Rabu, 21 November 2018

Maklumat Penantian Yang Lain



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...127

Maklumat Penantian Yang Lain

Ia sesuatu yang biasa apabila semua orang berfikir tentang Juruselamat dunia yang akan datang pada hari yang tidak diketahui oleh manusia dan dinyatakan oleh riwayat bahawa kedatangannya (as) adalah secara tiba-tiba, iaitu datang pada masa yang tidak jelas dan tidak diketahui oleh manusia, Ini mendorong orang kepada urusan :

1. Untuk hidup dalam keadaan yang istiqamah, dan mematuhi perintah syariat ilahi, dan menghindari dari melanggarnya, dan mereka bersikap adil kepada orang lain dan menghindari kezaliman, kerana pembaharu dunia itu akan bersikap adil kepada orang-orang yang ditindas oleh penzalim dan melaksanakan keadilan di bumi.

2. Orang yang mempercayai kedatangan Imam Mahdi (as) secara tiba-tiba akan mempersiapkan diri untuk bergabung dengan ketenteraannya, yang mempunyai penghormatan untuk menyertai beliau bagi semua yang mempunyai keperibadian yang baik.

3. Manusia akan tinggal dalam keadaan mulia dan bermaruah, tidak tunduk kepada penindasan penzalim dan taghut pelampau para pemerintah zalim kerana mereka menharapkan kedatangan Juruselamat yang akan mengangkat penghinaan dan aib, dan menyebarkan  kesadaran orang-orang mukmin kepada pembaharu yang dinanti-nanti sehingga umat akan memandang kecil semua kekuatan penzalim dan kuasa-kuasa besar, dengan itu menjadikan manusia hidup dalam keadaan tabah dan terlindung dengan Islam. .

4 Bahawa bagi diri yang menunggu-nunggu sangat banyak ganjaran dan pahalanya kerana ia datang dari Aali Al-Bait. Amirul Mukminin (as) berkata: Menunggu-nunggu urusan kami seumpama menumpahkan darahnya di jalan Allah [1]

Dan faedah lain bagi aqidah yang mulia ini, kita dapati musuh-musuh Islam cuba untuk meleburkan kepercayaan yang besar ini kerana ia memusnahkan asas pemikiran mereka yang mereka sifatkan kepercayaan kepada Imam Al-Mahdi (as) sebagai legenda. Kita dapati orientalis Donaldson berkata: (Adalah berkemungkinan besar bahawa kegagalan ketara yang melanda kerajaan Islam dengan aktiviti penyatuan keadilan dan kesaksamaan pada zaman kerajaan Umayyah adalah sebab-sebab kemunculan pemikiran Mahdi pada akhir zaman.) [2].

Dan kata Gold Zeher : (Telah nyata bahawa penyerahan kepada Allah atau meninggalkan urusan Allah, adalah merupakan kutukan yang dibuat oleh  orang-orang yang takut dan para pengadu terhadap Umaiyah,


---------------------------------
1- Kamal Al-Din wa Tamam Al-Ni3mah: hal 645
2 – Dipetik dari kitab Al-Mahdi Al-Muntadzar dari keterangan hadits-hadits sahih – oleh Abdul Alim Al-Bastawi: hal 38

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...128

Ini adalah salah satu senjata yang saya  tidak dapat terima sedikit pun, walau bagaimanapun apa sahaja yang mereka lihat bahawa apa yang Allah benarkan telah diselewengkan oleh manusia.  Apabila seseorang hanya boleh berharap kepada Allah yang akan menghukum dunia yang penuh dengan ketidakadilan dan dosa. Dan itu adalah harapan yang tersembunyi yang muncul dari pemikiran terhadap Al-Mahdi, yang sesuai dengan realiti dan ideal dan mula mengilhamkan kepercayaan pada kemunculan seorang pemimpin ilahi yang dibimbing oleh Allah dengan sebaik-baiknya. [1]

Oleh itu, pena-pena telah ditulis untuk mempersoalkan kepercayaan yang mulia ​​ini untuk mewujudkan keputusasaan di hati umat.

﴿وَإِن مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِ قَبْلَ مَوْتِهِ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا﴾

Tidak ada seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti ia akan menjadi saksi terhadap mereka. [2].

✡✡✡✡✡
                           
--------------------------------
1-  Dipetik dari kitab Al-Mahdi Al-Muntadzar dari keterangan hadits-hadits sahih – oleh Abdul Alim Al-Bastawi: hal 39
2. Al-Nisa’ 4; 159


✡✡✡✡✡
                           
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: