Ahad, 21 Oktober 2018

Hentian Ketiga:




Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...104


Hentian Ketiga:

Kata Syeikh Al-Salafi Ibn Taimiyah:

Dan inilah persetujuan di antara mereka, sama ada ia wujud atau tidak, ia tidak memberi faedah kepada mereka di dalam agama atau pun di dunia dan tidak ada seorang pun yang tahu mengenainya dan tidak diketahui sifat-sifat yang baik dan yang jahat, maka tidak menghasilkan apa-apa tujuan dan kepentingan yang dikehendaki kepada Imamah pada peribadi atau orang awam, bahkan ketetapan kewujudannya mendatangkan mudharat terhadap penduduk bumi tanpa sebarang manfaat pada asasnya. Orang-orang yang beriman dengannya tidak bermanfaat pada mereka dan tidak memperoleh kebaikan dan kesejahteraan darinya. dan orang-orang yang berbohong itu akan disiksa oleh kebohongan mereka. Ia benar-benar jahat dan tiada kebaikan di dalamnya dan makhluk seperti itu bukanlah perbuatan orang yang bijak dan adil


Kesamaran Pertama: Tidak Ada Faedah Dalam Al-Ghaibah (Keghaiban)

Jawapan:

Pertama: Kesamaran ini datang kerana penggunaan Imam maksum (as) yang terhad penggunaannya dalam agama atau dunia seperti yang digambarkan kepentingannya oieh Ibn Taimiyah.  Walaupun banyak perkara yang lebih mendalam daripada yang ditimbulkan oleh Al-Syeikh Salafi ini, Aqidah sebenar adalah bahawa bumi tidak boleh tanpa hujah Allah Yang Maha Suci, Kerana hujah adalah perantara limpahan Ilahi. Itulah sebabnya kewujudan hujah sangat diperlukan..

Muhammad bin Yahia, dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Sinan, dari Ibn Al-Thayar, beliau berkata:. Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Sekiranya yang tinggal di bumi hanya dua orang, salah seorang daripadanya adalah Al-Hujah [1]

Dan dari Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya kesemuanya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Muhammad bin Isa Ibn ‘Ubaid, dari Muhammad bin Sinan, dari Hamzah bin Al-Thayar, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata:  Sekiranya yang tinggal hanya dua orang, salah seorang daripadanya adalah Al-Hujah pada sahabatnya. [2]

Adalah tidak mungkin untuk bumi kosong dari hujah, sekiranya berlaku akan kepanasan penghuninya.

-------------------------
1- Bashair Al-Darajat: hal 507
2- Al-Kafi J 1 hal 178

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...105

Dari Sa’id, dari Sulaiman Al-Ja’fari, katanya: Aku bertanya kepada Aba Al-Hasan Al-Redha (as), kataku: Bolehkah bumi kosong daripada hujah Allah? Dia berkata: "Sekiranya bumi kosong dari hujah walaupun sekelip mata sahaja penghuninya akan kepanasan  [1]

Dan dari Ziyad Al-‘Attar katanyz: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: Bahawa bumi tidak akan ada kecuali wujud hujah, manusia tidak akan menjadi baik melainkan dengannya. Dan bumi juga tidak akan menjadi baik melainkan dengannya. [2]

Ini menunjukkan betapa pentingnya  Al-Hujah dan Khalifah kerana hujah adalah perantara bagi limpahan Ilahi seperti yang diterangkan oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya.

Kata Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as):  

Dan ini adalah kerana Al-Hujjah (as) adalah tempat limpahan untuk sampai ke bumi. Maka disebabkan kewujudannya di semua langit-langit dan pada kedudukan yang suci dan tinggi, dan contohnya di dunia ini ialah seperti pusat pada bayi, dan ia adalah tempat saluran (bekalan) khasiat makanan daripada ibu kepada bayi, jadi contoh beliau (as) ialah umpama tali pusat yang turun dari langit ke bumi, menghantar limpahan Ilahi kepada bumi, "Melalui mereka dikurniakan rezeqi, dan melalui mereka kamu dilimpahi."

Oleh karena itu ia adalah tali Allah yang kukuh dan pilar (tiang) cahaya yang turun dari langit ke bumi, dan jika bukan karena dia bumi akan musnah bersama dengan penduduknya, yang berarti bahawa Cahaya Ilahi tidak akan sampai ke bumi, dan bumi akan merana dan orang-orang akan kembali menjadi tiada, karena itu tidak mungkin digambarkan kebesaran keutamaan Al-Hujjah (as) atas semua penciptaan. [3]

Maka mesti ada Al-Hujjah pada setiap masa, dan dengan itu Allah Taala berfirman:

﴿إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا ۚ وَإِن مِّنْ أُمَّةٍ إِلَّا خَلَا فِيهَا نَذِيرٌ﴾

Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.  [4]

Maka tali yang terhubung ke langit itu adalah Khalifah. Allah Taala berfirman:

﴿إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ

"kecuali jika mereka berpegang kepada tali dari Allah dan tali dari manusia." ]5].

Diriwayatkan dari Ahl Al-Bait (as), Bahawa mereka mentafsirkan Al-Habl (tali) dari manusia adalah pada Ali bin Abi Talib (as), dan kadang-kadang pada Ahl Al-Bait (as), dijadikan dia (Ali) dan mereka (Ahl Al-Bait) adalah khalifah-khalifah Allah SWT.

------------------------
1- Bashair Al-Darajat: hal 509
2- Al-Muhasin: J.1 hal.234
3. Al-Mutasyabihat: jawapan kepada soalan 29 dari terbitan empat juzuk.
4. Al-Fathir 35:24
5. Aali Imran 3:112

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...106

Dari Imam Al-Baqir (as) pada firman Allah Taala:

﴿ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّـهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ﴾ 

Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah dan tali dari manusia, (Ali bin Abi Talib). [1]
                
Dari Muhammad bin Ali Al-‘Anbari, dengan sanadnya  dari Rasulullah (S):

"Baginda duduk di masjid dan di kelilingi oleh sekumpulan sahabat termasuk Ali. Tiba-tiba baginda dihentikan oleh seorang Arab dusun, Dia berkata: Ya Rasulullah, aku datang kepadamu untuk bertanya kepadamu tentang satu ayat daripada Kitab Allah Taala yang kudengar padanya, Dia memerintahkan apa yang tidak aku ketahui. Rasulullah (S) bersabda: Katakanlah, ya Arabi. Dia berkata: Saya mendengar Allah AWJ berfirman:
 ﴿ وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا 
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, apakah tali yang diperintahkan kita untuk berpegang dengannya? Maka  Rasulullah (S) mengambil tangan Arab dusun itu dan meletakkannya di bahu Ali (as), dan bersabda: Inilah tali Allah yang diperintahkan kamu untuk berpegang dengannya. Lalu Arab dusun itu berpusing ke belakang Ali (as) dan memeluknya, dan berkata: Ya Allah  Allah, aku berpegang dengannya. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki dari penghuni Syurga, maka lihatlah Arab dusun ini. [2]

Dari Abu Jaafar Al-Sayagh: Aku mendengar Al-Shadiq (as) berkata pada firman Allah Taala: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah [3].

Ibn Taimiyah dan lain-lain menyatakan: "Kebenaran ini tidak dapat dinafikan walaupun terdapat banyak pengingkarannya.

Ibn Taimiyah berkata :  pada firman Allah Taala:
﴿إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ 
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Dan masih terdapat golongan yang kelihatan menegakkan kebenaran tidak menerima agama lain yang menyelewengkan tulisan mereka dan mengubah syari’at mereka sama sekali kepada kata-kata Allah oleh mereka yang berada di bawah Hujjah Allah dan keteranganNya, orang-orang yang menghidupkan kitab Allah yang mati dan membuka pengelihatan orang-orang buta dengan cahayaNya. Bumi tidak akan kosong dari penegak (qaim) Allah dengan hujjah supaya tidak membatalkan hujah-hujah Allah dan keteranganNya. [4]

Dan berkata anak muridnya Ibn Al-Qaiyim Al-Jauziyah: Perkataan tentang Allah tanpa ilmu dan membatalkan hujah-hujahNya dan penolakan pada kitabNya dan Sunnah Rasul-Nya akan melemparkan hukum-hakam dari kedua-duanya. dan Allah tidak menerimanya melainkan menyempurnakan cahayaNya dan membenarkan kata-kata Rasul-Nya,

-----------------------
1 - Manaqib Aali Abi Thalib: J 2  hal 273
2 - Syarah Al-Akhbar: J 2  hal 207       
3 - Manaqib Aali Abi Thalib: J 2  hal 273
4. Majmu3 Al-Fatawa:  J 25  hal 130

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...107

bahawa Dia tidak akan membiarkan bumi kosong tanpa Qaim Allah dengan hujah-hujahNya dan satu golongan dari umatnya akan terus berada atas kebenaran yang tulen yang diutusNya, dan Dia tetap akan mengutus seorang ketua setiap seratus tahun bagi umat ini memperbaharui agamanya. [1]

Ibn Hajar berkata: (Pada Isa yang bersholat di belakang seorang lelaki umat ini yang akan berlaku di akhur zaman dan yang begitu dekat waktunya menunjukkan sahihnya perkataan bahawa bumi tidak dibiarkan (kosong) dari Qaim Allah dengan hujah-hujahNya. Wa Allahu A3lam. [2] dan menaqalkan ungkapan yang sama yang dikemukakan dan boleh dilihat mengikut keutamaan pembaca. [3]

Oleh itu, apa yang telah dinyatakan oleh Ibn Taimiyah tentang tidak ada kebaikan dan faedah mengekalkan imam yang ghaib itu, tetapi bentuknya menurut kepercayaannya sendiri dengan membolehkan bumi kosong dari Al-Hujah, dan ini bertentangan dengan kepercayaan kita yang sah dengan keyakinan yang qat’ei. Oleh itu, masalah kemusykilannya atas dirinya dan tidak menjejaskan kita kerana kita percaya perlunya ada Al-Hujah sama ada secara zahir atau tersembunyi, yang dikatakan Amirul Mukminin (as):

Berkata Amirul Mukminin (as):. Oh ya Allah,  Sekali-kali bumi tidak akan pernah kosong dari dari Qaim Allah dengan hujah-hujahNya, baik secara terbuka (zahir) dan terkenal ataupun, terpendam dan tersembunyi, nescaya para hujah Allah dan keterangannya tidak terbatal. [4]

Dan begitulah Al-Mahdi (as) dari Al-‘Itrah yang dengan kewujudannya akan menyelamatkan penghuni bumi dan seperti Bahtera Nuh (as) sebagaimana yang diberitakan dari Nabi (S).

-----------------------------
1- I3lam Al-Muwaqi3in: J 2 hal 276
2- Fath Al-Bari: J 6 hal 358
3- 3umdat Al-Qari: J 16 hal40
4- Nahj Al-Balaghah – dengan syarah oleh Muhammad ‘Abduh: J 4 hal 37


✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: