Rabu, 10 Julai 2019

Soalan / 380: Rampasan Khalifah - Imam


Soalan / 380: Rampasan Khalifah - Imam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Saidi dan Hujah saya Ahmad Al- Hassan, padamu selawat dan salam... Saya datang kepada tuan, demi Allah, kerana bingung dalam beberapa perkara yang berkehendakkan maklum balas tuan. Ia adalah:

Saudara saya dari mazhab Ahli Sunnah, saya telah berbincang dengan beliau mengenai apa yang dilakukan Abu Bakar dengan mengambil dalil dari kitab (Kemudian Saya Mendapat Petunjuk), kitab ini menunjukkan dalil yang berpengaruh dari kitab-kitab Ahli Sunnah seperti Bukhari, Muslim.

Saya berkata kepada saudara saya, bahawa Abu Bakar memerangi golongan umat Islam yang berhenti dari membayar zakat, Rasulullah (shalla Allah 3alaihi wa Ahlihi wa sallam, Al-Aimmah minhum wal-Mahdiyin) melarang memerangi dan membunuh semua yang mengucapkan La IIaha llla Allah - tidak ada Tuhan selain Allah, dengan mengambil dalil dari kitab - Bukhari dan Muslim, dia menjawab dengan berkata: bahawa ianya adalah hukum-hukum syari’ah, maka mengapa Al-Quran perintahkan membunuh orang berzina demi mengukuhkan orang Islam?

Saya bertanya kepada tuan untuk menjelaskan masalah ini, walaupun Rasulullah (shalla Allah 3alaihi wa Ahlihi wa sallam, Al-Aimmah minhum wal-Mahdiyin) melarangnya, dan mengapakah Imam Mahdi (as) memerangi orang-orang munafik?
         
Soalan 2: Saya bercakap dengan ibu saya mengenai dakwah tuan dan dia keliru dengan seruam dakwah tuan tetapi dia bawakan kepada saya beberapa hadits, saya tidak tahu apa yang akan saya balas, dan sebahagian hadits-hadits itu adalah: Rasulullah (S) bersabda dalam hadits pada malam Mikraj baginda, Dia SWT berfirnan .... (Dan Aku berikan padamu bahawa akan keluar dari sulbinya sebelas Mahdi-mahdi, semua mereka dari keturunanmu dari Al-Bukr Al-Batul dan yang terakhir dari mereka akan solat di belakangnya Isa putera Maryam, Dia akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, dia akan melepaskan dari kemusnahan, dan dia akan membimbing dari kesesatan, dan mencelikkan yang buta, dan menyembuhkan yang sakit).

Dalam hadits yang lain: (Imam selepasku ada dua belas orang, yang pertama daripada mereka engkau ya Ali, dan yang terakhir daripada mereka adalah Al-Qaim, Allah SWT memberi keputusan disebut di tangannya di seluruh dunia timur dan barat).

Juga: Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari, berkata: (Aku masuk menemui Fatimah (as) dan di tangannya papan tulis, padanya terdapat nama-nama aushiak dari anak-anaknya, Bilangannya dua belas orang, yang terakhir daripada mereka adalah Al-Qaim, tiga orang daripada mereka Muhammad  dan empat orang daripada mereka Ali (shalawatu Allah 3alaihim ajma3in)).

Apa yang akan saya jawab, tuan, dengan hadits-hadits sedemikian?

Akhir sekali, kita semua mengetahui bahawa Al- Rasul (shalla Allah 3alaihi wa Ahlihi wa sallam, Al-Aimmah minhum wal-Mahdiyin) menyebut imam-imam dengan nama-nama dan menyebutkan nama Mahdi pertama tetapi tidak menyebutkan sebelas nama-nama Mahd-mahdi.

Soalan 3: Tuan, Hujahku dan Imamku Ahmad Al-Hassan, 3alaika salam, apakah akan saya jawab kepada Ahli Sunnah jika mereka mengatakan bahawa khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman adalah benar, Dan mereka mengambil dalil dari Al-Quran Al-Karim
﴿وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ﴾
dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.  [162]
dan juga
﴿وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ﴾
sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka[163]

Maha Benar Allah Yang Maha Agung.

Saya harapkan penjelasan dari tuan, semoga Allah memberi ganjaran kepada tuan dengan baik ... Saya harapkan penjelasan dari tuan 3alaika salam,... Dengannya saya sangat berterima kasih
وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله الأئمة منهم والمهديين.

Pengirim: Khalid – Kuwait

Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
.
السلام عليكم أخي العزيز ورحمة الله وبركاته.

Jawapan 1: Dasar (asas) percakapan mesti pertamanya pada perlantikan Al-Hujah dari Allah SWT, dan apabila terbukti semua hujah-hujah betul dan tidak boleh dicabar, dan dia boleh melawan mana-mana golongan yang menimbulkan ancaman kepada Islam dan umat Islam, tetapi orang yang tidak menguatkan hujjahnya dan kepimpinannya membawa mereka untuk menuntut sesuatu yang tidak dibenarkan untuk beliau pada asalnya untuk menerbitkan apa-apa penghakiman tidak kira berapa kecilnya, dan Abu Bakar adalah seorang perampas jawatan khalifah. Siapakah dia untuk menghukum dan menumpahkan darah orang Islam?

Kemudian mengenai merejam penzina yang telah berkahwin adalah hukum yang sah, Adakah sah apabila Abu Bakar menghukum mengikut Al-Quran atau Sunnah apabila membunuh orang yang berhenti dari daripada menunaikan Zakat ?!

Mengenai mengapakah Imam Mahdi (as) memerangi orang-orang munafik dan orang-orang kafir itu adalah untuk membersihkan bumi dan menegakkan daulah keadilan Ilahi, tidak tersembunyi lagi kepada anda bahawa Al-Rasul Muhammad (S) telah diperintahkan Ali bin Abi Talib (as) untuk memerangi orang-orang yang meninggalkan kepercayaan dan orang-orang yang sesat ... dan lain-lain, Tambahan pula bahawa Imam dilantik oleh Allah, tidak ada seorang pun yang boleh menolak terhadap tindakannya; kerana dia maksum dan tidak berperangai buruk dan tidak melakukan kesalahan, dan ini adalah perkara yang paling penting, maka perbahaskan semula perlantikan Allah SWT dan mengenai khilafah Al-Rasul Muhammad (S) siapakah khalifah yang benar dan siapakah perampas yang mengambil alih kuasa.

Jawapan 2: Tidak pernah ada perselisihan di antara sebutan sebahagian daripada riwayat mengenai nama-nama para imam dua belas (as) dan riwayat-riwayat yang menyebut dua belas mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as), Maka riwayat-riwayat yang khusus dengan menyebut dua belas imam-imam (as) dilihat kepada kedudukan (maqam) imamah, yang berbeza dari kedudukan imamah mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as) dari segi kelebihan, Mahdi-mahdi juga adalah imam-imam tetapi kedudukan mereka pastinya bukanlah kedudukan imam-imam dua belas, maka urusan Mahdi-mahdi itu adalah rahsia-rahsia tersembunyi yang merupakan ujian akhir zaman, Maka cukuplah Al-Rasul Muhammad (S) dan para imam (as) menyebut tentang mereka secara isyarat kepada mereka dengan beberapa riwayat untuk memelihara rahsia yang besar ini, Amirul Mukminin (as) telah bercakap mengenai fitnah yang mendahului Al-Qaim (as) sehingga sampai bangkitnya Al-Qaim (as)  berkata: (jangan ditanya padaku selepas itu kerana ia adalah janjiku kepada kekasikuh Rasulullah (S) untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang itu, melalunkan Ahli Baitku.).

Maka persoalan imamah selepas Imam Mahdi (as) adalah mengenai perkara-perkara yang disembunyikan oleh Ahl Al-Bait (as).

Dan petunjuk kepadanya adalah beberapa riwayat untuk membimbing orang-orang yang beriman dan untuk menegakkam hujah terhadap para penentang dan orang-orang munafik.

Cukuplah untuk perkara ini wasiat Al-Rasul (S) pada malam kewafaran baginda dan riwayat-riwayat lain yang menyebutkan Mahdi-mahdi.

Dan diperolehi riwayat-riwayat yang menyebut dua belas imam-imam (as) tidak mengatakan bahawa tiada imamah sesudah mereka. Maka dengan tegas dikatakan, bahkan apabila digabungkan riwayat-riwayat yang menjadi nash ke atas imam-imam dengan riwayat-riwayat yang menjadi nash ke atas mahdi-mahdi diperolehi bahawa terdapat dua belas imam-imam dan selepas mereka ada dua belas mahdi-mahdi; kerana jauh bagi Ahl Al-Bayt (as) bercanggah dalam kata-kata mereka, terutamanya dalam perkara imamah dan aushiak (as).

Mengenai yang pertama dari mahdi-mahdi dari keturunan Imam Mahdi (as) telah di-nash-kan oleh Al-Rasul (S) di dalam wasiatnya bahawa dia (orang yang pertama beriman) dan tidak akan membenarkan ciri-ciri ini pada yang pertama dari mahdi-mahdi melainkan wujud sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), seperti mana Amirul Mukminin (as) disifatkan sebagai orang yang pertama beriman, kerana ia wujud sebelum diumumkan risalah Al-Rasul Muhammad (S). Maka dia mendahului mereka semua dalam membenarkan baginda dan membantu baginda. Maka dia (as) adalah washi dan orang kanan (Yamani) baginda dan - orang yang pertama beriman dengan baginda.

Dan dapatkan lebih terperinci dalam kitab (Al-Washiah Wal-Washi Ahmad Al-Hassan) salah satu terbitan absar Imam Mahdi (as).

Saya mohon maaf atas jawapan yang singkat ini.

Jawapan 3: Mengenai Al-Sunnah pada firman Allah,
﴿وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ﴾
dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.
Ia adalah urusan Al-Rasul Muhammad (S) untuk bermusyawarah dengan sahabatnya, seperti yang berlaku dalam Peperangan Khandak ketika Salman Al-Muhammadi mencadangkan supaya menggali parit,. Atau kedudukan Al-Hujjah ianya bukannya perlantikan atau cara perlantikan Al-Hujjah.

Dalam erti kata lain, ayat ini ialah petunjuk untuk Al-Hujjah selepas kekosongan sesiapa sebagai hujah dan kedudukan di hadapan (oleh) Allah, bukan berkenan dengan ia adalah satu pendekatan cara untuk memilih Al-Hujjah dan perlantikanmya. Maka Al-Hujjah yang perlaksanaan perlantikanmya di hadapan (oleh) Allah SWT dengan petunjuk Allah kepada perundingan (permesyuaratan) para sahabat, Maka apakah yang dimaksudkan dengan urusan yang dimesyuaratkan antaea mereka??

Jika anda melihat betul-betul ayat itu pada zahirnya ianya sangat jauh dari masalah pelantikan dan pemilihan Khalifah:

﴿فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ﴾

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [164].

Menyatakan bahawa bermusyawarah adalah suatu perkara Kelonggaran dan untuk ia mengikut dan keinginan iman mereka dan ... maka Allah berfirman selepas itu:
﴿فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ﴾
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah
Iaitu bahawa urusan selepas bermusyawarah kembalikanlah  kepada Al-Rasul Muhammad (S), Jika dia mahu beramal dengan musyawarah mereka dan mestilah beramal dengan sesuatu, yang dilihat baginda (S). Maka di manakah dari perkara ini yang dikatakan kepada mereka yang melanggar hukum Allah dan Rasul-Nya dan kepada para Imam?!!

Adapun mengenai firman Allah
﴿وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ﴾
sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka.
Di sini dimaksudkan itu adalah urusan manusia, dan adalah diketahui bahawa Khilafah dan Imamah bukanlah urusan manusia walaupun ia sesuatu yang mereka boleh mesyuaratkan, tetapi ia adalah urusan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari makhluk-Nya.

Dia SWT berfirnan:
﴿وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ﴾
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. [165].

Dia SWT berfirnan:
﴿وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْراً أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالاً مُّبِيناً﴾

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.
 [166].
FirmanNya lagi:
﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi [167].

FirmanNya lagi:
﴿وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".[168].

FirmanNya lagi:
﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكاً نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللّهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ﴾
Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang". Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim. [169].

Dengan itu menjadikan dan melantik, adalah di tangan Allah dan tidak mewakilkannya melainkan kepada seorang Nabi yang diutus atau tidak kepada malaikat yang hampir, maka bagaimana boleh mewakilkannya kepada seorang yang selain mereka, atau kepada orang yang melakukan kesalahan lebih daripada menjejaskan?? !!
Memperkatakan perkara ini akan menjadi panjang, saya berharap agar merujuknya dalam kitab (Hakimiyah Allah) oleh Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as), dan kitab (Mulhimah Al-Fikr Al-Islami Wal-Fikr Al-Dimuqrathi) terbitan ansar Imam Mahdi (as).

                            
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                                                  
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡

---------------------------
[162]- Aal 3imran 3:159.
[163]- Al-Syura 42:38.
[164]- Aal 3imran 3:159.
[165]- Al-Qashash:28:68 
[166]- Al-Ahzab 33:36 
[167]- Al-Baqarah 2:30.
[168]- Al-Baqarah 2:124 .
[169]- Al-Baqarah 2:264.



Tiada ulasan: