Al-Husain (as) bukannya anaknya dan Fatimah bukan ibunya disebabkan  perselisihan tersebut?


-----------------------

1- Al-Kahf 18:22



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...89


Begitu juga dikatakan kepada ibu Imam Al-Mahdi (as), ada berbilang-bilang nama terdapat di dalam sejarah.
                            
Jika dikatakan: bahawa nama ibu Imam Al-Mahdi (as) adalah berbeza-beza, sepatutnya tidak ada banyak nama untuk memanggil seseorang. Salah seorang dari mereka mengatakan  Narjis, dan yang lain mengatakan bukan Narjis tetapi Shiqal, dan sebagainya.

Saya katakan: Ini adalah kerana banyaknya nama, bukan  perselisihan pada nama. Ibunya yang suci diketahui tetapi mempunyai pelbagai nama, walaupun kita menerima perbezaan namanya, tetapi ini tidak menetapkan ketiadaannya dalam sejarah dengan mengambil kira hakikat bahawa nama-nama para jariah mempunyai banyak nama. Bilangan nama tidak berkaitan dengan kewujudannya atau ketiadaannya. Dan mungkin mempunyai pelbagai nama kerana sifat kesucian, pengendalian diri dan kehormatan dan lain-lain.



✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Ahad, 30 September 2018

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani84

Keraguan Sebahagian Yang Menggunakan Sebagai Suatu Alasan Palsu: (1)

Pertama:

Ada yang berpegang pada kata-kata Al-Naubakhti dalam kitabnya oleh sebahagian orang-orang Syiah pada riwayat hidup Imam Al-Hasan Al-Askari (as) yang berkata: (Al-Hasan bin Ali (as) dilahirkan dalam bulan Rabi3 Al-Akhir pada tahun 232 Hijrah dan meninggal dunia secara tersembunyi dari penglihatan di (Samara’) pada lewat malam Jumaat, lapan Rabi3 Al-Awwal tahun 260 H, dan dikuburkan di rumahnya di mana dikebumikan bapanya (as), Dia iaitu Imam Al-Hasan Al-Askari (as) berumur 28 tahun dan disholatkan oleh Abu Isa bin Al-Mutawakkil. Dia menjadi Imam selama lima tahun lapan bulan lima hari, dan dia mati tidak dilihat kesannya dan tidak dikenali anaknya dengan jelas. [1]

Maka sebahagian yang berpegang pada berkata: (dia mati dan tidak dilihat kesannya dan tidak dikenali anaknya dengan jelas) untuk menafikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) atas alasan bahawa Al-Naubakhti mengisytiharkan bahawa tidak wujud anak bagi Imam Al-Askari (as),

Saya tidak tahu bagaimana ia sesutu yang bijak untuk mendapat manfaat daripada kenyataan menafikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) ini, pada hal dia tidak mengatakan: (tidak dilahirkan anak baginya), tetapi dikatakan: (tidak dilihat kesannya dan tidak dikenali anaknya dengan jelas (dan ini tidak bermaksud, Imam Al-Askari (as) tidak mempunyai anak pada hakikatnya, kerana tidak dapat melihat kewujudannya tidak menunjukkan ia tidak wujud.

Di samping itu Al-Naubakhti menggambarkan anak itu dengan jelas mengatakan: (dan tidak dikenali anaknya dengan jelas) dan kata-katanya benar kerana bagi Imam Al-Askari (as) tidak mempunyai anak yang boleh dilihat dan diketahui oleh semua orang, ya anaknya ghaib (tidak diperlihatkan); kerana kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) mesti ditutup secara rahsia dan tersembunyi, disebabkan Bani Abbasiyah berusaha keras untuk membunuhnya (as), ini telah diisyaratkan oleh Imam Al-Shadiq (as), di mana beliau menyatakan wujud perjalanan (sunnah) pada Imam kedua belas seperti Musa (as), yang disembunyikan kelahirannya kerana Firaun takut padanya di zamannya. Beliau (as) berkata: "Allah TWT mengatur perjalanan kelahiran Al-Qaim kita dengan dengan tiga perjalanan rasul (as)." Bahawa takdir kelahirannya seperti takdir kelahiran Musa (as), Dengan kelahiran Musa (as)..., Beliau (as) berkata:bahawa dengan kelahiran Musa (as) pemerintahan Firaun akan jatuh di tangannya (Musa) menurut perkiraan para pendeta kanan yang meramalkan nasib kerajaannya.

------------------------------
1 - Fariq Al-Syiah: hal 105

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani..85

Dan ia akan dilakukan dari orang Bani Israel, dan perut wanita-wanita hamil dari bani Israel akan dibelah, sehingga dia telah membunuh lebih dari dua puluh ribu orang dalam pencariannya terhadap anak tersebut, dan dia tidak berjaya membunuh Musa (as) yang dipelihara oleh Allah TWT, dan begitu juga dengan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah, akan terhenti (jatuh) pemerintahan dan kuasa amir-amit zalim mereka di tangan Al-Qaim kita, mereka sangat bermusuhan dengan kami, dan meletakkan pedang mereka untuk membunuh keluarga Nabi (S) dan menghapuskan keturunan baginda dan mereka akan mencapainya dengan membunuh Al-Qaim, dan Allah AWJ tidak akan mendedahkan urusanNya kepada mana-mana kezaliman, melainkan menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang musyrik membencinya.’ [1]

Imam Amirul Mukminin (as) mengatakan: bahawa Al-Qaim kita, jika beliau bangkit tiada seorang pun dibelenggu dilehernya dengan bai’ah, yang demikian itu kerana disembunyikan kelahirannya dan dighaibkan peribadinya. [2]

Kata Imam Al-Sajjad (as): Al-Qaim kita disembunyikan kelahirannya dari orang ramai sehingga mereka berkata: beliau belum dilahirkan, dan apabila beliau keluar tiada seorang pun dibelenggu lehernya dengan bai’ah. [3].

Imam Al-Baqir (as) berkata kepada Abdullah bin Atha’: Wahai Abdullah bin Atha’, engkau dapat memenuhi telinga kamu, Demi Allah sebagaimana aku adalah pemilikmu. Aku bertanya: Siapakah pemilik kami? Dia berkata: Lihatlah siapa yang disembunyikan kelahirannya dari orang ramai ia adalah pemilikmu. [4]

Imam Al-Redha (as) berkata: "Sehingga Allah AWJ membangkitkan urusan ini, di mana seorang lelaki yang tersembunyi kelahirannya dan tempat lahir tidak tersembunyi pada nasabnya." [5]

Pihak berkuasa Al-Abbasiyah sedang menunggu kelahirannya sebagaimana Firaun menunggu kelahiran Musa (as); mereka menunggu isteri Imam Al-Askari (as), yang membuatkan Imam Al-Askari (as) menyembunyikan kelahirannya untuk memeliharanya seperti memberitahu kelahirannya khusus kepada sahabat-sahabatnya yang terpecaya untuk menegakkan hujah bagi mereka dan menerangkan kepada mereka imam mereka selepas beliau, Maka ditunjukkan kepada kepada empat puluh orang dari para sahabatnya yang khusus, termasuk: Muhammad bin Utsman Al-‘Amiri, dan Muawiyah bin Hakim, Muhammad bin Ayub, dan lain-lain, dan beliau berkata kepada mereka: Inilah imam kamu selepasku,

------------------------
1- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 354
2- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 303
3- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 322
4 - Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 325
5 - Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 370

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani..86

Penggantiku kepada kamu, taatlah kepadanya, dan janganlah kamu berpecah belah selepasku, nanti kamu akan musnah dalam agama kamu, tetapi kamu tidak akan melihatnya selepas hari ini. Dan keghaibannya tidak diperlihatkan kepadanya, maka Sultan tidak berundur dari mencarinya. [1]

Bahkan Abu Amru Utsman bin Sa’id Al-‘Amiri menjelaskan: "Adalah diketahui oleh Sultan bahawa Imam Al-Hasan Al-Askari (as) meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak sebagai pengganti. Semua itu adalah sebagai perlindungan dan demi menjaga keselamatan anaknya. Beliau berkata: (Maka perkara itu di sisi Sultan, adalah Aba Muhammad telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan anak sebagai pengganti dan pembahagian warisannya dan diambil oleh yang tidak berhak kepadanya dan di sini, keluarganya berkeliaran tidak ada yang berani untuk mengiktiraf mereka atau memberi mereka apa jua kesempatan, dan apabila hilang nama hilanglah pencarian, maka bertaqwalah kepada Allah dan berpeganglah dengannya.) [2]

Sebahagian orang jahil akan berkata: Sekiranya Muhammad bin Al-Hasan (as) adalah imam maksum yang sampai ke langit mengapa disembunyikan, bukankah Allah boleh menyelamatkannya?

Ini adalah pandangan yang walaupun naif (kurang bijak), tetapi kita tetap akan menjawabnya, Saya katakan: Tidakkah Allah Yang Maha Suci dapat menyelamatkan Nabi Musa (as), mengapa ibunya menghanyutkannya ke dalam sungai:
  
﴿أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ ۚوَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

Iaitu: "Letakkanlah ia (Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ia ke sungai, maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Fir'aun) musuh-Ku dan musuhnya. Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku; dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku, [3]

Sekiranya orang yang membuat pernyataan ini berada pada zaman Musa (as), adakah kedudukan ini munasabah? Kemudian jika dia tidak tahu sama ada dia telah meremehkan Musa (as) seorang nabi yang diutus oleh Allah Yang Maha Suci?

Maka mari kita kembali kepada ungkapan Al-Naubakhti. Suatu ungkapan yang menafikan anaknya dilihat tetapi tidak menafikan kelahirannya, iaitu: Imam Al-Hasan Al-Askari (as) tidak mempunyai anak yang diperlihatkan kepada masyarakat umum, sebagaimana yang dinyatakan dalam riwayat yang dikemukakan.

Selepas ini, jika kita bosan dengan semua perkara di atas dan menganggap kejahilan Al-Naubakhti tentang wujudnya anak kepada Imam Hassan Askari (as). Adakah ini bermakna bahawa ia tidak dilahirkan?!

Sudah tentu, ini tidak membuktikannya. Ya, apa yang dikatakan jauh dari membuktikannya, dan kegagalannya untuk membuktikannya tidak bermakna dia tidak dilahirkan.

------------------
1- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 33
2- Al-Kafi: J 1, hal 329
3- Taha 20.39 :.      

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani..87

Selain itu, pada keseluruhannya mestilah dilihat apa yang Al-Naubakhti sendiri katakan,: (kata-kata firqah kedua belas, mereka adalah firqah Imamiyyah yang tidak mengatakan, sebagai mana semua firqah yang yang lain, bahkan bagi Allah AWJ hujah dibumiNya adalah dari anak Al-Hasan bin Ali (as), Dan perintah Allah Taala telah disampaikan, dia adalah washi bapanya, mengikut cara pertama dahulu dan Sunnah yang lepas. Mengenai tidak ada Imamah pada dua adik-beradik selepas Al-Hasan dan Al-Hussein (as) dan tidak dibenarkan demikian, ia tidak akan terjadi melainkan keturunan (anak) Al-Hasan bin Ali (as) dan selepas berlakunya kelahiran, berhubung dengan apa yang dipanggil urusan Allah SWT, sekiranya dibumi ada dua orang lelaki maka salah seorang daripada mereka adalah Al-Hujjah, jika salah seorang daripada mereka mati yang seorang lagi adalah Al-Hujjah, selagi ada perintah Allah dan mereka yang bertanggungjawab pada penciptaanNya, tidak dibenarkan menjadi Imam pada keturunan yang tidak dilantik sebagai Imam (maksudnya Ja’far Al-Kazib), dan tidak boleh seorang hujjah yang mati semasa kehidupan bapanya, iaitu orang yang dikatakan sebagai imam sebelum Imam Al-Hasan (as) mati ataupun anaknya, sekiranya dibenarkan sedemikian maka benarlah kata-kata para sahabat Ismail bin Ja’far Al-Shadiq (as) dan mazhab mereka, dan terbuktilah benar Imamah Muhammad bin Jaafar (as), dan Dikatakan bahawa ianya benar selepas Jafar bin Muhammad (as)

Apa yang kita sebutkan adalah dipetik dari orang-orang yang benar, yang tidak mempertahankannya di antara kumpulan ini dan tidak syak lagi untuk mengesahkan sumbernya dan kekuatan penyebabnya dan wujud sandarannya, dan tidak mungkin bumi ini kosong daripada hujah, walaupun kosong sesaat niscaya bumi akan hancur berserta isinya, dan tidak mungkin sesuatu dari semua artikel kumpulan ini, maka kita serahkan yang telah berlalu, dan imamahnya, ditambah pula dengan kematiannya mengesahkan dan diakui bahawa penggantinya itu dari sulbinya, dan pengganti beliau adalah Imam selepasnya sehingga ia muncul dan mengisytiharkan perintah-Nya dan apa yang muncul lebih awal kepada umum dari masa lalu dari bapa-bapanya, dan dengan izin Allah, kerana urusan Allah Taala dilakukan mengikut kehendakNya dan perintah apa yang dikehendaki-Nya dari memperlihatkannya atau menyembunyikannya, seperti apa yang dikatakan Amirul Mukminin (as): "Ya Allah janganlah Engkau kosongkan bumiMu dengan hujjahMu atas penciptaan baik yang zahir dan dikenal oleh semua orang maupun tersembunyi atau yang menghindari supaya tidak membatalkan hujahMu dan peneranganMu." Dengan demikian urusan kami membawakan khabar yang benar tentang imam-imam yang lalu, kerana bagi hamba ia tidak membahaskan urusan-urusan urusan Allah Taala dan hendaklah mereka mengakhirinya kerana mereka tidak berpengetahuan tentangnya untuk mencari jejak-jejak yang terlindung dari mereka, dan tidak dibenarkan menyebut namanya, tidak dibenarkan menyoal tentang tempat beliau sehingga yang memerintahkan itu adalah beliau (as) kerana beliau (as) disembunyikan, dihindari, dirahsiakan oleh Allah Yang Maha Suci dan kita tidak membahaskan urusannya, bahkan membahaskan dan mencarinya adalah haram dan tidak dibenarkan kerana dalam menunjukkan apa yang telah dirahsiakan pada kita dan mendedahkannya adalah menumpahkan darahnya dan darah kita,


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani88

dan hendaklah merahsiakannya dan mendiamkannya dan diperintah dan diwasiatkan kepada kita. Kita tidak dibenarkan dan tidak boleh memilih imam dengan pandangan dan piilihan ... hingga akhir.) [1]

Ini adalah pembicaraan Al-Naubakhti, dan dia menjelaskan iktiqadnya tentang kelahiran Imam yang kedua belas (as) dan keghaibannya, dan ini menyokong apa yang telah kita katakan daripada tafsiran kalimah (wuldi  Dzahir - anaknya dengan jelas), bermakna anaknya tidak jelas dari orang awam.

Selepas ini, apa yang kita panggil orang-orang yang dikaitkan dengan Al-Naubakhti pada mengatakan bahawa Imam Al-Askari (as) tidak mempunyai anak? Tidak ada salahnya menjadi pendusta atau penyebar keraguan, jika ia lebih baik dipikulkan padanya.


✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Rabu, 26 September 2018

Ketiga: Ia Diriwayatkan Dalam Tempoh Al-Ghaibah Al-Sughra (Keghaiban Kecil) Bagi Empat Naib



Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...78

Ketiga: Ia Diriwayatkan Dalam Tempoh Al-Ghaibah Al-Sughra (Keghaiban Kecil) Bagi Empat Naib

Telah dinyatakan dalam riwayat-riwayat yang sahih bahawa Imam Kedua Belas dari Ahl Al-Bait mengalami dua Ghaibah (keghaiban). Terdapat banyak riwayat dan akan dinyatakan kedua-dua riwayat oleh Al-Syeikh Al-Nu3mani kitab Al-Ghaibah. Ia tidak lain dari riwayat-riwayat yang banyak lagi mutawatir (masyhur) dan ramai yang meringkaskan dari sumbernya.

1. Ahmad bin Muhammad bin Said bin ‘Uqdah, dia berkata: Diberitahu pada kami Ali bin Al-Hassan Al-Timali, dari Umar bin Utsman, dari Al-Hasan bin Mahbub, dari Ishaq bin Ammar Al-Shirafi, dia berkata: Aku mendengar Abu Abdullah Ja’far bin Muhammad (as) berkata :

Bagi Al-Qaim ada dua Ghaibah (keghaiban): satu makan masa yang panjang, dan yang satu lagi pendek, yang pertama diketahui tempatnya khusus bagi pengikut-pengikutnya (Syi’ahnya), dan yang satu lagi tidak diketahui tempatnya melainkan khusus kepada pewaris (yang setia) dalam agamanya. [1].

2. Ahmad bin Muhammad bin Sa’id, berkata: Diberitahu pada kami Ali bin Hassan, katanya: Diberitahu pada kami Abdul Rahman bin Abi Najran, dari Ali bin Mahziyar, dari Hammad bin Isa, dari Ibrahim bin Umar Al-Yamani, katanya: Aku mendengar Aba Ja'far (as) berkata:

Bahawa bagi Shohib Al-Amr (Pemilik Urusan) ini mempunyai dua Ghaibah (keghaiban) Dan aku mendengar dia berkata: (Al-Qaim tidak akan bangkit dan bagi setiap seorang di lehernya (dibelenggu) bai’ah.) [2], [3]

Al-Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) berkata:

Kehidupan Imam Mahdi (as) sebelum Ghaibah (keghaiban) hampir lima tahun. Beliau bersama dengan bapanya Imam Al-Hasan Al-Askari (as), beliau (as) dilahirkan pada 15 Sya’ban 255 Hijrah mengikut sebahagian daripada riwayat. Keghaibannya bermula pada hari pertama Imamahnya, ia adalah pada sembilan Rabi’ Al-Awwal 260 H.

-----------------------------
1- Kitab Al-Ghaibah – oleh Muhammad Bin Ibrahim Al-Nu'mani: hal.175
2- Kitab Al-Ghaibah – oleh Muhammad Bin Ibrahim Al-Nu'mani: hal.175
3- Al-Syeikh Al-Nu'mani berkata selepas sebutan semula hadits-hadits yang menyebut tentang Ghaibah (keghaiban) Al-Imam (as) katanya: (hadits-hadits yang menyebut tentang Al-Qaim (as) ini mempunyai dua Ghaibah (keghaiban). hadits-hadits telah disahihkan di sisi kita Al-Hamdu Lillah, dan Allah telah memperjelaskan kata-kata Imam (as) dan menunjukkan bukti keikhlasan mereka, Bagi keghaiban yang pertama, ia adalah keghaiban di mana para safir (wakil) adalah yang berdiri antara Imam dan penciptaan (makhluk), mereka adalah beberapa orang peribadi yang dilantik secara zahir, keluar melalui tangan mereka ilmu yang tidak jelas, dan hukum yang sukar dimengerti, dan menjawab semua yang ditanya mengenai masalah dan kemuskilan, itu adalah Ghaibah (keghaiban) yang tidak lama yang tamat hari-hari dan mempunyai tempoh. Keghaiban kedua tiada khidmat para safir (wakil) sebagai perantara urusan yang dikehendaki Allah, dan ukuran yang diluangkanNya pada penciptaan,, dan berlakunya penelitian menyeluruh dan ujian, kebingungan dan saringan, dan bubarlah mereka yang mendakwa perkara ini, apa yang dikatakan oleh Allah AWJ:
مَّا كَانَ اللَّـهُ لِيَذَرَ الْمُؤْمِنِينَ عَلَىٰ مَا أَنتُمْ عَلَيْهِ حَتَّىٰ يَمِيزَ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ ۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ 
Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib.
Pada zaman ini kini ia telah tiba, Allah menjadikannya bukti-bukti atas kebenaran, dan ianya tidak keluar dari saringan fitnah, dan ini adalah makna kata-kata kita: "Baginya dua Ghaibah (keghaiban)", dan di akhirat nanti kita akan ditanya oleh Allah akan hampirnya Faraj (kelapangan) AuliakNya daripadanya, dan menjadikan kita ke dalam tempat yang dipilihNya, Dan golongan yang mengikut dan yang dipilihNya dan di antara mereka yang dipilih dan diredhaiNya dan dipilih untuk menyokong Wali dan KhalifahNya, ia adalah Wali (penguasa) kebaikan, yang melimpahkan kebaikan.) Ghaibah Al-Nu'mani: hal 178

Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...79

Dalam tempoh lima tahun ini, tidak ada yang mengetahui kelahirannya dan yang melihatnya melainkan Syiahnya yang ikhlas. Mungkin seramai empat puluh orang, kurang atau lebih, Beliau (as) dilindungi dari orang ramai sejak kelahirannya untuk memelihara kehidupannya, dan itu kerana pemimpin-pemimpin yang zalim dan sesat dari Bani Abbasiyah (laknahumu Allah), Mereka sedang menunggu kelahirannya untuk menghapuskannya dan membunuhnya, sebagaimana Firaun (laknahu Allah) menunggu kelahiran Musa (as) untuk membunuhnya, sebagaimana Gabenor Rom mahu membunuh Isa (as) apabila dia mengetahui kelahirannya, dan mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka yang busuk, dan Allah hanya ingin menyempurnakan cahayaNya walaupun dibenci oleh Umaiyah dan Abbasiyyah dan pemimpin-pemimpin yang sesat dan zalim yang memerintah umat Islam.

Urusan Imam (as) ini adalah urusan besar dan banyak dinyatakan dalam hadits-hadits dari Nabi (S) di dalam kitab Sunnah dan Syiah, bahawa Isa (as) ahan sholat di belakangnya dan akan menjadi wazir baginya. [1]

Dan dalam tempoh Ghaibah Al-Shughra (keghaiban pendeknya) ada empat timbalan (naib) pada masyarakat Syiah Dua Belas (Imam), dan pada hakikat yang sama semua safir (duta) adalah mencukupi untuk membuktikan kemuliaan, keutamaan dan tsiqah mereka, dan mereka memanggil maqam mereka. Tetapi kami hanya akan menyebut, sebahagian dari riwayat hidup dan sifat tsiqah mereka, mereka masing-masing mengikut tertib adalah:

Pertama: Utsman bin Sa’id Al-‘Amiriy: dikenali sebagai Aba ‘Amru Al-Samman dan dikatakan dia seorang peniaga minyak sapi (Al-Zaiyat Al-Asadi), yang dihormati lagi mulia, kedudukannya yang rapat di sisi Imam-imam (as), dengan memperoleh, mendapatkan redha para imam dan kepercayaan mereka padanya untuk mewakili bagi pihak mereka (as). Al-Samman: Dikatakan bahawa dia berdagang minyak sapi untuk menutup urusannya, kerana dia membawa soalan-soalan dari orang-orang Syiah dan menyampaikannya kepada para imam (as). Dan membawa semula kepada mereka dengan jawapan, panduan dan bimbingan Imam-imam mereka (as). Orang-orang Syiah menghantar surat (pesanan) mereka dan perkara lain melalui Utsman bin Sa’id, yang disembunyikan di dalam penutup bekas minyak sapi, dan di bawa kepada Abi Muhammad (as) secara berhati-hati dan sembunyi-sembunyi. Dia telah mewakili kepada Imam-imam Al-Hadi, Al-‘Askari dan Al-Mahdi (as). Dia memainkan peranan perantara di antara mereka dan pengasas terkenal pendokong yang setia. Dan kuburnya pada apa yang dinyatakan dalam Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: Di sebelah Barat Madinah Al-Salam iaitu Baghdad dan terletak di kawasan dataran di lokasi pertama yang dikenali sebagai Darb Jablah di Baghdad. Tempoh dia menjadi safir kepada Imam Mahdi (as) kira-kira lima tahun, dan meninggal dunia pada 266 H. [2]

---------------------------
1- Al-3ijl: J 2 hal 56
2- Rujuk Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: hal 353 dan seterusnya.

Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...80

Al-Syeikh Al-Thusi juga berkata:

Utsman bin Sa’id Al-‘Amiriy: dikenali sebagai Aba ‘Amru Al-Samman dan dikatakan dia seorang peniaga minyak sapi (Al-Zaiyat) pelayan beliau (as) selama sebelas tahun, dan dia terkenal pada masa itu. [1]

Beliau juga berkata:

Utsman bin Sa’id Al-‘Amiriy Al-Zaiyat. dan dikatakan dia: Al-Samman, digelar sebagai Aba ‘Amru, yang dihormati lagi mulia terpecaya, sebagai wakil beliau (as). [2]

Beliau juga berkata:. (Muhammad bin Utsman bin Sa’id Al-‘Amiri, yang dikenali sebagai Aba Ja’far, dan bapanya dikenali sebagai Aba ‘Amru, kedua-duanya adalah wakil Shohib Al-Zaman (as), dan mereka mempunyai kedudukan mulia di sisi masyarakat.[3]

Kedua: Muhammad bin Utsman bin Sa’id Al-‘Amiri: dikenali sebagai Aba Ja’far, mulia kedudukannya selepas bapanya di sisi Imam Mahdi (as), di mana Al-Syeikh Al-‘Amiri menerima tugas Safir selepas kematian bapanya dan kedudukannya terbina atas Kitab Al-Takziah Wal-Tauliah bersumber dari Imam Mahdi (as). Tempoh Safirnya Kira-kira 50 tahun, dia meninggal dunia pada tahu 305 H, dan dikuburkan di sisi ibunya pada jalan masuk ke Kufah di tempat di mana ia adalah sekitar di dalam rumahnya. [4]

Al-Syeikh Al-Thusi juga berkata:

Muhammad bin Utsman bin Sa’id Al-‘Amri, yang dikenali sebagai Aba Ja’far, bapanya dikenali sebagai Aba ‘Amru, kedua-duanya adalah wakil Shohib Al-Zaman (as), dan mereka mempunyai kedudukan mulia di sisi masyarakat, [5]

Diriwayatkan oleh Al-Syeikh Al-Kulaini dengan sanad sahih: (Muhammad bin ‘Abdullah dan Muhammad bin Yahya [keduanya] dari ‘Abdullah bin Ja’far Al-Himyariy yang berkata telah berkumpul aku dan Al-Syeikh Abu ‘Amru [rahimahu Allah] di sisi Ahmad bin Ishaq, maka Ahmad bin Ishaq memberi isyarat kepadaku untuk bertanya kepadanya [Abu ‘Amru] mengenai pengganti [Imam]. Maka aku berkata kepadanya “wahai Abu ‘Amru aku ingin menanyakan sesuatu kepadamu dan tidaklah aku meragukan mengenai hal yang ingin aku tanyakan, karena dalam keyakinanku dan agamaku sesungguhnya bumi tidak akan kosong dari Hujjah kecuali 40 hari sebelum hari kiamat dan pada masa itu Al-Hujjah diangkat dan pintu taubat ditutup,

               
-----------------------
1- Rijal Al-Thusi:. hal 389 no 5741.
2- Rijal Al-Thusi:. hal 401 no 5877. 3- Rijal Al-Thusi:. hal 447 no 6351. 4- Rujuk Ghaibah Al-Thusi:. hal 366
5- Rijal Al-Thusi:. hal 447 no 6351.

Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...81

tidaklah bermanfaat iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau ia [belum] mengusahakan kebaikan dalam masa imannya, maka mereka orang-orang saat itu adalah makhluk Allah AWJ yang paling buruk dan merekalah yang akan mengalami hari kiamat. Akan tetapi aku ingin menambah keyakinanku sebagaimana Ibrahim (as) bertanya kepada Rabb-nya AWJ agar diperlihatkan kepadanya bagaimana menghidupkan orang-orang mati maka [Allah berfirman] Belum yakinkah kamu? Ibrahim menjawab “Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap”. Dan sungguh telah dikhabarkan kepadaku Abu ‘Ali Ahmad bin Ishaq dari Abi Al-Hasan (as), aku bertanya kepadanya, aku berkata “siapakah yang akan kuikuti atau dari siapa aku mengambil dan perkataan siapa yang harus aku terima”. Maka Beliau [Abu Al-Hasan] menjawab “Al-‘Amiri ia adalah kepercayaanku, maka apa yang ia berikan kepadamu dariku maka itu adalah pemberianku dan apa yang ia katakan kepadamu dariku maka itu adalah perkataanku, dengarlah dan taatlah sesuangguhnya ia seorang yang tsiqah Al-Ma’mun. Dan telah dikhabarkan kepadaku Abu ‘Ali bahawa ia bertanya kepada Abu Muhammad (as) perkara yang sama, maka Beliau [Abu Muhammad] berkata “Al-‘Amiri dan anaknya keduanya tsiqah, apa yang keduanya berikan kepadamu dariku maka itu adalah pemberianku dan apa yang keduanya katakan kepadamu dariku maka itu adalah perkataanku, dengarkanlah dan taatlah pada mereka berdua sesungguhnya keduanya tsiqah Al-Ma’mun. Inilah perkataan kedua Imam tentang dirimu. [Abdullah bin Ja’far Al Himyariy] berkata maka Abu ‘Amru bersujud dan menangis, kemudian berkata “tanyakanlah keperluanmu”. Maka aku berkata kepadanya “apakah engkau pernah melihat pengganti [imam] setelah Abi Muhammad [‘alaihis salam]?”. Ia menjawab “ya, demi Allah dan lehernya seperti ini [ia mengisyaratkan dengan tangannya]”. Aku berkata kepadanya “tinggal satu pertanyaan lagi”. Ia berkata “tanyakanlah”. Aku berkata “siapakah namanya”. Ia menjawab “haram atas kalian menanyakan hal itu, dan tidaklah perkataan ini berasal dariku, bukan diriku yang menyatakan halal atau haram, tetapi hal itu berasal dari beliau (as). Karena perkara ini di sisi sultan adalah Aba Muhammad wafat dan tidak meninggalkan anak, warisannya dibahagi dan diambil oleh orang-orang yang tidak memiliki hak terhadapnya, sedangkan ahli warisnya bertebaran dan tidak seorangpun berani untuk mengungkapkan diri kepada mereka atau mengambil kembali dari mereka, jika nama [tersebut] dimunculkan maka akan dilakukan pencarian, maka takutlah kepada Allah dan diamlah terhadap perkara ini.

Al-Kulaini [rahimahu Allah] berkata: Diberitahu kepadaku Syeikh dari sahabat kami, aku hindarkan namanya dari ditanya Aba ‘Amru dari Ahmad bin Ishaq seperti ini lalu dijawab seperti ini juga.[1]

Ketiga: Abu Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh Al-Naubakhti: Dia meninggal dunia pada bulan Sya’ban tahun tiga ratus dua puluh enam H, dan kuburannya masih diziarahi di Al-Nubukhtih, Darb, yang di dalam terdapat rumah Ali bin Ahmad Al-Naubakhti menghala ke bukit, Kawasan pasar Al-Shawarjah berhampiran Al-Rushafah, Baghdad. Al-Hussein bin Ruh Al-Naubakht menjadi safir selama kira-kira dua puluh satu tahun, dan meninggal dunia tahun 326 Hijrah. [2]

Disebut oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam kitab Al-Ghaibah bahawa dia adalah sebahagian daripada Safir-safir yang terpuji, lihat sumber yang ditunjukkan pada nota kaki.

------------------------
1- Al-Kafi: J 1 hal 329.
2- Lihat Riwayat hidupnya dalam Ghaibah Al-Syeikh Al-Thusi: hal 367 dan seterusnya.

Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...82

Al-Syed Al-Khoei berkata dalam Mu3jam Rijal Al-Hadits: Al-Hussein bin Ruh: Al-Nubukhtih Abu Al-Qasim: adalah salah seorang Safir (duta) dan Naib khas bagi Imam Kedua Belas (Semoga Allah mempercepat kelapangannya) dan yang terkenal kemuliaannya, besar petanannya dan lama urusannya. Diriwayatkan oleh Al-Syeikh Al-Thusi (quds sirhu) dalam kitab Al-Ghaibah menerangkan Safir-safir yang terpuji pada zaman Al-Ghaibah (keghaiban). Ketika menyebut Abi Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh dengan sanad dari Abi Nashr Hibah Allah bin Muhammad: bahawa Aba Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh (ra) meninggal dunia pada bulan Sya'ban tahun 326 H... [1]

Al-Syeikh Ali Al-Namazi Al-Syahrudi berkata dalam Mustadrakat 3ilm Rijal Al-Hadits: (Al-Hussein bin Ruh bin Abi Al-Bahr Al-Naubakhti Abu Al-Qasim (Salam Allah 3alaih): Adalah salah seorang daripada empat Naib dan yang ketiga dari mereka dalam masa Al-Ghaibah Al-Sughra (Keghaiban Kecil). Dia seorang Sheikh (guru) yang mulia, tsiqah, amanah, berjiwa besar dan berkedudukan mulia. dan sifat kemuliaannya dijadikan contoh. Kedudukannya dicadangkan oleh Abu Jafar Muhammad bin Utsman bin Sa’id dengan perintah Maulana Al-Mahdi (Shalawatu Allah 3alaih) ... [2]

Keempat: Ali bin Muhammad Al-Simari: bergelar Abi Al-Hasan, menjadi safir selepas kematian Abi Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh 326 H. Dia menunaikan kewajiban bersama teman-teman yang berada di atas  pada pertengahan bulan Sya'ban tahun 329 H, maka tempoh menjadi safir selama tiga tahun, dan makamnya boleh dikunjungi di kawasan pasar Saraya di Rushafah, Baghdad. [3]

Disebut oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam kitab Al-Ghaibah, bahawa dia adalah sebahagian daripada Safir-safir yang terpuji, lihat sumber yang ditunjukkan pada nota kaki.

Al-Syeikh Al-Namazi berkata: (Ali bin Muhammad Al-Simari: Naib Al-Hujjah Al-Muntadzar (Shalawatu Allah 3alaih) selepas Abi Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh (Semoga redha Allah Taala ke atas mereka berdua) digelar Abi Al-Hasan. Tsiqah dan kemuliaannya sangat mashur lagi sangat jelas menunjukkan kebaktian, sebagaimana terangnya matahari di tengah hari... [4]

Terputuslah (tamat) jawatan safir (naib/wakil) ini dengan kematian 'Ali bin Muhammad Al-Simari (rahimahu Allah). Maka bermulalah Al-Ghaibah Al-Taamah (Keghaiban Penuh).


-------------------------
1- Mu3jam Rijal Al-Hadits: J 6 hal 257 No 3406.
2- Mustadrakat 3ilm Rijal Al-Hadits: J 3 hal 129 - 128 no 4349.
3- Rujuk Ghaibah Al-Thusi:. hal 393 dan seterusnya.
4- Mustadrakat 3ilm Rijal Al-Hadits: J 5 hal 350 No 1049.



Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...83

Dalam tempoh mereka menjadi safir (naib/wakil) kepada Imam (as) mereka melihatnya, menyampaikan maklumat darinya dan mendapatkan banyak jawapan-jawapan [1]

Kesimpulan Dari Yang Dikemukakan


Selepas melihat apa yang dikemukakan di atas::

1- Nash Imam Al-Askari (as) atas kelahiran anaknya Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as),

2- Perakuan ulama silsilah Al-Sunnah mengenainya.

3- Kesaksian beberapa ulama dari Al-Sunnah Wal-Jama'ah atas kelahirannya dan nasabnya kepada Al-Askari (as)

4- kesaksian Hakimah dan yang lain atas kelahiran Imam Muhammad bin Hassan Al-Askari (as),

5- Adanya safir (naib/wakil) yang menyaksikan kehadirannya dan diterima daripadanya perintah-perintah, arahan, nasihat, panduan, risalah, jawapan dan bimbingan, doa-doa, selawat, hadits-hadits, riwayat-riwayat dan kata-kata yang terkenal.

6 - Kesaksian orang yang melihatnya di Al-Ghaibah Al-Kubra (Keghaiban Besar), dan mereka dihitung dalam ratusan, jika tidak dalam ribuan.

Bolehkah orang yang berakal mendustakan semua perkara yang dikemukakan di atas?

Sudah tentu, tidak wujud suatu kemungkaran melainkan adanya pertanyaan, bantahan dan penyelewengan yang bermasalah, dan bentuknya tidak membatalkan dalil (bukti), seperti yang dikemukakan.

Semua apa yang Ibn Taymiyah, katakan dengan kata-kata yang berlebihan tidak dapat diterima akal dan tidak membatalkan perkara yang dikemukakan di atas, walau bagaimana pun kami akan berikan jawapan lepadanya, Insya-Allah, dalam usaha untuk membersihkan kejahilan dan penipuan pada Syeikh Salafi ini.

----------------------
1- Ini juga termasuk orang-orang yang melihat dia dalam Al-Ghaibah Al-Sughra (keghaiban kecil), maka bolehkah orang waras mengatakan bahawa semua kisah safir (naib/wakil) adalah dusta?! Kemudian siapa yang melakukannya? Apakah faedah yang dikehendaki darinya? Dan bagaimanakah susunan dan tarikh yang tepat itu berlaku jika ianya dusta? Dan bagaimana kitab-kitab riwayat hidup menyebutnya?! Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh mereka yang menafikan kewujudan empat safir (naib/wakil) secara objektif dan saksama apa yang terletak pada fikirannya daripada syak wasangka dan tidak diterima akal.

Ada pun untuk menyatakan bahawa mereka tidak menyebutkannya dalam kitab masyarakat Al-Sunnah wal-Jama'ah, ini sangat rapuh dan lemah setelah kita tahu bahawa mereka tidak meriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as) dan mereka telah memisahkannya dari zaman pertama para khalifah Nabi (S) dan ‘itrah baginda, dan ini adalah amalan yang ditolak oleh mereka. dan di sini akan dikemukakan perbahasan untuk membuktikan siapa para khalifah Nabi (S) adakah mereka itu ‘itrah (keluarga) baginda atau yang lain dari mereka.

✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Isnin, 17 September 2018

2 Kesaksian Yang Melihatnya Selain Al-Saiyidah Hakimah:



Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...75

2 Kesaksian Yang Melihatnya Selain Al-Saiyidah Hakimah:

Diriwayatkan  Al-Syeikh Al-Shaduq dan beberapa orang lain mereka yang menjadi saksi melihat Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as). Berikut adalah beberapa riwayat mengenainya:

1. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ali Majiluyih, dan Ahmad bin Muhammad bin Yahya Al-‘Athar, (ra), beliau berkata: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-‘Athar, beliau berkata: Diberitahu pada kami Al-Hussein Bin Ali Al-Naisaburi, dari Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Musa bin Ja’far (as), dari Al-Saiyari, katanya: Diberitahu padaku Nasim dan Mariah, yang berkata :

Bahawa apabila Shohib Al-Zaman (as) keluar dari perut ibunya dan duduk atas kedua lututnya, dia mengangkatkan jari telunjuknya ke langit, kemudian bersin lalu berkata:

الحمد الله رب العالمين وصلى الله على محمد وآله، زعمت الظلمة أنّ حجة الله داحضة لو أذن لنا في الكلام لزال الشك.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, semoga Allah memberkati Muhammad dan keluarganya, Yang jahil menuduhku bahawa Hujah Allah batil, atau diizinkan kepada kami untuk bercakap mereka masih ragu-ragu..

Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah berkata: Diberitahu padaku Nasim, khadam Abu Muhammad (as), Dia berkata:

Shohib Al-Zaman (as)  berkata kepadaku setelah aku menemuinya selepas malam kelahirannya, kemudian aku bersin lalu dia berkata kepadaku: [يرحمك الله] - Semoga Allah merahmati kamu.


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...76

Nasim berkata: Aku gembira mendengarnya, dia (as) berkata kepadaku: Kerana itu bergembiralah pada orang bersin? Aku berkata: Ya [Wahai Tuan]. Lalu beliau berkata, Dia selamat dari kematian selama tiga hari. [1]

2. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ali Majiluyih (ra), katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-‘Athar, beliau berkata:

Diberitahu padaku Abu Ali Al-Khaizarani, dari Jariah, ia adalah hadiahnya kepada Abu Muhammad (as) apabila Ja’far Al-Kazzab (pendusta) menyerang ke rumah itu dia datang memisahkannya dari Ja’far. Lalu dia berkahwin dengannya. Abu Ali berkata: Maka diberitahu padaku bahawa dia menghadiri kelahiran Al-Syed (Al-Mahdi as), dan nama ibu Al-Syed adalah Shaqil, dan Abu Muhammad (as) memberitahunya dengan apa yang berlaku kepada keluarganya, saya meminta beliau untuk berdoa kepada Allah AWJ supaya hadiahnya diterimaNya, dia meninggal dunia semasa Abu Muhammad (as) masih hidup dan di kuburnya ada sebuah papan tanda yang bertulis ini makam Umm Muhammad.

Abu Ali berkata: Aku mendengar Jariah ini disebut bahawa ketika dilahirkan Al-Syed (as) aku melihat cahaya cemerlang beliau telah muncul daripadanya dan sampai ke kaki langit, dan aku melihat burung putih terbang dari langit dan sayapnya mengepak di atas kepala, wajahnya dan seluruh tubuhnya, dan kemudian terbang. Maka dikhabarkan Abu Muhammad (as) kepada kami mengenainya hingga dia ketawa, dan kemudian berkata: Malaikat-malaikat itu turun untuk memberkati kelahirannya dan membantunya keluar.[2]

3. Diberitahu pada kami Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil (ra), katanya: Diberitahu pada kami Abdullah bin Ja’far Al-Humairi, katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Ahmad Al-‘Alawi, dari Abu Ghanim Al-Khadam, berkata:

Anak Abu Muhammad (as) dilahirkan ia dinamakan Muhammad, Dia pertunjukkan kepada sahabat-sahabat pada hari ketiga, dan dia berkata: ini adalah Shohib kamu selepasku, dan penggantiku (Khalifahku) kepada kamu, dialah Al-Qaim yang membelenggu leher mereka pada menanti-nantinya, Apabila bumi dipenuhi dengan kebencian dan kezaliman dia datang memenuhinya dengan kesaksamaan dan keadilan. [3]

4. Ali bin Hassan bin Al-Faraj Al-Muazhzhin (ra) berkata: Diberitahu padaku Muhammad ibn Al-Hasan Al-Karkhi, beliau berkata: Aku mendengar Aba Harun, seorang dari sahabat kami berkata:.

(Aku melihat Shohib Al-Zaman (as) dan dia dilahirkan pada hari Jumaat tahun dua ratus lima puluh enam [4]

----------------------------------
1- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 430.
2- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431.
3- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431.
4- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431.


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani...77

5. Muhammad bin Ali Majiluyih (ra), berkata: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-‘Atar katanya: Diberitahu pada kami Al-Hussein Bin Ali Al-Naisaburi, katanya: Diberitahu pada kami Al-Hasan bin Al-Munzhir, dari Hamzah bin Abi Al-Fath, dia berkata:

Dia datang kepadaku pada suatu hari dan berkata kepadaku: Berita gembira, semalam dia dilahirkan di rumahnya, anak Abu Muhammad (as) dan dia merintahkan supaya menyembunyikannya. Aku bertanya: Apa namanya? Beliau berkata: Aku memanggil Muhammad dan berikan kun-yah (gelar)  dengan Ja'far. [1]

6. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ibrahim bin Ishaq (ra), katanya: Diberitahu pada kami Al-Hasan bin Ali bin Zakaria di Madinah Al-Salam, beliau berkata: Diberitahu pada kami Abu Abdullah Muhammad bin Khalilan, katanya: Diberitahu padaku oleh bapaku, dari bapanya, dari datuknya, dari Ghiyats bin Asid, beliau berkata:

Penggantinya Al-Mahdi (as) lahir pada hari Jumaat, dan ibunya Raihanah, dan ia dipanggil: Narjis, ada yang memanggil: Shaqil, dan ada yang memanggil: Susan, ia adalah untuk beberapa sebab kehamilan Shaqil melahirkan (as) pada lewat malam lapan Sya'ban tahun dua ratus lima puluh enam, dan wakilnya 'Utsman bin Sa’id, dan apabila 'Utsman mati diwasiatkan kepada anaknya, Abu Ja'far Muhammad bin 'Utsman, dan Abu Ja’far mewasiatkan kepada Abi Al-Qasim Al-Hussein bin Ruh, dan Abu Al-Qasim mewasiatkan kepada Abu Al-Hasan Ali bin Muhammad Al-Samari (Radhia Allahu 3anhum), Beliau berkata: Apabila Al-Samari menghampiri kematiannya diminta mewasiatkan, beliau berkata: Perintah Allah sudah sampai, Al-Ghaibah penuh (Kubra) berlaku selepas perginya Al-Samari (ra). [2].

7. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ibrahim bin Ishaq Al-Thalaqani (ra), katanya: Diberitahu pada kami Al-Hasan bin Ali bin Zakaria di Madinah Al-Salam, katanya: Diberitahu pada kami Abu Abdullah Muhammad bin Khalilan, katanya: Diberitahu padaku oleh bapaku, dari bapanya, dari datuknya, dari Ghiyats bin Asid, beliau berkata:

(Aku memberi kesaksian Muhammad bin 'Utsman Al-3umari (Qadasa Allah Ruhih) mengatakan: Apabila penggantinya Al-Mahdi (as) lahir, cahaya bersinar dari atas kepalanya muncul ke langit, kemudian dia bersungkur sujud mukanya kepada TuhanNya yang Maha Tinggi dan kemudian mengangkat kepalanya, lalu mengucapkan:

شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ * إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ

Allah bersaksi bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu yang menegakkan keadilan. Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. * Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam. 

Dia dilahirkan pada hari Jumaat. [3]

-------------------------------
1- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 432.
2- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 432.
3- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 433.


✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas