Khamis, 21 April 2022

Ahmad Al-Hassan (as) di sisinya ada panji-panji Rasulullah (S)

 

Ahmad Al-Hassan (as) di sisinya ada panji-panji Rasulullah (S)


Cara ketiga ialah panji-panji Bai’atu Lillah atau tuntutan Pemerintahan Allah: Perkara ini merupakan amalan bagi khalifah untuk menunaikan peranannya sebagai pengganti, dan mengamalkan bagi perintah Allah Yang Maha Suci menunaikan peranan mereka sebagai amalan dan pengetahuan sebagai pengendali dan pelajar di sisi khalifah ini. Ini membuktikan bahawa Pemerintahan Allah dan kerajaan Allah ke atas bumiNya dicapai melalui ketaatan kepada Khalifah Allah di bumiNya. Oleh itu, semua rasul, termasuk Muhammad (S), mereka membawa panji ini (Bai’atu Lillah - Ketaatan kepada Allah atau Pemerintahan Allah dan kerajaan Allah) dan berhadapan dengan mereka yang mengakui pemerintahan manusia (rakyat) dan tidak menerima pemerintahan Allah dan kerajaan-Nya, Yang Maha Suci.

 

Panji Rasulullah Muhammad (S)

 

Para imam (as) menjelaskan bahawa orang yang datang dan dikenali dengan panji-panji Rasulullah (S), iaitu panji-panji kesetiaan kepada Allah (Bai’atu Lillah) atau tuntutan kepada pemerintahan Allah.

 

Dari Al-Baqir (as) beliau berkata:

 

(……….. Kemudian dia dan orang-orang yang bersamanya akan meninggalkan tiga ratus belasan orang yang berbai’at kepadanya di antara Rukun dan Maqam, bersamanya ada perjanjian Nabi Allah (S) dan panjinya, senjatanya, dan pembantunya bersamanya, dan para penyeru menyeru ke Mekah dengan nama dan perintahnya dari langit, supaya penduduk bumi dapat mendengarnya. Semua mereka mempunyai nama, nama nabinya, anda tidak akan keliru perjanjian Nabi Allah (S), dan panjinya dan senjatanya, dan jiwanya yang suci dari anak-anak Al-Hussein. Maka janganlah kamu keliru dengan suara dari langit atas namanya, perintahnya, dan berhati-hatilah kamu terhadap keanehan dari keluarga Muhammad (S), kerana keluarga Muhammad dan Ali mempunyai panji-panji dan untuk mereka yang lain juga mempunyai panji-panji. Maka berpeganglah kamu di bumi dan janganlah kamu mengikuti seorang lelaki pun daripada mereka sehingga kamu melihat seorang lelaki daripada anak-anak Al-Husain, bersamanya ada perjanjian Nabi Allah, panji dan senjata baginda, Kemudian perjanjian Nabi Allah itu diserahkan kepada Ali Bin Al-Hussein dan kemudian diserahkan kepada Muhammad bin Ali, dan Allah melakukan apa yang Dia kehendaki. Maka hendaklah kamu menyertai mereka selamanya, dan berhati-hatilah kamu mengingatnya, jika seorang di antara mereka keluar dengan tiga ratus belasan orang, dan bersamanya panji-panji Rasulullah (S), dia akan pergi ke Madinah sehingga dia melewati Al-Baidaa sehingga mereka berkata: Inilah tempat orang-orang yang ditelan bumi dan ia adalah ayat yang difirmankan Allah:

﴿أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ أَن يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ﴾‏

maka apakah orang-orang yang membuat makar (rencana) yang jahat itu, merasa aman dari ditenggelamkannya di bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari, [Al-Nahl 16:45] ………) Bihar Al-Anwar J 52 hlm. 223

 

Imam Ahmad Al-Hassan (as) yang mengibarkan panji-panji Rasulullah Muhammad (S) ((Bai’atu Lillah – Janji Setia kepada Allah))

Tuntutan untuk pemerintahan Allah dan kerajaan ilahi mesti dipenuhi dalam realiti hidup dengan cara di mana pemilik kebenaran ilahi, hikmah, ilmu dan makrifahnya tentang hasil urusan yang jelas.

 

Dan Al-Hamdu Lillah, ini dapat dicapai dengan kurnia Allah SWT. Maka semua ulama yang tidak beramal itu menyeru kepada pemerintahan manusia, pilihan raya, syura dan saqifah di akhir zaman, melainkan pemegang wasiat (washi) dikurnia Allah ke atasnya. Dia tidak redha melainkan dengan pemerintahan Allah dan kerajaan Allah Yang Maha Suci, dan dia tidak menyimpang dari jalan yang ditunjukkan oleh Muhammad dan Aali Muhammad (as). Sedangkan para ulama yang tidak beramal telah tersasar dari jalan kebenaran, dan berkat perencanaan ilahi yang teguh, jelaslah bahawa orang yang mengangkat panji-panji Rasulullah Muhammad (S) ((Bai’atu Lillah – Janji Setia kepada Allah)) hanyalah washi (pemegang wasiat).

 

Adapun selain beliau, mereka mengangkat panji-panji pilihanraya dan pemerintahan rakyat (manusia), iaitu ikrar taat setia di leher mereka kepada taghut penzalim dan memenuhi kemahuan mereka, malah mereka mengajak orang ramai kepadanya dan manusia tertipu kerana kejahilan mereka tentang akidah yang diredhai Allah SWT, kerana Ahl Al-Bait (as) telah menjelaskan perkara ini dengan terang dan jelas, dan darah Al-Hussein di Karbala adalah saksi terbaik untuk perkara ini.

 

Selain panji-panji keluarga Muhammad.. ada panji-panji taat setia kepada rakyat (manusia)

 

Pemilihan adalah syura kecil (Al-Syura Al-Shughra) yang berlaku di Baghdad, yang diceritakan dan diperingatkan oleh Rasul Muhammad (S) kepada kita, dan mengancam dengan ‘celakalah bagi mereka yang menyertainya’. Dari Rasulullah (S) bahawa baginda bersabda:

 

(Celakalah, celakalah umatku dalam Al-Syura Al-Kubra wa Al-Shughra (Syura besar dan kecil). Dia ditanya tentang hal itu, lalu baginda (S) pun bersabda: Adapun yang besar yang terjadi di kotaku setelah kematianku untuk merampas kekhalifahan saudaraku. dan merampas hak anak perempuanku. Adapun syura kecil, ia berlaku dalam Al- Ghaibah Al-Kubra di Al-Zauraa’ untuk mengubah sunnahku dan mengubah hukum ketetapanku) Manaqib Al-‘Itrah dan Kitab Dua Ratus Lima Puluh Alamat, hlm. 130.

 

Dan Allah SWT menghendaki - untuk membezakan ikrar (bai’ah) dan syura -permesyuaratan (pemilhan) ini - bahawa tiada ikrar taat setia (bai’ah) dan syura (pilihan raya) berlaku dalam sejarah Iraq seperti ini untuk menunjukkan bahawa ia adalah (Syura Kecil) kerana tidak ada yang lain berlaku sepertinya.

 

Dan Rasulullah (S) memberi khabar bahawa ia berlaku pada masa Ghaibah Kubra dan di Al-Zauraa’, iaitu Baghdad, menunjukkan bahawa ia berada di Iraq dan pusatnya adalah Baghdad (ibu kota) dan markas dan asas Syura (pemilihan) ini yang disifatkan oleh Rasul (S) sebagai mengubah Sunnah Nabi Muhammad (S) ((pemerintahan Allah Taala) dan mengubah hukum ketetapan baginda (S) ((berhukum dengan selain Al-Quran dan Al-Sunnah yang suci)). Dan sebenarnya, ia mengubah Sunnah Al-Rasul Muhammad (S) dan bersandarkan kepada kepimpinan rakyat dan negara kepada Amerika dan agen-agennya dan mereka yang menyeleweng dari syari’at Al-Muhammadiyah yang sebenar, dan Penggubalan peruntukan undang-undang (Perlembagaan) telah diamanahkan kepada rakyat (Dewan Negara) dan mereka meninggalkan Kitab Allah di belakang mereka seolah-olah mereka tidak mengetahuinya.

 

Allah Ta'ala berfirman:

﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾‏

Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. [Al-Maidah:47]

﴿أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ﴾‏

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah bagi orang-orang yang yakin? [Al-Maidah:50]

 

Dari ayat-ayat Allah SWT dan alamat yang jelas yang dilalaikan oleh orang buta: - iaitu pemilihan diadakan pada hari Bai’ah Al-Ghadir kepada Ali bin Abi Talib (as) sebagai khalifah:

Orang ramai berbaiah kepada (taghut penzalim) dan meninggalkan bai’ah kepada Ali bin Abi Talib kerana dia sibuk dengan pilihanraya dan kerana ziarah itu dilarang pada hari itu walaupun dari penduduk Najaf yang rapat dengan Imam Ali (as). Dan inilah kuasa Allah Taala untuk menjelaskan kepada kamu bahawa dengan bai’ah kamu ini mengeluarkan kamu dari bai’ah Ali bin Abi Talib (as) dan tidak datang menziarahinya serta membai’ahnya seperti biasa setiap tahun.!!!.

Saya tertanya-tanya, adakah anda tidak bertanya pada diri anda tentang ayat ini dan merenung keadaan anda, kepada siapa anda berbai’ah dan kepada siapa anda tinggalkan?!!!

 

Selain itu, diadakan pemilihan pada hari Al-Ghadir, hari ikrar taat setia (bai’ah) kepada Amirul Mukminin (as), juga menunjukkan kaitan antara Syura kecil ini dengan Syura besar (Saqifat Bani Sa'adah), di mana hak khalifah telah dirampas daripada Amirul Mukminin (as), seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah (S). Dan mereka adalah seperti ini, mengikut contoh seperti cara golongan sebelum kamu setapak demi setapah dan langkah demi langkah!!!

﴿إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ﴾‏

((Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.)) [Qaf/37].

 

Kita sebagai Muslimin, Syiah, dan pengikut Ahl Al-Bait (as), dan membenarkan berita-berita ghaib dari mereka, kita tidak dapati dalam riwayat-riwayat mereka bahawa pada akhir zaman akan ada negara Wilayah Ahl Al-Bait (as) di Iraq. Bahkan, sebaliknya adalah benar, kerana ia diterima dan digabungkan riwayat-riwayat dengan penubuhan negara Banu Al-Abbas di Iraq, dan ia adalah salah satu tanda kebangkitan Al-Qa'im (as) dan bahawa ia, seperti negara pertama Banu Al-Abbas, menjalankan syiar-syiar agama "Ya membalas bela Al-Husain" dan "Al-Redha dari keluarga Muhammad." Pada hakikatnya, ia adalah musuh agama dan mazhab. Dan memerintah dengan sistem buatan manusia yang dilarang oleh Allah Taala dan Rasul-Nya dan para imam yang suci (as), dan Kerajaan Bani al-Abbas yang didirikan di Iraq ini akan dihancurkan oleh Al-Yamani, Al-Khurasani, dan Al-Sufyani, yang satu ini dari Timur dan yang satu lagi dari Barat.

 

Dari Ya`qub ibn Al-Siraj, kata:

 

Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Bilakah Syiah kamu akan dilapangkan? Dia berkata: (((Jika anak-anak Al-Abbas berselisih pendapat, dan kekuasaan mereka lemah, dan orang-orang yang tidak tamak menjadi tamak di kalangan mereka, dan orang-orang Arab melepaskan pertolongan mereka, dan semakin meningkatnya orang-orang yang bersiasah (berpolitik) di kalangan mereka. dan Al-Sufyani muncul, dan Al-Yamani datang, dan Al-Hasani berpindah, pemilik urusan ini meninggalkan Madinah menuju ke Mekah....)) Ghaibah Al-Nu’mani ms 270,

 

Dan dari Abi Jaafar (as) dalam khabar (riwayat) yang panjang, dia berkata:

 

((.... Banu Al-Abbas mesti memerintah, maka jika mereka memerintah dan berselisih dan urusan mereka akan berpecah belah, akan keluar Al-Khurasani dan Al-Sufyani, yang satu ini dari Timur dan yang satu lagi dari Barat. Mereka berlumba-lumba ke Kufah bagaikan kuda-kuda bertaruh, yang satu dari sini, dan yang satu lagi dari sana, sehingga kebinasaan mereka di tangan antara mereka, tiada seorang pun daripada mereka yang kekal..)) Ghaibah Al-Nu’mani ms 255

 

Dari Muhammad bin Al-Hanafiyah:

 

((… Maka aku berkata: Semoga aku menjadi tebusan tuan. jika ada panji di hadapan panji-panji tuan? Dia berkata: Ya, demi Allah, Banu Mirdas mempunyai kerajaan yang kukuh yang tidak diketahui apa-apa kebaikan dalam kekuasaan mereka. Kekuasaan mereka adalah kesusahan tanpa kemudahan, yang jauh mereka menghampirinya dan yang dekat mereka hubungi, sehingga

mereka percaya dengan perancangan dan azab Allah, satu jeritan akan kedengaran daripada mereka. Mereka tidak mempunyai gembala (pemimpin) lagi untuk mengumpulkan mereka,

Tidak ada kumpulan yang mahu mendengar mereka, dan Allah telah menimpakan azab kepada mereka.”

 

Dan dalam riwayat lain

 

((Mereka tidak menunaikan perjanjian dan juga persetiaan yang menyeru kepada kebenaran tetapi mereka bukan dari kalangan ahlinya. Nama mereka adalah nama panggilan gelaran dan nasab mereka kenegerian, dan rambut mereka diminyaki seperti rambut wanita)) Al- Mumahhidun oleh Al-Kurani hlm 105.

 

Dalam riwayat terakhir ini, terdapat empat ciri yang berlaku kepada kerajaan pilihan raya dan mengesahkan bahawa negara Bani Al-Abbas yang akan memerangi Syiah keluarga Muhammad sebenar:

 

((Mereka tidak menunaikan perjanjian dan juga persetiaan)):-

 

Ini jelas pada anggota kerajaan ini yang melanggar perjanjian Allah Taala ke atas mereka untuk berwala’ (wilayah) kepada Ali (as) dalam perkataan dan perbuatan serta berhukum dengan apa yang diturunkan Allah Taala, di samping berapa banyak perjanjian dan persetiaan yang diberikan kepada umat ini dan kemudian tidak menunaikannya kerana urusan mereka bukan di tangan mereka, tetapi di tangan Amerika dan perancangannya.

 

((Mereka menyeru kepada kebenaran tetapi mereka bukan dari kalangan ahlinya)):-

 

Ini jelas kepada semua orang yang telah menyaksikan dan memerhatikan ahli kerajaan ini. Mereka mendakwa melaksanakan Islam, akhlak dan hak asasi manusia, dan menyeru kepada kejujuran, kebenaran, altruisme dan pengorbanan. Malah, mereka telah melanggar Kitab Allah SWT dan meletakkan tangan mereka di tangan Amerika dan berdamai dengannya dalam pendudukannya di tempat yang paling suci di dunia selepas Dua Tanah Suci. Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾‏

(((Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.)) [Al-Madah:51] Sebaliknya, kebanyakan mereka telah membuktikan pekerjaan mereka kepada Barat yang kafir dan menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di tangan mereka, di samping itu mereka menyeru kepada kejujuran, kebenaran, altruisme dan amanah tetapi kebanyakan mereka telah terbukti berkhianat dan mencuri dana negara dan mengeksploitasi kedudukan untuk kepentingan peribadi dan membiarkan mereka yang fakir, miskin dan anak yatim hidup di jalanan sebagaimana mereka berada di zaman zalim Saddam (laknahu Allah). Mereka menyeru kepada kebenaran tetapi mereka bukan dari kalangan ahlinya!! !

 

((Nama mereka adalah nama panggilan gelaran dan nasab mereka kenegerian,)):-

 

Ciri ini menjadi faktor asas di kalangan parti-parti politik yang merupakan sebahagian besar daripada unsur-unsur asas kerajaan pada hari ini, kerana anda akan dapati setiap orang daripada mereka nama panggilannya selain nama sebenar, sama ada nama panggilan seperti (Bapa itu, ini). atau dihubungkan dengan kotanya (seperti Al-Basri, Al-Karbalai, Al-Najafi, Al-Rumaitsi, Al-Qarnawi, Al-‘Umari…..dll).

 

((dan rambut mereka diminyaki seperti rambut wanita)):-

 

Syair (perumpamaan) ini adalah metafora dan lambang bagi idea yang dibawa dan diyakini oleh seseorang, dan idea-idea ini diibaratkan sebagai lembut seperti pemikiran wanita, kerana wanita dicirikan oleh idea yang cenderung menyerah, tunduk, lemah dan kekurangan. konfrontasi dalam jihad dan seumpamanya. Dan ini adalah keadaan negara semasa, kerana mereka berdamai dengan Amerika dan tidak dapat berjihad menentangnya. Sebaliknya, mereka tidak memikirkannya sama sekali, bahkan mereka bersetuju dengan idea dan projek yang merosakkan di Iraq, dan di sini mereka telah menyebarkan maksiat dalam masyarakat Islam Iraq dan memburukkan lagi keadaan melalui arak, zina, saluran satelit yang tidak bermoral, majalah lucah, dan pawagam yang beroperasi secara bebas. Tanpa pengawasan, negara menayangkan gigi dan tersenyum sambil berkata ((kebebasan..demokrasi)) !!!.

 

Bacalah kitab Imam Ahmad Al-Hassan (as), di mana beliau membahas tentang apa itu demokrasi, sehingga menjadi jelas kepada kita apa itu panji-panji kesetiaan kepada Allah (Bai’atu Lillah) yang dikibarkan oleh para nabi dan washi (as) dan hari ini dikibarkan oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as).

 

Kitab Pemerintahan Allah, Bukan Pemerintahan Manusia – (Hakimiah Allah La Hakimiah Al-Nas)

 

 

Sebelumnya ✡✡✡✡✡ Seterusnya

 

 

Tiada ulasan: