Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah seorang
utusan daripada Elia (as)
Dari kitab Washiy
Dan Utusan Imam Mahdi (as) Di Dalam Taurat, Injil dan Al-Quran
Satu soalan diterima daripada seorang wanita Kristian
tentang Imam Ahmad al-Hassan (saw) seperti berikut:
Soalan 15: Anda orang-orang Syiah mengatakan
bahawa terdapat hanya empat orang wakil bagi Al-Imam Al-Mahdi dan tidak ada
wakil selepas itu, jadi apa bukti yang logik dan bukti yang ada dari
Kitab-kitab Suci (Al-Quran, Taurat, dan Injil) yang anda adalah wakil yang
kelima?
Rita George, Wanita Keristian
2005
*****
Jawapan: Di dalam Taurat, Kitab 2 Raja-raja,
Bab Kedua: 2:1.. 8-12 Menjelang saatnya Tuhan hendak menaikkan Elia ke Langit ....
Lalu Elia mengambil jubahnya, digulungnya, dipukulkannya ke atas air itu,
maka terbagilah air itu ke sebelah sini dan ke sebelah sana, sehingga menyeberanglah
keduanya dengan berjalan di tanah yang kering. * Dan sesudah mereka sampai
di seberang, berkatalah Elia kepada Elisa: "Mintalah apa yang hendak
kulakukan kepadamu, sebelum aku terangkat dari padamu." Jawab Elisa:
"Biarlah kiranya aku mendapat dua bagian dari rohmu." * Berkatalah
Elia: "Yang kauminta itu adalah sukar. Tetapi jika engkau dapat melihat
aku terangkat dari padamu, akan terjadilah kepadamu seperti yang demikian, dan
jika tidak, tidak akan terjadi." * Sedang mereka berjalan terus sambil
berkata-kata, tiba-tiba datanglah kereta berapi dengan kuda berapi memisahkan
keduanya, lalu naiklah Elia ke Langit dalam angin badai. * Ketika Elisa
melihat itu, maka berteriaklah ia: "Bapaku, bapaku! Kereta Israel dan
orang-orangnya yang berkuda!" Kemudian tidak dilihatnya lagi...
Ini adalah perkara nabi Allah dan RasulNya,
Elia (as), dan ia diangkatkan dan tidak mati sehingga sekarang dan dia
melakukan banyak kerja kerana Allah SWT di bumi-Nya, tetapi orang-orang di
bumi tidak melihatnya; kerana mereka dibutakan walaupun mata mereka terbuka,
dan Khidhir (as) juga diangkatkan dan melakukan kerja-kerja di muka
bumi dengan izin Allah SWT, dan Isa (as) juga diangkatkan dan melakukan
kerja-kerja di atas bumi dengan perintah Allah SWT, juga Al-Imam Al-Mahdi
Muhammad bin Al Hassan (as) diangkatkan dan melakukan kerja-kerja di
atas bumi dengan perintah Allah SWT.
Dan pada permulaan ketika Nabi Isa
(as) diangkat, dia menghantar wazir (washi) dan utusannya untuk
mengesahkan kebenaran bahawa dia datang dari Allah SWT dan untuk menyebarkan
agama Allah di bumi-Nya, Antaranya ialah Shimon Al-Shafa, atau seperti namanya
dalam Injil (Simon Peter), serta John the Barbarian, atau seperti yang terdapat
dalam Injil, Yohanes (John the Theologian).
Selain itu, mesej (risalah) daripada Isa (as)
dihentikan dan ini tidak bermakna bahawa ia dihentikan untuk kebaikan, kerana
tidak ada bukti logik juga bukti dari Kitab-kitab Suci yang menyokongnya, dan
sebaliknya, bahawa Isa (as) akan mengutus wakilnya apabila tiba masanya untuk
dia kembali dan apabila Kebangkitan (Kiamat) Kecil semakin hampir,
dan saya akan memberikan bukti kemudiannya, Insya Allah.
Bagi Al-Imam Al-Mahdi (as), dia telah mengutus
empat wakil dalam Keghaiban Kecil yang berlangsung selama lebih kurang tujuh
puluh tahun, dengan tidak ada lagi wakil yang dihantar olehnya selepas itu,
juga ini tidak bermakna bahawa ia dihentikan demi kebaikan, bahkan sebaliknya,
bahawa dia akan mengutus utusannya apabila tiba masanya untuk dia kembali dan
apabila Kebangkitan (Kiamat) Kecil semakin hampir, dan saya akan
memberi bukti kemudiannya, Insya Allah.
Dan sekarang sebelum kita mengkaji bukti
perkara itu bahawa mereka mengutus seorang utusan yang mewakili mereka, kita
kaji perkara ini pada empat orang ini (as), Khidhir dan Elia dan Isa dan
Muhammad ibn Al-Hassan Al-Mahdi (3alaihimu Al-Salam), adakah ianya seorang atau
ramai?
Pada hakikatnya, perkara mereka adalah satu,
dan mereka bersatu dan mereka tidak ramai dan tidak ada perbezaan di antara
mereka, kerana Tuhan mereka adalah satu dan agama mereka adalah satu; iaitu
penyerahan kepada Allah SWT. Mereka semua menyeru kepada Allah dan beramal
dengan perintah-Nya, kebenaran yang mereka serukan adalah satu dan matlamat
mereka adalah satu; yang merupakan Kiamat Kecil, dan tujuan mereka adalah
satu; iaitu untuk menyebarkan keadilan dan tauhid dan
menyembah Allah di muka bumi ini dengan cara yang dikehendaki Allah SWT, kerana
mereka adalah satu dan tidak ada perbezaan di antara mereka, dan mereka meminta
untuk satu tujuan dan satu matlamat, dan Tuhan (Ilah) dan Tuhan (Rab) mereka
adalah satu, oleh itu rasul (utusan -wakil) daripada mereka semua mesti hanya
seorang, dan dia juga mestilah seorang Rasul dari Allah, kerana mereka semua
beramal dengan perintah-Nya, dan kerana sesiapa yang mewakili mereka adalah
mewakili Allah, dan sesiapa yang menjayakan mereka di bumi menggantikan Allah
SWT, kerana mereka adalah Khalifah Allah di muka bumiNya.
Dan sekarang mari kita menyebut sebahagian
bukti bahawa mereka (as) mengutus utusan apabila tiba masanya untuk Kiamat
Kecil dan Negara Keadilan Ilahi, dan hanya beberapa bukti adalah
mencukupi kerana keadaan yang terhad yang menghalang kita memberi secara
terperinci.
Pertama: dalam al-Quran ... sila baca kitab Washiy
Dan Utusan Imam Mahdi (as) Di Dalam Taurat, Injil dan Al-Quran
Kedua: Dalam Taurat
1) Kitab Yesaya.
(Ia akan melambaikan panji-panji kepada bangsa
yang dari jauh, dan akan bersuit memanggil mereka dari ujung bumi; sesungguhnya
mereka akan datang dengan segera, dengan cepat! * Tiada yang lelah dan tiada
yang tersandung di antaranya; mereka tidak terlelap dan tidak tertidur, tidak
terlepas ikat pinggangnya dan tali kasutnya tidak terputus; * anak panahnya
ditajamkan, dan segala busurnya dilentur; kuku kudanya keras seperti batu api
dan roda keretanya seperti puting beliung. * Aumnya seperti singa betina,
mereka mengaum seperti singa muda; mereka meraung dan menangkap mangsanya,
membawanya lari dan tidak ada yang melepaskan. * Pada hari itu mereka akan
diliputi oleh suara seperti suara laut menderu. …) Yesaya 5:26-30
Dan sifat-sifat ini; seperti tidak ada yang
terlelap dan tidak tertidur... dan ... dan ..., adalah sifat para sahabat
Al-Qa'im (as) seperti yang diceritakan dalam riwayat Aali Muhammad (as), maka
yang menjadi pengangkat daripada panji-panji yang (Ia akan melambaikan
panji-panji kepada bangsa-bangsa)!
Iaitu orang yang meminta kesetiaan (bai’ah)
dan mengumpulkan ansar (pengikut) Al-Imam Al-Mahdi (as), Isa, Elia dan Khidhir
(as)
(Suatu tunas akan keluar dari tunggul Isai
(Jesse), dan taruk (tunas) yang akan tumbuh dari pangkalnya akan berbuah * Roh
Tuhan akan ada padanya, roh hikmat dan pengertian, roh nasihat dan keperkasaan,
roh pengenalan dan takut akan Tuhan; * ya, kesenangannya ialah takut akan Tuhan.
Ia tidak akan menghakimi dengan sekilas pandang saja atau menjatuhkan keputusan
menurut kata orang. * Tetapi ia akan menghakimi orang-orang lemah dengan
keadilan, dan akan menjatuhkan keputusan terhadap orang-orang yang tertindas di
negeri dengan kejujuran; ia akan menghajar bumi dengan perkataannya seperti
dengan tongkat, dan dengan nafas mulutnya ia akan membunuh orang fasik. * Ia
tidak akan menyimpang dari kebenaran dan kesetiaan, seperti ikat pinggang tetap
terikat pada pinggang. * Serigala akan tinggal bersama domba dan macan
tutul akan berbaring di samping kambing. Anak lembu dan anak singa akan makan
rumput bersama-sama, dan seorang anak kecil akan menggiringnya. * Lembu
dan beruang akan sama-sama makan rumput dan anaknya akan sama-sama berbaring,
sedang singa akan makan jerami seperti lembu. * Anak yang menyusu akan
bermain-main dekat liang ular tedung dan anak yang cerai susu akan mengulurkan
tangannya ke sarang ular beludak. * Tidak ada yang akan berbuat jahat atau
yang berlaku busuk di seluruh gunung-Ku yang kudus, sebab seluruh bumi penuh
dengan pengenalan akan Tuhan, seperti air laut yang menutupi dasarnya. * Maka
pada waktu itu taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi
bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya
akan menjadi mulia.... [Yesaya Bab 11: 1-10]
Dan semua peristiwa-peristiwa ini adalah
mencukupi untuk Kiamat Kecil, dan tidak pernah berlaku sebelumnya dan
hanya berlaku di Negara Keadilan Ilahi.
Bagi Jesse (Isai), di dalam Taurat diketahui
bahawa dia adalah bapa kepada Nabi Daud (as), dan ibu Al-Imam Al-Mahdi (as)
adalah dari keturunan Nabi Daud (as).
Dan ceritanya secara ringkas adalah,
Beliau adalah seorang puteri, datuk
beliau adalah Kaisar Rom, dia melihat Nabi Isa (as) dan pengganti (washinya);
Simon Petrus (Simon Peter), dan Nabi Muhammad (S) dalam tidur (rukya) beliau,
dan Nabi Muhammad (S) pergi kepada Nabi Isa (as) dan mencadangkan perkahwinan
antara dia dan anaknya Al-Imam Al-Hassan Al-Askari (as), jadi Isa (as)
berkata kepada Simon Petrus: Satu penghormatan besar telah datang kepada kamu;
kerana dia (puteri) adalah keturunan Simon Petrus, pengganti (washi) Isa (as),
dan dia melihat banyak rukya selepas itu, dan dia telah ditangkap, dan
banyak mukjizat telah berlaku kepadanya sehinggalah dia sampai ke rumah Al-Imam
Ali Al-Hadi (as) yang mengatur perkahwinannya dengan anaknya Al-Imam Al-Hassan
Al-Askari (as), dan dia melahirkan Al-Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Mahdi
(as). [31]
Jadi Al-Imam Al-Mahdi Muhammad bin Al-Hassan
Al-Askary (as) adalah keturunan Israel (Yakub (as)) dari sebelah ibu, dan
keturunan Nabi Muhammad (S) dari sebelah bapa.
Oleh itu, adalah benar bahawa dia
adalah tunas yang akan keluar dari tunggul Isai (Jesse).
Kerana adalah benar bahawa yang pertama
daripada dua belas Mahdi-mahdi merupakan tunas yang akan keluar dari
tunggul Isai (Jesse); kerana dia adalah keturunan Al-Imam Al-Mahdi (as).
Dan Mahdi Pertama yang namanya Ahmad seperti
dalam riwayat Nabi Muhammad (S) dan para Imam (as), adalah utusan Al-Imam
Al-Mahdi (as) dan Washiynya dan Yamin (orang kanan) beliau, dan yang
pertama beriman kepadanya pada awal kemunculannya sebelum dia bangkit dengan
pedang. Rasanya ia memadai sampai di sini untuk meringkaskannya, dan jika anda
mahu lebih banyak lagi bacalah dari Taurat; Kitab Yesaya Bab-bab 13, 42, 43,
44, 49, 63, 65, 66 daripada Kitab Yesaya dan renunglah dengan baik dan teliti
di dalamnya.
b) Kitab Daniel:
Taurat, Kitab Daniel, bab 2: (31 ... Ya raja,
tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung
ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak
mendahsyatkan. (34) Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu
tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya
yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk.(35) Maka dengan
sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu,
dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu
angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan.
Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh
bumi.... .. [Bab 2: 31, 34, 35]
Batu ini yang memusnahkan kerajaan yang zalim
dan syaitan di bumi ini, ia adalah seorang utusan dari Al-Imam Al-Mahdi (as)
dan dari Isa, dari Elia dan dari Khidhir (as).
(2) Berkatalah Daniel, demikian:
"Pada malam hari aku mendapat penglihatan, tampak keempat angin dari
langit mengguncangkan laut besar, (3) dan empat binatang besar naik dari
dalam laut, yang satu berbeda dengan yang lain. (4) Yang pertama rupanya
seperti seekor singa, dan mempunyai sayap burung rajawali; aku terus melihatnya
sampai sayapnya tercabut dan ia terangkat dari tanah dan ditegakkan pada dua
kaki seperti manusia, dan kepadanya diberikan hati manusia. (5) Dan tampak
ada seekor binatang yang lain, yang kedua, rupanya seperti beruang; ia berdiri
pada sisinya yang sebelah, dan tiga tulang rusuk masih ada di dalam mulutnya di
antara giginya. Dan demikianlah dikatakan kepadanya: Ayo, makanlah daging
banyak-banyak. (6) Kemudian aku melihat, tampak seekor binatang yang lain,
rupanya seperti macan tutul (harimau); ada empat sayap burung pada punggungnya,
lagipula binatang itu berkepala empat, dan kepadanya diberikan kekuasaan.
(7) Kemudian aku melihat dalam penglihatan malam itu, tampak seekor
binatang yang keempat, yang menakutkan dan mendahsyatkan, dan ia sangat kuat.
Ia bergigi besar dari besi; ia melahap dan meremukkan, dan sisanya
diinjak-injaknya dengan kakinya; ia berbeda dengan segala binatang yang
terdahulu; lagipula ia bertanduk sepuluh. (8) Sementara aku memperhatikan
tanduk-tanduk itu, tampak tumbuh di antaranya suatu tanduk lain yang kecil,
sehingga tiga dari tanduk-tanduk yang dahulu itu tercabut; dan pada tanduk itu
tampak ada mata seperti mata manusia dan mulut yang menyombong. (9) Sementara
aku terus melihat, takhta-takhta diletakkan, lalu duduklah Yang Lanjut Usianya;
pakaian-Nya putih seperti salju dan rambut-Nya bersih seperti bulu domba;
kursi-Nya dari nyala api dengan roda-rodanya dari api yang berkobar-kobar;
(10) suatu sungai api timbul dan mengalir dari hadapan-Nya; seribu kali
beribu-ribu melayani Dia, dan selaksa kali berlaksa-laksa berdiri di
hadapan-Nya. Lalu duduklah Majelis Pengadilan dan dibukalah Kitab-kitab.
(11) Aku terus melihatnya, karena perkataan sombong yang diucapkan tanduk
itu; aku terus melihatnya, sampai binatang itu dibunuh, tubuhnya dibinasakan
dan diserahkan ke dalam api yang membakar. (12) Juga kekuasaan
binatang-binatang yang lain dicabut, dan jangka hidup mereka ditentukan sampai
pada waktu dan saatnya. (13) Aku terus melihat dalam penglihatan malam
itu, tampak datang dengan awan-awan dari langit seorang seperti anak manusia;
datanglah ia kepada Yang Lanjut Usianya itu, dan ia dibawa ke hadapan-Nya.
(14) Lalu diberikan kepadanya kekuasaan dan kemuliaan dan kekuasaan
sebagai raja, maka orang-orang dari segala bangsa, suku bangsa dan bahasa
mengabdi kepadanya. Kekuasaannya ialah kekuasaan yang kekal, yang tidak akan
lenyap, dan kerajaannya ialah kerajaan yang tidak akan musnah. (15) Maka
aku, Daniel, terharu karena hal itu, dan penglihatan-penglihatan yang kulihat
itu menggelisahkan aku. (16) Lalu kudekati salah seorang dari mereka yang
berdiri di sana dan kuminta penjelasan tentang semuanya itu. Maka berkatalah ia
kepadaku dan diberitahukannyalah kepadaku maknanya: (17) Binatang-binatang
besar yang empat ekor itu ialah empat raja yang akan muncul dari dalam bumi;
(18) sesudah itu orang-orang kudus milik Yang Mahatinggi akan menerima
pemerintahan, dan mereka akan memegang pemerintahan itu sampai selama-lamanya,
bahkan kekal selama-lamanya. (19) Lalu aku ingin mendapat penjelasan
tentang binatang yang keempat itu, yang berbeda dengan segala binatang yang
lain, yang sangat menakutkan, dengan gigi besinya dan kuku tembaganya, yang
melahap dan meremukkan dan menginjak-injak sisanya dengan kakinya;
(20) dan tentang kesepuluh tanduk yang ada pada kepalanya, dan tentang
tanduk yang lain, yakni tanduk yang mempunyai mata dan yang mempunyai mulut
yang menyombong, yang tumbuh sehingga patahlah tiga tanduk, dan yang lebih besar
rupanya dari tanduk-tanduk yang lain. (21) Dan aku melihat tanduk itu
berperang melawan orang-orang kudus dan mengalahkan mereka, (22) sampai
Yang Lanjut Usianya itu datang dan keadilan diberikan kepada orang-orang kudus
milik Yang Mahatinggi dan waktunya datang orang-orang kudus itu memegang
pemerintahan. (23) Maka demikianlah katanya: Binatang yang keempat itu ialah
kerajaan yang keempat yang akan ada di bumi, yang akan berbeda dengan segala
kerajaan dan akan menelan seluruh bumi, menginjak-injaknya dan meremukkannya.
(24) Kesepuluh tanduk itu ialah kesepuluh raja yang muncul dari kerajaan
itu. Sesudah mereka, akan muncul seorang raja; dia berbeda dengan raja-raja
yang dahulu dan akan merendahkan tiga raja. (25) Ia akan mengucapkan
perkataan yang menentang Yang Mahatinggi, dan akan menganiaya orang-orang kudus
milik Yang Mahatinggi; ia berusaha untuk mengubah waktu dan hukum, dan mereka
akan diserahkan ke dalam tangannya selama satu masa dan dua masa dan setengah
masa. (26) Lalu Majelis Pengadilan akan duduk, dan kekuasaan akan dicabut
dari padanya untuk dimusnahkan dan dihancurkan sampai lenyap. (27) Maka
pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta
langit akan diberikan kepada orang-orang kudus, umat Yang Mahatinggi: pemerintahan
mereka adalah pemerintahan yang kekal, dan segala kekuasaan akan mengabdi dan
patuh kepada mereka.(28) Sekianlah berita itu. Adapun aku, Daniel,
pikiran-pikiranku sangat menggelisahkan aku, sehingga aku menjadi pucat; dan
aku menyimpan hal itu dalam ingatanku." [Kitab Daniel Bab 7: 2-28.]
Dan singa dengan sayap melambangkan empayar
Inggeris yang ditubuhkan di Eropah dan logo yang merupakan singa dengan dua
sayap, bagi beruang ia adalah logo untuk Soviet (Rusia), dan memakan banyak
daging ertinya membunuh ramai orang ...... adapun untuk binatang yang keempat
yang diperbuat daripada besi itu empayar Amerika yang menguasai bumi dengan
senjata dan wang.
Ada pun untuk
seorang Yang Lanjut Usianya adalah Al-Imam Al-Mahdi (as), dan anak manusia
adalah Isa (as), dan berakhirnya Amerika seperti yang diceritakan oleh Daniel,
bahawa ia akan dibakar dengan api. Insya Allah
Dan Al-Imam Al-Mahdi (as), Isa, Elia dan
Khidhir (as) akan datang semasa Kiamat Kecil dan ia adalah suatu
penghakiman dan azab dan pembalasan kepada penindas, ia adalah tepat untuk azab
dan pembalasan datang sebelum amaran? Jadi siapakah pemberi peringatan itu?
Mesti ada seorang Rasul dari mereka (as) yang
menjanjikan dan memberi amaran kepada manusia, sebelum kemunculan mereka.
Adapun di dalam Taurat, ini sudah memadai, biarlah ia menjadi lebih ringkas.
Ketiga: dalam Injil
Sila baca kitab Washiy
Dan Utusan Imam Mahdi (as) Di Dalam Taurat, Injil dan Al-Quran
Sebelumnya ✡✡✡✡✡ Seterusnya
BUKTI-BUKTI DAKWAH KEPADA ORANG-ORANG KRISTIAN DAN YAHUDI
4 drpd 4
Halaman 4 daripada 4
Orang yang diserupakan yang disalib menebus Isa Al-Masih (as)
Soalan 179: Apakah kisah Isa (as)? Dan bagaimana orang yang diserupakan kepadanya seperti firmanNya Yang Maha Tinggi:
Dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang...
Dari kitab Risalah Al-Hidayah oleh Imam Ahmad Al-Hasan al-Yamani (as): Aku datang untuk bersaksi tentang kebenaran, dan bercakap benar. Aku dilahirkan untuk ini, dan aku akan mati untuk ini. , insyaAllah. Bagi anda,...
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah batu penjuru
Yesus berkata kepada mereka, "Tidak pernahkah kamu membaca dalam Kitab Suci batu yang dibuang oleh tukang-tukang bangunan, itu telah menjadi batu penjuru, dan ini berasal dari Tuhan, dan itu ajaib di mata kita. Sebab itu Aku berkata kepadamu. ..
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah seorang utusan daripada Elia (as)
Dari kitab Wali dan Rasul Imam Al-Mahdi as, di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran, telah diterima satu pertanyaan daripada seorang wanita Kristian tentang Imam Ahmad Al-Hassan (AS) seperti berikut. : S 16/ Kamu Syiah mengatakan bahawa duta itu adalah empat, dan mereka diputuskan selepas itu...
Imam Ahmad Al-Hassan (as) adalah hamba yang Terpercaya dan bijaksana
Isa a.s. berkata (Oleh itu, kamu juga bersedia, kerana pada saat yang kamu tidak sangka, Anak Manusia (iaitu Yesus) akan datang, jadi siapakah hamba yang setia dan bijaksana yang dimiliki oleh tuannya. memerintahkan hamba-hamba-Nya untuk memberi mereka makanan...
Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) adalah penghibur
Penginjilan Mahdi pertama, pengganti dan utusan Imam Mahdi (as) disebutkan dalam Perjanjian Baru, di beberapa tempat, berita Yesus (as) tentang Penghibur, dalam (Yohanes 14): (26) Adapun Penghibur, Roh Kudus,...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan