Jumaat, 26 Oktober 2018

Kewujudan Ahl Al-Bait (as) Menyelamatkan Ummah:





Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...107

Kewujudan Ahl Al-Bait (as) Menyelamatkan mmah:

Telah diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak begitu banyak riwayat-riwayat yang menekankan hakikat bahawa kewujudan Ahl Al-Bait (as) pada ummah akan menyelamatkannya:

1- Telah diceritakan kepada kami Abu Al-Qasim Al-Hasan Bin Muhammad di Kufah, telah diceritakan ‘Ubaidullah bin Katsir Al-‘Amiri, diceritakan Yahya bin Muhammad bin Abdullah Al-Darimi, diceritakan Abdul Razaq, diberitakan Ibn Uyainah, dari Muhammad bin Suqah, dari Muhammad bin Al-Munkadir, dari Jabir (ra), dia berkata: Rasulullah (S) bersabda:

وإنه لعلم للساعة، فقال النجوم أمان لأهل السماء فإذ أذهبت أتاها ما يوعدون، وأنا أمان لأصحابي ما كنت فإذا ذهبت أتاهم ما يوعدون، وأهل بيتي أمان لأمتي فإذا ذهب أهل بيتي أتاهم ما يوعدون(. صحيح الإسناد ولم يخرجاه فإذا ذهبت أتاهم ما يوعدون، وأهل بيتي أمان لأمتي فإذا ذهب أهل بيتي أتاهم ما يوعدون(. صحيح الإسناد ولم يخرجاه


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...108

Dan sesungguhnya dia itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang Al-Saah (hari kiamat), "Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk langit. Jika, bintang itu pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Dan aku adalah penyelamat shahabat-shahabatku di manapun aku berada. Jika, aku pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan. Keluargaku (Ahl Baitku) adalah penyelamat bagi umatku. Jika keluargaku pergi, maka akan datang kepada mereka apa yang dijanjikan..[1]
.

2- (Telah diceritakan kepada kami)  Mukarram bin Ahmad Al-Qadhi, diceritakan Ahmad bin Ali Al-Abar, diceritakan Ishaq ibn Said bin Arkun Al-Damsyiqi, diceritakan Khalid Ibn Da’lij Abu ‘Umar dan Al-Sadusi aku fikir dari Qatadah, dari ‘Atha’, dari Ibn Abbas (ra), beliau berkata:  Rasulullah (S) bersabda:

)النجوم أمان لأهل الأرض من الغرق، وأهل بيتي أمان لأمتي من الاختلاف، فإذا خالفتها قبيلة من العرب اختلفوا فصاروا حزب إبليس(.  هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه

Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk bumi dari karam. Keluargaku (ahl baitku) adalah penyelamat bagi umatku dari perselisihan. Jika satu kabilah dari orang-orang Arab kaum ku berselisih akan menjadi Parti (kumpulan) Iblis. Sanad riwayat ini adalah sahih, namun Al-Bukhari dan Muslim tidak menukilkannya. [2]

3- (Telah diceritakan kepada kami) Abu Al-Qasim bin Abd Al-Rahman Al-Hasan  Al-Qadhi pada Hamdan daripada kitabnya, Diceritakan Muhammad bin  Al-Mughirah Al-Yasykuri, Diceritakan Al-Qasim bin Al-Hakam Al-Irani, Diceritakan Abdullah bin ‘Amru bin Murrah, diceritakan kepadaku Muhammad bin Suqah, daripada Muhammad bin Al-Munkadir, dari ayahnya dari Nabi (S):

Baginda pada satu malam keluar dan menangguhkan sholat Isya’ sehingga malam berlalu sekejap atau satu jam, dan orang-orang sedang menunggu di masjid. Baginda bertanya: Apa yang kamu tunggu? Mereka berkata: Kami menunggu sholat. Baginda bersabda: Sesungguhnya kalian senantiasa berada dalam sholat selama kalian menunggunya. Kemudian baginda bersabda: Adapun ia adalah sholat yang tidak seorang pun sholatnya dari umat pada zaman sebelum kalian. Kemudian baginda mengangkat kepalanya menengadah ke langit dan bersabda: Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk langit, Jika bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap akan datang pada langit apa yang telah dijanjikan. Dan aku adalah penyelamat shahabat-shahabatku. Jika, aku dibawa pergi, maka akan datang kepada shahabat-shahabatku apa yang dijanjikan. Keluargaku (Ahl Baitku) adalah penyelamat bagi umatku. Jika keluargaku pergi, maka akan datang kepada umatku apa yang dijanjikan [3]


Ahl Al-Bait Bagaikan Bahtera Nuh (as):

Al-Hakim dalam Al-Mustadrak dan juga selainnya meriwayatkan beberapa riwayat, antaranya:

1- (Dikhabarkan kepada kami) Maimun bin Ishaq Al-Hasyimi, Diceritakan Ahmad bin Abdul-Jabbar Yunus bin Bakir, Diceritakan  Al-Mufadhdhal bin Shaleh, daripada Abi Ishaq, dari Hanasy Al-Kanani berkata : Aku mendengar Aba Zhar berkata ketika ia memegang

-------------------------
1- Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 2, hal 448. Ibn Hajar Haitami berkata dalam  Al-Shawa3iq Al-Mahraqah – disahihkan oleh Muhammad Al-Balabisi -  Al-Mathba3ah Al-Wahabiyah - Mesir --1,292 H - J 2 Bab Al-Aman Bi Baqa’ihim (keselamatan dan kekekalannya) hal 207:. (... dan adalah sah bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk bumi dari karam. Keluargaku (ahl baitku) adalah penyelamat bagi umatku dari perselisihan  ...), Dua juga berkata J 2 bab 11 -1 ayat VII  hal 134: (.. dan dalam riwayat yang disahihkan oleh Al-Hakim mengikut syarat kedua-dua syeikh:  Bintang-bintang itu penyelamat bagi penduduk bumi dari karam. Keluargaku (ahl baitku) adalah penyelamat bagi umatku dari perselisihan. Jika satu kabilah dari orang-orang Arab kaum ku berselisih akan menjadi Parti (kumpulan) Iblis...
2- Al-Mustadrak   oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3, hal 149.
3- Al-Mustadrak   oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3, hal 457.

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...109

Pintu Kaabah: Wahai manusia, sesiapa yang mengenalku maka aku adalah dari orang-orang yang kalian kenal, dan aku adalah Abu Zhar, aku mendengar Rasulullah (S) bersabda:  Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, Hadits ini sahih mengikut syarat Muslim namun dia tidak menukilkannya [1].

2- (Dikhabarkan kepadaku) Ahmad Bin Ja’far Bin Hamdan Al-Zahid di Baghdad,  Diceritakan Al-Abbas bin Ibrahim Al-Qirathaisi, Diceritakan Muhammad bin Ismail Al-Ahmasi, Diceritakan Al-Mufadhdhal bin Shaleh, dari Abi Ishaq, dari Hanasy Al-Kanani katanya: Aku mendengar Abu Zhar ra dengan dia dia berkata  ketika ia memegang pintu Kaabah:  sesiapa yang mengenalku maka aku adalah dari orang-orang yang kalian kenal , dan sesiapa yang tidak mengenalku  maka aku adalah Abu Zhar , aku mendengar Nabi (S) bersabda:

ألا إنّ مثل أهل بيتي فيكم مثل سفينة نوح من قومه من ركبها نجا ومن تخلف عنها غرق

(Ingatlah sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa dari kamu yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam), [2]

3. Al-Tabarani meriwayatkan dalam Al-Mu3jam Al-Ausath: Telah diceritakan kepada kami Al-Hussein bin Ahmad bin Manshur [bin] Sajadah, katanya:  diceritakan Abdullah bin Dhar Al-Razi, katanya: Diceritakan Abdullah bin Abdul Quddus, dari Al-A3masy, dari Abu Ishaq,  dari Hanasy bin Al-Mu'tamir katanya : (Aku melihat Abu Zhar Al-Ghifari memegang sisi pintu Ka'bah, dia berkata: sesiapa yang mengenalku telah mengenalku dan  sesiapa yang tidak mengenaliku,  aku adalah Abu Zhar Al-Ghifari, aku mendengar Rasulullah (S) [bersabda]:

Perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh pada kaum Nabi Nuh, sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan binasa, dan seperti seperti pintu benteng Bani Israel [3].

4. Juga diriwayatkan:  Telah diceritakan kepada kami Muhammad bin 'Uthman bin Abi Syaibah, katamya: Telah diceritakan kepada kami Ali bin Hakim Al-Audi, berkata: Telah diceritakan kepada kami Amr ibn Tsabit, dari Samaak bin Harb,  dari Hanasy bin Al-Mu'tamir, beliau berkata: (Aku melihat Abu Zhar memegang cincin pintu Ka'bah, dia berkata:  Aku Abu Zhar Al-Ghifari sesiapa yang  tidak mengenalku maka aku adalah Jundub Ghafari,

-------------------------
1- Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 2, hal 343
Dibawakan maksud hadits ini dalam sumber-sumber yang didatangkan dengan lafaz yang berbeza-beza sahaja: Sabil Al-Huda wa Rastad oleh Al-Shalehi Al-Syami J 11 hal 11 - 12 dan berkata mengenainya: Berkata Al-Hafidz Abu Al-Khair Al-Sakhawi: Sebahagian jalan bagi hadits ini menguatkan antara satu sama lain. Al-Biladiyat oleh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Sakhawi meninggal dunia tahun 902 H – ditahqiq oleh Husam bin Muhammad Al-Qattan - Dar Al-Atta’ – cetakan 1 - 1422 H - 2001 M - hal, 186 - 187 Dia berkata mengenainya: "Hadits ini  hasan,"  Kemudian beliau berkata sebagai menjawab kepada Al-Bazaz dengan mengatakan bahawa Abu Zhar sendiri meriwayatkan hadits ini , hal: 188 -189 " Tidak begitu, tetapi pada Ibn Abbas, Ibn Al-Zubair, dan Abu Sa'id Al-Khudri (as) dan  Sebahagiannya menguatkan antara satu sama lain dan dengan demikian ia dianggap hasan," Al-Siraj Al-Munir dengan syarah Al-Jami3 Al-Saghir - okeh Al-‘Azizi: J 3 hsl 279 berkata mengenainya: " Sanadnya hasan. "
Ibn Hajar Al-Haitami berkata dalam Al-Shawa3iq Al-Mahraqah J 2 Bab Al-Aman Bi Baqa’ihim: hal 207 yang datang dari banyak jalan yang sebahagiannya menguatkan antara satu sama lain (Perumpamaan Ahl Al-Baitku) dalam riwayat: (Sesungguhnya perumpamaan Ahl Al-Baitku) dan pada riwayat lain: (Bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku) dan dalam riwayat: (Tidak lain bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti Bahtera Nuh pada kaumnya sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam,), dan dalam riwayat: (sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, dan  bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti pintu benteng Bani Israel sesiapa yang memasukinya akan diampunkan.
2- Al-Mustadrak - oleh Al-Hakim Al-Naisaburi: J 3, hal 151
3- Al-Mu3jam Al-Ausath J 3, hal 10   Al- Al-Mu3jam Al-Shaghir: J 1, hal 139

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...110

Aku mendengar Rasulullah (S) mengatakan: Perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam.[1].

5- Juga diriwayatkan: Telah diceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul Aziz bin Muhammad bin Rabi’ah Al-Kalabi memberitahu kami, dia berkata:  diceritakan oleh bapaku, dia berkata: diceritakan 'Abdul-Rahman bin Abi Hammad, dari Abi Salamah Al-Sha’igh, dari Athiyah, dari Abu Sa'id Al-Khudri, dia berkata:  Aku mendengar Rasulullah (S) mengatakan:  Bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku adalah seperti Bahtera Nuh sesiapa yang menaikinya akan terselamat dan sesiapa yang meninggalkannya akan tenggelam, Bahawa perumpamaan Ahl Al-Baitku pada kamu adalah seperti pintu benteng Bani Israel sesiapa yang memasukinya akan diampunkannya. [2]

Jika inilah kedudukan Ahl Al-Bait (as) dan keperluan kewujudan mereka, maka tujuan melantik Imam (as) tidak terhad kepada penyaksiannya sebagai mu’alim dalam agama. Tetapi terdapat keperluan untuk kewujudannya dan penggunaan yang wajib atas kewujudannya. Kewujudan dan kebaikan Tuhan juga menyelamatkan penduduk bumi, selagi Imam (as) wujud di kalangan manusia mereka akan selamat,

﴿وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ﴾

Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. [3].

Sama dengan kewujudan Nabi (S) bagi keselamatan umat manusia dan akan ditangguhkan azab dan hukuman begitulah pula keadaannya pada Ahl Al-Bait (as), yang sebahagian dari mereka adalah Imam Mahdi, Muhammad bin Hasan Al-Askari (as).

Dari Abi Al-Thufail, dari Abi Ja’far (as) katabya: Rasulullah (S) bersabda kepada Amirul Mukminin (as): Tulis apa yang aku katakan padamu, kata Ali (as): Wahai Nabi Allah, adakah engkau takut akan kealpaan? Baginda bersabda: Aku tidak takut engkau melupakannya tetapi Allah telah menyeru supaya melindungimu bukan kealpaanmu, tetapi ditulis untuk  sekutu-sekutumu. Lalu Ali bertanya: Siapakah sekutu-sekutuku, wahai Nabi Allah?  Baginda bersabda: Imam-imam dari anak-anakmu, dengan mereka umatku disirami hujan, dan dengan mereka
doa-doa mereka dikabulkan, dan dengan mereka umatku dijauhkan bala’, dan dengan mereka rahmat diturunkan dari langit, dan ini adalah yang pertama daripada mereka, baginda memberi isyarat dengan tangannya kepada Al-Hasan, kemudian memberi isyarat dengan tangannya kepada Al-Hussein, kemudian berkata: Inilah Imam-imam dari anak-anakmu. [2].

Dari Khaitsamah, dari Abi Ja’far (as), beliau berkata: Aku mendengar dia berkata: Kami di sisi Allah, dan kami keutamaanNya, dan kami pilihanNya, kami gedung warisan nabi-nabi, Kami adalah  pemegang amanah Allah, dan kami adalah hujah Allah, dan kami adalah rukun-rukun iman, dan kami adalah para penopang (pilar) Islam, dan kami rahmat dari Allah atas ciptaan-Nya, dan dengan kamilah Allah membuka dan menutup.

--------------------------
1- Al-Mu3jam Al-Ausath J 5, hal 355
2- Al-Mu3jam Al-Ausath J 6, hal 85
3- Al-Anfal 8:33
4- Bashair Al-Darajat: hal 187, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 206


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...111

Dan Kami adalah Imam-imam pembimbing, Kami adalah lampu-lampu penerang kegelapan. Kamilah cahaya panduan, dan kami adalah yang terdahulu, dan kamilah yang akhir, dan kamilah bendera yang dikibarkan untuk penciptaan (makhluk), sesiapa yang berpegang dengan kami akan bertahan dan mereka yang meninggalkan kami akan lemas, kami adalah pemimpin golongan bercahaya anggota wuduk, kamilah pilihan Allah yang terbaik, dan kamilah jalan-jalan dan titian  Allah yang lurus kepada Allah, Kami adalah nikmat Allah atas ciptaan-Nya,  kamilah penunjuk cara, kamilah lombong nubuwah, Kami adalah tempat risalah, dan kamilah orang-orangdiperselisihkan Malaikat, kamilah pelita bagi mereka yang mengambil cahaya pada kami, kamilah jalan untuk orang-orang yang meneladani kami, dan kamilah pembimbing menuju ke syurga, dan kamilah kemuliaan Islam, kamilah jambatan gerbang, sesiapa yang melepasinya akan mendahului dan sesiapa yang gagal akan binasa, dan kamilah bonggol (punuk) yang paling besar, bersama kamilah orang-orang dilimpahkan rahmat dan bersama kamilah mereka disirami hujan, bersama kamilah kamu akan dipalingkan dari azab, Maka sesiapa yang mengenal kami, menolong kami, mengetahui hak kami dan mengambil seruan kami maka dia adalah dari kami dan bersama kami. [1]

Maka apabila Imam Al-Shadiq (as) ditanya mengenai manfaat Imam apabila dia ghaib tersembunyi, beliau menjawab dengan berkata: Sebagaimana orang-orang mendapat manfaat matahari apabila ia disembunyikan awan. [1]  Sebagaimana keperluan kewujudan matahari begitulah  keperluan kewujudan Imam Mahdi (as), dan mungkin ungkapan Imam Al-Shadiq  (as) dengan disembunyikan awan pada matahari, (Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Mahdi (as)) adalah petunjuk yang jelas bahawa Imam yang ditunggu-tunggu ghaib  tidak seperti matahari terbenam sebagaimana yang akan datang pada sebab keghaiban maka tunggulah kedatangannya .

Selepas ini kita kembali kepada Ibn Taimiyah kerana dia terlebih dahulu tidak percaya kepada keperluan Khalifah yang ditentukan selepas Nabi (S) yang mendatangkan kekeliruan ini, walaupun iktiqad pada perlantikan ilahi dan wujudnya khalifah-khalifah Nabi (S) dan Muhammad bin Al-Hasan adalah yang terakhir dari mereka, bagi apa yang ditulis secara panjang lebar dan berkata apa yang dia katakan.

Oleh itu, perdebatan akan berubah kepada asas iktiqad yang saya maksudkan: Adakah Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) adalah Khalifah Rasulullah (S) atau tidak?

Kedua: Adalah diketahui bahawa Isa, ilyas dan Khidhir adalah wujud, dan akan membicarakan kewujudan mereka di perhentian seterusnya. Maka soalan yang harus dijawab oleh Ibn Taimiyah adalah: Adakah pada kewujudan mereka ada kebaikan pada dunia dan agama atau tidak?

----------------------------
1- Bashair Al-Darajat: hal 82, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 205
2- Amali Al-Shaduq: hal 253, Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 207


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...112
                                 
Sekiranya dia berkata tidak, ia telah menganggap Allah SWT melakukan kesia-siaan, kerana Dia Yang Maha Suci yang telah mengekalkan mereka hidup, Jika  kewujudan mereka tidak lagi berfaedah untuk hidup, mengapa Dia Yang Maha Suci mengekalkan mereka?!

Dan jika dia mengatakan ada manfaat, saya akan katakan: Apakah manfaatnya?

Sekiranya dia mengatakan dia tidak tahu, maka saya katakan: Di sini begitulah juga dengan keghaiban Imam Al-Mahdi (as) kerana itu adalah perbuatan Allah Yang Maha Suci yang memutuskan ianya berguna. Dan tidak mengetahui faedahnya tidak bermakna ia tidak wujud. Maka semua kesamaran yang dia katakan telah ditolak..

Ada sudut yang memperlihatkan kepentingan dari Ghaibah (keghaiban) Isa, Ilyas dan Khidhir. Maka tentulah ada manfaat pasti dari keghaiban Imam Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as), dan inilah yang diterangkan oleh riwayat-riwayat terdahulu.

Ibn Taimiyah dan orang-orang yang mengikutinya berpusing-pusing tidak mahu yakin dengan riwayat-riwayat ini, yang membuktikan bahawa terdapat manafaat dan kepentingan dalam keghaibannya (as). Ini bukan kerana kekurangan dalil, bahkan terdapat dalil ilmiah kerana tidak lain dirinya dan kesamaran diri-diri mungkar yang menggunung untuk mempersoalkan perkara-perkara yang jelas dan untuk menganggu kebenaran. Seperti orang-orang yang ada di zaman Nabi (S) dengan kejelasan hujahnya, yang diakui oleh Ibn Taymiyyah pada hari itu, tetapi orang-orang yang sezamannya menolaknya dan meremehkannya, maka itulah Ibn Taimiyah yang sama seperti mereka.

Dia tidak dapat memahami fikiran untuk menolak kata-kata Nabi (S) kerana kesamaran yang mencurigakan dalam fikiran Ibn Taymiyah dan kesamarannya adalah dari penyakit tersebut.

Mungkin seseorang berkata: Siapa mengatakan bahawa keghaibannya adalah  perbuatan Allah Yang Maha Suci ?

Saya katakan: Dia menjadi khalifah dari khalifah-khalifah Allah Yang Maha Suci. Maka khalifah Allah telah melakukan perbuatan yang mengutus beliau dan ini jelas dalam Al-Quran, Di mana ada Al-Abdul Al-Shaleh (as) berkata kepada Musa (as):
﴿وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ۚ ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا﴾
dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. [1] Peranan Al-Abdul Al-Shaleh (as) adalah sebagai pelaksana perintah Allah SWT untuk menjadi khalifah dari khalifah-khalifah dibumiNya, dia tidak berbuat sesuatu mengikut kemahuannya, tetapi atas perintah Allah SWT.

-----------------------------
1- Al-Kahf 18:82


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...113

Begitulah juga kita dapati makna sebegini di dalam kisah pengutusan Isa (as) mengutus ke Anthakiya, yang mengutusnya adalah Isa (as), tetapi Al-Quran menisbahkan penghantaran itu adalah penghantaran Allah SWT:

﴿وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ * إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ﴾

Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka. #  (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga-tiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang di utus kepadamu". [1]

Sekiranya dikatakan: Bagaimana Al-Mahdi adalah dari khalifah-khalifah Allah Yang Maha Suci?

Saya katakan: kerana kesemua Al-‘Itrah dua belas orang adalah dari khalifah-khalifah Al-Rasul (S), dan khalifah-khalifah dan amir-amir baginda ada dua belas orang di dalam riwayat-riwayat Ahl Al-Sunnah Wal-Jama’ah. Maka mereka perlu tahu sama ada dia benar-benar Khalifah Rasulullah (S) atau tidak, dan jika terbukti bahawa dia adalah Khalifah Rasulullah (S) Maka muktamadlah keghaibannya termasuk dalam kehendak Ilahi.

Kesamaran Kedua: Wujudnya Keghaiban Imam Adalah Sesuatu Yang Buruk

Jawapan:

Pertama, Beliau mendakwa bahawa Wujudnya Keghaiban Imam Mahdi (as)  adalah sesuatu yang buruk kerana sesiapa yang tidak percaya denganmya akan diazab sepertimana yang diiktiqadkan orang-orang Syiah, dan ini adalah bertentangan dengan keadilan ilahi.

Ini adalah ringkasan dari apa yang dikatakannya: Saya tidak menganggap bahawa dia mengamati terhadap akibat dari kenyataan yang bodoh dan jahil ini. kerana Rasulullah (S) dan kewujudannya sudah tentu atas kemurahan Allah, tetapi sesiapa yang menolaknya dan kafir secara semulajadi akan disiksa kerana penolakannya terhadap kebenaran dan dia tidak beriman kepada Al-Rasul (S),.  Adakah beranggapan menjadikan kewujudan Al-Rasul sesuatu yang buruk?

Jika dia berkata mengingkari Al-Rasul (S) sesungguhnya Rasul kamu adalah sesuatu yang buruk menyebabkan orang yang tidak percaya kepadanya akan dimasukkan ke dalam api neraka dengan keyakinan kamu, apakah Ibn Taimiyah setuju dengan ini atau tidak? Sudah tentu dia tidak bersetuju dengan kata-kata ini, sebagaimana dia tidak berpuas hati dengan orang yang tidak percaya sedemikan, begitulah juga kami tidak bersetuju dengannya.

Kedua: Telah dikemukakan bahawa  kewujudannya (as) adalah keperluan Ilahiyah, telah dijadikan Khalifah Allah dan hujahNya kepada hamba-hamba-Nya,  Dan dengan begitu, bagaimanakah ia menjadi  sesuatu yang buruk?!

✡✡✡✡✡
--------------------
1-YaSin: 13-14

✡✡✡✡✡
                      
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

  

Tiada ulasan: