Ahad, 16 September 2018

Kedua: Kesaksian Mereka Yang Melihat Imam Mahdi as Dalam Al-Ghaibah Sughra





Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...64

Kedua: Kesaksian Mereka Yang Melihat Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as) Dalam Al-Ghaibah Sughra

Seseungguhnya ramai yang telah menyaksikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as) dan kepada pembaca disebutkan sebahagian dari mereka yang melihatnya.

1 - Kesaksian Al-Saiyidah Al-Fadhilah Hakimah binti Imam Al-Jawad (as):

Diriwayatkan oleh Al-Shaduq dalam Kamal Al-Din:

1. Diberitahu pada kami Muhammad bin Al-Hasan bin Al-Walid (ra), yang berkata: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-3athar yang berkata: Diberitahu pada kami Abu Abdullah Al-Hussein Bin Rizq Allah, katanya, Diberitahu padaku Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...65

Hamzah bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Abi Talib (as), beliau berkata, diberitahu padaku Hakimah binti Muhammad bin Ali bin Musa bin Jaafar bin Muhammad bin Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Abi Talib (as) yang berkata:

Abu Muhammad Al-Hasan bin Ali (as), bangkit lalu berkata: Wahai ibu saudaraku, Berbukalah malam [ini] bersama kami. Ia adalah malam pertengahan Bulan Sya’ban, Allah TWT akan menzahirkan Al-Hujjah malam ini dan dia adalah hujjahNya di bumiNya. Ibu saudaranya berkata, Aku berkata kepada beliau: Siapa ibunya? katanya: Narjis, Aku berkata kepadanya: Semoga Allah menjadikan aku tebusanmu, apa tanda-tanda padanya? Beliau berkata, apa yang aku akan katakan padamu ibu. Dia berkata: Aku akan datang. Maka apabila aku memberi salam dan aku duduk dan cenderung berselindung,  dan dia berkata kepadaku: Wahai Puan [Ketua keluarga] bagaimana keadaanmu? Aku berkata, tetapi engkaulah ketua dan ketua keluarga. Dia berkata menyanggah kata-kataku: Apalah Ya, ibu saudara ni. Aku berkata kepadanya: Wahai anakku, Allah Taala akan menganugerahkan kamu pada malam ini seorang anak sebagai Penghulu di dunia dan akhirat. Dia berkata: Mak Cik membuatku berasa tersangat malu. Apabila selesai sholat Isya’ dan selepas makan dan aku mengambil tilam lalu tidur, di tengah malam aku bangkit untuk bersholat dan setelah sholat aku dapati dia sedang tidur dan tiada apa yang berlaku dan kemudian aku mendekatnya, dan kemudian aku berbaring dan kemudian aku melihat dia resah dan masih tidur, dan kemudian aku bagun, sholat dan tidur semula..

Hakimah berkata:. Dan aku keluar untuk memeriksa fajar yang pertama seperti ekor binatang gembalaan, dia masih tidur lalu aku masuk dengan ragu-ragu, maka jelas padaku Abu Muhammad (as) sedang duduk lalu dia berkata: Janganlah gopoh-gapah wahai ibu saudaraku di sini ianya sudah dekat..

Dia berkata: Aku duduk dan membaca Alif Lam Mim Sajdah dan YaaSin, manakala aku juga perhatikan keresahannya lalu menguatkannya. Aku berkata kepadanya: nama Allah ada padamu, dan kemudian aku berkata kepada Narjis: Adakah kau merasa sesuatu? Beliau berkata: Ya, ibu saudaraku, aku berkata kepadanya: Kumpulkan (kekuatan) diri dan hatimu, itu yang kukatakan padamu, Narjis berkata: Aku terpaksa ambil masa. dan setelah tempoh berlalu aku melihat keadaan tuan (Abu Muhammad) membuka pakaiannya. Kudapati dirinya (as) sedang sujud mencium bumi dengan tempat sujudnya bersatu kepadaku. Kudapati dirinya bersih dan rapi, Abu Muhammad (as) berteriak padaku: Kemarilah kepada anakku wahai ibu saudaraku. Aku datang kepadanya dia meletakkan tangannya di bawah punggung dan belakangnya dan meletakkan kakinya di atas dadanya dan kemudian mengurai dan masukkan ke dalamnya lidahnya dan mengarahkan tangannya ke atas matanya, dan mendengarkan dia bunyi sendi jemarinya. Kemudian beliau (as) berkata: "Bercakaplah wahai anakku," Lalu anak itu mengucapkan:

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً رسول الله (ص)،

dan kemudian berselawat ke atas Amirul Mukminin dan imam-imam (as) sehingga dia berhenti pada bapanya,


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...66

Kemudian dia menahan diri. Kemudian Abu Muhammad (as) berkata: Ya, ibu saudaraku, bawalah pergi kepada ibunya dan serahkan kepadanya dan aku pun datang dan membawa kepadanya lalu dia menyambutnya dan mengulanginya dan meletakkannya di tempat duduk, kemudian dia berkata: Wahai ibu saudaraku, nanti pada hari ketujuh datanglah kepada kami.

Hakimah berkata: Apabila aku bangun di waktu pagi dan memberi salam kepada Muhammad (as) dan membuka tirai untuk memeriksa tuan kecil (as), aku tidak melihatnya. Lalu aku bertanya: Semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang dilakukan oleh tuan? Dan beliau berkata: Wahai ibu saudarku, kami telah menyimpannya, seperti yang telah dititipkan oleh ibu Musa terhadap Musa (as).

Hakimah berkata: Apabila sampai hari ketujuh aku datang dan aku beri salam dan duduk, lalu beliau berkata: Kemarilah kepada anakku. Aku datang mendekati tuan kecil (as), dia di dalam kain, dan beliau melakukannya seperti pertama kali dahulu, dan kemudian dia mengurai lidahnya dan masukkan ke dalamnya seolah-olah dia memberi makan kepada anak itu susu atau madu. Kemudian dia berkata: "Bercakaplah wahai anakku," Lalu anak mengucapkan:

أشهد أن لا إله إلا الله 
dan kemudian berselawat ke atas Muhammad dan ke atas Amitul Mukminin dan imam-imam suci (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in) sehingga dia berhenti pada bapanya (as), Kemudian dia membaca ayat ini:

﴿بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ * وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ* وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِيَ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُوا يَحْذَرُونَ 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.* Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), * dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu. [1]


Musa bin Muhammad berkata: Aku bertanya mengenai halangan pelayan mengenai perkara ini, beliau berkata: Benarlah Hakimah. [2].

2. Diberitahu pada kami Al-Hussein bin Ahmad bin Idris (ra), katanya: Diberitahu ayahku pada kami, katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Ismail, beliau berkata, Diberitahu padaku Muhammad bin Ibrahim Al-Kufi, katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Abdullah Al-Thahwi, yang berkata:

Yang dimaksudkan Hakimah binti Muhammad (as) selepas perginya Abu Muhammad (as) aku bertanya tentang Al-Hujjah yang membuat orang-orang berselisih kerana kekeliruan mengenainya. Hakimah berkata kepada aku, duduk lah lalu aku pun duduk, kemudian dia berkata: Wahai Muhammad, Allah TWT tidak pernah mengosongkan bumi daripada hujjah yang bercakap atau yang diam, dan tidak menjadikan keutamaan pada dua adik-beradik Al-Hasan dan Al-Hussein (as). Bagi Al-Hasan dan Al-Hussein dan melihat bagi mereka berdua secara adil untuk berada di bumi, melainkan Allah TWT mengkhusus anak-anak Al-Hussein lebih utama atas anak-anak Al-Hasan (as) sebagaimana dikhususkan anak-anak Harun atas anak-anak Musa (as) dan Musa adalah hujjah kepada Harun dan mengutamakan anak-anaknya hingga hari kiamat, dan tentulah umat menjadi keliru, ragu-ragu padanya orang-orang yang sesat dan selamat bagi orang-orang yang membenarkan

----------------------
1- Al-Qashash 28: 5-6
2- Kamal al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 432


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...67

Sehingga tidak ada alasan (hujjah) lagi bagi penciptaan kepada Allah, walaupun kekeliruan mesti terdapat selepas perginya Abu Muhammad Al-Hasan (as) .Aku berkata: Wahai puan, adakah Al-Hasan (as) mempunyai anak? Dia tersenyum kemudian berkata: Jika Al-Hasan (as) tidak mempunyai anak, siapakah Al-Hujjah selepas dia? Adakah telah diberitahu kepada engkau bahawa tidak ada Imamah bagi kedua-dua saudara selepas Al-Hasan dan Al-Hussein (as). Aku berkata, puan, diberitahu kepadaku akan kelahiran Maulaku dan keghaibannya (as).

Hakimah berkata: Ya, aku mempunyai seorang jariah yang dipanggilnya: Narjis. Anak saudaraku (Abu Muhammad) menziarahiku lalu berhadapan, merenung dan melihatnya. Aku berkata kepadanya, Ya tuan, mungkinlah peribadinya dihantar kepadamu? Dia berkata kepadanya: Tidak, Wahai ibu saudarku, tetapi aku mengaguminya. Aku berkata: Apa yang kau kagum [terhadapnya]? Dia (as) berkata: akan keluar darinya anak yang mulia pada Allah AWJ, Allah akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagai sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kebencian. Jadi aku berkata, "Maka dihantarkan dia kepada, tuan?" Beliau berkata: Bapaku (as) memintaku berbuat demikian. Aku berkata: "Aku memakai pakaianaku, dan aku datang ke rumah Abi Al-Hasan (as). Dan aku beri salam dan duduk dan dia (as) mula berkata kepadaku: Wahai Hakimah, dihantar padaku Narjis kepada anakku, Abi Muhammad. Katanya: Aku berkata: Wahai tuan, inikah tujuan tuan untuk meminta perkara demikian, dia berkata kepadaku: Wahai yang diberkati, bahawa Allah TWT suka untuk berkongsi ganjaran pada engkau dan menjadikan engkau sebahagian kebaikan darinya. Hakimah berkata: Aku tidak tunggu lagi untuk memohon pertolongan kepada Mutarli dan menyiapkan dan memberikannya kepada Abi Muhammad (as) dan aku temukan di antara keduanya pada Mutarli dan tinggal bersamaku selama beberapa hari, dan kemudian pergi kepada bapanya (3alaihima s-salam) dan dan dibawa bersama dengannya..

Kata Hakimah: Abu Al-Hasan (as) pergi dan Abu Muhammad (as) duduk di tempat bapanya dan aku menziarahinya sebagaimana aku menziarahi bapanya, Lalu Narjis datang kepadaku pada hari itu mengeluarkan sandalku, dia berkata: Wahai puan maulaku, terimalah sandalmu. Aku berkata, tetapi puan Maulaku dan Allah tidak menghindarimu keluarkan sandalku dan tidak untuk berkhidmat kepadaku, tetapi aku melayani kamu pada penglihatanku, lalu didengar oleh Abu Muhammad (as) yang demikian itu dan berkata: Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan, wahai ibu saudaraku. Maka aku duduk di sisinya hingga matahari terbenam maka betullah dengan jariah itu, dan aku mula berkata, terimalah pakaianku untuk pergi. Dia (as) berkata: "Tidak, ibu saudaraku, rumahku malam ini, akan mempunyai malam melahirkan kelahiran mulia di sisi Allah AWJ, Allah akan hidupkan bumiNya selepas ia mati. Aku bertanya, "Siapa wahai, tuan, dan aku tidak lihat pada Narjis sesuatu dari tanda-tanda kehamilan?" Beliau berkata: Narjis, tak ada dari orang lain. Dia berkata Maka aku pergi mengesahkan padanya, dan membelek dari belakang ke perutnya aku tidak melihat tanda-tanda hamil, Lalu aku kembali kepada beliau (as) dan memberitahunya apa yang aku lakukan. dia tersenyum dan kemudian berkata kepadaku: Pada waktu fajar nanti akan jelas padamu tanda-tanda kehamilan itu kerana ia seperti


Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...68



keadaan Ibu Musa (as) yang tidak memperlihatkan tanda-tanda kehamilan itu, dan tidak ada yang tahu sampai masa kelahirannya. Kerana Firaun membelah perut orang yang hamil dalam mencari Musa (as), dan ini adalah selari dengan Musa (as).

Hakimah berkata lagi: Aku datang kembali kepada Narjis memberitahunya apa yang beliau katakan dan bertanya kepadanya tentang keadaannya, dia berkata: Wahai puan, tidakkah puan melihat sesuatu ini, dia berkata Hakimah berkata: Sekarang masih belum waktu terbit fajar lagi, dan dia tidur di hadapanku tidak bergerak sambil mengiring, Sehingga berakhirlah malam waktu terbit fajar. Aku dapati dia resah lalu aku memeluknya kedadaku dan aku memanggilnya dan berteriak [kepada] Abu Muhammad (as). dan beliau berkata, bacakan padanya:
﴿إنا أنزلناه في ليلة القدر
Jadi aku membacanya dan berkata kepadanya: Bagaimana keadaanmu? Narjis berkata, Jelas [padaku] perkara yang diberitahu padamu oleh Tuan, aku membacanya seperti mana disuruh, bayi dalam kandungannya menjawab dan membaca seperti apa yang aku baca dan memberi salam padaku! Hakimah berkata: Aku resah apabila mendengarnya, Aku menjerit memanggil Abu Muhammad (as): Tidak hairanlah atas urusan Allah AWJ, bahawa Allah TWT memperlihatkan bayi berkata-kata dengan kita, dan menjadikan hujah kepada kita di bumiNya. Tidak akan selesai percakapan sehingga hilang Narjis dariku, Aku tidak melihat dia pada hal dia berada di hadapanku dan tiada lindungan, Jadi aku pergi kepada Abu Muhammad (as) sembil menangis, Beliau berkata kepadaku: Kemarilah wahai ibu saudaraku, engkau akan dapati dia berada ditempatnya. Dia berkata: Lalu aku kembali serta merta hingga terbukalah halangan (tutupan) itu antara aku dengannya, dan apabila aku bersamanya, dan padanya ada kesan cahaya, yang menyilaukan pengelihatanku, dan apabila aku bersama dengan anak itu (as) aku mencium mukanya, membungkuk ke lututnya, mengangkat jari telunjuknya, dan dia berkata:
أشهد أن لا إله إلا الله [وحده لا شريك له]، وأنّ جدي محمداً رسول الله، وأن أبي أمير المؤمنين
Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah [Esa tiada sekutu bagiNya, dan bahawa datukku Muhammad adalah utusan Allah, dan bahawa bapaku adalah Amirul Mukminin. Kemudian dia mengulangi seorang demi seorang imam sehingga sampai pada dirinya sendiri. Kemudian dia berkata: Ya Allah! Penuhilah untukku apa yang Kau janjikan padaku, dan sempurnakanlah urusanku dan kukuhkanlah jejak langkahku, dan penuhkan denganku bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Maku aku berteriak kepada Abu Muhammad (as), lalu beliau berkata: "wahai ibu saudaraku, serahkan dia kepadaku. Lalu aku serahkan dia kepadanya, dan apabila aku berdiri di hadapan bapanya, dan dia di tanganku untuk diserahkan kepada bapanya lalu Al-Hassan (as) menyambutnya dariku [dan burung berterbangan di atas kepalanya] dan menjulurkan lidahnya dan dia menghisapnya, Kemudian beliau berkata serahkan kepada ibunya untuk   disusukan dan nanti kembalikan padaku. dia berkata: Lalu diserahkan kepada ibunya dan disusukan, Kemudian dikembalikan kepada Abi Muhammad (as) dan burung berterbangan di atas kepalanya, menjerit pada burung lalu berkata padanya: Aku membawanya dan menjaganya. Dan memulangkannya kembali kepada kami setiap empat puluh hari. Burung itu memyerahkannya dan terbang di ruang angkasa langit dan diiringi oleh kawanan burung, dan aku mendengar Abu Muhammad (as) berkata: Ia disimpan Allah seperti Musa disimpan untuk ibu Musa. Narjis menangis, lalu dikatakan kepadanya: Janganlah menangis, Penyusuan susu ibu hanya dibenarkan dari susumu, dan akan dikembalikan kepadamu seperti dikembalikan Musa kepada ibunya, dan itulah kata-kata Allah AWJ::
﴿فَرَدَدْنَاهُ إِلَىٰ أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ﴾

 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...69
               
Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita. [1]

Hakimah berkata: Aku tanya: Burung apa ini? Beliau berkata: Ini adalah Roh Kudus yang mewakili para imam (as), mereka yang akan membantunya, menyampaikan, dan mengajar ilmu pengetahuan.
       
Hakimah berkata: Apabila beliau berumur empat puluh hari anak itu dikembalikan: dihadapkan kepada anak saudaraku (as) lalu beliau memanggilku, dan aku masuk menemuinya, apabila aku bersama anak itu, ia bergerak berjalan di hadapannya. Aku katakan, tuan, anak ini seperti dua tahun? Maka dia (as) tersenyum. Kemudian beliau berkata: Anak-anak para nabi dan para washi jika mereka imam-imam akan membesar lain daripada orang lain, dan anak-anak kami jika ia berumur sebulan adalah seperti berumur setahun, bahkan anak-anak kami berkata-kata di dalam rahim ibunya dan membaca Al-Quran, dan beribadah kepada Tuhan AWJ, [dan] apabila disusukan akan diiringi para malaikat turun padanya di waktu pagi dan petang.

Hakimah berkata: Aku masih melihat anak itu setiap empat puluh hari sehingga aku melihat dia sebagai seorang lelaki sebelum perginya Abu Muhammad (as) beberapa hari kemudian aku tidak mengenalinya. aku berkata kepada anak saudaraku (as): Siapakah dia yang memerintahkanku duduk di hadapannya? Beliau berkata kepadaku, Ini anak Narjis, dan dialah penggantiku (khalifahku) selepasku dan sedikit waktu kamu akan kehilanganku, maka dengarlah dan taatlah padanya. Hakimah berkata: Abu Muhammad (as) wafat beberapa hari kemudian, dan orang-orang terpecah-belah seperti yang kamu lihat. Demi Allah, aku melihatnya pada waktu pagi dan petang, dan dia memberitahu padaku mengenai apa yang kamu tanya mengenainya dan telah kukhabarkn pada kamu, Demi Allah, aku ingin bertanya kepadanya tentang sesuatu yang akan kumulakan melakukannya dan beliau menolak memberi jawapan kepadaku perkara itu lalu diberi jawapan kepadaku pada saatnya bukan dari masalahku. Beliau memberitahuku masa lalu bahawa kamu datang kepada aku dan menyuruhku supaya memberitahu kamu yang sebenarnya.

Muhammad bin Abdullah berkata: Demi Allah Hakimah telah memberitahu padaku perkara-perkara yang tidak dilihat oleh sesiapa melainkan Allah AWJ, aku tahu bahawa ia benar dan adil dari Allah AWJ; kerana Allah AWJ telah memberikan penjelasan mengenai apa yang tidak dilihat oleh seseorang daripada penciptaanNya [2]

3. Diriwayatkan Al-Kulaini: Muhammad bin Yahya,dari Al-Hussein Bin Rizq Allah Abu Abdullah, yang berkata: Diberitahu padaku Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Jaafar, yang berkata: Diberitahu padaku Hakimah binti Muhammad bin Ali, dan dia ibu saudara bapanya yang melihat pada malam kelahirannya dan kemudian daripada itu. [3]

-----------------------------
1- Al-Qashash 28:13
2- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 426
3- Al-Kafi: J 1 hal 33


 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...70

4. Al-Khara’ij: Diriwayatkan dari Hakimah, dia berkata

Aku masuk bertemu Abi Muhammad (as) selepas empat puluh hari Narjis bersalin. Maka Maulana Shohib Al-Zaman berjalan-jalan di dalam rumah dan dilihat bertutur dengan bahasa yang fasih. Abu Muhammad (as) tersenyum sambil berkata: Sesungguhnya Kami para imam dibesarkan dalam masa sehari sebagaimana orang lain membesar dalam masa setahun. Dia berkata: Kemudian aku bertanya kepada Aba Muhammad mengenainya. Lalu beliau berkata: dititipkan kepada kami seperti dititipkan kepada ibu Musa terhadap anaknya. [1]

Perlu Ambil Perhatian:

Kerap kali dikatakan bahawa Hakimah binti Imam Al-Jawad (as) tidak wujud dalam sejarah, walaupun kita mengakui ia wujud tetapi dia tidak tsiqah maka tidak boleh bergantung pada kenyataannya dan tidak boleh diterima kesaksiannya.

Jawapan atas perkara ini, saya katakan:

Pertama: Al-Saiyidah Hakimah muncul dalam banyak riwayat-riwayat dalam kitab-kitab Syiah sebelum dilahirkan Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as), dan dalam banyak tempat, dan meriwayatkan berbagai-bagai riwayat yang disampaikannya dalam karya-karya rujukan riwayat-riwayat (Ensiklopedia) dan dipanjangkan kepada kita dalam bentuk pemindahan yang sempurna dari riwayat-riwayat tersebut.

3uyun Al-Mu3jizah: Shafwan, dari Abu Nashr Al-Hamdani, dari Hakimah binti Abi Al-Hassan Al-Quraisyi, dia adalah seorang yang sholehah, dia berkata:

Apabila Abu Ja’far (as) ditangkap datang kepadaku Umm Kaltsum binti Al-Ma’mun atau Al-Fadhl binti Al-Ma’mun atau katanya:. Umm Isa binti Al-Ma’mun lalu aku menenangkannya kerana aku dapati dia sangat sedih, ... hingga akhir. [2]

Manaqib Ibn Syahraasyub: Shafwan bin Yahya berkata: Diberitahu padaku Abu Nashr Al-Hamdani, Ismail bin Mehran dan Hairan Al-Asbathi, dari Hakimah binti Abi Al-Hassan Al-Quraisyi, dari Hakimah binti Musa bin Abdullah, dari Hakimah binti Muhammad bin Ali bin Musa Al-Taqiy (as) dan yang menggiringu hadits. [3]

------------------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 51 hal 293
2- Bihar Al-Anwar: J 50 hal 98
3- Bihar Al-Anwar: J 50 hal 98

 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...71

Kedua: Ramai anak-anak Imam Al-Jawad (as).

Al-Thabarsi dalam I3lam Al-Wara berkata: (Di belakang - selepas - (Imam Muhammad bin Ali Al-Jawad (as)) ada anak lelakinya Imam Ali, Musa, dan anak-anak perempuannya Hakimah, Khadijah, dan Umm Kaltsum, dan berkata: di belakangnya ada Fatimah dan Umamah dua anak-anak perempuannya, tidak ada selepas  mereka yang lain. [1]

Hasan bin Muhammad bin Hasan Al-Qumi berkata: (anak-anak lelaki Al-Jawad (as):. Ali Al-Askari (as), dan Musa, ditemui puan-puan yang diredhai itu.di Qom, Khadijah, Hakimah, dan Umm Kulthum, dan ibu mereka Ummu Walad [2].

Kata Abu Jaafar Al-Tabari: (anak lelakinya [iaitu, Abi Jafar Muhammad bin Ali bin Musa (as)]: Abu Al-Hasan Ali bin Muhammad Al-Askari Al-Imam (as), dan Musa dan anak-anak perempuan:. Khadijah, Hakimah dan Ummu Kaltsum. [3]

Fakhr Al-Razi berkata: (Adapun Abu Jaafar Al-Taqiy (as), ia mempunyai tiga anak: Al-Imam Abu Al-Hassan Ali Al-Naqiy (as), Musa, dan Yahya, dan ada anak-anaknya di Qom iaitu anak-anak perempuan lima:. Fatimah, Behjat, pemilik riwayat, Barihah, Hakimah dan Khadijah tiada anak bagi anak-anak perempuan atau yang hidup. [4]

Ibn Syahraasyub berkata: (Telah berkata Ibn Babawaih rahimahu Allah: Dan anak-anaknya [iaitu Abi Jaafar II (as)] Ali Al-Imam (as), Musa, Hakimah, Khadijah, dan Umm Kaltsum. Dan Abu Abdullah Al-Haritsi berkata: "Di belakang [Abu Jaafar II (as) [hanya Fatimah, dan Umamah sahaja]. [5]

Berkata Al-Qunduzi Al-Hanafi: (dan anak-anaknya [iaitu Abu Ja’far II (as)] ada dua orang lelaki: Ali Al-Hadi (as), Musa Al-Mubarqa3, anak-anak Musa di Al-Ra dan Qom dan yang dekat dengan keduanya. Dan semua anak-anaknya Al-Hassan, Hakimah, Umamah dan Fatimah (ra). [6]

-------------------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 50 hal 13
2- Tarikh Qom: hal 201, dipetik dari Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal 43
3- Dalail Al-Imamah:  397 dipetik dari Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal 43
4- Al-Syajarah Al-Mubarakah: hal 78
5- Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal 44
6- Yanabi3 Al-Mawaddah: J 3 hal 169 dipetik dari Mausu3ah Al-Imam Al-Jawad (as): J 1 hal 45

 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...72

Selepas ini jika datang kepada kita kitab-kitab riwayat hidup maka kita dapati mereka membuktikan bahawa Hakimah adalah dari anak-anak Imam Al-Jawad (as) dan juga jika tidak ia hanyalah membawa memfitnah.
       
Al-Ardabili dalam Jami3 Al-Ru’ah berkata: Hakimah adalah anak perempuan Muhammad bin Ali (as) yang diriwayatkan oleh Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja’far, dia berkata dia, diberitahu padaku Hakimah adalah anak perempuan Muhammad bin Ali (as), ibu saudara bapanya dalam... (dalam) ... dalam bab nama-nama mereka yang melihat dia (as), Hakimah binti Musa, diriwayatkan oleh Muhammad bin Hajarasy darinya, dia (Hakimah) berkata: Aku melihat Al-Redha (as) di pintu, bahawa jin datang kepada mereka dan bertanya kepada mereka. [1].

Al-Syed Bahr Al-Ulum berkata dalam Al-Fawa’id Al-Rijaliyah: (Hakimah binti Al-Imam Abi Ja’far II (as) adalah nama ibu saudara ayahnya, Hakimah binti Abi Al-Hassan Musa bin Jafar (as), yang hadir pada kelahiran Al-Qaim Al-Hujjah (as) sebagaimana hadirinya Hakimah ibu saudaranya pada kelahiran Abi Ja’far Muhammad bin Ali Al-Jawad (as). Hakimah dengan huruf Kaf di tempatnya. bagi (Halimah dengan huruf Lam) adalah yang diselewengkan orang awam. Al-Sarwiy berkata dalam (Al-Manaqib): Hakimah binti Abi Al-Hassan Musa bin Jafar (as) berkata: Apabila aku menghadiri kelahiran (Al-Khairazan) atau Abu Jafar (as). Al-Redha (as) menjemputku, katanya kepadaku: Wahai Hakimah, marilah iringkan kelahiran anaknya, akupun masuk menuju kepadanya dan membidankan kelahiran di rumah itu. Dan kami meletakkan lampu dan menutup pintu, dan apabila dia merasa sakit waktu hendak bersalin tiba-tiba lampu mati, dan di hadapannya ada basin, aku sedih dengan matinya lampu itu sementara kami dalam keadaan demikian ketika tiba-tiba Abu Jafar (as) berada di dalam basin itu, dan ketika itu padanya ada sesuatu yang tipis seperti bentuk pakaian bersinar cahayanya menerangi rumah. Maka kami dapat melihatnya lalu aku membawanya dan meletakkannya pada batu dan melucutkan selaput tipis itu darinya. Kemudian datang Al-Redha (as) telah membuka pintu dan kami telah membawanya atas perintahnya, dan memasukkannya ke dalam buaian, dan beliau berkata kepadaku, Ya Hakimah, biarkan di buaiannya. Hakimah berkata: Apabila berada pada hari ketiga, dia mengangkat pandangannya ke langit dan kemudian memandang ke kanan dan kirinya, kemudian berkata:
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمداً رسول الله.  
Maka aku bangun terkejut, dan mendapatkan Aba Al-Hasan (as). Aku berkata kepadanya, aku mendengar suara yang ajaib dari anak ini, dan dia berkata: Apakah dia? Aku memberitahu beliau ceritanya, beliau berkata: Wahai Hakimah, kau boleh lihat mukjizatnya lebih banyak lagi.

Al-‘Alamah Al-Majlisi (rahimahu Allah) berkata dalam Mizar Al-Bihar: bahawa dalam kubah yang mulia iaitu kubah kuburan orang-orang Al-Askari (as) yang keturunannya adalah keturunan yang terkemuka, yang mulia, yang berilmu, yang utama, yang bertaqwa lagi yang diredhai: iaitu Hakimah binti Abi Jaafar Al-Jawad (as), Aku tidak tahu mengapa mereka tidak menziarahinya kerana jelas keutamaannya dan keagungan, dan sesungguhnya dia

------------------------------
1 – Jami3 Al-Ruwah: J 2 hal 457

 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...73

Adalah mengutamakan Imam-imam (as) dan menyimpan rahsia-rahsia mereka, dan ibu Al-Qaim (as) di sisinya, dan dia turut hadir ketika kelahirannya, dan dia melihatnya setiap saat dalam kehidupan Abu Muhammad Al-Askari (as), dan merupakan salah seorang dari safir-safir (wakil) dan pintu-pintu selepas kematiannya: Maka seharusnya menziarahinya mendapat ganjaran dari Allah pada lidah yang layak dengan kebaikannya dan kedudukannya. Semoga Allah memberi taufik. Ucapannya berakhir dengan kehormatan kedudukannya.
       
Saya katakan, tidak dijadikan tempat untuk ziarah (radhiy Allah 3anha) yang sangat menakjubkan seperti yang ditunjukkan oleh bapa saudara Al-Mufadhdhal, dan banyak kekajaiban yang tidak ditunjukkan seperti lata Al-Mufid dalam membimbing yang lain dalam kitab-kitab sejarah dan perjalanan dan nasabnya pada anak-anak Al-Jawad (as), yang termasuk sebahagian daripada anak-anak perempuan (as) pada orang lain.

Al-Mufid (rahimahu Allah) berkata: Pengganti Abu Jaafar Al-Jawad (as) dari anaknya Ali Al-Imam selepasnya adalah Musa, Fatimah, dan Umamah tidak ada anak lelaki selain dari yang kami namakan.

Al-Thabarsi dalam (I3lam Al-Wara) berkata: Pengganti dari anaknya Ali Al-Imam, Musa, dan anak-anak perempuannya: Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum. Dan dikatakan berada di belakang adalah dua orang anak perempuannya Fatimah dan Umamah, dan tiada yang lain di belakang mereka.

Berkata Al-Sarwiy dalam (Al-Manaqib): anak-anaknya: Ali Al-Imam, Musa, Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum. Katanya, berkata Abu Abdullah Al-Haritsiy: yang di belakang hanya Fatimah dan Umamah sahaja. [1].

Al-Syed Al-Khoei berkata dalam Mu3jam Rijal Al-Hadits: (15662 Hakimah anak Muhammad bin Ali (as): Diriwayatkan oleh Muhammad bin Ya’kub dengan sanad, dari Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja’far (as), katanya: (diberitahu padaku Hakimah, anak perempuan Muhammad bin Ali (as), dia adalah ibu saudara kepada bapanya (Shohib Al-Zaman) salamu Allah 3alaih: bahawa dia melihat malam kelahirannya dan selepas itu. Al-Kafi: J 1, Bab 77 nama-nama orang yang melihatnya (as), Al-Hadits 3. Menurut Al-Syeikh Al-Shaduq (rahsia suci) kisah kelahiran Al-Hujjah salamu Allah 3alaih. dan ia adalah Hakimah, yang mengambil alih urusan ibu Narjis melahirkan Imam (as), Kamal Al-Din: J 2, Bab 42 yang meriwayatkan kelahiran Al-Qaim (as), Al-Hadits.[2].

Al-Syeikh Al-Tustari berkata: (Hakimah binti Abi Ja’far II (as), katanya dalam Mizar Al-Bihar: Bahawa dalam kubah Al-Askari (as) ada kuburan keturunannyadan Aku tidak tahu mengapa mereka tidak menziarahinya kerana jelas keutamaannya pada mereka (as),

----------------------
1. Al-Fawa’id Al-Rijaliyah: J 2. hal 315
2 - Mu3jam Rijal Al-Hadits: J 24. Hal 214

 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...74


Dan ibu Al-Qaim (as) di sisinya dan dia hadir semasa melahirkan, dan dia melihatnya setiap saat dalam kehidupan Al-Askari (as).

Al-Wahid berkata: dan banyak kekaguman yang tidak ditunjukkan seperti Al-Mufid dan yang lain dedahkan pada anak-anak Al-Jawad (as). Al-Mufid berkata: Pengganti Al-Jawad (as) anaknya Ali (as), Musa, Fatimah dan Umamah.

Al-Thabarsi berkata: Delakang dari anak-anak lelaki: Ali dan Musa, dan anak-anak perempuan Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum..

Abu Abdullah Al-Ghadh’iri dan Al-Ha’iri berkata: " yang di belakang hanya Fatimah dan Umamah sahaja.

Saya katakan: Al-Mushnaf memetik kata-kata Al-Thabarsi seperti Al-Mufid yang tidak menyebutkan Hakimah sebagai anak-anak Al-Jawad (as) sewaktu apa yang disebut dalam petikannya, dan mungkin dia mengenepikannya. Seperti yang dikatakannya: Abu Abdullah Al-Ghadh’iri dan Al-Ha’iri berkata: di belakang hanya ada Fatimah dan Umamah sahaja. Juga menyeleweng, dan nampaknya pada asalnya: Abu Abdullah Al-Haritsi: di belakang hanya ada Fatimah dan Umamah sahaja. Bahawa ia adalah kata-kata Al-Thabarsi, maka kata-kata dia sendiri adalah: bahawa anak-anak perempuannya (as): Hakimah, Khadijah dan Umm Kaltsum, dan memetik dari Al-Mufid bahawa dia berkata anak perempuannya: Fatimah dan Umamah sahaja.

Dan bagaimana ia adalah: Al-Thabarsi dan Al-Manaqib menyebut dan meriwayatkan pembuktian-pembuktian Al-Mas'udi, Al-Akmal Al-Shaduq dan Al-Ghaibah oleh Al-Syeikh mengenai kelahiran Al-Hujjah (as), Al-Kafi meriwayatkan: nama-nama yang melihat dia (as) dari Musa bin Muhammad bin Al-Qasim bin Hamzah bin Al-Kadzim (as) dari Hakimah seorang anak perempuan Al-Taqiy, ibu saudara bapanya bahawa dia melihat beliau pada malam kelahirannya dan selepasnya. [1]

Adapun untuk mengatakan dia tidak tsiqah tetapi telah dikemukan bahawa dia dari perempuan yang sholehah, seperti mana diriwayatkan dalam 3uyun Al-Mu3jizah sebelum ini, ini adalah tambahan kepada ulama ilmu Rijal yang tidak menyatakan dia tidak tsiqah seperti yang dikemukakan, tetapi mereka jelas menunjukkan dia tsiqah.

Kata Al-Syeikh Al-Majlisi (maka ketahui bahawa dalam kubah yang mulia iaitu kubah kuburan keturunannya adalah keturunan yang terkemuka, yang mulia, yang berilmu, yang utama, yang bertaqwa lagi yang diredhai: iaitu Hakimah binti Abi Jaafar Al-Jawad (as), Aku tidak tahu mengapa mereka tidak menziarahinya kerana jelas keutamaannya dan keagungannya, dan sesungguhnya dia mengutamakan Imam-imam (as) dan menyimpan rahsia-rahsia mereka, dan ibu Al-Qaim (as) di sisinya, dan dia turut hadir ketika kelahirannya, dan dia melihatnya setiap saat dalam

---------------------
1 - Qamus Al-Rijal: J 12 hal 238


 Menghentikan Tohmahan Bin Taimiyah Al-Harrani ...75


kehidupan Abu Muhammad Al-Askari (as), dan merupakan salah seorang dari safir-safir (wakil) dan pintu-pintu selepas kematiannya: Maka seharusnya menziarahinya mendapat ganjaran dari Allah pada lidah yang layak dengan kebaikannya dan kedudukannya. Semoga Allah memberi taufik. [1]

Jika kita berhujah dengan orang-orang yang mengatakan bahawa dia tidak tsiqah, Ia juga tidak menjejaskan hasil yang kita inginkan iaitu untuk membuktikan kelahiran Imam Mahdi (as) kerana ia telah mengemukakan bahawa khabar-khabar tentang kelahirannya adalah mutawatir. Dan khabar yang mutawatir tidak bergantung pada hujah tsiqah perawinya, tetapi tidak adil dan ia adalah perbuatan jahat mereka seperti yang telah dikemukakan oleh Al-Albani dan mereka yang lain yang ahli dengan cara ini. Maka hujah mutawatir adalah pada mutawatir teks perkhabaran atau kandungannya, seperti mana mutawatir pada lafaz dan makna.

Oleh itu, pendapat tidak ada bukti kelahiran Imam Mahdi (as) dengan alasan bahawa tidak wujud Al-Saiyidah Hakimah yang Sholehah atau dia tidak tsiqah bertentangan dengan peraturan yang mereka gunakan dalam menerima khabar mutawaatir.

﴿وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ﴾

Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan. [2].

--------------------
1- Bihar Al-Anwar: J 99 hal 79
2- Al-Naml 27:14

✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Jumaat, 7 September 2018

Pertama: Kesaksian Bapanya Atas Kelahirannya Dan Teksnya [1]



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...62
               
Pertama: Kesaksian Bapanya Atas Kelahirannya Dan Teksnya [1]

Dan kami akan bawakan mengenainya hanya beberapa riwayat untuk mengelakkan ianya terlalu  panjang, dan sesiapa yang mahukan maklumat tambahan bolehlah merujuk kitab Al-Kafi, Kamal Al-Din, Al-Ghaibah oleh Al-Thusi, Al-Ghaibah oleh Al-Nu3mani, Kifayah Al-Atsar dan lain-lain.

1. Ali bin Muhammad, [2] Dari Muhammad bin Ali bin Bilal, dia berkata

Datang kepadaku Abi Muhammad dua tahun sebelum pergi dikhabarkan kepadaku pengganti selepasnya, dan kemudian datang kepadaku tiga hari sebelum dia pergi, dikhabarkan kepadaku pengganti selepasnya. [3]

2. Muhammad bin Yahya dari Ahmad bin Ishaq dari Abu Hasyim Al-Ja'fari yang berkata: 

Aku berkata kepada Abu Muhammad (as): Kemuliaanmu menghalangku mengajukan pertanyaan kepadamu. Bolehkah aku bertanya kepadamu? Tanyalah, lalu aku bertanya: Tuan, adakah tuan mempunyai anak? Ya, jawabnya. Jika terjadi sesuatu pada dirimu, ke mana aku bertanya mengenainya? Di Madinah (bandar), jawabnya.[4]

3. Ali bin Muhammad, dari Jaafar bin Muhammad Al-Kufi, dari Jaafar bin Muhammad Al-Makfuf, dari Amr Al-Ahwazi, yang berkata:

Abu Muhammad memperlihatkan kepadaku anaknya dan berkata:. Ini adalah Shohib kamu selepasku. [5]

4. Ali bin Muhammad, dari Hamdan Al-Qulansi yang berkata:

Aku berkata kepada ‘Amri: Adakah Abu Muhammad telah pergi? Lalu dia berkata kepadaku: dia telah pergi, tetapi ada pengganti untukmu dari lehernya yang mewakilinya, dan dia mengisyaratkan dengan tangannya [6]

---------------------------
1- Saya ingin sampaikan di sini apa yang dikatakan oleh Al-Syeikh Al-Thusi dalam Al-Ghaibah: hal 229, beliau berkata: Fasal: Memgatakan kelahiran Shohib Al-Zaman dan kesahihannya. sama ada perkara-perkara hukum syara’ dan perkara-perkara khabar. Adapun hukum syara’ adalah bahawa jika terbukti imamahnya dengan dalil kami pada bahagian-bahagiannya, dan merosakkan setiap bahagian kecuali pernyataan imamahnya mengesahkan imamahnya dan memaklumkan kepada kita tentang kesahihan kelahirannya. jika tidak ada berita yang telah disertakan. Dan juga apa yang telah kami tunjukkan bahawa imam dua belas terbukti sahih kelahirannya, kerana bilangan tidak akan ada kecuali ia wujud. Dan kami telah menunjukkan bahawa Shohib Al-Amr mesti mempunyai dua keghaiban untuk mengesahkannya, kerana semua ini berdasarkan kesahihan kelahirannya. Untuk mensahihkan kelahirannya dari sudut khabar kita akan sebut di dalam kitab ini yang merupakan suatu pihak dari beberapa riwayat mengikut perinciannya, dan kemudian kita mengingat beberapa khabar dari yang dlihat dan disaksikannya, kerana apa yang ditemukan dalam makna riwayat ini memanjangkan isi kitab.
2 - Ali bin Muhammad adalah Ali bin Muhammad Al-Kulaini yang tsiqah. Al-Kulaini adalah dianggap tsiqah dalam Islam dan dia mempunyai kitab mengenai kelahiran Imam Mahdi (as). Dan juga kemahuan yang kuat oleh penulis Muhammad bin Ali bin Al-Bandar. Kedua-duanya tsiqah dan tidak memudaratkan urusan itu di antara dua peribadi yang tsiqah. Ali bin Bilal terkenal tsiqahnya di kalangan petawi.
3- Al-Kafi: 1, halaman 328
4- Al-Kafi: 1, halaman 328
5- Al-Kafi: 1, halaman 328
6- Al-Kafi: 1, halaman 328


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...63

5. Al-Hussein bin Muhammad Al-Ashari, dari Mu3alla bin Muhammad, dari Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, dia berkata

Dikeluarkan dari Abu Muhammad (as) ketika Al-Zubairi laknahu Allah dibunuh [1]: ini adalah hukuman pada mereka yang berani menentang Allah terhadap para waliNya,  mendakwa bahawa dia akan membunuhku dan mengatakan aku tidak mempunyai anak. bagaimana dia melihat Kuasa Allah di dalamnya. Dan seorang anak dilahirkan kepadanya bernama (MuHaMmaD) (م ح م د)  pada tahun dua ratus lima puluh enam.[2]

6. Ali bin Muhammad, dari Al-Hussein dan Muhammad Ibn Ali bin Ibrahim, dari Muhammad bin Ali bin Abdul Rahman Al-Abdi dari Abd Qais, dari Dhu’ bin Ali Al-3ajali, dari seorang lelaki dari bangsa Farsi dia dipanggil dan berkata:

Aku pergi ke Samarra dan mendatangi pintu Abu Muhammad (as) lalu dia memanggilku. Maka aku masuk dan memberi salam. Kemudian dia berkata: “Apa yang mendorongmu datang ke sini? Katanya lagi: Aku berkata: keinginan untuk berkhidmat padamu, Katanya: Dia berkata kepadaku: duduklah di pintu, Dia berkata: Aku berada di rumah dengan khadam-khadam, Kemudian aku mendatangi mereka untuk membeli keperluan di pasar dan aku masuk ke tempat mereka tanpa izin jika ada lelaki di dalam rumah. Beliau berkata: Engkau masuk suatu hari dan dia berada di rumah lelaki dan aku mendengar pergerakan di rumah, lalu dia berkata: Tempatmu tidak berubah. Aku tidak berani masuk dan keluar, lalu datang seorang jariyah bersamanya diselubungi sesuatu, dan kemudian memanggilku supaya masuk, lalu aku masuk dan dia memanggil jariyah itu kembali kepadanya, dan dia berkata kepada jariyah itu: Bukakan apa yang ada padamu. Dan aku melihat kanak-kanak yang putih dan baik parasnya dan terdedahkan perutnya. rambutnya yang semakin tumbuh, dari bahagian atas dadanya dilindungi warna hijau bukan hitam, Dia berkata: Ini Shohib kamu. Kemudian dia memerintahkan jariyah itu membawanya. Maka aku tidak lagi melihatnya selepas itu sehingga Abu Muhammad (as) pergi (meninggal dunia). [3]

7. Diberitahu pada kami Muhammad bin Ali Maajilwaih dan Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil, Ahmad bin Muhammad ibn Yahya Al-3athar (ra), mereka berkata: Diberitahu pada kami Muhammad bin Yahya Al-3athar, katanya: Diberitahu padaku Ishak bin Riyah Al-Bashri, dari Abu Ja’far Al-3amri, beliau berkata :

Apabila dilahirkan Al-Syed (as) telah berkata Abu Muhammad (as): Kirimkan kepada Abi Amru. Lalu dihantar kepadanya dan dia datang dan dikatakan kepadanya: belilah sepuluh ribu paun roti dan sepuluh ribu pound daging dan bahagi-bahagikan perkiraannya. dia berkata:. Bani Hashim tersentuh dengannya dengan bahagian-bahagian kambing [4]


------------------------
1- Al-Zubairi ia adalah gelaran sebahagian nama-nama buruk (celaka) yang anak Al-Zubair pada zamannya (as) Allah memberi peringatan dan membunuhnya di tangan Khalifah atau yang lain, sebahagian dari mereka salah baca, mereka membaca dengan baris atas huruf Zai dan dan huruf Ba’ berbaris bawah menjadi Al-Zabir (الزَبِير) dengan makna licik atau bencana, gelaran untuk Al-Muhtadi Al-Abbasi, kerana membunuh wali-wali.
2- Al-Kafi: 1, hal 328, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 329
3. Al-Kafi: 1, hal 328
4 - Kamal Al-Din wa Tamam al-Ni3mah: hal Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 431


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...64

8. Diberitahu pada kami Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil ra, katanya, diberitahu padaku Abdullah bin Jaafar Al-Humairi, katanya, diberitahu padaku Muhammad bin Ibrahim Al-Kufi:

Jika Abu Muhammad (as) mengutus beberapa nama padaku - ada domba untuk disembelih, dan berkata: Ini adalah dari Aqiqah anakku Muhammad. [1].
                              
9. Diberitahu pada kami Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil ra, katanya: Diberitahu pada kami Abdullah bin Jaafar Al-Humairi, katanya: Diberitahu pada kami Muhammad bin Ahmad Al-Alawi, dari Abu Ghanam Al-Khadam, katanya:

Dilahirkan anak Abu Muhammad (as) lalu diberi nama Muhammad, lalu dipertunjukan kepada para sahabatnya pada hari ketiga, dan beliau berkata: ini adalah shohib kamu selepasku, dan penggantiku kepada kamu, dia adalah Al-Qaim, yang membelenggu leher mereka kerana menunggu, jika bumi dipenuhi dengan kebencian dan kezaliman dia akan keluar untuk memenuhinya dengan kesaksamaan dan keadilan. [2].

10. Diberitahu pada kami Abu Al-Abbas Ahmad bin Al-Hussein bin Abdullah bin Mehran Al-Abi Al-Azdi Al-3urudhi di Maru, katanya: Diberitahu pada kami Ahmad bin Al-Hassan bin Ishaq Al-Qumi, katanya:

Apabila dilahirkan Al- Khalaf Al-Sholeh (as), diriwayatkan dari Maulana Abi Muhammad Al-Hasan bin Ali [as] menulis kepada datukku Ahmad bin Ishaq dengan tulisan tangannya (as) sendiri, yang telah diberikan tandatangan di atasnya, Seorang anak dilahirkan kepada kami maka ia menjadi rahsia dari orang ramai dan tidak diperlihatkan, Aku sendiri tidak melihatnya melainkan yang paling dekat dengan saudara-maranya dan aku berwalikan wilayahnya, kita lebih suka diberitahu apa yang dirahsiakan oleh Allah, Seperti itulah yang kami rahsiakan, dan salam kedamaian [3].

✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas




Rabu, 5 September 2018

Bagaimana Mengesahkan Kelahiran Kepada Orang-orang Berakal (Bijak)




Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani…60

Bagaimana Mengesahkan Kelahiran Kepada Orang-orang Berakal (Bijak)

Satu soalan yang penting untuk diketahui jawapannya, iaitu Bagaimana membuktikan kelahiran seseorang?

Tidak syak lagi bagi orang-orang yang bijak mereka mempunyai cara untuk membuktikan kelahiran peribadi tertentu mengikut keadaan biasa, dan mengatakan keadaan biasa yang terjadi kepada sebahagian mereka yang lahir ke dunia bukan pada waktu keadaan kedatangannya seperti yang berlaku pada kelahiran nabi Allah Musa (as). Ia sesuatu yang tidak munasabah, kerana Firaun telah begitu ramai membunuh kanak-kanak untuk mencapai pembunuhan Musa (as). Adalah terbukti kelahiran Musa tidak di depan orang-orang awam, tetapi kelahirannya berlaku secara tersembunyi sebagaimana yang dikehendaki oleh Dia Yang Maha Suci.

Walaupun terdapat persamaan yang besar di antara Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) dan Musa (as) dari segi penyembunyian kelahiran dan merahasiakannya sebagaimana akan diterangkan, Insya-Allah, Walau bagaimanapun, kita tidak ambil kira mengenainya, maka jika kita bincangkan dengan adil dan saksama sepenuhnya dan dengan cara-cara yang bersesuaian dengan orang-orang yang bijak, bolehkah kita membuktikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as) atau tidak? Itu yang kita mahu tunjukkan.

Pada kebiasaanya orang-orang yang bijak hari ini menggunakan semua jalan untuk membuktikan kelahiran seseorang. Maka bagaimanakah orang-orang yang bijak membuktikan kelahiran seseorang?

Jawapannya: Sekurang-kurangnya terdapat dua cara:

1 - Sijil bapa atau ibu yang terlibat dengan kelahiran anak mereka.

2- Sijil kebidanan yang menuliskan perjalanan semasa bersalin;.

Melaluinya orang-orang yang bijak hari ini membuktikan kelahiran seseorang, Ya, hari ini, ada hospital-hospital dan lain-lain, bukti-bukti dan rekod-rekod bertulis, tetapi yang mektamad adalah sijil kelahiran ibu bapa bagi anak yang baru dilahirkan

Jadi bagaimana untuk memastikannya dengan cara yang lain?

Sejarah telah menunjukkan beberapa perkara selain dua cara tersebut:


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani…61


1 - Empat naib (wakil) yang menjalankan tanggungjawab kepada beliau (as) dalam tempoh Ghaibah Sughra (keghaiban kecil) yang menyatakan tarikh tertentu. Naib-naib (wakil-wakil) itu melihatnya dan menyampaikan kata-kata dan jawapannya kepada masyarakatnya. Mereka menghantar soalan kepadanya dan mengembalikan semula jawapan darinya, dan perkara-perkara yang lain.

2 - Saya telah nyatakan dakwaan-dakwaan (doa-doa) dan hadits-hadits yang diriwayatkan mengenainya, dan kata-kata yang hanya boleh datang dari peribadi yang bijak.

3 - Surat-menyuratnya oleh Al-Syeikh Al-Mufid rahimahu Allah.

4 - Ahli silsilah dan yang lain-lain yang yang mengisytiharkan kelahirannya.

5  - Dia dilihat oleh beratus-ratus, malah ribuan orang semasa Ghaibah Al-Kubra (keghaiban besar).

Kenyataan ahli silsilah telah dikemukakan, dan mereka yang melihatnya semasa Ghaibah (keghaibannya) adalah mencukupi untuk semakan yang adil dari Kitab Al-Najm Al-Tsaqib oleh Al-Mirza Al-Nuri yang telah menuliskan seratus kisah yang kesemuanya menyaksikan hakikat bahawa orang-orang yang melihat Imam Al- Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as). Jadi kami anjurkan para pembaca menyemak apa yang dikemukakan dan pada Kitab Al-Najm Al-Tsaqib dan lain-lain..

Dan juga diriwayatkan oleh para perawi dari beliau (as) doa-doa, hadits-hadits dan surat-menyurat Al-Syeikh Al-Syeikh Al-Mufid dan jawapannya mengenai masalah ilmiah dan masalah yang berlaku untuk dijawabnya dari apa yang ditulis oleh Ahmad bin Ishaq, dan Ishak bin Yakub, yang saya tinggalkan untuk mengelakkan dari ianya terlalu panjang. dan untuk pembaca mengetahuinya bolehlah merujuk ensiklopedia riwayat dan kitab-kitab doa itu.

Selepas ini, akan diberikan penerangan terperinci mengenai perkara di atas:


✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Selasa, 4 September 2018

Kedua: Mereka yang mengatakan ada kelahiran Imam Mahdi (as) dari Ahli Sunnah: (Bahagian 2)




Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani56

Kedua: Mereka yang mengatakan ada kelahiran Imam Mahdi (as) dari Ahli Sunnah:

(Bahagian 2)

12. Kamal Al-Din Muhammad bin Tاalha Al-Syami Al-Syafi'ei berkata:

(Bab Kedua Belas Abu Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Al-Khalish, bin Ali Al-Mutawakkil, bin Muhammad Al-Qani3, Bin Ali Al-Ridha, bin Musa Al-Kadzim, bin Jafar Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, Bin Ali Zain Al-Abidin, Bin Al-Hussein Al-Zaki, bin Ali Al-Murtada bin Abi Talib, Al-Mahdi Al-Hujjah Al-Khalaf Al-Sholeh Al-Muntadzar (3alaihim Salam Wa Rahmatu Allah Wa Barakatuh) ... Telah menikmati tugas nubuwah sebagai sayap-sayap bahagian-bahagiannya, dan mengurus dari risalah yang ditinggalkan sebagai kewajipan-kewajipannya, Dan gembala-gembala mengikut peranan gelarannya yang sezaman dengannya. Dan dia unggul dalam sifat mulia, dan dia memegangnya dengan teguh, yang diperoleh dari sifat kemuliaan keturunan dengan nashnya. Dan meninggikan kemuliaan keturunan menurut perhitungannya, dan mendapat bimbingan dari sumber asli dan penyebabnya, Beliau dilahirkan dari Perawan Suci yang kenyataannya menentukan tidak ramai dari Rasul, pembawa risalah yang asal, dan ia adalah untuk memulia unsur-unsur dan asasnya. Bagi kelahiran secara rahsia dari dilihat pada dua puluh tiga Ramadan tahun dua ratus lima puluh lapan Hijrah, dan nasabnya sebelah bapanya adalah Abu Muhammad Al-Hasan Al-Khalish bin Ali Al-Mutawakkil, bin Muhammad Al-Qani3, Bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kadzim bin Ja’far Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, Bin Ali Zain Abidin, bin Al-Hussein Al-Zaki, bin Ali Al-Murtadha Amirul Mukminin.. Dan ibu yang melahirkannya bernama Shaqil, dan ada yang mengatakan: Hakimah, dan ada yang mengatakan selainnya. Namanya adalah Muhammad, dan nama keluarga adalah Abu Al-Qasim, dan gelarannya adalah Al-Hujjah, Al-Khalaf, Al-Sholeh, dan ada yang mengatakan Al-Muntadzar. [1]


------------------------------
1- Muthalib Al-Su’ul: J 2 hal 89 cetakan Tehran.
2- Tizharah Al-Khawash: hal 204 cetakan Tehran.
3- Saba’ik Al-Zhahab: hal 78 cetakan Al-Maktabah Al-Tijariyah, Mesir.
4- Dipetik mengenainya oleh Al-Syeikh Al-Majlisi Fi Bihar Al-Anwar: J 50 hal 314
                   

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani57

16. Ibn Al-Sabagh Al-Mishri berkata:

Abu Al-Qasim Muhammad Al-Hujjah bin Al-Hasan Al-Khalish dilahirkan – secara rahsia dari dilihat pada malam pertengahan bulan Sya’ban tahun dua ratus lima puluh lima Hijrah. Nasab bapanya adalah Abu Al-Qasim Muhammad Al-Hujjah bin Al-Hasan Al-Khalish, bin Ali Al-Hadi, bin Muhammad Al-Jawad, bin Ali Al-Ridha, bin Musa Al-Kadzim, bin Ja;far Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, bin Ali Zain Al-Abidin, bin Al-Hussein, bin Ali bin Abi Talib (Shalawatu Allah 3alaihim Ajma3in). Bagi ibu yang melahirkannya dipanggil: Narjis, seorang yang baik, dan ada yang mengatakan selainnya. Dan nama panggilannya adalah Abu Al-Qasim. Dan gelarannya Al-Hujjah, Al-Mahdi, Al-Khalaf Al-Sholeh, Al-Qa’im Al-Muntadzar dan Shohib Al-Zaman, yang paling terkenal daripadanya adalah Al-Mahdi. Sifatnya (as): Ia seorang pemuda yang besar tinggi, elok paras rupa dan rambutnya, rambutnya mengurai di atas bahu, hidungnya mancung, dahinya jendul. Penjaga pintunya (dutanya) Muhammad bin Utsman, yang diakui sezaman dengannya. Ia telah berkata: Dia ghaib ke ruang bawah tanah (Al-Sardab) dan ia penjaganya, dan itu berlaku pada tahun 266 H. Ini adalah sebahagian kecil dari nash-nash sebagai dalil untuk Imam Kedua Belas pada Imam-imam yang tsiqah, dan banyak riwayat-riwayat mengenainya kami tinggalkan dari menyebutkannya, Adalah tidak sulit bagi pengumpul hadits dalam kitab-kitab mereka, dan mereka mementingkan untuk mengumpulkan dan tidak meninggalkan sesuatu. [1]

17. Abu Al-Abbas Ahmad bin Yusuf terkenal sebagai Al-Qurmani:

Bab Kesebelas: Pada menyatakan Al-Khalaf Al-Shaleh, Imam Abi Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (ra): usianya lima tahun ketika kematian bapanya, Allah memberikan hikmah kepadanya sebagaimana diberikan kepada Yahya (as) ketika kecil. Dia tegap, besar dan tinggi, elok paras rupa dan rambutnya, hidungnya mancung, dahinya jendul. Disebut dalam halaman 420:. Dipetik dari Kitab Kasyf Al-Ghammah mengatakan bahawa beliau (as) dilahirkan pada dua puluh tiga Ramadhan, bersetuju bahawa dia dilahirkan secara rahsia dari dilihat. Ia dipanggil seperti Rasulullah (S), pada nama dan nama gelaran, dan tidak dibenarkan menyebutkan namanya pada zaman keghaiban. Dan gelaran mulianya: Al-Mahdi, Al-Qaim Al-Muntadzar, dan Al-Hujjah.[2]

18. Abdul Wahab Al-Sya'rani menyatakan:

Menunggu keluarnya A-Mahdi (as), salah seorang daripada anak-anak Imam Al-Hasan Al-Askari, dan kelahirannya (as) pada malam pertegahan bulan Sya’ban, tahun dua ratus lima, Dia akan terus hidup sehingga dia bertemu Isa bin Mariam (as), Umurnya sehingga ke masa kami ini, tahun sembilan ratus lima puluh lapan: adalah 766 tahun. Ini diberitahu oleh Syeikh Hassan Al-Iraqi yang dikebumikan di tumpukan bulu yang menghadap kolam di Mesir sebagai penjaga (maqam) Imam Mahdi,

--------------------------
1- Al-Fushul Al-Muhimmah: hal 274 cetakan Al-Ghari.
2- Akhbar Al-Daul Wa Atsar Al-Awwal: hal 117


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani58
....

Apabila dia bertemu dengannya dan bersetuju dengan Sheikh kami mengenai perlara itu. Semoga Allah merahmati mereka berdua

Kata-kata Sheikh Muhyiddin dalam Bab tiga ratus enam puluh enam dari Al-Futuhat:

“Ketahuilah bahwa tidak ada lagi keraguan akan kedatangan Al-Mahdi. Akan tetapi ia tidak akan muncul kecuali apabila dunia ini sudah dipenuhi oleh ketidak-adilan dan kedzaliman dan ia akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan kesetaraan. Bahkan apabila hanya ada satu hari lagi yang tersisa di dunia ini, maka Allah tetap akan memanjangkan hari itu hingga cukup untuk Khilafahnya. Dia berasal dari keturunan (Itrah) Nabi (S); dari keturunan Fatimah (ra). Datuknya ialah Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib dan ayahnya ialah Al-Hasan Al-Askari, Ibn Imam Ali Al-Naqi dengan huruf Nun Ibn [Imam] Muhammad Al-Taqi dengan huruf Ta’, Ibn Imam Ali Al-Ridha, Ibn Imam Musa Al-Kadzim, Ibn Imam Ja’far Al-Shadiq, Ibn Imam Muhammad Al-Baqir, Ibn Imam Zain Al-Abidin Ali, Ibn Imam Al-Husain, Ibn Imam Ali bin Abi Talib (ra). [1]

19. Al-Syeikh Utsman Al-Utsmani berkata:

Yang Kedua Belas, Muhammad bin Al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin Ali Al-Ridha [3laihimu s-salam], yang dikenali sebagai Aba Al-Qasim dan Imamiyah menggelarnya sebagai Al-Hujjah, Al-Qa’im Al-Muntadzar dan Shohib Al-Zaman ... hinggalah kepada kata: Dilahirkan secara rahsia dari dilihat pada dua puluh tiga Ramadhan tahun dua ratus lima puluh lapan. Ia adalah sekumpulan asas bagi tanda-tanda dan alamat Al-Saah (kiamat) [2].

20. Al-‘Alamah Al-Hamdawi berkata:

(Telah berkata Saidi Abdul Wahab Al-Sya'rani di dalam Al-Yuwaqit Al-Jawahir: Al-Mahdi adalah dari Imam Al-Hasan Al-Askari [3laihima s-salam], dan dilahirkan pada malam pertengahan bulan Syaaban pada tahun dua ratus lima puluh lima dan dia masih hidup bertemu dengan Isa putera Maryam. Ini diberitahu oleh Syeikh Hassan Al-Iraqi yang dikebumikan di tumpukan bulu yang menghadap kolam di Mesir sebagai penjaga (maqam) Imam Mahdi dan ini desepakati dengan beliau secara khusus.[3].

21. Telah berkata Al-Salik Abdul Rahman bin Muhammad bin Husain bin Umar Ba'lawi Mufti Al-Diyar Al-Hadhramiyah:

Dipetik oleh Al-Suyuthi dari Syeikhnya Al-Iraqi  bahawa Al-Mahdi (as) dilahirkan pada tahun 255, beliau berkata, ini disepakati oleh Al-Syeikh Ali Al-Khawash. Umurnya sehingga ke masa kami ini, tahun sembilan ratus lima puluh lapan (958) adalah 703 tahun. Dan Ahmad Al-Ramli menyatakan bahawa

--------------------------------
1. Al-Yuwaqit Al-Jawahir: J 2, hal 143 cetakan Abdul-Hamid Ahmad Al-Hanafi, edisi Mesir
2 - Tarikh Al-Islam Wa Al-Rijal hal 370 manuskrip.
3 - Masyariq Al-Anwar: hal 153 cetakan Mesir

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani59

Al-Mahdi (as) wujud. Begitulah juga dengan Al-Sya'rani, dari garis Al-Habib Alawi bin Ahmad Al-Haddad, dan pada tahun 1301 ini umurnya adalah 1046 tahun [1].

Dari apa yang dikemukakan di atas, tidak ada keraguan lagi melainkan bagi mereka yang ada penyakit keraguan yang jelas dan seperti kata pepatah (ia adalah kambing walaupun ia terbang)?!!

Selepas ini adalah jelas batilnya kata-kata Ibn Taimiyah dan batillah yang lainnya seperti Muhib Al-Din Al-Khatib, yang berkata: Bahawa dia (iaitu Imam Al-Mahdi (as)) adalah peribadi khayalan yang dikaitkan dengan nasab palsu Al-Hasan Al-Askari, yang meninggal dunia tanpa anak dan saudaranya Ja’far menyifatkannya sebagai tidak meninggalkan anak, dan bagi orang-orang Al-Alawi catatan kelahiran dibuat ke atas seorang ketua pada sesuatu masa. Tidak ada yang lahir melainkan ianya dicatat, tiada catatan bagi anak Al-Hasan Al-Askari. tidak diketahui oleh orang-orang sezaman Al-Alawi bagi Al-Hasan Al-Askari sehingga dia mati mempunyai seorang anak lelaki. [2]

Kami berhak untuk bertanya kepada Muhib Al-Din: Adakah dia melihat catatan itu dan tidak melihat perihal Imam Al-Mahdi (as), dan siapakah ketua yang tidak dilahirkan?

Adapun pada katanya hakikat bahawa orang-orang Al-Alawi tidak tahu kelahiran Imam Mahdi (as) ia tiada lain adalah satu rekaan yang diada-adakan, tetapi dia hanya melihat dari sesetengah orang-orang Al-Alawi, tetapi tidak tahu yang lain dan tidak menafikan kelahirannya, maka adalah mencukupi untuk mengatakan bahawa tidak mengetahui kelahirannya tidak bermakna ia tidak dilahirkan, terutamanya dengan apa yang kita tahu tentang keadaan kelahiran Imam kedua belas (as), di mana dalam keadaan tersembunyi seperti kelahiran nabi Allah Musa (as).

Dan begitu jelaslah batilnya apa yang dikatakan oleh Dr. Abdul-Alim Al-Bastawi, Dari mana diriwayatkan dan bahawa dia mengambilnya dari kata-kata Ibn Taimiyah, selepas menyebut hadits-hadits dan riwayat-riwayat Al-Mahdi (as) dan yang lainnya dari jalan Syiah dia berkata: (Ini adalah contoh ringkas dari kisah-kisah dan kedustaan tersebut yang dihubungkan dan dakwaan mengenai Al-Mahdi Al-Muntadzar. Maka telah sah dari segi sejarah bahawa Al-Hassan Al-Askari telah meninggal dunia dan tiada mengikutinya selepasnya (tiada anak). Ini dinyatakan oleh Ibn Jarir, Ibn Qani3 dan ahli sejarah yang yang lain). [3]
                       
✡✡✡✡✡

-------------------
1- Bughyah Al-Mustarsyidin : Hal 296 Cetakan Mesir.
2- Al-Mahdi Al-Muntadzar Fi Dhu' Al-Ahadits Al-Shahihah – Oleh 3abd Al-3alim Al-Bisatawi: hal 80
3- Al-Mahdi Al-Muntadzar Fi Dhu' Al-Ahadits Al-Shahihah – Oleh 3abd Al-3alim Al-Bisatawi: hal 80

✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Sabtu, 1 September 2018

dua: Mereka yang mengatakan ada kelahiran Imam Mahdi (as) dari Ahli Sunnah: (Bahagian I)



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...50

Kedua: Mereka yang mengatakan ada kelahiran Imam Mahdi (as) dari Ahli Sunnah:

(Bahagian I)

Sudah tentu tidak dapat dinafikan kewujudan perkara-perkara ganjil yang dicari dan diperlihatkan Allah secara terang-terangan. Pada setiap zaman perkara-perkara ganjil tidak berlaku di hadapan mereka sebagai hujah-hujah yang kuat dan bukti-bukti bukan untuk melemahkannya, tetapi untuk mewajarkan peribadi-peribadi apa yang didengarnya,

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...51

Ini semua kerana tabiat mereka yang tidak percaya pada matlamat perbincangan ilmiah, tetapi percaya kepada bahasa keliru dan bahasa putus asa dan tidak memenuhi kehendak seperti yang saya katakan dalam muqaddimah. Mereka terkeluar dari semua bahasa pembicaraan sama sekali. Pembicaraan ilmiah ini adalah bahasa orang-orang yang berfikir, yang menyenangkan keseimbangan pada tahap penyelidikan dan penyusunan hasil, supaya pembaca tahu mengapa Ibn Taymiyah menafikan kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hassan (as) pada masa ramai ulama Al-Sunnah mempercayainya?

Jawapannya: perkara-perkara ganjil itu pada Ibn Taimiyah juga terdapat dalam riwayat hidupnya, lihat bagaimana ia bertindak balas terhadap ulama Al-Sunnah apabila dia mencipta banyak persoalan yang memberi kesan kepada aqidah dan persoalan-persoalan lain.

Setelah itu kita akan membaca apa yang dikatakan para ulama tentang kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as).

1- Al-Zhahabi berkata dalam riwayat hidup Abu Bakr Ahmad bin Manshur bin Saiyar bin Ma3arik Al-Ramadi Al-Baghdadi:

Al-Muntadzar Muhammad bin Al-Hassan, dan Al-Rafidhah dikatakan: Dia tidak mati, tetapi hilang di ruang bawah tanah (Sardab)..[1] Adalah jelas bahawa kematian adalah cabang-cabang (furu’) dari kenyataan kelahirannya, maka dia mengakui kelahirannya tetapi dia tidak dikaitkan dengan kematiannya untuk menolaknya. Percanggahan pendapat bukan pada kelahiran, tetapi berselisih pada keterusan hidup. Kita akan mendapat jawapan atas kesamaran kematiannya selepas kelahirannya, akan diterangkan nanti.

Beliau juga berkata dalam kitabnya, Al-‘Ibr yang memperkatakan mengenai tahun 256 H :

Iaitu pada tahun 256 dilahirkan Muhammad bin Al-Hassan bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kadzim bin Ja’far Al-Shadiq Al-‘Alawi Al-Husseini, yang julukannya Al-Khalaf Al-Hujjah, dan Al-Mahdi, Al-Muntadzar dan juga julukannya Shohib Al-Zaman, Al-Khatim Al-Itsna 3syara (Penutup yang kedua belas.) [2]

Yang dimaksudkan dengan kata (Muhammad bin Al-Hasan (as)) adalah Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as), dan ini adalah pengiktirafan yang jelas dari Al-Zhahabi pada kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as), dan juga menyatakan kenyataan beliau dengan perkataan yang berikut, di mana beliau bercakap mengenai Imam Al-Hassan Al-Askari (as) katanya:

(Dia adalah bapa Muntadzar Al-Rafidhah, yang meninggal dunia dan mendapat keredhaan Allah di Samarra dan dikuburkan di sebelah ayahnya, dan anaknya, Muhammad bin Al-Hasan yang didakwa sebagai Al-Rafidhah, Al-Qaim, Al-Khalaf Al-Hujjah.[3]

Dia menyatakan kewujudan Imam Al-Muntadzar (yang ditunggu) Muhammad bin Al-Hasan (as) anak kepada Imam Al-Hassan Al-Askari (as).

---------------------
1- Sair A3lam Al-Nubalaa': J 12 hal.389
2- Raji3 Al-3ibar Fi Khabar Min Ghabar Oleh Al-Zhahzbi: J 3 hal 21  dan J 2 hal 31 cetakan Al-Kuwait.
3- Tarikh Al-Islam: J 5, Hawadits Wa Wafiyaat , 251 -260, hal 113 - 159


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...52

Dan juga memanggil Imam Muhammad bin Al-Hassan (as) dengan panggilan - (Al-Syarif – yang mulia), adakah ia panggilan tanpa orang yang di panggil?

Beliau juga berkata dalam Sair A3lam Al-Nubalaa':

Al-Muntadzar Al-Syarif – yang mulia yang ditunggu) Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kadzim bin Jaafar Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Zain Abidin bin Ali bin Al-Hussein Al-Syahid bin Imam Ali bin Abi Talib Al-Husseini penutup ketua-ketua kedua belas [1].

Maka penutup ketua-ketua kedua belas (as) adalah Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) seperti juga yang diisytiharkan oleh Al-Zhahabi. Maka adakah selepas kenyataan ini dikatakan ia tidak dilahirkan.

2- Ibn Khalkan berkata dalam Wafiyaat Al-A3yan pada riwayat hidup Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi (as):

"562" Abu Al-Qasim Al-Muntadzar, Abu Al-Qasim Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi bin Muhammad Al-Jawad yang disebut sebelumnya sebagai yang kedua belas dari Imam-imam Dua Belas mengikut iktiqad Imamiyah yang terkenal dengan Al-Hujjah. Dan dialah yang didakwa oleh Syiah sebagai Al-Muntadzar, Al-Qaim, Al-Mahdi, Shohib Al-Saradab  (penghuni ruang bawah tanah) di sisi mereka dan banyak kata-kata mereka mengenainya. Mereka menunggu kemunculannya pada akhir zaman dari ruang bawah tanah yang terlindung dari penglihatan. Kelahirannya adalah pada hari Jumaat pertengahan Sya'ban dua ratus lima puluh lima. Apabila bapanya meninggal dunia dia telah disebutkan terlebih dahulu (menggantikannya) ketika dia berumur lima tahun. Nama ibunya Khamath dan sebahagiannya mengatakan Narjis. Syiah mengatakan bahawa ia masuk ke ruang bawah tanah di rumah ayahnya dan ibunya menunggunya tetapi dia tidak lagi kembali kepadanya, Ia berlaku pada tahun dua ratus enam puluh lima dan dia berusia sembilan tahun.

Menurut Ibn Al-Azraq dalam Tarikh Miyafariqin:

Bahawa Al-Hujjah tersebut dilahirkan pada sembilan Rabi3 Al-Awwal tahun dua ratus lima puluh lapan dan sebahagian mengatakan pada lapan Sya’ban tahun dua ratus lima puluh enam, lebih sahih. Dan bahawa apa yang masuk ke ruang bawah tanah ketika berusia empat tahun dan ada yang berkata lima tahun, dan ada yang mengatakan ia masuk ke ruang bawah tanah tahun dua ratus tujuh puluh lima dan umurnya tujuh belas tahun dan Allah lebih mengetahui iaitu ia adalah rahmat Allah Taala.[2]

Dan kenyataannya: Ibn Khalkan dan Ibn Al-Azraq bahawa kelahirannya tidak menjadi rahsia kepada sesiapa, Bagaimanakah ia diterjemahkan sebagai orang khayalan?

------------------------
1 - Sair A3lam Al-Nubalaa': J 13 hal. 119 Al-Tarjamah No 60
2. Wafiyaat Al-A3yan Wa Anba\ Abnaa’ Al-Zaman: J 4 hal 176, dan J 1 hal 571 Cetakan Bulaq, Mesir.


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...53

Ya, perselisihan pendapat di antara orang-orang Syiah tetapi mereka mengakui dan percaya dialah Al-Muntadzar (yang ditunggu), Imam kedua belas dari Imam-imam Ahl al-Bait (as) dan masih hidup, dan ini dikaitkan dengan Syiah, ia tidak dikaitkan dengan mengatakan kelahirannya untuk Syiah, tetapi kewujudannya Al-Muntadzar (yang ditunggu), yang akan muncul di akhir zaman kepada mereka .

3- Ibn Al-Atsir Al-Jaruzi berkata:

"Muhammad Al-'Alawi Al-Askari, adalah salah seorang dari imam-imam Dua Belas pada mazhab Imamiyyah, dan dia adalah bapa kepada Muhammad, yang mereka percaya sebagai Imam Mahdi.[1]

Dan kenyataannya jelas hakikat bahawa Imam Al-Askari (as), adalah bapa Imam Al-Mahdi, Muhammad bin Al-Hasan (as), dan kemudian selepas itu berpindah menjadi iktiqad Syiah, sebagai Al-Mahdi (as), perselisihan di antara pendapatnya dan Syi'ah pada iktiqad mereka bukan pada kelahiran.

4. Khair Al-Din Al-Zarkali dalam riwayat hidup Imam Al-Mahdi Al-Muntadzar (as):

Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari Al-Khalish bin Ali Al-Hadi Abu Al-Qasim penutup dua belas Imam-imam di sisi Imamiyah telah dilahirkan pada... [2]

Perhatikan pernyataan kelahirannya (as).

5. Sheikh Abdullah bin Muhammad bin 3amir Al-Syabrawi Al-Syafei berkata:

Yang ke dua belas dari Imam-imam, Abu Al-Qasim Muhammad: Imam Al-Hujah, ada yang mengatakan: dia adalah Al-Mahdi Al-Muntadzar, lahir Imam Muhammad Al-Hujjah bin Imam Al-Hassan Al-Khalish, radhia Allah 3anhu secara rahsia dari dilihat, pada pertengahan malam bulan Sya’ban pada tahun dua ratus lima puluh lima dan sebelum kematian bapanya ketika dia berumur lima tahun, dan bapanya telah menyembunyikannya ketika dilahirkan dan menutup dari melewatinya kerana kesukaran masa dan takut akan khalifah-khalifah, Kerana mereka pada masa itu mencari Bani Hashim yang bertujuan untuk memenjarakan mereka, membunuh mereka dan mahu melaksanakan hukuman ke atas mereka. Imam Muhammad Al-Hujjah juga digelar sebagai Al-Mahdi, Al-Qaim, Al-Muntadzar, Al-Khalaf Al-Sholeh, dan Shohib Al-Zaman, dan yang paling terkenal adalah Al-Mahdi.[3]

Perhatikan pernyataan kelahirannya (as).

6. Al-Syablanji berkata:

Bab pada menyebutkan kemuliaan (manaqib) Muhammad bin Al-Hasan Al-Khalish, bin Ali Al-Hadi, Muhammad bin Al-Jawad, bin Ali Al-Ridha, bin Musa Al-Kadzim, bin Ja’far Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, bin Ali Zain Al-Abidin, bin Al-Hussein bin Ali bin Abi Talib (radhia Allah 3anhum). Diriwayatkan daripada mereka: Ibu yang melahirkannya dikatakan adalah: Narjis, dan sebahagian mengatakan: syaqil, dan ada yang mengatakan: Susan. nama gelarannya Abu Al-Qasim, nama panggilan Imamiyah sebagai Al-Hujjah, Al-Mahdi, Al-Khalaf,

----------------------
-1 Al-Kamil Fi Al-Tarikh: J 7 hal 274 peristiwa-peristiwa lain tahun.260
-2 Al-A3lam: J 6 hal 80
-3 Al-Itihaf Bihubi Al-Asyraf: hal 68 cetakan Mustafaa Al-Baabi Al-Halabi, Mesir.


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...54


Al-Sholeh, Al-Qaim, Al-Muntadzar, dan Shohib Al-Zaman, dan yang paling terkenal Al-Mahdi [1]

Yang dimaksudkan dengan -. (Muhammad bin Al-Hasan (as) dalam ungkapannya) adalah Imam kedua belas anak Imam Al-Hasan Al-Askari (as) dan Al-Syablanji mengaitkan dengan pernyataan kemuliaannya (manaqib), Apakah peribadi manaqib ini ia tidak dilahirkan?!

7- Dipetik dalam Tarikh Ibn Al-Wardi, meninggal dunia pada tahun (974 H):

(Muhammad bin Al-Hassan Al-Khalish dilahirkan pada tahun dua ratus lima puluh lima dan orang Syiah mendakwa bahawa dia masuk ke ruang bawah tanah di rumah bapanya secara rahsia dari dilihat. dan ibunya menunggunya tetapi dia tidak kembali lagi, usianya ketika itu sembilan tahun, dan pada tahun 265, secara khilaf. [2]

Perhatikan pernyataan kelahirannya (as). dengan kata: Muhammad bin Al-Hassan dilahirkan...)

8. Al-Kinji Al-Syafei berkata:

(Abu Muhammad Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi dilahirkan di Madinah... sehinggalah kepada kata: dan dia dikuburkan di rumahnya secara rahsia dari dilihat di rumah di mana dikebumikan bapanya dan dia digantikan oleh anaknya, dan dia adalah Imam Al-Muntadzar (as) [3]

Perhatikan kenyataannya, hakikat bahawa Al-Imam Al-Askari (as) diganti oleh anaknya, dan dia adalah Al-Imam Al-Muntadzar (as).

9 - Sirajuddin bin Al-Syed Abdullah Al-Rifa’ei dan kemudian Al-Makhzumi :

Adapun Imam Ali Al-Hadi Ibn Imam Muhammad Al-Jawad, gelarannya Al-Taqi, Al-‘Aalim, Al-Faqih, Al-Amir, Al-Askari Al-Dalil dan Al-Najib,. Dilahirkan di Madinah dalam tahun dua ratus dua belas Hijrah, dan mati syahid oleh racun semasa khalifah Al-Mu'tazz Al-Abbasiyah pada hari Isnin secara rahsia dari dilihat. Dikebumikan tiga malam kemudian pada bulan Rajab dua ratus lima puluh empat dan mempunyai lima orang anak: Imam Al-Hassan Al-Askari, Al-Hussein, Muhammad, Jafar, dan Aishah. Al-Hassan Al-Askari diikuti oleh Shohib Al-Saradab (penghuni ruang bawah tanah), Al-Muntadzar, Waliyullah Al-Imam Muhammad Al-Mahdi. [4]

Perhatikan kenyataannya hakikat bahawa Imam Al-Hassan Al-Askari (as) diikuti oleh namanya Shohib Al-Saradab, dan akan dibawakan jawapan kepada kesamaran ini secara terperinci, dan apa yang membimbangkan kita di sini bahawa dia menyatakan kepada fakta bahawa Al-Imam Al-Askari (as) baginya ada pengganti dan anaknya.

------------------------
1- Nur Al-Abshar: hal 168 cetakan Al-Syu3aibah.
2- naqalahu 3anhu Al-Syablanji fi Nur Al-Abshar: hal 186
3- Fi Kifayat Al-Thalab: s 458 cetakan Al-Ghari.
4- Fi Shihah Al-Akhbar: hal 55 cetakan Bombay tahun .1306

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...55


10. Ibn Hajar Al-Haitsami berkata:

(Tidak digantikan selain anaknya Abi Al-Qasim Muhammad Al-Hujjah, dan umurnya lima tahun ketika wafat bapanya, tetapi Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan dia dipanggil Al-Qaim Al-Muntadzar, sebahagiannya mengatakan: Bahawa dia bersembunyi di bandar dan ghaib, tidak tahu ke mana ia pergi [1]

Beliau menyatakan bahawa Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as) dilahirkan.

11. Al-Syeikh Syams Al-Din Muhammad bin Thulun Al-Dimasyiqi Al-Hanafi:

Yang kedua belas dari mereka, anaknya Muhammad bin Al-Hasan, dia adalah Abu Al-Qasim Muhammad, bin Al-Hassan bin Ali Al-Hadi, bin Muhammad Al-Jawad, bin Ali Al-Ridha, bin Musa Al-Kadzim, bin Ja’far Al-Shadiq, bin Muhammad Al-Baqir, Bin Ali Zain Al-Abidin, bin Al Hussein, bin Ali bin Abi Talib, (radhia Allah 3anhum). kelahirannya (radhia Allah 3anhu) pada hari Jumaat, pertengahan Sya’ban tahun dua ratus lima puluh lima, dan apabila bapanya meninggal, dia berumur lima tahun. Nama ibunya Khamath dan sebahagiannya mengatakan Narjis... sehingga kepada kata: Ibn Al-Azraq dalam Tarikh Miyafariqin meyebut: bahawa Al-Hujjah yang disebut dilahirkan pada sembilan Rabi3 Al-Akhir tahun dua ratus lima puluh lapan dan yang lain mengatakan: Pada lapan Sya'ban 256 H, dan yang yang lebih sahih... sehingga kepada kata: mereka telah menganjurkan demikian. Saya katakan:

Padamu ada dua belas Imam-imam Aali Bait Al-Mustafa sebaik-baik manusia
Abu Turab Hassan Hussein dan malu membenci Zain Al-Abidin
Muhammad Al-Baqir berapa banyak ilmu diketahuinya dan Al-Shadiq panggilan bagi Ja;far
Antara Al-Wara Musa dialah Al-Kadzim dan anaknya Ali digelar Al-Ridha dan kemampuan Ali
Muhammad Al Taqi, hatinya dimakmurkan Ali Al-Naqi taburan  mutiara 
Dan Al-Askari Al-Hasan Al-Mathhur Muhammad Al-Mahdi akan zuhur. [2]

------------------------
1- Al-Shawa3iq Al-Muhraqah: hal 124t cetakan Mesir.
2- al-syazhurat al-zhahabiyah / al-a’immah al-itsna 3asyar: hal 117 cetakan cetakan Beirut.

✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas