Soalan 303: Siapa Utsman bin Ali
Adakah benar bahawa Umm Al-Banin (as) mempunyai
seorang anak bernama Utsman bin Ali?
Pengirim: Mawaliah – Kuwait
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.
Ia disebut oleh Al-Sheikh Al-Mufid dalam Al-Irsyad
dan lain-lain, bahawa dia telah terbunuh bersama Imam Al-Hussein (as) di
Karbala, dan berkata bahawa dia berusia dua puluh satu atau dua puluh tiga
tahun, dan dia adalah saudara Abu Al-Fadhl Al-Abbas (as) dari ibu dan bapa (yang
sama), telah diberi penghormatan salam oleh Imam Mahdi (as) dalam ziarah Al-Nahiyah
Al-Muqaddasah, di mana beliau (as) berkata:
): (السلام على عثمان بن أمير المؤمنين، سمي
عثمان بن مظعون، لعن الله راميه بالسهم خولي بن يزيد الأصبحي الأيادي الدارمي)
(Salam atas Utsman bin Amirul Mukmunun,
yang dinamakan Utsman bin Mazh3un, Allah melaknat Khuli bin Yazid Al-Asbahi Al-Iyadi
Al-Darami - yang memanahnya) [389].
Diriwayatkan dari Ali bahawa dia berkata:
"Aku hanya memanggilnya dengan nama saudaraku Utsman bin Mazh3un." [390].
Diriwayatkan bahawa Utsman bin Madh3un adalah
saudara susuan Rasulullah (S), baginda menciumnya sewaktu kematiannya dan menangisnya,
dan baginda meletakkan batu-batu di atas kuburnya, dan bersabda (Supaya dikenal
kubur saudaraku) [391].
Diriwayatkan juga bahawa ketika akan wafat Rasulullah
(S) mengucapkan kata-kata penawar: (Kembalilah engkau Al-Sholeh Utsman bin Madh3un
kepada orang yang mendahulu kita dan sahabat-sahabatnya) [392], dan baginda
meriwayatkan banyak kebaikan-kebaikan lain.
Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah
menempatkannya di bumi.)
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy
✡✡✡✡✡
والحمد لله أولاً وآخراً، والصلاة والسلام
على خير خلق الله محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
-----------------------
[389]- Al-Mazar oleh Muhammad Bin Al-Masyhad:
hal 489.
[390]- Muqatil Al-Thalibiyin: hal 54, Bihar
Al-Anwar: J 45 hal 37.
[391]- Al-Ziyarah Fi A-Lkitab Wal-Sunnah: hal
70, Fi Dzilal Al-Tauhid: hal 286.
[392]- Al-Kafi: J 3 hal 241.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan