Khamis, 18 Oktober 2018

Kesamaran Kedua: Bagaimana Menjadi Imam Ketika Masih Seorang Anak Kecil Yang Dibataskan Kepadanya?








Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...98

Kesamaran Kedua: Bagaimana Menjadi Imam Ketika Masih Seorang Anak Kecil Yang Dibataskan Kepadanya?

Sudah tentu, apa yang ditulis oleh seorang lelaki dengan tangannya mencerminkan tahap ilmunya. Jika apa yang dikatakannya sukar difahami pembaca, maka barisan tulisannya itu diimbas oleh ilmunya. Dan jika tulisannya itu naif ia adalah hasil kelemahannya dan kurang cerdas fikirannya maka pembaca memahami tahap penulis dan mengelaskannya sebagai kurang cerdik.

Jika seorang manusia menilai secara adil dengan pendapat yang dikatakan oleh Ibn Taimiyah, dia tahu dengan jelas betapa rendahnya kadar pemikirannya. Kadang-kadang ada perbezaan (perselisihan) dalam menyebutkan kelahiran Imam Mahdi (as), dan kadang kala ia menunjukkan dengan andaian bahawa dia dilahirkan atas keputusan kefahamannya yang bercampur aduk, dan yang ketiga dia mengatakan bagaimana boleh menjadi seorang imam pada umur yang masih kecil. Saya fikir adalah penting untuk mengetahui kata-katanya yang terakhir kerana dengan mengetahuinya menghilangkan kekeliruan. Syeikh Al-Salafi Ibn Taimiyah mengatakan:

Mazhab Imamiyah mendakwa bahawa dia mempunyai anak yang memasuki ruangan bawah tanah (Al-Sirdab) di Samarra, dan dia masih kecil, sebahagian daripada mereka mengatakan dia berusia dua tahun, dan sebahagian yang lain mengatakan, tiga tahun dan ada yang mengatakan lima tahun. Jika ini wujud dan diketahui, tentulah ia wajib dalam Hukum Allah dibuktikan dengan nash Al-Quran dan Sunnah dan Ijmak. Ada yang menjadi penjaga yang mengasuh dirinya seperti ibunya dan ibu kepada ibunya dan yang serupa dengan pengasuh. Dan hartanya ada di tangan orang yang menjaganya atau washi ayahnya jika dia adalah washinya atau bukan washi atau kerabat terdekat atau wakil kepada Sultan kerana dia adalah seorang anak yatim oleh kematian ayahnya dan Allah Taala berfirman:

﴿وَابْتَلُوا الْيَتَامَىٰ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ ۖ وَلَا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَن يَكْبَرُوا ۚ﴾
                    
Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk berkahwin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas, maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan tergesa-gesa sebelum mereka dewasa.

Maka tidak dibenarkan untuk menyerahkan harta itu kepadanya sehingga cukup umur untuk berkahwin dan jika didapati dia telah cerdas


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...99

seperti yang disebutkan Allah dalam KitabNya, Maka bagaimana bernilai permata kepadanya dalam badannya dan hartanya sebagai seorang imam yang maksum untuk semua umat Islam. Tidak ada yang beriman kecuali dengan beriman kepadanya.”

Saya katakan: Kami beriktiqad bahawa imamah adalah seperti nubuwah, kedua-duanya mewakili Khalifah Ilahiyah, dan ia tidak dikaitkan dengan umur. Al-Quran dengan jelas menunjukkan ketika Dia Yang Maha Suci berkata kepada nabi Allah Yahya (as):

﴿يَا يَحْيَىٰ خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا﴾

Hai Yahya, ambillah Al Kitab itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak, [1]

Dia Yang Maha Suci berkata kepada Isa (as):

﴿فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ ۖ قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَن كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا * قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّـهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا * وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا﴾

maka Maryam menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam buaian?" * Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi, * dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;

Ibn Hajar berkata: "Diperselisihkan dalam mengatakannya, dan didatangkan hukum bagi kanak-kanak, dan dia diberitahu bahawa dia berumur sembilan tahun, dan dan ada yang mengatakan kurang daripada itu, dan ia bertujuan untuk menilai pemahaman dalam agama." [3]

Berkata Al-‘Ajluni: Dan tidak mustahil  untuk membuktikan nubuwahnya pada usia muda (kecil) kerana dia seperti Isa yang berkata-kata pada hari lahirnya  Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi.” Dan seperti Yahya, yang difirmankan Allah di dalam KitabNya: "Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak," kata ahli-ahli tafsir dan diberitakan dia berumur tiga tahun. [4].

Berkata Al-Sam'ani (dan firmanNya: "Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak," iaitu nubuwah. ini adalah pendapat bagi kebanyakan ahli-ahli tafsir. Berkata Qatadah: Diberikan nubuwah ketika dia seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun [5].

Al-Suyuthi berkata: " Hai Yahya, ambillah Al Kitab itu," iaitu Taurat. "dengan sungguh-sungguh" dengan usaha. "Dan kami berikan kepadanya hikmah"  nubuwah (kenabian). "selagi ia masih kanak-kanak" kanak-kanak yang berumur tiga tahun [6].

Walaupun masih kecil nubuwah dua nabi (as) ini tidak dinafikan, walaupun akal menolaknya, kerana Dia yang mengubah setiap sesuatu dan dalam setiap keadaan.

-------------------------
1- Maryam 15:12
2- Maryam 15:29-31
3- Fath Al-Bari: J 6 hal 338
4- Kasyf Al-Khafa’:  J 2 hal 157
5- Tafsir Al-Sam'ani:  J 3 hal 282
6- Tafsir Al-Jalalain: hal 397


Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...100

Ini adalah hak yang diberikan kepada Ahl Al-Bait (as).

Al-Syeikh Al-Kulaini meriwayatkan dalam Bab "[Halaat Al-A’imah (as) Fi Al-Sann] - Hal-hal para imam (as) pada umur tertentu." [1] Datang kepadanya:

1. Beberapa orang dari sahabat kami, dari Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari Ibn Mahbub, dari Hisham bin Salim, dari Yazid Al-Kanasi, katanya: (Aku bertanya kepada Aba Ja’far (as): Adakah Isa putera Maryam (as) apabila dia bercakap dalam buaian adalah hujah bagi Allah atas penduduk di zamannya? Beliau berkata: "Pada ketika itu dia adalah seorang nabi, hujah Allah bukan menjadi Rasul. Tidakkah kamu mendengar Dia mengatakan ketika Dia berfirman: Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab dan Dia menjadikan aku seorang nabi, * dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.”
Pada ketika itu hujah Allah adalah Zakaria, dalam keadaan itu bukankah Isa masih dalam buaian? Beliau berkata: Isa dalam keadaan itu adalah ayat (tanda) bagi manusia dan rahmat dari Allah kepada Maryam apabila dia bercakap tentang Maryam. Nabi adalah hujah kepada orang-orang yang mendengar kata-kata beliau dalam keadaan itu. Kemudian dia berdiam tidak berkata-kata sehingga melepasi kepada umurnya dua tahun. dan Zakaria pula adalah hujah Allah AWJ kepada manusia selepas Isa berdiam diri dua tahun. Kemudian Zakaria mati lalu diwarisi anaknya Yahya dengan Al-Kitab dan Hikmah, sedangkan dia masih seorang kanak-kanak kecil. Tidakkah kamu mendengar Allah berfirman: “Hai Yahya, ambillah Al Kitab itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak,” dan apabila Isa (as) berumur tujuh tahun dia memperkatakan nubuwah dan risalah apabila Allah mewahyukan kepadamya, Isa adalah hujah ke atas Yahya dan ke atas manusia seluruhnya, bumi tidak akan ditinggalkan wahai Aba Khalid walaupun satu hari tanpa hujah Allah ke atas manusia sejak hari Allah menciptakan Adam (as) dan mendiami bumi. Aku bertanya: Semoga aku menjadi tebusanmu: Adakah Ali (as) hujah dari Allah dan RasulNya kepada umat ini semasa Rasulullah (S) masih hidup? Lalu dia berkata: Ya, Hari ditegakkanNya untuk manusia dan diberikanNya ilmu dan menyeru mereka kepada wilayahnya dan Dia memerintahkan mereka supaya taat kepadanya. Aku bertanya: Adakah taat kepada Ali (as) adalah wajib ke atas manusia semasa Rasulullah (S) masih hidup dan selepas baginda wafat? Beliau berkata: Ya, tetapi dia berdiam tidak berkata-kata di sisi Rasulullah (S) kerana    ketaatan adalah kepada Rasulullah (S) ke atas umatnya dan ke atas Ali (as) semasa Rasulullah (S) masih hidup, dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya pada semua  manusia kepada Ali (as) selepas Rasulullah (S) wafat, dan Ali (as) adalah seorang yang memiliki Ilmu dan Hikmah.

2 - Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad bin Isa, dari Safwan bin Yahya, berkata: (Aku bertanya kepada Al-Redha (as)  Kami sudah bertanya kepadamu sebelum Allah memberi kepadamu Aba Ja’far (as). Maka engkai berkata: Allah memberi aku seorang anak,

----------------------
1 – Al-Kafi : J 1, hal 382

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...101

Allah telah memberikan kepadamu kemiskinan di mata kami, Allah tidak memperlihatkan kepada kami hari-hari kamu, jika begitu ia dijadikan kepada siapa? Dia menunjukkan dengan tangannya kepada Abi Ja’far (as) yang berdiri di hadapannya, dan aku berkata:  Semoga aku menjadi tebusanmu, Anak ini berumur tiga tahun? Dia berkata, "Apa yang memudharatkannya dari perkara itu. Ia telah dilakukan oleh Isa (as) sebagai Al-Hujah ketika berumur tiga tahun."

3 - Muhammad bin Yahya, dari Ahmad bin Muhammad, dari Ali bin Saif, dari beberapa orang sahabat kita, dari Abi Ja’far II (as), berkata: (Aku berkata  kepadanya: Sesungguhnya mereka berkata-kata pada umur kanak-kanak; Kemudian dia berkata: Sesungguhnya Allah Taala menwahyukan kepada Daud supaya mewariskan kepada Sulaiman ketika dia masih kanak-kanak dan menggembala kambing, Lalu  hamba-hamba itu diingkari oleh Bani Israel dan ulama mereka, Lalu Allah menwahyukan kepada Daud (as) sepaya mengambil tongkat orang-orang yang bercakap itu dan tongkat Sulaiman dan diletakkan semuanya di rumah dan ditandakan padanya untuk membezakan dengan kepunyaan mereka, jika esoknya tongkatnya itu bertunas dan  berbuah, maka dia adalah khalifah, dan Daud memberitahu mereka, Maka mereka berkata: Kami telah menerima dan mengakuinya.

4. Ali bin Muhammad dan lain-lain, dari Sahl bin Ziyad, dari Yakub bin Yazid, dari Mus’ab, dari Mas’adah, dari Abi Bashir, dari Abi Abdillah (as), Abi Bashir berkata: (Aku masuk menemuinya dan aku membawa bersamaku seorang kanak-kanak berusia tidak sampai lima tahun, Maka beliau berkata kepadaku: Bagaimana kamu, jika diajukan hujah padamu dengan umur sepertinya [atau berkata: "akan ditetapkan padamu dengan umur sepertinya."]

5 - Sahl  bin  bin Ziyad, dari Ali bin Mahziyar, dari Muhammad bin Isma'il bin Bazaya’, beliau berkata: "Aku bertanya kepadanya, iaitu Aba Ja;far (as), mengenai sesuatu dari urusan imam. Aku berkata: Bolehkah Imam berusia kurang dari tujuh tahun?  Beliau menjawab: Ya, dan kurang daripada lima tahun. Dan Sahl berkata: Dan Ali bin Mahziyar memberitahu padaku, "Ini adalah pada tahun dua ratus dua puluh satu."

6. Al-Hussein Bin Muhammad, dari Al-Khirani, dari ayahnya, beliau berkata: (aku berdiri di hadapan Abi Al-Hasan (as) di Khurasaan, seseorang berkata kepadanya: Tuan, jika sesuatu terjadi kepadamu siapa (sebagai ganti)? Dia berkata: Kepada anakku Abi Ja’far. Adalah dikatakan umur Abu Ja’far (as) masih kecil, kata Abu Al-Hasan (as): Allah TWT mengutus Isa putera Maryam (as) sebagai seorang rasul dan nabi, Penyampai syari’at yang bermula pada usia yang lebih muda daripada Abu Ja’far .

7. Al-Hussein bin Muhammad, dari Mu3alla bin Muhammad, dari Ali bin Asbath, beliau berkata: (Aku melihat Aba Ja’far (as) keluar dan telah datang kepadaku, lalu aku mengambilnya dan membolehkan aku melihat kepala dan kakinya, untuk menggambarkan kedudukannya kepada  sahabat-sahabat kami di mesir,

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...102

jadi aku menerangkan demikian sehingga dia duduk, dan dia berkata: Wahai Ali, bahawa Allah  mengajukan hujah pada Imamah seperti mengajukan hujah pada nubuwah, lalu beliau membacakan:
﴿وَآتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا﴾
Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak, [1] dan
﴿وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ        
Dan setelah cukup umurnya [2]
﴿ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً
dan umurnya sampai empat puluh tahun [3],
ia boleh membawa kebijaksanaan (hikmah) walaupun ia masih kanak-kanak dan ia boleh mendatangkan kepadanya anak yang berumur empat puluh tahun .

8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, katanya: Telah berkata Ali bin Hussan kepada Abi Ja’far (as), Wahai tuan, sesungguhnya orang-orang menyangkal umur kanak-kanakmu, katanya, dan apa yang dinafikannya itu adalah kata-kata  Allah AWJ? Allah AWJ  telah berfirman kepada NabiNya (S):

﴿قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّـهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ﴾

Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata,".[4],

Demi Allah yang mesti diikuti hanya Ali (as) dan berumur sembilan tahun dan aku anak  berumur sembilan tahun. Tamat.

Ibn Taymiyah mahu membandingkan Imam Mahdi (as) dengan kanak-kanak lain dan menghalang dicampur-adukkan antara keduanya, kerana mereka bukannya imam-imam, tetapi jika kita bertanya kepadanya mengapa Imam Mahdi (as) tidak boleh dibandingkan dengan para nabi ini, di mana Allah memberi mereka nubuwah dan Hikmah ketika ia masih kanak-kanak lagi?

Sudah tentu, perbandingan itu datang mengikut apa yang dia percaya (iktiqadkan) bahawa Imam Mahdi (as) bukan imam yang maksum, dengan itu datangnya perbandingan ini dan dibina di atas kesamaran yang dihalang oleh  iktiqadnya terlebih dahulu iaitu Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) bukanlah imam yang wajib ditaati dan bukanlah Khalifah dari Khalifah-khalifah Allah. Jika tidak, dia tidak akan menjadikan kesamaran tersebut sebagaimana ianya tidak mustahil ada pada peribadi Yahya dan Isa (as),  Oleh kerana tidak benar untuk mengatakan bahawa ianya dibataskan kepada mereka, kerana mereka adalah nabi dari Allah Yang Maha Suci, walaupun mereka masih kecil..

Oleh itu kesamaran yang dirujuk oleh Ibn Taimiyah kerana dia tidak percaya dengan Imamah, dan seharusnya di sini dijadikan perbincangan yang membuktikan bahawa Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) sebagai suatu kebenaran dan bukan tempat yang tepat untuk meletakkan kesamaran ini.

Atau jika dikatakan: Apakah dalil atas Imamah itu?

-----------------------------------
1- Maryam 19:12
2- Al-Qashash 28:14
3- Al-Ahqaf 46:15
4- Yusuf 12:108

Menghentikan Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...103

Saya katakan: Dalilnya kukuh dan didatangkan dari Al-Quran, dan pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as) dan terbitan Ansar Imam Mahdi (as) secara umumnya telah menerangkan dengan jelas Imamah Ahl Al-Bait (as).
.
Ibn Taomiyah tidak membuktikannya kerana kejahilan dan kedegilannya dan ia tidak bermakna tidak terbukti dalam realiti. Orang-orang Atheis hingga sekarang ini   tidak membuktikan kewujudan Allah Yang Maha Suci kerana kewujudanNya adalah syarat yang pasti bagi semua yang mempunyai akal yang sihat. Begitulah juga orang-orang Yahudi hingga sekarang tidak mengiktiraf kenabian Isa (as) walau apa pun ia datang dengan dalil-dalil dan bukti-bukti, dan juga orang-orang Kristian tidak mengiktiraf kenabian Muhammad (S)  walaupun sangat jelas dalil-dalilnya. Adakah tidak dibuktikan kebenaran oleh mereka ini bermakna ia tidak terbukti pada kenyataan (realiti)?! Bahkan semua ini didasarkan pada hujah dan mereka akan dikembalikan ke neraka kerana mendustakan Allah dan Rasul-rasul-Nya (S).

Dan kemudian kelihatan imamah awal dalam sejarah Ahl Al-Bait (as), sebelum Imam Muhammad bin Al-Hasan (as) oleh beberapa orang imam-imam Ahl Al-Bait, Imam Muhammad bin Ali Al-Jawad (as) memegang wilayah imamah ketika berumur lapan tahun, dan Imam Ali bin Muhammad Al-Hadi (as) memegang wilayahnya pada usia sembilan tahun, ini bukanlah perkara baru dalam kehidupan Ahl Al-Bait (as).

Apa yang dikatakan Ibn Taimiyah adalah perkataan bodoh yang dibatalkan oleh teks-teks Al-Qur'an dan ‘itrah. Walau bagaimanapun, kebencian menyebabkan kecurigaan yang terletak dalam fikirannya yang lemah.

﴿وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَـٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ﴾

Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman". Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu. [1]
                 


✡✡✡✡✡

----------------------------
1 – Al-Baqarah 2:13


✡✡✡✡✡
                       
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: