Ahad, 4 November 2018

Sebab-sebab Keghaiban Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as)



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...114
                

Sebab-sebab Keghaiban Imam Mahdi Muhammad bin  Al-Hasan (as)

Sebelum pergi ke Hentian Keempat saya suka menerangkan sebab-sebab keghaiban Imam Kedua Belas dari para Imam Ahl Al-Bait, kerana ianya menyentuh apa yang akan diterangkan, dan saya akan meninggalkan penulisan terhadap Al-Qaim Aali Muhammad, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), yang menerangkan sebab-sebab keghaiban.

Dia (as) berkata: Al-Imam adalah kemurahan Ilahi kepada orang yang beriman dan kewujudannya menjelaskan mereka dan memberi dorongan yang besar bagi mereka untuk beriltizam dengan agamanya. Maka jika dia menahan diri dari keluar (muncul) kerana takut akan dibunuh, sebagai contoh. Kewujudan wakil (safir) beliau (as) adalah cara yang lebih baik daripada keghaiban lengkap (kubro) beliau kerana wakil adalah pemimpin yang mengganti Imam (as) yang dikirim atas arahan beliau (as). Jadi kewujudan wakil (safir) beliau juga - adalah kemurahan Ilahi kerana kewujudannya menyerupai kewujudan Al-Maksum, di mana dengan kewujudan wakil (safir) mungkin untuk berhubungan dengan Imam dan mengetahui hukum-hukum Syariah yang betul (sahih); terutama bagi apa yang datang di sepanjang peredaran zaman. Jadi, jika perkara itu berlaku seperti itu, apakah sebab berlakunya keghaiban penuh (Kubro- utama)? !

Untuk menjawabnya terdapat beberapa andaian, termasuk:

1 -Takut dibunuh dengan tipu daya oleh para penzalim (Taghut):

Ini mungkin benar jika Imam dilihat di dalam masyarakat, kerana bagi beliau ghaib bukan dalam keghaiban penuh (benar-benar tidak boleh dihubungi), bermakna dengan kewujudan wakil (naib) Imam (as) akan menjauhkan dari mata penzalim dan dari apa jua rancangan jahat mereka. Secara khususnya beliau (as) ditolong oleh Allah SWT. Dan pada masa yang sama beliau berhubungan dengan orang-orang mukmin dan memberikan kepada mereka hukum Syariah dan arahan yang mereka perlukan, dengan itu, beliau dapat menghilangkan bahaya dari para penzalim dan adalah memadai dengan keghaiban yang tidak lengkap dengan mengadakan wakil (safir) ini, jadi tidak perlukan keghaiban penuh lagi. Allah lebih mengetahui.

2- Ketiadaan peribadi yang berkelayakan untuk safir dan wakil khas Imam (as):

Selain itu, sebagai wakil di sisi Imam (as) seharusnya mempunyai banyak sifat-sifat Imam (as), yang tidak kurang daripada darajat yang tinggi seperti zuhud, bertakwa, warak dan takut kepada Allah dan berupaya untuk menguruskan hal ehwal umat dari segi siasah (politik), iktisad (ekonomi) dan kemasyarakatan (sosial), dan dia adalah yang ahli [Faqih], yang bermaksud: Dia biasa dengan riwayat hadits daripada maksumin (as), bukanlah dia menjadi ahli [Faqih] seperti yang biasa difahami pada hari ini.

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...115


Jadi safir tidak perlu menggubal hukum syariah, tetapi dia adalah seorang beriman yang ikhlas, menjadi penulis hukum Syariah dari Imam (as) kepada umat, begitu juga dengan wujudnya seorang safir kepada Imam (as) itu, adalah tidak dibenarkan untuk sesiapa menggubal hukum oleh pendapat sendiri, walaupun dia adalah seorang Faqih yang memenuhi syarat-syarat yang dikenal pada hari ini.

Dan inilah yang mungkin menjadi sebab untuk keghaiban lengkap (kubro). Tetapi dengan tiada orang yang berkelayakan untuk menjadi safir itu adalah suatu perkara yang jauh lagi dan ini disebut dalam riwayat dari mereka (as) yang bermaksud: Bahawa Imam tidak takut beliau (as) bersendirian pada zaman keghaiban dengan wujud 30 orang yang beriman dari kalangan orang-orang yang soleh. [1]

3- Sikap tidak acuh umat pada Imam (as)
    
Dan tidak mendapat manfaat daripadanya dengan manfaat sebenar dan tidak bekerjasama dengan seorang pemimpin umat, jadi keghaiban lengkap (kubro) adalah akibat (hukuman) kepada umat. Kemungkinan matlamatnya adalah untuk pembaharuan umat selepas terjejas oleh malapetaka dan tragedi kerana ketiadaan pemimpin maksum. Jadi keghaiban panjang (kubro) menyerupai sejarah sesat Bani Israel di gurun pasir Sinai, dihukum untuk tujuan pengislahan (pembaikan), Bertujuan untuk mengeluarkan dari generasi umat yang layak untuk membawa Risalah Ilahiyah kepada penduduk bumi, satu generasi yang tidak redha kecuali dengan pimpinan Maksum dan tidak redha kecuali Al-Quran untuk menjadi perlembagaan dan syiar  dan manhaj (cara) untuk kehidupan.

Amir Al-Mukminin (as) berkata, dalam menerangkan sikap tidak acuh umat ini terhadap Imam dan Al-Quran, “Dan sesungguhnya akan datang selepasku zaman yang padanya Kebenaran disembunyikan, dan tiada lain dari mendedahkan kebatilan, dan mendustakan Allah dan RasulNya. Dan tidak ada penduduk pada masa itu yang menghargai Kitab selain betul bacaannya, yang tidak mengambil isi selain menafaat hurufnya, dan tiada apa yang ada di bumi selain daripada menolak makruf dan tidak mengenal yang mungkar. Yang akan membuang Al-Kitab, yang mengabaikan pemeliharaannya. Kitab Suci pada hari itu ahlinya (pemiliknya) dinafikan dengan mengusir pemegang sebenarnya, kedua-duanya berjalan tanpa perlindungan. Kitab Suci dan ahlinya pada zaman itu di tangan orang lain dan bukan di tangan mereka, bersama orang lain dan bukan bersama mereka. kerana kesesatan tidak bermuafakat dengan hidayah jika berhimpun, akan bersatu kaum yang berfirqah dan berpecah belah dari jamaah (Islam), seolah-olah merekalah yang memimpin Kitab dan bukan Kitab

------------------------
1-  Diriwayatkan Al-Syeikh Al-Kulaini: dari Abi Bashir dari Abi 'Abdillah (as) katanya: (Pasti berlaku Pemilik Urusan ini mengalami keghaiban, dan pasti dalam keghaibannya dia akan kesendirian (‘uzlah), dan ya, di tempat tinggal yang baik, dan dikelilingi dengan tiga puluh orang yang sabar) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 340, Ghaibah Al-Nu3maniy: halaman 194 , Ghaibah Al-Thusi halaman 162 Apa yang ada dalam Ghaibah Al-Thusi yang mana terdapat sedikit perbezaan..



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...116

yang memimpin mereka! Oleh itu tiada yang tinggal pada mereka selain namanya. Dan tidak mengetahui selain tulisan (Khat) dan lagunya!! Seperti masa lalu bagaimana mereka akan mencacatkan orang soleh dengan apa cara sekali pun, dan mereka menggelar kejujuran ​​sebagai fitnah Allah, dan menjadikan kebaikan dihukum dengan kejahatan.[1]

Alasan bahawa sebab keghaiban penuh (Kubro- utama) adalah keengganan  umat untuk melakukan beberapa perkara, antara lain:

a- Hasil kerja tangan yang dikeluarkan dari beliau (as) melalui wakil (safir)nya ini sangat sedikit yang menandakan bahawa soalan-soalan yang ditujukan kepadanya juga sangat sedikit.

Dan mungkin seseorang akan berkata: walaupun banyak hasil kerja tangan, tetapi tiada apa yang sampai kepada kita daripadanya kecuali jumlah yang kecil ini.

Dan sebenarnya: hujah ini tidak boleh menipu orang yang memerhati dengan teliti pada bilangan yang sedikit, kerana jika hasil tangannya banyak, banyaklah yang akan sampai kepada kita walaupun ada sesuatu yang hilang darinya. Maka tidak dapat dielakkan hadits Nabi (S) dan Imam Al-Shadiq dan Imam Al-Redha (as) tidak sampai kepada kita semuanya, tetapi banyak yang sampai kepada kita dan riwayat daripada Imam (as) dengan tidak bersalahan (dibid’ahkan) dari hadits-hadits Imam-imam (as), dan hal keadaan yang mengelilingi mereka tidak lebih besar daripada keadaan yang dikelilingi oleh khutbah Imam Amir Al-Mukminin (as) sehingga sebahagian yang sampai kepada kita adalah kitab Nahj Al Balaghah.

Selain itu, para ulama Syiah semasa keghaiban pendek (sughro-kecil) telah mengambil berat tentang menulis riwayat Imam-imam (as),dan menyampaikan kitab-kitab mereka kepada Imam (as) melalui wakil (safir)nya dan dari Kitab Al-Kafi Al-Kulaini (rahimahu Allah), jadi mengapa tidak ada sesiapa dari mereka yang mengambil berat untuk menulis hasil kerja tangan dikeluarkan olehnya (as)?!

Pada hakikatnya mereka mengambil berat untuk menulisnya, tetapi sedikit bilangannya.

Dan apa yang jelas pada orang yang tidak mengendahkan tentang ilmu pengetahuan dan pada Imam apa yang Al-Kulaini bentangkan dalam Kitabnya Al-Kafi. Al-Kulaini hidup pada Zaman keghaiban pendek (sughro-kecil) dan meninggal dunia tepat pada penghujung keghaiban itu. Dia meninggal dunia pada Syaaban pada tahun 329 H maknanya pada bulan yang sama dan pada tahun itu Ali bin Muhammad Al-Samari meninggal dunia, yang terakhir dari empat orang wakil (safir) ini .

------------------------
1 - Nahj al-Balaghah – dengan huraoan Muhammad Abduh: J 2 hal 31,  Bihar Al-Anwar: J 34 hal  Bihar Al-Anwar: J 34 hal 233.
                                               

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...117

Al-Kulaini (rahimahu Allah) berkata: (Ada pun selepas itu, aku faham istilah yang dirungutkan oleh orang-orang di zaman kita kerana kejahilan dan mereka sepakat dan usaha mereka untuk membina laluan mereka, dan menjelaskan ilmu dan asas-asasnya, sehingga hampir ilmu itu hilang sepenuhnya dan sumber-sumbernya terputus, kerana mereka suka untuk bersandar kepada kejahilan, dan mereka menyia-nyiakan ilmu dan ahlinya [1]

Dan beliau berkata lagi: (Untuk sesiapa yang ingin Allah berikan dia kejayaan dan menjadikan imannya tetap dan kekal, Dia jadikan untuknya sebab-sebab yang akan menyokongnya sehingga dia mengambil agamanya dari kitab Allah dan Sunnah NabiNya (S) dengan ilmu yakin dan pengamatan hati, yang lebih kukuh bagi agamanya daripada paksi gunung-ganang dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk dihinakannya dan menjadikannya sesat dari agamaNya - kita berlindung kepada Allah dari yang demikian itu - dia dijadikan untuknya sebab-sebab yang kelihatan baik pada taqlid dan mentafsir (takwil) tanpa ilmu dan pengamatan hati, dan itu adalah dengan kehendak Allah, dengan izin Allah Tabaraka Wa Taala, melengkap imannya dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menariknya semula, dan Dia tidak akan beriman kepadanya, jika dia beriman pada waktu pagi, pada petangnya dia akan menjadi kafir dan jika beriman petang hari, tiba waktu pagi dia akan kafir semula; kerana setiap kali dia melihat sesuatu yang besar daripada orang-orang besar yang berharta bersamanya dan setiap kali dia melihat sesuatu disanjung secara zahir, dia menerimanya, dan seorang alim [Imam Musa Al-Kadzim (as)][2] berkata: "Allah Azza Wa Jalla menjadikan Nabi-nabi dengan sifat kenabian dan tidak dijadikan mereka itu melainkan Anbiak, dan menjadikan washiy di kalangan Aushiak, dan dia menghina sesuatu kaum kerana iman, jika Dia menghendaki tentulah sama ada Dia menyempurnakan [iman] mereka atau Dia akan menariknya semula dari mereka,” dan beliau berkata: “dan mereka dipetik sebagai berkata, Dia berfirman:
: ﴿فَمُسْتَقَرٌّ وَمُسْتَوْدَعٌ﴾
maka (bagimu) ada tempat tetap dan tempat simpanan. [3]

Maka ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya tidak boleh bagi seseorang membedakan riwayat-riwayat yang berselisih dari para imam [3alaihimu Al-Salam] dengan pendapatnya sendiri kecuali berdasarkan atas apa yang diriwayatkan dari perkataan Imam [3alaihi Al-Salam] “serahkan riwayat-riwayat itu pada kitab Allah maka yang bersesuaian dengan kitab Allah AWJ ambillah dan yang bertentangan dengan kitab Allah maka tolaklah”. Dan perkataan Imam [3alaihi Al-Salam] “Jauhilah apa yang bersesuaian dengan kaum [awam] karena petunjuk ada pada yang mereka perselisihkan”. Dan perkataan Imam [3alaihi Al-Salam] “Ambillah yang disepakati karena yang disepakati itu tidak mengandungi keraguan”. Kami tidak mengetahui dari semua itu kecuali sedikit. Dan kami tidak mendapatkan sesuatu yang lebih berhati-hati dan lebih diperbolehkan daripada mengembalikan semua ilmu itu kepada para imam [3alaihimu Al-Salam] [4] dan menerima perkara itu berdasarkan perkataan Imam [3alaihi Al-Salam]“ dengan yang mana saja kalian ambil sebagai bukti kepatuhan maka itu diperbolehkan bagi kalian” [5]

b- dan diriwayatkan dari para imam (as) bahawa dia dizalimi dan dia adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut:


-----------------------
1- Al-Kafi: J 1 hal 5
2- yang dimaksudkan adalah Imam Musa bin Ja’far Al-Kadzim (as). Ini adalah salah satu gelarannya.
3- Al-An3am 6:98
4-  Al-imam Shohib Al-Amr (pemilik urusan), daripadanya (as).
5 - Al-Kafi: : J 1 hal 8

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...118
         
Al-Baqir (as) berkata: "Perkara ini dalam usia yang paling muda dan adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut." [1] Maka, yang paling buruk disebut di  kalangan Syiah menunjukkan penolakan mereka terhadap beliau (as)

c-  Keluar dari beliau (as) yang ditandatangani kepada safir beliau Al-‘Umari, di dalamnya, "Sebab di sebalik berlakunya keghaiban, Allah Azza Wa Jalla berfirman:
:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ﴾
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu. [2], [3]

Dan apa yang boleh difahami dari riwayat ini, adalah bahawa kamu adalah sebab di antara sebab-sebab keghaiban dan ia cukup bebas sebagai petunjuk kepadanya.

Dan selepas jawapan kepada soalan-soalan Al-Hamiri yang ditanya olehnya, dia (as) berkata: (Bismllahi Al-Rahman Al-Rahim, bukan dari perintah-Nya yang kamu faham dan bukan dari orang-orang yang auliak-Nya yang kamu terima

 ﴿حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ ۖفَمَا تُغْنِ النُّذُرُ ﴾
Itulah suatu hikmah yang sempurna maka peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka). [4]
Salam sejahtera juga kepada kita semua dan kepada hamba-hamba Allah yang sholeh. [5]

Dan ia tidak tersembunyi dalam kata-katanya (as), sakit yang disebabkan oleh keengganan umat ini menerima kebenaran dan menerima beliau (as). Dan kita wahai saudara yang dikasihi, jika kita yakin bahawa dia adalah Hujjah Allah, hendaklah kita bekerja siang dan malam untuk menyegerakan kemunculannya dan kita akan bentangkan baginya diri kita, harta dan anak-anak kita.

d- Kerukunan (kerjasama) umat kepada penzalim dan membantunya dengan cara apapun walaupun dengan kerja-kerja awam yang difikirkan orang-orang yang akan mededahkannya.

Dan ini adalah jelas dari sesiapa yang melihat melalui sejarah dan terutama semasa Zaman Keghaiban Panjang (kubro). kebanyakan ulamak dan orang-orang jahil sama-sama menyokong penzalim taghut, begitulah Imam Al-Kadzim (as) berhujah terhadap Safwan (ra) kerana dia menyewakan untanya kepada penzalim taghut Harun Al-Abbasiyah untuk pergi mengerjakan haji.

﴿وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ﴾ ,

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. [6], [7]

Oleh itu, sebabnya adalah keengganan ummah kepada khalifah Allah Yang Maha Suci, dan secara semula jadi tidak berguna kewujudannya di antara mereka kerana kewujudannya di antara mereka dan ketiadaannya sama sahaja.

------------------------------
1 - Ghaibah Al-Nu'amani: hal 191,  Bihar Al-Anwar: J 51 hal 43
2- Al-Maidah 5:101
3- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah:  hal 485, Ghaibah Al-Thusi: hal 292  Al-Ihtijaj J 2 hal 284, Bihar Al-Anwar: J 52 hal 92.
4-  Al-Qamar 54:5
5- Al-Ihtijaj J 2 hal 316, Bihar Al-Anwar: J 91 hal 2. Mu3jam Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): J 4, hal 349,
6- Hud 11:113


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...119

Dari sinilah datangnya keghaiban panjang (kubro)  Ia adalah seperti yang dikatakan Yamani Aali Muhammad (as):  (Jadi keghaiban panjang) menyerupai sejarah Bani Israel di gurun pasir Sinai, dihukum untuk tujuan pengislahan (pembaikan), Bertujuan untuk mengeluarkan dari generasi umat yang layak untuk membawa Risalah Ilahiyah kepada penduduk bumi, satu generasi yang tidak redha kecuali dengan pimpinan Maksum dan tidak redha kecuali Al-Quran untuk menjadi perlembagaan dan syiar dan manhaj (cara) untuk kehidupan.)


Sebab yang menggagalkan Khalifah-khalifah Allah kerana terdapat kerajaan-kerajaan penzalim taghut di sepanjang zaman yang menguasai dan membelenggu manusia, kegagalan ini menjadi ciri yang menonjol dan umat sudah terbiasa dengannya, bahkan umat itu telah dididik menjadi umat yang gagal. Maka jadilah kegagalan itu penyakit berjangkit, seperti yang dikatakan penyair:

Apabila kulihat kejahilan mereka yang terpesona
Aku tidak hiraukan hingga aku dikatakan jahil

Oleh itu, kita dapati mereka berkuasa mencengkam leher-leher kita sejak wafatnya Rasulullah (S) bukan untuk memalukan (mengaibkan) para washiy - Imam Ali dan anak-anaknya (as), tetapi memalukan kita, kerana kita sentiasa gagal memberikan  pertolongan kepada kebenaran.[1]    

Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berkata: Wahai manusia, jika kamu gagal  menolong kebenaran, janganlah kamu berhati lemah dalam melemahkan kebatilan, janganlah kamu menginginkan yang bukan dari golonganmu, dan tidak menguatkan golonganmu. Tetapi kamu tertarik dengan kekeliruan Bani Israel. Sungguh akan melemahkan kamu tersesat selepasku, kelemahan kerana kamu telah meninggalkan kebenaran di belakang kamu, dan kamu akan jatuh serendah-rendahnya, dan pergi sejauh-jauhnya. Dan ketahuilah bahawa jika kamu mengikuti penyeru kamu yang berjalan dengan Manhaj Al-Rasul, itu sudah cukup bagi kamu mempunyai pertolongan dan perlindungan, dan kamu  telah menolak belenggu berat dari lehermu [2]


Kesimpulan: Berlakunya keghaiban kerana keengganan manusia terhadap khalifah Allah Yang Maha Suci, akan didatangkan kesesatan sebagaimana didatangkan kesesatan pada Bani Israel. Oleh itu, Allah akan mempersiapkan generasi yang baik yang dijanjikan untuk membawa risalah ilahi.

✡✡✡✡✡

----------------------
1- Al-3ijl: J 2 hal 65
2- Nahj al-Balaghah – dengan huraian Muhammad Abduh: J 2 hal 79


✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Jumaat, 26 Oktober 2018

Kewujudan Ahl Al-Bait (as) Menyelamatkan Ummah:





Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...107

Kewujudan Ahl Al-Bait (as) Menyelamatkan mmah:

Telah diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak begitu banyak riwayat-riwayat yang menekankan hakikat bahawa kewujudan Ahl Al-Bait (as) pada ummah akan menyelamatkannya:

1- Telah diceritakan kepada kami Abu Al-Qasim Al-Hasan Bin Muhammad di Kufah, telah diceritakan ‘Ubaidullah bin Katsir Al-‘Amiri, diceritakan Yahya bin Muhammad bin Abdullah Al-Darimi, diceritakan Abdul Razaq, diberitakan Ibn Uyainah, dari Muhammad bin Suqah, dari Muhammad bin Al-Munkadir, dari Jabir (ra), dia berkata: Rasulullah (S) bersabda:

وإنه لعلم للساعة، فقال النجوم أمان لأهل السماء فإذ أذهبت أتاها ما يوعدون، وأنا أمان لأصحابي ما كنت فإذا ذهبت أتاهم ما يوعدون، وأهل بيتي أمان لأمتي فإذا ذهب أهل بيتي أتاهم ما يوعدون(. صحيح الإسناد ولم يخرجاه فإذا ذهبت أتاهم ما يوعدون، وأهل بيتي أمان لأمتي فإذا ذهب أهل بيتي أتاهم ما يوعدون(. صحيح الإسناد ولم يخرجاه


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...108

Dan sesungguhnya dia itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang Al-Saah (hari kiamat), "Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk langit. Jika, bintang itu pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Dan aku adalah penyelamat shahabat-shahabatku di manapun aku berada. Jika, aku pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Keluargaku (Ahl Baitku) adalah penyelamat bagi umatku. Jika keluargaku pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan..[1]
.

2- (Telah diceritakan kepada kami)  Mukarram bin Ahmad Al-Qadhi, diceritakan Ahmad bin Ali Al-Abar, diceritakan Ishaq ibn Said bin Arkun Al-Damsyiqi, diceritakan Khalid Ibn Da’lij Abu ‘Umar dan Al-Sadusi aku fikir dari Qatadah, dari ‘Atha’, dari Ibn Abbas (ra), beliau berkata:  Rasulullah (S) bersabda:

)النجوم أمان لأهل الأرض من الغرق، وأهل بيتي أمان لأمتي من الاختلاف، فإذا خالفتها قبيلة من العرب اختلفوا فصاروا حزب إبليس(.  هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk bumi dari karam. Keluargaku (ahl baitku) adalah penyelamat bagi umatku dari perselisihan. Jika satu kabilah dari orang-orang Arab kaum ku berselisih akan menjadi Parti (kumpulan) Iblis. Sanad riwayat ini adalah sahih, namun Al-Bukhari dan Muslim tidak menukilkannya. [2]

3- (Telah diceritakan kepada kami) Abu Al-Qasim bin Abd Al-Rahman Al-Hasan  Al-Qadhi pada Hamdan daripada kitabnya, Diceritakan Muhammad bin  Al-Mughirah Al-Yasykuri, Diceritakan Al-Qasim bin Al-Hakam Al-Irani, Diceritakan Abdullah bin ‘Amru bin Murrah, diceritakan kepadaku Muhammad bin Suqah, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, dari ayahnya dari Nabi (S):

Baginda pada satu malam keluar dan menangguhkan sholat Isya’ sehingga malam berlalu sekejap atau satu jam, dan orang-orang sedang menunggu di masjid. Baginda bertanya: Apa yang kamu tunggu? Mereka berkata: Kami menunggu sholat. Baginda bersabda: Sesungguhnya kalian senantiasa berada dalam sholat selama kalian menunggunya. Kemudian baginda bersabda: Adapun ia adalah sholat yang tidak seorang pun sholatnya dari umat pada zaman sebelum kalian. Kemudian baginda mengangkat kepalanya menengadah ke langit dan bersabda: Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk langit, Jika bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap akan datang pada langit apa yang telah dijanjikan. Dan aku adalah penyelamat shahabat-shahabatku. Jika, aku dibawa pergi, maka akan datang kepada shahabat-shahabatku apa yang dijanjikan. Keluargaku (Ahl Baitku) adalah penyelamat bagi umatku. Jika keluargaku pergi, maka akan datang kepada umatku apa yang dijanjikan [3]


Ahl Al-Bait Bagaikan Bahtera Nuh (as):

Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan juga selainnya meriwayatkan beberapa riwayat, antaranya:

1- (Dikhabarkan kepada kami) Maimun bin Ishaq Al-Hasyimi, Diceritakan Ahmad bin Abdul-Jabbar Yunus bin Bakir, Diceritakan  Al-Mufadhdhal bin Shaleh, daripada Abi Ishaq, dari Hanasy Al-Kanani berkata : Aku mendengar Aba Zhar berkata ketika ia memegang

-------------------------
1- Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 2, hal 448. Ibn Hajar Haitami berkata dalam  Al-Shawa3iq Al-Mahraqah – disahihkan oleh Muhammad Al-Balabisi -  Al-Mathba3ah Al-Wahabiyah - Mesir --1,292 H - J 2 Bab Al-Aman Bi Baqa’ihim (keselamatan dan kekekalannya) hal 207:. (... dan adalah sah bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk bumi dari karam. Keluargaku (ahl baitku) adalah penyelamat bagi umatku dari perselisihan  ...), Dua juga berkata J 2 bab 11 -1 ayat VII  hal 134: (.. dan dalam riwayat yang disahihkan oleh Al-Hakim mengikut syarat kedua-dua syeikh:  Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk bumi dari karam. Keluargaku (ahl baitku) adalah penyelamat bagi umatku dari perselisihan. Jika satu kabilah dari orang-orang Arab kaum ku berselisih akan menjadi Parti (kumpulan) Iblis...
2- Al-Mustadrak   oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3, hal 149.
3- Al-Mustadrak   oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3, hal 457.

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...109

Pintu Kaabah: Wahai manusia, sesiapa yang mengenalku maka aku adalah dari orang-orang yang kalian kenal, dan aku adalah Abu Zhar, aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:  Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, Hadits ini sahih mengikut syarat Muslim namun dia tidak menukilkannya [1].

2- (Dikhabarkan kepadaku) Ahmad Bin Ja’far Bin Hamdan Al-Zahid di Baghdad,  Diceritakan Al-Abbas bin Ibrahim Al-Qirathaisi, Diceritakan Muhammad bin Ismail Al-Ahmasi, Diceritakan Al-Mufadhdhal bin Shaleh, dari Abi Ishaq, dari Hanasy Al-Kanani katanya: Aku mendengar Abu Zhar ra dengan dia dia berkata  ketika ia memegang pintu Kaabah:  sesiapa yang mengenalku maka aku adalah dari orang-orang yang kalian kenal , dan sesiapa yang tidak mengenalku  maka aku adalah Abu Zhar , aku mendengar Nabi (S) bersabda:

ألا إنّ مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من قومه من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق

(Ingatlah sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa dari kamu yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam), [2]

3. Al-Tabarani meriwayatkan dalam Al-Mu3jam Al-Ausath: Telah diceritakan kepada kami Al-Hussein bin Ahmad bin Manshur [bin] Sajadah, katanya:  diceritakan Abdullah bin Dhar Al-Razi, katanya: Diceritakan Abdullah bin Abdul Quddus, dari Al-A3masy, dari Abu Ishaq,  dari Hanasy bin Al-Mu'tamir katanya : (Aku melihat Abu Zhar Al-Ghifari memegang sisi pintu Ka'bah, dia berkata: sesiapa yang mengenalku telah mengenalku dan  sesiapa yang tidak mengenaliku,  aku adalah Abu Zhar Al-Ghifari, aku mendengar Rasulullah (S) [bersabda]:

Perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh pada kaum Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan binasa, dan seperti seperti pintu benteng Bani Israel [3].

4. Juga diriwayatkan:  Telah diceritakan kepada kami Muhammad bin 'Uthman bin Abi Syaibah, katamya: Telah diceritakan kepada kami Ali bin Hakim Al-Audi, berkata: Telah diceritakan kepada kami Amr ibn Tsabit, dari Samaak bin Harb,  dari Hanasy bin Al-Mu'tamir, beliau berkata: (Aku melihat Abu Zhar memegang cincin pintu Ka'bah, dia berkata:  Aku Abu Zhar Al-Ghifari sesiapa yang  tidak mengenalku maka aku adalah Jundub Ghafari,

-------------------------
1- Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 2, hal 343
Dibawakan maksud hadits ini dalam sumber-sumber yang didatangkan dengan lafaz yang berbeza-beza sahaja: Sabil Al-Huda wa Rastad oleh Al-Shalehi Al-Syami J 11 hal 11 - 12 dan berkata mengenainya: Berkata Al-Hafidz Abu Al-Khair Al-Sakhawi: Sebahagian jalan bagi hadits ini menguatkan antara satu sama lain. Al-Biladiyat oleh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Sakhawi meninggal dunia tahun 902 H – ditahqiq oleh Husam bin Muhammad Al-Qattan - Dar Al-Atta’ – cetakan 1 - 1422 H - 2001 M - hal, 186 - 187 Dia berkata mengenainya: "Hadits ini  hasan,"  Kemudian beliau berkata sebagai menjawab kepada Al-Bazaz dengan mengatakan bahawa Abu Zhar sendiri meriwayatkan hadits ini , hal: 188 -189 " Tidak begitu, tetapi pada Ibn Abbas, Ibn Al-Zubair, dan Abu Sa'id Al-Khudri (as) dan  Sebahagiannya menguatkan antara satu sama lain dan dengan demikian ia dianggap hasan," Al-Siraj Al-Munir dengan syarah Al-Jami3 Al-Saghir - okeh Al-‘Azizi: J 3 hsl 279 berkata mengenainya: " Sanadnya hasan. "
Ibn Hajar Al-Haitami berkata dalam Al-Shawa3iq Al-Mahraqah J 2 Bab Al-Aman Bi Baqa’ihim: hal 207 yang datang dari banyak jalan yang sebahagiannya menguatkan antara satu sama lain (Perumpamaan Ahl Al-Baitku) dalam riwayat: (Sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku) dan pada riwayat lain: (Bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku) dan dalam riwayat: (Tidak lain bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh pada kaumnya sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam,), dan dalam riwayat: (sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, dan  bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti pintu benteng Bani Israel sesiapa yang memasukinya akan diampunkan.
2- Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3, hal 151
3- Al-Mu3jam Al-Ausath J 3, hal 10   Al- Al-Mu3jam Al-Shaghir: J 1, hal 139

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...110

Aku mendengar Rasulullah (S) mengatakan: Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam.[1].

5- Juga diriwayatkan: Telah diceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Rabi’ah Al-Kalabi memberitahu kami, dia berkata:  diceritakan oleh bapaku, dia berkata: diceritakan 'Abdul-Rahman bin Abi Hammad, dari Abi Salamah Al-Sha’igh, dari Athiyah, dari Abu Sa'id Al-Khudri, dia berkata:  Aku mendengar Rasulullah (S) mengatakan:  Bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, Bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti pintu benteng Bani Israel sesiapa yang memasukinya akan diampunkannya. [2]

Jika inilah kedudukan Ahl Al-Bait (as) dan keperluan kewujudan mereka, maka tujuan melantik Imam (as) tidak terhad kepada penyaksiannya sebagai mu’alim dalam agama. Tetapi terdapat keperluan untuk kewujudannya dan penggunaan yang wajib atas kewujudannya. Kewujudan dan kebaikan Tuhan juga menyelamatkan penduduk bumi, selagi Imam (as) wujud di kalangan manusia mereka akan selamat,

﴿وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. [3].

Sama dengan kewujudan Nabi (S) bagi keselamatan umat manusia dan akan ditangguhkan azab dan hukuman begitulah pula keadaannya pada Ahl Al-Bait (as), yang sebahagian dari mereka adalah Imam Mahdi, Muhammad bin Hasan Al-Askari (as).

Dari Abi Al-Thufail, dari Abi Ja’far (as) katabya: Rasulullah (S) bersabda kepada Amirul Mukminin (as): Tulis apa yang aku katakan padamu, kata Ali (as): Wahai Nabi Allah, adakah engkau takut akan kealpaan? Baginda bersabda: Aku tidak takut engkau melupakannya tetapi Allah telah menyeru supaya melindungimu bukan kealpaanmu, tetapi ditulis untuk  sekutu-sekutumu. Lalu Ali bertanya: Siapakah sekutu-sekutuku, wahai Nabi Allah?  Baginda bersabda: Imam-imam dari anak-anakmu, dengan mereka umatku disirami hujan, dan dengan mereka
doa-doa mereka dikabulkan, dan dengan mereka umatku dijauhkan bala’, dan dengan mereka rahmat diturunkan dari langit, dan ini adalah yang pertama daripada mereka, baginda memberi isyarat dengan tangannya kepada Al-Hasan, kemudian memberi isyarat dengan tangannya kepada Al-Hussein, kemudian berkata: Inilah Imam-imam dari anak-anakmu. [2].

Dari Khaitsamah, dari Abi Ja’far (as), beliau berkata: Aku mendengar dia berkata: Kami di sisi Allah, dan kami keutamaanNya, dan kami pilihanNya, kami gedung warisan nabi-nabi, Kami adalah  pemegang amanah Allah, dan kami adalah hujah Allah, dan kami adalah rukun-rukun iman, dan kami adalah para penopang (pilar) Islam, dan kami rahmat dari Allah atas ciptaan-Nya, dan dengan kamilah Allah membuka dan menutup.

--------------------------
1- Al-Mu3jam Al-Ausath J 5, hal 355
2- Al-Mu3jam Al-Ausath J 6, hal 85
3- Al-Anfal 8:33
4- Bashair Al-Darajat: hal 187, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 206


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...111

Dan Kami adalah Imam-imam pembimbing, Kami adalah lampu-lampu penerang kegelapan. Kamilah cahaya panduan, dan kami adalah yang terdahulu, dan kamilah yang akhir, dan kamilah bendera yang dikibarkan untuk penciptaan (makhluk), sesiapa yang berpegang dengan kami akan bertahan dan mereka yang meninggalkan kami akan lemas, kami adalah pemimpin golongan bercahaya anggota wuduk, kamilah pilihan Allah yang terbaik, dan kamilah jalan-jalan dan titian  Allah yang lurus kepada Allah, Kami adalah nikmat Allah atas ciptaan-Nya,  kamilah penunjuk cara, kamilah lombong nubuwah, Kami adalah tempat risalah, dan kamilah orang-orangdiperselisihkan Malaikat, kamilah pelita bagi mereka yang mengambil cahaya pada kami, kamilah jalan untuk orang-orang yang meneladani kami, dan kamilah pembimbing menuju ke syurga, dan kamilah kemuliaan Islam, kamilah jambatan gerbang, sesiapa yang melepasinya akan mendahului dan sesiapa yang gagal akan binasa, dan kamilah bonggol (punuk) yang paling besar, bersama kamilah orang-orang dilimpahkan rahmat dan bersama kamilah mereka disirami hujan, bersama kamilah kamu akan dipalingkan dari azab, Maka sesiapa yang mengenal kami, menolong kami, mengetahui hak kami dan mengambil seruan kami maka dia adalah dari kami dan bersama kami. [1]

Maka apabila Imam Al-Shadiq (as) ditanya mengenai manfaat Imam apabila dia ghaib tersembunyi, beliau menjawab dengan berkata: Sebagaimana orang-orang mendapat manfaat matahari apabila ia disembunyikan awan. [1]  Sebagaimana keperluan kewujudan matahari begitulah  keperluan kewujudan Imam Mahdi (as), dan mungkin ungkapan Imam Al-Shadiq  (as) dengan disembunyikan awan pada matahari, (Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as)) adalah petunjuk yang jelas bahawa Imam yang ditunggu-tunggu ghaib  tidak seperti matahari terbenam sebagaimana yang akan datang pada sebab keghaiban maka tunggulah kedatangannya .

Selepas ini kita kembali kepada Ibn Taimiyah kerana dia terlebih dahulu tidak percaya kepada keperluan Khalifah yang ditentukan selepas Nabi (S) yang mendatangkan kekeliruan ini, walaupun iktiqad pada perlantikan ilahi dan wujudnya khalifah-khalifah Nabi (S) dan Muhammad bin Al-Hasan adalah yang terakhir dari mereka, bagi apa yang ditulis secara panjang lebar dan berkata apa yang dia katakan.

Oleh itu, perdebatan akan berubah kepada asas iktiqad yang saya maksudkan: Adakah Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) adalah Khalifah Rasulullah (S) atau tidak?

Kedua: Adalah diketahui bahawa Isa, ilyas dan Khidhir adalah wujud, dan akan membicarakan kewujudan mereka di perhentian seterusnya. Maka soalan yang harus dijawab oleh Ibn Taimiyah adalah: Adakah pada kewujudan mereka ada kebaikan pada dunia dan agama atau tidak?

----------------------------
1- Bashair Al-Darajat: hal 82, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 205
2- Amali Al-Shaduq: hal 253, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 207


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...112
                                 
Sekiranya dia berkata tidak, ia telah menganggap Allah SWT melakukan kesia-siaan, kerana Dia Yang Maha Suci yang telah mengekalkan mereka hidup, Jika  kewujudan mereka tidak lagi berfaedah untuk hidup, mengapa Dia Yang Maha Suci mengekalkan mereka?!

Dan jika dia mengatakan ada manfaat, saya akan katakan: Apakah manfaatnya?

Sekiranya dia mengatakan dia tidak tahu, maka saya katakan: Di sini begitulah juga dengan keghaiban Imam Al-Mahdi (as) kerana itu adalah perbuatan Allah Yang Maha Suci yang memutuskan ianya berguna. Dan tidak mengetahui faedahnya tidak bermakna ia tidak wujud. Maka semua kesamaran yang dia katakan telah ditolak..

Ada sudut yang memperlihatkan kepentingan dari Ghaibah (keghaiban) Isa, Ilyas dan Khidhir. Maka tentulah ada manfaat pasti dari keghaiban Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as), dan inilah yang diterangkan oleh riwayat-riwayat terdahulu.

Ibn Taimiyah dan orang-orang yang mengikutinya berpusing-pusing tidak mahu yakin dengan riwayat-riwayat ini, yang membuktikan bahawa terdapat manafaat dan kepentingan dalam keghaibannya (as). Ini bukan kerana kekurangan dalil, bahkan terdapat dalil ilmiah kerana tidak lain dirinya dan kesamaran diri-diri mungkar yang menggunung untuk mempersoalkan perkara-perkara yang jelas dan untuk menganggu kebenaran. Seperti orang-orang yang ada di zaman Nabi (S) dengan kejelasan hujahnya, yang diakui oleh Ibn Taymiyyah pada hari itu, tetapi orang-orang yang sezamannya menolaknya dan meremehkannya, maka itulah Ibn Taimiyah yang sama seperti mereka.

Dia tidak dapat memahami fikiran untuk menolak kata-kata Nabi (S) kerana kesamaran yang mencurigakan dalam fikiran Ibn Taymiyah dan kesamarannya adalah dari penyakit tersebut.

Mungkin seseorang berkata: Siapa mengatakan bahawa keghaibannya adalah  perbuatan Allah Yang Maha Suci ?

Saya katakan: Dia menjadi khalifah dari khalifah-khalifah Allah Yang Maha Suci. Maka khalifah Allah telah melakukan perbuatan yang mengutus beliau dan ini jelas dalam Al-Quran, Di mana ada Al-Abdul Al-Shaleh (as) berkata kepada Musa (as):
﴿وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا﴾
dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. [1] Peranan Al-Abdul Al-Shaleh (as) adalah sebagai pelaksana perintah Allah SWT untuk menjadi khalifah dari khalifah-khalifah dibumiNya, dia tidak berbuat sesuatu mengikut kemahuannya, tetapi atas perintah Allah SWT.

-----------------------------
1- Al-Kahf 18:82


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...113

Begitulah juga kita dapati makna sebegini di dalam kisah pengutusan Isa (as) mengutus ke Anthakiya, yang mengutusnya adalah Isa (as), tetapi Al-Quran menisbahkan penghantaran itu adalah penghantaran Allah SWT:

﴿وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ * إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ﴾

Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka. #  (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga-tiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang di utus kepadamu". [1]

Sekiranya dikatakan: Bagaimana Al-Mahdi adalah dari khalifah-khalifah Allah Yang Maha Suci?

Saya katakan: kerana kesemua Al-‘Itrah dua belas orang adalah dari khalifah-khalifah Al-Rasul (S), dan khalifah-khalifah dan amir-amir baginda ada dua belas orang di dalam riwayat-riwayat Ahl Al-Sunnah Wal-Jama’ah. Maka mereka perlu tahu sama ada dia benar-benar Khalifah Rasulullah (S) atau tidak, dan jika terbukti bahawa dia adalah Khalifah Rasulullah (S) Maka muktamadlah keghaibannya termasuk dalam kehendak Ilahi.

Kesamaran Kedua: Wujudnya Keghaiban Imam Adalah Sesuatu Yang Buruk

Jawapan:

Pertama, Beliau mendakwa bahawa Wujudnya Keghaiban Imam Mahdi (as)  adalah sesuatu yang buruk kerana sesiapa yang tidak percaya denganmya akan diazab sepertimana yang diiktiqadkan orang-orang Syiah, dan ini adalah bertentangan dengan keadilan ilahi.

Ini adalah ringkasan dari apa yang dikatakannya: Saya tidak menganggap bahawa dia mengamati terhadap akibat dari kenyataan yang bodoh dan jahil ini. kerana Rasulullah (S) dan kewujudannya sudah tentu atas kemurahan Allah, tetapi sesiapa yang menolaknya dan kafir secara semulajadi akan disiksa kerana penolakannya terhadap kebenaran dan dia tidak beriman kepada Al-Rasul (S),.  Adakah beranggapan menjadikan kewujudan Al-Rasul sesuatu yang buruk?

Jika dia berkata mengingkari Al-Rasul (S) sesungguhnya Rasul kamu adalah sesuatu yang buruk menyebabkan orang yang tidak percaya kepadanya akan dimasukkan ke dalam api neraka dengan keyakinan kamu, apakah Ibn Taimiyah setuju dengan ini atau tidak? Sudah tentu dia tidak bersetuju dengan kata-kata ini, sebagaimana dia tidak berpuas hati dengan orang yang tidak percaya sedemikan, begitulah juga kami tidak bersetuju dengannya.

Kedua: Telah dikemukakan bahawa  kewujudannya (as) adalah keperluan Ilahiyah, telah dijadikan Khalifah Allah dan hujahNya kepada hamba-hamba-Nya,  Dan dengan begitu, bagaimanakah ia menjadi  sesuatu yang buruk?!

✡✡✡✡✡
--------------------
1-YaSin: 13-14

✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

  

Ahad, 21 Oktober 2018

Hentian Ketiga:




Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...104


Hentian Ketiga:

Kata Syeikh Al-Salafi Ibn Taimiyah:

Dan inilah persetujuan di antara mereka, sama ada ia wujud atau tidak, ia tidak memberi faedah kepada mereka di dalam agama atau pun di dunia dan tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya dan tidak diketahui sifat-sifat yang baik dan yang jahat, maka tidak menghasilkan apa-apa tujuan dan kepentingan yang dikehendaki kepada Imamah pada peribadi atau orang awam, bahkan ketetapan kewujudannya mendatangkan mudharat terhadap penduduk bumi tanpa sebarang manfaat pada asasnya. Orang-orang yang beriman dengannya tidak bermanfaat pada mereka dan tidak memperoleh kebaikan dan kesejahteraan darinya. dan orang-orang yang berbohong itu akan disiksa oleh kebohongan mereka. Ia benar-benar jahat dan tiada kebaikan di dalamnya dan makhluk seperti itu bukanlah perbuatan orang yang bijak dan adil


Kesamaran Pertama: Tidak Ada Faedah Dalam Al-Ghaibah (Keghaiban)

Jawapan:

Pertama: Kesamaran ini datang kerana penggunaan Imam maksum (as) yang terhad penggunaannya dalam agama atau dunia seperti yang digambarkan kepentingannya oieh Ibn Taimiyah.  Walaupun banyak perkara yang lebih mendalam daripada yang ditimbulkan oleh Al-Syeikh Salafi ini, Aqidah sebenar adalah bahawa bumi tidak boleh tanpa hujah Allah Yang Maha Suci, Kerana hujah adalah perantara limpahan Ilahi. Itulah sebabnya kewujudan hujah sangat diperlukan..

Muhammad bin Yahia, dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Sinan, dari Ibn Al-Thayar, beliau berkata:. Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Sekiranya yang tinggal di bumi hanya dua orang, salah seorang daripadanya adalah Al-Hujah [1]

Dan dari Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya kesemuanya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Isa Ibn ‘Ubaid, dari Muhammad bin Sinan, dari Hamzah bin Al-Thayar, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata:  Sekiranya yang tinggal hanya dua orang, salah seorang daripadanya adalah Al-Hujah pada sahabatnya. [2]

Adalah tidak mungkin untuk bumi kosong dari hujah, sekiranya berlaku akan kepanasan penghuninya.

-------------------------
1- Bashair Al-Darajat: hal 507
2- Al-Kafi J 1 hal 178

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...105

Dari Sa’id, dari Sulaiman Al-Ja’fari, katanya: Aku bertanya kepada Aba Al-Hasan Al-Redha (as), kataku: Bolehkah bumi kosong daripada hujah Allah? Dia berkata: "Sekiranya bumi kosong dari hujah walaupun sekelip mata sahaja penghuninya akan kepanasan  [1]

Dan dari Ziyad Al-‘Attar katanyz: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Bahawa bumi tidak akan ada kecuali wujud hujah, manusia tidak akan menjadi baik melainkan dengannya. Dan bumi juga tidak akan menjadi baik melainkan dengannya. [2]

Ini menunjukkan betapa pentingnya  Al-Hujah dan Khalifah kerana hujah adalah perantara bagi limpahan Ilahi seperti yang diterangkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as):  

Dan ini adalah kerana Al-Hujjah (as) adalah tempat limpahan untuk sampai ke bumi. Maka disebabkan kewujudannya di semua langit-langit dan pada kedudukan yang suci dan tinggi, dan contohnya di dunia ini ialah seperti pusat pada bayi, dan ia adalah tempat saluran (bekalan) khasiat makanan daripada ibu kepada bayi, jadi contoh beliau (as) ialah umpama tali pusat yang turun dari langit ke bumi, menghantar limpahan Ilahi kepada bumi, "Melalui mereka dikurniakan rezeqi, dan melalui mereka kamu dilimpahi."

Oleh karena itu ia adalah tali Allah yang kukuh dan pilar (tiang) cahaya yang turun dari langit ke bumi, dan jika bukan karena dia bumi akan musnah bersama dengan penduduknya, yang berarti bahawa Cahaya Ilahi tidak akan sampai ke bumi, dan bumi akan merana dan orang-orang akan kembali menjadi tiada, karena itu tidak mungkin digambarkan kebesaran keutamaan Al-Hujjah (as) atas semua penciptaan. [3]

Maka mesti ada Al-Hujjah pada setiap masa, dan dengan itu Allah Taala berfirman:

﴿إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۚ وَإِن مِّنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ﴾

Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.  [4]

Maka tali yang terhubung ke langit itu adalah Khalifah. Allah Taala berfirman:

﴿إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ﴾

"kecuali jika mereka berpegang kepada tali dari Allah dan tali dari manusia." ]5].

Diriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as), Bahawa mereka mentafsirkan Al-Habl (tali) dari manusia adalah pada Ali bin Abi Talib (as), dan kadang-kadang pada Ahl Al-Bait (as), dijadikan dia (Ali) dan mereka (Ahl Al-Bait) adalah khalifah-khalifah Allah SWT.

------------------------
1- Bashair Al-Darajat: hal 509
2- Al-Muhasin: J.1 hal.234
3. Al-Mutasyabihat: jawapan kepada soalan 29 dari terbitan empat juzuk.
4. Al-Fathir 35:24
5. Aali Imran 3:112

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...106

Dari Imam Al-Baqir (as) pada firman Allah Taala:

﴿ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ﴾ 

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah dan tali dari manusia, (Ali bin Abi Talib). [1]
                
Dari Muhammad bin Ali Al-‘Anbari, dengan sanadnya  dari Rasulullah (S):

"Baginda duduk di masjid dan di kelilingi oleh sekumpulan sahabat termasuk Ali. Tiba-tiba baginda dihentikan oleh seorang Arab dusun, Dia berkata: Ya Rasulullah, aku datang kepadamu untuk bertanya kepadamu tentang satu ayat daripada Kitab Allah Taala yang kudengar padanya, Dia memerintahkan apa yang tidak aku ketahui. Rasulullah (S) bersabda: Katakanlah, ya Arabi. Dia berkata: Saya mendengar Allah AWJ berfirman:
 ﴿ وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا﴾ 
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, apakah tali yang diperintahkan kita untuk berpegang dengannya? Maka  Rasulullah (S) mengambil tangan Arab dusun itu dan meletakkannya di bahu Ali (as), dan bersabda: Inilah tali Allah yang diperintahkan kamu untuk berpegang dengannya. Lalu Arab dusun itu berpusing ke belakang Ali (as) dan memeluknya, dan berkata: Ya Allah  Allah, aku berpegang dengannya. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki dari penghuni Syurga, maka lihatlah Arab dusun ini. [2]

Dari Abu Jaafar Al-Sayagh: Aku mendengar Al-Shadiq (as) berkata pada firman Allah Taala: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah [3].

Ibn Taimiyah dan lain-lain menyatakan: "Kebenaran ini tidak dapat dinafikan walaupun terdapat banyak pengingkarannya.

Ibn Taimiyah berkata :  pada firman Allah Taala:
﴿إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴾
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Dan masih terdapat golongan yang kelihatan menegakkan kebenaran tidak menerima agama lain yang menyelewengkan tulisan mereka dan mengubah syari’at mereka sama sekali kepada kata-kata Allah oleh mereka yang berada di bawah Hujjah Allah dan keteranganNya, orang-orang yang menghidupkan kitab Allah yang mati dan membuka pengelihatan orang-orang buta dengan cahayaNya. Bumi tidak akan kosong dari penegak (qaim) Allah dengan hujjah supaya tidak membatalkan hujah-hujah Allah dan keteranganNya. [4]

Dan berkata anak muridnya Ibn Al-Qaiyim Al-Jauziyah: Perkataan tentang Allah tanpa ilmu dan membatalkan hujah-hujahNya dan penolakan pada kitabNya dan Sunnah Rasul-Nya akan melemparkan hukum-hakam dari kedua-duanya. dan Allah tidak menerimanya melainkan menyempurnakan cahayaNya dan membenarkan kata-kata Rasul-Nya,

-----------------------
1 - Manaqib Aali Abi Thalib: J 2  hal 273
2 - Syarah Al-Akhbar: J 2  hal 207       
3 - Manaqib Aali Abi Thalib: J 2  hal 273
4. Majmu3 Al-Fatawa:  J 25  hal 130

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...107

bahawa Dia tidak akan membiarkan bumi kosong tanpa Qaim Allah dengan hujah-hujahNya dan satu golongan dari umatnya akan terus berada atas kebenaran yang tulen yang diutusNya, dan Dia tetap akan mengutus seorang ketua setiap seratus tahun bagi umat ini memperbaharui agamanya. [1]

Ibn Hajar berkata: (Pada Isa yang bersholat di belakang seorang lelaki umat ini yang akan berlaku di akhur zaman dan yang begitu dekat waktunya menunjukkan sahihnya perkataan bahawa bumi tidak dibiarkan (kosong) dari Qaim Allah dengan hujah-hujahNya. Wa Allahu A3lam. [2] dan menaqalkan ungkapan yang sama yang dikemukakan dan boleh dilihat mengikut keutamaan pembaca. [3]

Oleh itu, apa yang telah dinyatakan oleh Ibn Taimiyah tentang tidak ada kebaikan dan faedah mengekalkan imam yang ghaib itu, tetapi bentuknya menurut kepercayaannya sendiri dengan membolehkan bumi kosong dari Al-Hujah, dan ini bertentangan dengan kepercayaan kita yang sah dengan keyakinan yang qat’ei. Oleh itu, masalah kemusykilannya atas dirinya dan tidak menjejaskan kita kerana kita percaya perlunya ada Al-Hujah sama ada secara zahir atau tersembunyi, yang dikatakan Amirul Mukminin (as):

Berkata Amirul Mukminin (as):. Oh ya Allah,  Sekali-kali bumi tidak akan pernah kosong dari dari Qaim Allah dengan hujah-hujahNya, baik secara terbuka (zahir) dan terkenal ataupun, terpendam dan tersembunyi, nescaya para hujah Allah dan keterangannya tidak terbatal. [4]

Dan begitulah Al-Mahdi (as) dari Al-‘Itrah yang dengan kewujudannya akan menyelamatkan penghuni bumi dan seperti Bahtera Nuh (as) sebagaimana yang diberitakan dari Nabi (S).

-----------------------------
1- I3lam Al-Muwaqi3in: J 2 hal 276
2- Fath Al-Bari: J 6 hal 358
3- 3umdat Al-Qari: J 16 hal40
4- Nahj Al-Balaghah – dengan syarah oleh Muhammad ‘Abduh: J 4 hal 37


✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas