Ahad, 18 November 2018

HENTIAN KEEMPAT:



Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....120


HENTIAN KEEMPAT:

Al-Syeikh Al-Salafiyah Ibn TaImiyah berkata: Apabila mereka mengatakan bahawa kerana orang-orang menzaliminya mereka dihilangkan dari pandangan mereka semua.

Dia mengatakan:

Pertama: Kezaliman wujud pada masa bapa-bapanya tetapi mereka tidak dihilangkan dari pandangan mereka semua.

Kata-kata kedua: Orang-orang yang beriman dengannya tersebar ke mana-mana, sehingga dia bertemu mereka pada sebahagian waktu atau diutus kepada mereka seorang rasul yang mengajar mereka sesuatu dari ilmu dan agama.

Kata-kata Ketiga, Bahawa dia boleh berlindung di banyak tempat-tempat di mana ada kaum Syiah seperti di bukit-bukit Syam di mana terdapat kaum Al-Rafidhah ‘Ashiyah (Syiah yang tidak taat pemerintah) dan kedudukan Al-‘Ashiyah yang lain.

Kata-kata Keempat: Jika dia tidak dapat menyebutkan sesuatu ilmu dan agama kepada sesiapa kerana ketakutan ini maka tidak adalah bentuk kebaikan mahupun muslihat, ini bertentangan dengan apa yang dibuktikan dan bertentangan dengan pengutusan dari para nabi malah ia adalah kedustaan, kerana menyampaikan risalah dan menjadikan orang-orang beriman adalah kebaikan dan muslihat, yang merupakan nikmat dari Allah kepadanya. Dan harapan ini tidak berlaku kepada masyarakatnya melainkan penantian orang yang tidak datang dan kesedihan dan kesakitan yang kekal dan pertentangan orang berilmu dan doa-doa yang Allah tidak makbulkan. Kerana itulah mereka tidak mendapat apa-apa darinya.

Dalam bahagian ini, terdapat empat kecurigaan (kesamaran) yang berkaitan dengan keghaiban Imam Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari (as).

Kesamaran Pertama:

Dia berkata: Apabila mereka mengatakan bahawa kerana orang-orang menzaliminya mereka dihilangkan dari pandangan mereka semua. Dia mengatakan:

Pertama: Kezaliman wujud pada masa bapa-bapanya tetapi mereka tidak dihilangkan dari pandangan mereka semua.

Jawapan: Aqidah sebenar pada Ahl Al-Bait (as) bahawa mereka adalah para khalifah Allah Yang Maha Suci, dan setiap seorang daripada mereka ada peranannya pada ummah, dan semua peranan itu diberikan kepada mereka oleh Allah Yang Maha Suci, dan banyak akan jatuh ke dalam kesamaran-kesamaran apabila menaksir apa yang dilakukan Imam Al-Hasan (as) dengan apa yang dilakukan oleh Al-Hussein (as), dan di sini banyak kekeliruan orang-orang yang jahil mengutuk Imam Al-Hasan (as), sebagaimana orang-orang yang lain pula telah mengutuk apa yang telah dilakukan oleh


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....121

Imam Al-Hussein (as), bahawa dia telah menciptakan persengketaan pada ummah. Pada hal ini tidak berlaku, dan inilah yang dijelaskan oleh Imam Al-Shadiq (as) kepada kita.

Dari Mu’az bin Katsir, dari Abi Abdillah Jafar bin Muhammad (as), dia berkata: Perintah (Al-Washiah) telah turun dari langit kepada Rasulullah (S) Tulisan Yang Dicap (Kitab Makhtum), dan tidak diturunkan ke atas Rasulullah (S) Tulisan Yang Dicap itu melainkan Perintah (Al-Washiah). Jibrail (as) berkata: Wahai Muhammad, perintah ini untuk umat engkau ke atas Ahl Al-Bait engkau. Lalu Rasulullah (S) bersabda:  Ahl Al-Baitku yang mana wahai Jibrail? Beliau telah berkata: Mereka yang disempurnakan Allah dan keturunannya untuk mewarisi dari engkau ilmu nubuwah sebelum Ibrahim, dan ia adalah cap-cap (mohor/materi) yang dibukakan kepada Ali (as) sebagai cap pertama dan meneruskan perintahnya, dan kemudian cap dibukakan kepada Al-Hasan (as) cap kedua dan meneruskan apa yang diperintahkan dengannya, kemudian dibukakan kepada Al-Hussein (as), cap ketiga dan didapati di dalamnya ada berperang, membunuh dan dibunuh dan keluar bersama kaum untuk mati syahid, mereka tidak mati syahid kecuali bersama dengan apa yang engkau lakukan, dan kemudian diserahkan kepada Ali Bin Al-Hussein (as) meneruskannya, dibukakan kepada Ali Bin Al Hussein, cap keempat dan mendapati bahawa ilmu mengendur dan didiamkan kerana dihijab, dan kemudian diserahkan kepada Muhammad bin Ali (as) dibuka cap kelima dan didapati di dalamnya ada tafsir kitab Allah Taala dan kebenaran bapanya dan mewariskan ilmu kepada anak-anakmu dan telah memilih umatmu,
Katakanlah yang haq dalam keadaan takut dan aman dan jangan takut melainkan kepada Allah, kemudian  diserahkan kepada yang seterusnya. Mu'az bin Katsir berkata: Aku bertanya kepadanya: Dan kamu?  Dia berkata: "Apa yang salah dengan kamu dalam hal ini wahai Mu'az maka riwayatkanlah dariku, Ya aku yang seterusnya. Sehingga sejumlah dua belas nama dan kemudian diam seketika, lalu aku bertanya kepadanya: kemudian siapa lagi? Beliau berkata: Cukuplah buatmu.) [1]

Setiap washi dari washi-washi Nabi (S) kedudukan dan cap (mohor) bidang kuasanya khusus dan bukan untuk orang selainnya, yang melaksanakannya di zamannya dan waktunya, dan wajib mengiktiraf kepadanya kerana dia menjadi khalifah Allah di bumiNya.

Dengan itu orang-orang beriman menjadikan mereka khalifah-khalifah Allah dan mendengar dan taat kepada Imam zamannya, jadi kami sentiasa mengatakan bahawa perbahasan secara bahagian-bahagian (juz’iyah) adalah pendekatan yang silap dalam perbahasan ilmiah. Kerana semua juzuk adalah berdasarkan lepada perkara keseluruhan dan dikuatkan dari nash-nash yang muktamad, dan apabila dibuktikan perkara keseluruhan itu maka terbuktilah yang di bawahnya, sesiapa yang mengakui kenabian Muhammad (S) akan menerima semua dalil-dalil yang dikhabarkan oleh baginda, tetapi jika tidak menerima kenabian baginda –semoga dilindungi Allah - tidak menerima semua apa yang baginda katakan. Dan apa yang kita telah buktikan tentang kesahan imamah Imam Muhammad bin Al-Hasan (as), ini menyingkirjan semua syak wasangka (kesamaran), bahkan ianya mengarut sahaja.

------------------------------------
1 - Ghaibah Al-Nu'mani: hal.52

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....122


Berdasarkan maklumat di atas ia menghapuskan kesamaran pertama;  kerana ia dibina berdasarkan kiasan antara keghaiban imam dan tiada keghaiban pada bapa-bapanya (as), Pada hal bahawa setiap seorang daripada mereka (as) bercap mohor dan kedudukan Ilahi yang melakukan kerja-kerja sewajarnya, maka dari sinilah akan mengubah perilaku setiap seorang  , daripada mereka (as).

Dia mengatakan: "Kezaliman wujud pada masa bapa-bapanya tetapi mereka tidak dihilangkan dari pandangan manusia." Di sini:

Pertama, Telah dikemukakan bahawa keghaibannya bukan hanya disebabkan oleh wujudnya kezaliman sahaja, tetapi kekurangan generasi yang baik (sholeh) yang boleh membawa risalah Ilahiyah, maka didatangkan keghaiban atas kehendak Ilahiyah di mana kebaikan dan pembaikan (islah) bagi seluruh ummah, dan berterusan sehingga Allah menciptakan generasi yang baik (sholeh) untuk membawa risalah Ilahiyah yang menjadikan Hakimiyah Allah (Kerajaan Allah) sebagai syiar dan jalannya. Ianya seumpama kesesatan Bani Israel sehingga datangnya selepas kesesatan itu generasi yang sholeh yang membolehkan Yusak bin Nun washi Musa (as) mengetuai pembukaan Tanah Suci (Palestin).

Kedua: Bapa-bapanya mempunyai keadaan dan kedudukan mereka begitu juga dia mempunyai kedudukan di sisi Ilahiyah, sehingga perbandingan dibatalkan seperti yang dibentangkan.

Kesamaran Kedua Dan Ketiga:

Syeikh orang-orang Salafi Ibn Taimiyah  telah berkata: Pada kata-kata kedua: Orang-orang yang beriman dengannya tersebar ke mana-mana, sehingga dia bertemu mereka pada sebahagian waktu atau diutus kepada mereka seorang rasul yang mengajar mereka sesuatu dari ilmu dan agama.
.

Kata-kata Ketiga,  Bahawa dia boleh berlindung di banyak tempat-tempat di mana ada kaum Syiah seperti di bukit-bukit Syam di mana terdapat kaum Al-Rafidhah ‘Ashiyah (Syiah yang tidak taat pemerintah) dan kedudukan Al-‘Ashiyah yang lain.

Jawapan:  Kedua-duanya hanyalah cadangan yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyah berpunca daripada batasan batasan dan kekurangan pemikirannya yang terhad, keadaannya ini adalah seperti keadaan yang dikemukakan kepada Nabi (S)  mereka mengatakan:

﴿...لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنبُوعًا ﴿٩٠ أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًاأَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّـهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا * أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِي السَّمَاءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَّقْرَؤُهُ ۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا 
...

"Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dari bumi untuk kami, * atau kamu mempunyai sebuah kebun korma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, * atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. * Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca". Katakanlah: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"  [1]

-----------------
1- Al-Isra 17:90-93


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....123

Seperti keadaan Ahli Kitab yang  mengusulkan kepada Muhammad (S) dan Musa (as) :

﴿ يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَن تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِّنَ السَّمَاءِ ۚفَقَدْ سَأَلُوا مُوسَىٰ أَكْبَرَ مِن ذَٰلِكَ فَقَالُوا أَرِنَا اللَّـهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ۚ ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ مِن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ فَعَفَوْنَا عَن ذَٰلِكَ ۚ وَآتَيْنَا مُوسَىٰ سُلْطَانًا مُّبِينًا *

Ahli Kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata: "Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata". Maka mereka disambar petir karena kezalimannya, dan mereka menyembah anak sapi, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu Kami maafkan (mereka) dari yang demikian. Dan telah Kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata. [1]

Saya telah mengenalkan kedustaan mereka dalam jawapan pada Kesamaran Pertama; Imam (as) tidak ditentukan oleh sesiapa dan tidak menawarkan sesuatu, ia adalah ketaatan setelah pengakuan pada Imamahnya, jika tidak hendaklah diadakan perbincangan dalam mengesahkan Imamahnya terlebih dahulu..

Kesamaran Keempat:

Ibn Taimiyah berkata: Kata-kata keempat: Jika dia tidak dapat menyebutkan sesuatu ilmu dan agama kepada sesiapa kerana ketakutan ini tidak ada dalam bentuk kebaikan mahupun muslihat, ini bertentangan dengan apa yang dibuktikan dan bertentangan dengan pengutusan para nabi malah ia adalah kedustaan, kerana menyampaikan risalah dan menjadikan sesiapa beriman adalah kebaikan dan muslihat, yang merupakan nikmat dari Allah kepadanya. Dan harapan ini tidak berlaku kepada masyarakatnya melainkan penantian orang yang tidak kunjung datang dan mengalami kerugian dan kesakitan yang kekal dan pertentangan dari orang berilmu dan doa-doa yang tidak dimakbulkan Allah. Kerana itulah mereka tidak mendapat apa-apa darinya.
 "

Jawapan:   

Pertama, telah dijemukakan bahawa sebab keghaiban itu bukan kerana takut, seperti yang digambarkan oleh Ibn Taimiyah.

Kedua, Telah dikemukakan dalam Hentian Ketiga bahawa kewujudan Imam adalah keperluan, dan kewujudannya adalah kemurahan ilahi untuk memenuhi kebaikan, kerana dialah pengantara bagi Allah melakukan penjelasan. dan kejahilan Ibn Taimiyah dan keraguannya adalah dari kelemahan fikirannya.
                                             
Ketiga, Dia mencabar soal penantian dan meyangka bahawa penantian mereka tidak akan berlaku, dan ini adalah kejahilannya kerana hakikat bahawa kita menunggu pembaharu global yang diajarkan oleh semua agama dan ia mebosankan walaupun berbeza dalam kesahihannyanya, dan ia dipercayai oleh masyarakat dari tiga agama, dan dipercayai oleh kebanyakan orang-orang Yahudi dan Nasrani, Majusi, India, Buddha dan Magi. Kita dapati orang-orang Nasrani percaya akan kedatangan kembali Isa (as) sebagai pembaharu (penyelamat) yang dinantikan. Serta orang-orang Zoroastrian sedang menunggu untuk mengembalikan Bahram Syah, dan Masehi Al-Ahbasy (orang-orang Ethiopia) menanti kepulangan raja mereka Theodore seperti Mahdi pada akhir zaman, begitu juga orang-orang Hindu yang percaya kepulangan Vishnu, dan orang-orang Majusi yang percaya

------------------------
1. Al-Nisa’ 4:153

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....124

Usyider akan hidup kembali, dan orang-orang Buddha yang sedang menunggu kemunculan Buddha, dan orang Sepanyol yang sedang menunggu raja mereka Rodhiriq,  dan orang-orang Mongol dan pemimpin mereka Genghis Khan.

Kepercayaan ini ditemui di kalangan orang Mesir purba, seperti yang terdapat dalam buku-buku Cina kuno. [1].

Sehinggakan kita dapati kenyataan daripada bijak pandai Barat dan ahli-ahli falsafah mereka, di mana ada yang berkata bahawa dunia sedang menunggu seorang pembaharu besar yang akan mengendalikan pemerintahan dan menyatukan semua orang di bawah satu panji dan satu slogan.

Di antara orang-orang yang menyatakannya merupakan ahli falsafah Inggeris yang terkenal Bertrand Russell, yang berkata: Dunia sedang menunggu-nungu seorang pembaharu untuk menyatukan dunia di bawah satu bendera dan satu slogan. [2]

Dan di antara mereka Einstein pemilik (teori relativiti), di mana beliau berkata:
Pada hari yang akan memerintah di seluruh dunia seorang pembaharu dan sederhana, Dan orang-orang di dalamnya akan berkasih sayang bak saudara, ia berlaku tidak lama lagi. [3]

Termasuk ahli falsafah Inggeris yang terkenal Bernard Shaw di mana dia memberikan berita gembira dengan kedatangan pembaharu dalam bukunya (manusia dan superman).

Mengenainya Prof. Abbas Mahmud Al-Akkad berkata di dalam bukunya (Bernard Shaw), mengulas: (Dia memberi isyarat kepada kita bahawa Superman Shaw tidak mustahil, dan dakwaannya tidaklah tanpa kebenaran sedikitpun. [4]

Dan asas kepercayaan ini, kita dapati berasal dari Al-Quran, para ulama mentafsirkan beberapa ayat mengenai Al-Mahdi (as) yang muncul pada akhir zaman .

Sebahagian daripada ayat-ayat ini, Allah berfirnan:

﴿يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّـهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ 

Mereka berkehendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.* Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. [5]

-----------------------------
1- Al-Mahdiyah Fi Al-Islam – Oleh Sa’id Muhamad Hasan: hal 43 dan Al-Imamah Wa Qaim Al-Qiamah -  Oleh Dr Mustafaa Ghalib: s. 270
2- Al-Mahdi Al-Mau3ud Wa Daf3a Al-Syubhat 3anhu: hal 6
3- Al-Mahdi Al-Mau3ud Wa Daf3a Al-Syubhat 3anhu: hal 7
4- Bernard Shaw -   Oleh Abbas Mahmud Al-Akkad hal.124
5- al-taubah 9: 32–33

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....125

Al-Qurtubi berkata: Telah berkata Al-Saddi: Apabila Mahdi keluar, tidak ada yang akan tinggal kecuali masuk dalam Islam. [1]

Dalam Tafsir Ibn Juzi: dan akan  dimenangkannya: menjadikannya agama tertinggi dan paling berkuasa, sehingga memerintah di timur dan barat [2]

Dalam Al-Dar Al-Mantsur: dikeluarkan Said bin Manshur, Ibn Al-Munzhir, dan Al-Baihaqi dalam Sunan-nya dari Jabir ra  pada firman Allah:
لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ
untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, katanya, tidak berlaku demikian sehingga ridak tinggal orang Yahudi atau Kristian, memeluk agama kecuali Islam [3] Dan di antaranya: pada firnan Allah:
﴿وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ وَأُخِذُوا مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ 
(Dan jikalau kamu melihat ketika mereka (orang-orang kafir) terperanjat ketakutan; maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang dekat,) [4]

Al-Thabari telah mengeluarkan dalam tafsirnya, dari Huzhaifah bin Al-Yaman,  mentafsirkannya pada ketenteraan yang akan ditenggelamkan, dan penenggelaman hanya berlaku pada zaman Al-Mahdi.  Dia menyatakan banyak maknanya,

Dan di antaranya: pada firnan Allah

﴿وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا وَاتَّبِعُونِ ۚ هَـٰذَا صِرَاطٌ مُّسْتَقِيمٌ

Dan sesungguhnya itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang Al-Saah (hari kiamat). Karena itu janganlah kamu ragu-ragu tentangnya dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus. [6]


Al-Kinji Al-Syaf’ei berkata: (Telah berkata Muqatil Bin Sulaiman, dan Ia diikuti oleh para penntafsir dalam mentafsir firnan Allah AWJ: Dan sesungguhnya itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang Al-Saah (hari kiamat). adalah  Al-Mahdi (as), yang akan berlaku pada akhir zaman, dan selepas dia keluar akan  berlaku Al-Saah dan tanda-tandanya [7]

Kenyataan seperti ini terdapat juga pada Ibn Hajar Al-Haitami, Al-Syablanji Al-Syafi'ei, Al-Safarini Al-Hanbali, Al-Qunduzi Al-Hanafi, Dan Syeikh Al-Sabban. [8]

------------------------------
1- Tafsir Al-Qurthubi: J 8 hal 121,  Al-Tafsir Al-Kabir: J C 16 hal 4
2- Tafsir Ibn Juzi: hal 252
3- Al-Durr Al-Mantsur: J 4 hal 176
4- Saba 34:51
-5  Al-Qurthubi menyebut tentangnya dalam Al-Tazarah dengan Abu Hayyan  telah menyatakan dalam tafsirnya, dan Al-Muqaddisi Al-Syafi'ei dalam 3qad Al- Durur, dan Al-Suyuthi dalam Al-Hawi Al- Al-Fatawa, dan dinyatakan Al-Zamakhsyari dalam Kasyf-nya dari Ibn Abbas. Tafsir Al-Thabari: J 22 hal 72. 3qad Al- Durur: hal 74 bab 4 bhg 2, Al-Hawi Al-Fatawa : J 2, hal 81 dan  Al-Kasyf: J 3 hal 467
6- Al-Zukhruf 43: 61
7- Al-Bayan Fi Akhbar Shahib Al-Zaman: hal 528
8- Al-Sawa3iq Al-Mahraqah: hal 162 Nur Al-Abshar: hal 186, Mashariq Al-Anwar. Amma Fi Al-Imam Al-Mahdi 3inda Ahl Al-Sunnah: J 2 hal 58, Is3af Al-Raghibain: hal  153 Yanabi3 Al-Mawaddah: J 2 hal  126 bab 59


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani....126

Ibn Hajar  mengatakan: (Tanda yang kedua belas pada firnan Allah AWJ: Dan sesungguhnya itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang Al-Saah (hari kiamat). (Muqatil Bin Sulaiman berkata, dan diikuti oleh para pentafsir: bahawa ayat ini telah diturunkan mengenai Al-Mahdi, dan akan didatangkan hadits-hadits kenyataan dari Ahl Al-Bait Nabi. Kemudian di dalam ayat ini terdapat tanda-tanda keberkatan keturunan Fatimah radhia Allahu anhuma dan Allah mengeluarkan dari keduanya banyak kebaikan dan menjadikan keturunan keduanya kunci kebijaksanaan dan lombong galian rahmat.) berakhir.

Maka selepas apa yang dikemukakan di atas, adakah menunggu-nunggu tidak berguna dan ianya sentiasa merugikan?

﴿قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّـهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ﴾

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedangkan kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik? [1]

Selepas semua ini, mengapa Ibn Taimiyyah menegaskan yang doa-doa tidak dimakbulkan dengan berkata: dan doa-doa yang Allah tidak makbulkan. Kerana itulah mereka tidak mendapat apa-apa darinya?

Allah SWT berfirnan:
                    
﴿ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ  ﴿ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ 

"Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. [2]?!

Maka batillah kata-katanya: “Kerana itulah mereka tidak mendapat apa-apa darinya” apa yang ingin dibuktikannya  mengenai kelahiran Imam Muhammad bin Al-Hasan (as).


✡✡✡✡✡

------------------------
1. Al-Maidah 5:59
2- Ghafir 40:60

✡✡✡✡✡
                           
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: