Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...114
Sebab-sebab Keghaiban Imam
Mahdi Muhammad bin Al-Hasan (as)
Sebelum pergi ke Hentian Keempat saya suka menerangkan
sebab-sebab keghaiban Imam Kedua Belas dari para Imam Ahl Al-Bait, kerana ianya
menyentuh apa yang akan diterangkan, dan saya akan meninggalkan penulisan
terhadap Al-Qaim Aali Muhammad, Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), yang menerangkan
sebab-sebab keghaiban.
Dia (as) berkata: Al-Imam adalah kemurahan Ilahi kepada
orang yang beriman dan kewujudannya menjelaskan mereka dan memberi dorongan
yang besar bagi mereka untuk beriltizam dengan agamanya. Maka jika dia menahan
diri dari keluar (muncul) kerana takut akan dibunuh, sebagai contoh.
Kewujudan wakil (safir) beliau (as) adalah cara yang lebih baik daripada
keghaiban lengkap (kubro) beliau kerana wakil adalah pemimpin yang mengganti
Imam (as) yang dikirim atas arahan beliau (as). Jadi kewujudan wakil (safir)
beliau juga - adalah kemurahan Ilahi kerana kewujudannya menyerupai kewujudan
Al-Maksum, di mana dengan kewujudan wakil (safir) mungkin untuk berhubungan
dengan Imam dan mengetahui hukum-hukum Syariah yang betul (sahih); terutama bagi
apa yang datang di sepanjang peredaran zaman. Jadi, jika perkara itu berlaku
seperti itu, apakah sebab berlakunya keghaiban penuh (Kubro- utama)? !
Untuk menjawabnya terdapat beberapa andaian, termasuk:
1 -Takut dibunuh dengan tipu daya oleh para penzalim
(Taghut):
Ini mungkin benar jika Imam dilihat di dalam masyarakat,
kerana bagi beliau ghaib bukan dalam keghaiban penuh (benar-benar tidak boleh
dihubungi), bermakna dengan kewujudan wakil (naib) Imam (as) akan menjauhkan
dari mata penzalim dan dari apa jua rancangan jahat mereka. Secara khususnya
beliau (as) ditolong oleh Allah SWT. Dan pada masa yang sama beliau berhubungan
dengan orang-orang mukmin dan memberikan kepada mereka hukum Syariah dan arahan
yang mereka perlukan, dengan itu, beliau dapat menghilangkan bahaya dari para
penzalim dan adalah memadai dengan keghaiban yang tidak lengkap dengan
mengadakan wakil (safir) ini, jadi tidak perlukan keghaiban penuh lagi. Allah
lebih mengetahui.
2- Ketiadaan peribadi yang berkelayakan untuk safir dan
wakil khas Imam (as):
Selain itu, sebagai wakil di sisi Imam (as) seharusnya
mempunyai banyak sifat-sifat Imam (as), yang tidak kurang daripada darajat yang
tinggi seperti zuhud, bertakwa, warak dan takut kepada Allah dan berupaya untuk
menguruskan hal ehwal umat dari segi siasah (politik), iktisad (ekonomi) dan
kemasyarakatan (sosial), dan dia adalah yang ahli [Faqih], yang bermaksud: Dia
biasa dengan riwayat hadits daripada maksumin (as), bukanlah dia menjadi ahli
[Faqih] seperti yang biasa difahami pada hari ini.
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...115
Jadi safir tidak perlu menggubal hukum syariah, tetapi
dia adalah seorang beriman yang ikhlas, menjadi penulis hukum Syariah dari Imam
(as) kepada umat, begitu juga dengan wujudnya seorang safir kepada Imam (as)
itu, adalah tidak dibenarkan untuk sesiapa menggubal hukum oleh pendapat
sendiri, walaupun dia adalah seorang Faqih yang memenuhi syarat-syarat yang
dikenal pada hari ini.
Dan inilah yang mungkin menjadi sebab untuk keghaiban
lengkap (kubro). Tetapi dengan tiada orang yang berkelayakan untuk menjadi
safir itu adalah suatu perkara yang jauh lagi dan ini disebut dalam riwayat
dari mereka (as) yang bermaksud: Bahawa Imam tidak takut beliau (as)
bersendirian pada zaman keghaiban dengan wujud 30 orang yang beriman dari
kalangan orang-orang yang soleh. [1]
3- Sikap tidak acuh umat pada Imam (as)
Dan tidak mendapat manfaat daripadanya dengan manfaat
sebenar dan tidak bekerjasama dengan seorang pemimpin umat, jadi keghaiban
lengkap (kubro) adalah akibat (hukuman) kepada umat. Kemungkinan matlamatnya
adalah untuk pembaharuan umat selepas terjejas oleh malapetaka dan tragedi
kerana ketiadaan pemimpin maksum. Jadi keghaiban panjang (kubro) menyerupai
sejarah sesat Bani Israel di gurun pasir Sinai, dihukum untuk tujuan
pengislahan (pembaikan), Bertujuan untuk mengeluarkan dari generasi umat yang
layak untuk membawa Risalah Ilahiyah kepada penduduk bumi, satu generasi yang
tidak redha kecuali dengan pimpinan Maksum dan tidak redha kecuali Al-Quran
untuk menjadi perlembagaan dan syiar dan manhaj (cara) untuk kehidupan.
Amir Al-Mukminin (as) berkata, dalam menerangkan sikap
tidak acuh umat ini terhadap Imam dan Al-Quran, “Dan sesungguhnya akan datang
selepasku zaman yang padanya Kebenaran disembunyikan, dan tiada lain dari
mendedahkan kebatilan, dan mendustakan Allah dan RasulNya. Dan tidak ada
penduduk pada masa itu yang menghargai Kitab selain betul bacaannya, yang tidak
mengambil isi selain menafaat hurufnya, dan tiada apa yang ada di bumi selain
daripada menolak makruf dan tidak mengenal yang mungkar. Yang akan membuang
Al-Kitab, yang mengabaikan pemeliharaannya. Kitab Suci pada hari itu ahlinya
(pemiliknya) dinafikan dengan mengusir pemegang sebenarnya, kedua-duanya
berjalan tanpa perlindungan. Kitab Suci dan ahlinya pada zaman itu di tangan
orang lain dan bukan di tangan mereka, bersama orang lain dan bukan bersama
mereka. kerana kesesatan tidak bermuafakat dengan hidayah jika berhimpun, akan
bersatu kaum yang berfirqah dan berpecah belah dari jamaah (Islam), seolah-olah
merekalah yang memimpin Kitab dan bukan Kitab
------------------------
1- Diriwayatkan Al-Syeikh Al-Kulaini: dari Abi
Bashir dari Abi 'Abdillah (as) katanya: (Pasti berlaku Pemilik Urusan ini
mengalami keghaiban, dan pasti dalam keghaibannya dia akan kesendirian
(‘uzlah), dan ya, di tempat tinggal yang baik, dan dikelilingi dengan tiga
puluh orang yang sabar) Al-Kafi: Jilid 1 halaman 340, Ghaibah
Al-Nu3maniy: halaman 194 , Ghaibah Al-Thusi halaman 162 Apa yang ada dalam
Ghaibah Al-Thusi yang mana terdapat sedikit perbezaan..
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...116
yang memimpin mereka! Oleh itu tiada yang tinggal pada
mereka selain namanya. Dan tidak mengetahui selain tulisan (Khat) dan lagunya!!
Seperti masa lalu bagaimana mereka akan mencacatkan orang soleh dengan apa cara
sekali pun, dan mereka menggelar kejujuran sebagai fitnah Allah, dan
menjadikan kebaikan dihukum dengan kejahatan.[1]
Alasan bahawa sebab keghaiban penuh (Kubro- utama)
adalah keengganan umat untuk melakukan
beberapa perkara, antara lain:
a- Hasil kerja tangan yang dikeluarkan dari beliau (as)
melalui wakil (safir)nya ini sangat sedikit yang menandakan bahawa
soalan-soalan yang ditujukan kepadanya juga sangat sedikit.
Dan mungkin seseorang akan berkata: walaupun banyak hasil
kerja tangan, tetapi tiada apa yang sampai kepada kita daripadanya kecuali
jumlah yang kecil ini.
Dan sebenarnya: hujah ini tidak boleh menipu orang yang
memerhati dengan teliti pada bilangan yang sedikit, kerana jika hasil tangannya
banyak, banyaklah yang akan sampai kepada kita walaupun ada sesuatu yang hilang
darinya. Maka tidak dapat dielakkan hadits Nabi (S) dan Imam Al-Shadiq dan Imam
Al-Redha (as) tidak sampai kepada kita semuanya, tetapi banyak yang sampai
kepada kita dan riwayat daripada Imam (as) dengan tidak bersalahan
(dibid’ahkan) dari hadits-hadits Imam-imam (as), dan hal keadaan yang
mengelilingi mereka tidak lebih besar daripada keadaan yang dikelilingi oleh khutbah
Imam Amir Al-Mukminin (as) sehingga sebahagian yang sampai kepada kita adalah
kitab Nahj Al Balaghah.
Selain itu, para ulama Syiah semasa keghaiban pendek
(sughro-kecil) telah mengambil berat tentang menulis riwayat Imam-imam (as),dan
menyampaikan kitab-kitab mereka kepada Imam (as) melalui wakil (safir)nya dan
dari Kitab Al-Kafi Al-Kulaini (rahimahu Allah), jadi mengapa tidak ada sesiapa
dari mereka yang mengambil berat untuk menulis hasil kerja tangan dikeluarkan
olehnya (as)?!
Pada hakikatnya mereka mengambil berat untuk menulisnya,
tetapi sedikit bilangannya.
Dan apa yang jelas pada orang yang tidak mengendahkan
tentang ilmu pengetahuan dan pada Imam apa yang Al-Kulaini bentangkan dalam
Kitabnya Al-Kafi. Al-Kulaini hidup pada Zaman keghaiban pendek (sughro-kecil)
dan meninggal dunia tepat pada penghujung keghaiban itu. Dia meninggal dunia
pada Syaaban pada tahun 329 H maknanya pada bulan yang sama dan pada tahun itu
Ali bin Muhammad Al-Samari meninggal dunia, yang terakhir dari empat orang
wakil (safir) ini .
------------------------
1 - Nahj al-Balaghah – dengan huraoan Muhammad Abduh: J 2
hal 31, Bihar Al-Anwar: J 34 hal Bihar Al-Anwar: J 34 hal 233.
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...117
Al-Kulaini (rahimahu Allah) berkata: (Ada pun selepas
itu, aku faham istilah yang dirungutkan oleh orang-orang di zaman kita kerana
kejahilan dan mereka sepakat dan usaha mereka untuk membina laluan mereka, dan
menjelaskan ilmu dan asas-asasnya, sehingga hampir ilmu itu hilang sepenuhnya
dan sumber-sumbernya terputus, kerana mereka suka untuk bersandar kepada
kejahilan, dan mereka menyia-nyiakan ilmu dan ahlinya [1]
Dan beliau berkata lagi: (Untuk sesiapa yang ingin Allah
berikan dia kejayaan dan menjadikan imannya tetap dan kekal, Dia jadikan
untuknya sebab-sebab yang akan menyokongnya sehingga dia mengambil agamanya
dari kitab Allah dan Sunnah NabiNya (S) dengan ilmu yakin dan pengamatan hati,
yang lebih kukuh bagi agamanya daripada paksi gunung-ganang dan sesiapa yang
Allah kehendaki untuk dihinakannya dan menjadikannya sesat dari agamaNya - kita
berlindung kepada Allah dari yang demikian itu - dia dijadikan untuknya
sebab-sebab yang kelihatan baik pada taqlid dan mentafsir (takwil) tanpa ilmu
dan pengamatan hati, dan itu adalah dengan kehendak Allah, dengan izin Allah
Tabaraka Wa Taala, melengkap imannya dan jika Dia kehendaki tentulah Dia
menariknya semula, dan Dia tidak akan beriman kepadanya, jika dia beriman pada
waktu pagi, pada petangnya dia akan menjadi kafir dan jika beriman petang hari,
tiba waktu pagi dia akan kafir semula; kerana setiap kali dia melihat sesuatu
yang besar daripada orang-orang besar yang berharta bersamanya dan setiap kali
dia melihat sesuatu disanjung secara zahir, dia menerimanya, dan seorang alim
[Imam Musa Al-Kadzim (as)][2] berkata: "Allah Azza Wa Jalla
menjadikan Nabi-nabi dengan sifat kenabian dan tidak dijadikan mereka itu
melainkan Anbiak, dan menjadikan washiy di kalangan Aushiak, dan dia menghina
sesuatu kaum kerana iman, jika Dia menghendaki tentulah sama ada Dia
menyempurnakan [iman] mereka atau Dia akan menariknya semula dari mereka,” dan
beliau berkata: “dan mereka dipetik sebagai berkata, Dia berfirman:
: ﴿فَمُسْتَقَرٌّ
وَمُسْتَوْدَعٌ﴾
maka (bagimu) ada tempat tetap dan tempat simpanan. [3]
Maka ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya tidak boleh
bagi seseorang membedakan riwayat-riwayat yang berselisih dari para imam [3alaihimu
Al-Salam] dengan pendapatnya sendiri kecuali berdasarkan atas apa yang diriwayatkan
dari perkataan Imam [3alaihi Al-Salam] “serahkan riwayat-riwayat itu pada kitab
Allah maka yang bersesuaian dengan kitab Allah AWJ ambillah dan yang
bertentangan dengan kitab Allah maka tolaklah”. Dan perkataan Imam [3alaihi Al-Salam]
“Jauhilah apa yang bersesuaian dengan kaum [awam] karena petunjuk ada pada yang
mereka perselisihkan”. Dan perkataan Imam [3alaihi Al-Salam] “Ambillah yang
disepakati karena yang disepakati itu tidak mengandungi keraguan”. Kami tidak
mengetahui dari semua itu kecuali sedikit. Dan kami tidak mendapatkan sesuatu
yang lebih berhati-hati dan lebih diperbolehkan daripada mengembalikan semua
ilmu itu kepada para imam [3alaihimu Al-Salam] [4] dan menerima
perkara itu berdasarkan perkataan Imam [3alaihi Al-Salam]“ dengan yang mana
saja kalian ambil sebagai bukti kepatuhan maka itu diperbolehkan bagi kalian” [5]
b- dan diriwayatkan dari para imam (as) bahawa dia
dizalimi dan dia adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut:
-----------------------
1- Al-Kafi: J 1 hal 5
2- yang dimaksudkan adalah Imam Musa bin Ja’far Al-Kadzim
(as). Ini adalah salah satu gelarannya.
3- Al-An3am 6:98
4- Al-imam Shohib
Al-Amr (pemilik urusan), daripadanya (as).
5 - Al-Kafi: : J 1 hal 8
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...118
Al-Baqir (as) berkata: "Perkara ini dalam usia yang
paling muda dan adalah salah satu yang paling buruk untuk disebut." [1]
Maka, yang paling buruk disebut di kalangan
Syiah menunjukkan penolakan mereka terhadap beliau (as)
c- Keluar dari
beliau (as) yang ditandatangani kepada safir beliau Al-‘Umari, di dalamnya,
"Sebab di sebalik berlakunya keghaiban, Allah Azza Wa Jalla berfirman:
:
﴿يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ﴾
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan
hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu. [2],
[3]
Dan apa yang boleh difahami dari riwayat ini, adalah
bahawa kamu adalah sebab di antara sebab-sebab keghaiban dan ia cukup bebas
sebagai petunjuk kepadanya.
Dan selepas jawapan kepada soalan-soalan Al-Hamiri yang
ditanya olehnya, dia (as) berkata: (Bismllahi Al-Rahman Al-Rahim, bukan dari
perintah-Nya yang kamu faham dan bukan dari orang-orang yang auliak-Nya yang
kamu terima
﴿حِكْمَةٌ
بَالِغَةٌ ۖفَمَا تُغْنِ النُّذُرُ ﴾
Itulah suatu hikmah yang sempurna maka
peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka). [4]
Salam sejahtera juga kepada kita semua dan kepada
hamba-hamba Allah yang sholeh. [5]
Dan ia tidak tersembunyi dalam kata-katanya (as), sakit
yang disebabkan oleh keengganan umat ini menerima kebenaran dan menerima beliau
(as). Dan kita wahai saudara yang dikasihi, jika kita yakin bahawa dia adalah
Hujjah Allah, hendaklah kita bekerja siang dan malam untuk menyegerakan
kemunculannya dan kita akan bentangkan baginya diri kita, harta dan anak-anak
kita.
d- Kerukunan (kerjasama) umat kepada penzalim dan
membantunya dengan cara apapun walaupun dengan kerja-kerja awam yang difikirkan
orang-orang yang akan mededahkannya.
Dan ini adalah jelas dari sesiapa yang melihat melalui
sejarah dan terutama semasa Zaman Keghaiban Panjang (kubro). kebanyakan ulamak
dan orang-orang jahil sama-sama menyokong penzalim taghut, begitulah Imam
Al-Kadzim (as) berhujah terhadap Safwan (ra) kerana dia menyewakan untanya
kepada penzalim taghut Harun Al-Abbasiyah untuk pergi mengerjakan haji.
﴿وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ
النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ﴾ ,
Dan janganlah kamu cenderung
kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan
sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah,
kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. [6], [7]
Oleh itu, sebabnya adalah keengganan ummah kepada khalifah
Allah Yang Maha Suci, dan secara semula jadi tidak berguna kewujudannya di
antara mereka kerana kewujudannya di antara mereka dan ketiadaannya sama
sahaja.
------------------------------
1 - Ghaibah Al-Nu'amani: hal 191, Bihar Al-Anwar: J 51 hal 43
2- Al-Maidah 5:101
3- Kamal Al-Din Wa Tamam Al-Ni3mah: hal 485, Ghaibah Al-Thusi: hal 292 Al-Ihtijaj J 2 hal 284, Bihar Al-Anwar: J 52
hal 92.
4- Al-Qamar 54:5
5- Al-Ihtijaj J 2 hal 316, Bihar Al-Anwar: J 91 hal 2. Mu3jam
Ahadits Al-Imam Al-Mahdi (as): J 4, hal 349,
6- Hud 11:113
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...119
Dari sinilah datangnya keghaiban panjang (kubro) Ia adalah seperti yang dikatakan Yamani Aali
Muhammad (as): (Jadi keghaiban panjang) menyerupai sejarah Bani Israel di
gurun pasir Sinai, dihukum untuk tujuan pengislahan (pembaikan), Bertujuan
untuk mengeluarkan dari generasi umat yang layak untuk membawa Risalah Ilahiyah
kepada penduduk bumi, satu generasi yang tidak redha kecuali dengan pimpinan
Maksum dan tidak redha kecuali Al-Quran untuk menjadi perlembagaan dan
syiar dan manhaj (cara) untuk kehidupan.)
Sebab yang menggagalkan Khalifah-khalifah Allah kerana
terdapat kerajaan-kerajaan penzalim taghut di sepanjang zaman yang menguasai
dan membelenggu manusia, kegagalan ini menjadi ciri yang menonjol dan umat
sudah terbiasa dengannya, bahkan umat itu telah dididik menjadi umat yang
gagal. Maka jadilah kegagalan itu penyakit berjangkit, seperti yang dikatakan
penyair:
Apabila kulihat kejahilan mereka
yang terpesona
Aku tidak hiraukan hingga aku
dikatakan jahil
Oleh itu, kita dapati mereka berkuasa mencengkam
leher-leher kita sejak wafatnya Rasulullah (S) bukan untuk memalukan
(mengaibkan) para washiy - Imam Ali dan anak-anaknya (as), tetapi memalukan
kita, kerana kita sentiasa gagal memberikan
pertolongan kepada kebenaran.[1]
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berkata: Wahai
manusia, jika kamu gagal
menolong kebenaran, janganlah kamu berhati lemah dalam melemahkan
kebatilan, janganlah kamu menginginkan yang bukan dari golonganmu, dan tidak
menguatkan golonganmu. Tetapi kamu tertarik dengan kekeliruan Bani Israel.
Sungguh akan melemahkan kamu tersesat selepasku, kelemahan kerana kamu telah
meninggalkan kebenaran di belakang kamu, dan kamu akan jatuh
serendah-rendahnya, dan pergi sejauh-jauhnya. Dan ketahuilah bahawa jika kamu
mengikuti penyeru kamu yang berjalan dengan Manhaj Al-Rasul, itu sudah cukup
bagi kamu mempunyai pertolongan dan perlindungan, dan kamu telah menolak belenggu berat dari lehermu [2]
Kesimpulan: Berlakunya keghaiban kerana keengganan
manusia terhadap khalifah Allah Yang Maha Suci, akan didatangkan kesesatan
sebagaimana didatangkan kesesatan pada Bani Israel. Oleh itu, Allah akan mempersiapkan
generasi yang baik yang dijanjikan untuk membawa risalah ilahi.
✡✡✡✡✡
----------------------
1- Al-3ijl: J 2 hal 65
2- Nahj al-Balaghah – dengan huraian Muhammad Abduh: J 2
hal 79
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan