Isnin, 8 Julai 2019

Soalan 300: Mencari redha Allah


Soalan 300: Mencari redha Allah

Hello! I´m a 21 year old girl from Sweden, but I´m originaly from Lebanon. I have heard about Imam Ahmad Al Hassan, and I want to know more about him and follow him through the wars that will happen in the future with Imam El Mehdi ( Alej al salam) I am a true Shia muslim and I want to know everything about Imam Ahmad and what he believes in!

As you probably know, I am, of course, very afraid of getting in hell, and I want to know what I should do to decrease the chance of that. I do everything, I pray, I fast in Ramadan, I pay money for the poor, I can´t read arabic very well, but I try to read the Qْran.

If there is any way to please Allah more, please tell me.

Imam Ahmad Al Hassan and Imam El Mehdi ( Alej al salam) I will follow you through everything that will happen.
Allah, please bring peace on our ancestors Imam al Ali, Imam al Hussein, Abo Fadl al Abbas and our prophet Muhammad.

Please bring peace over us.
Thank you! Please answer as fast as you can in English please!

Pengirim: Zanah Khodir

Terjemahan:

Salam! Saya seorang gadis berusia 21 tahun dari Sweden, tetapi saya berasal dari Lebanon. Saya telah mendengar tentang Imam Ahmad Al Hassan, dan saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai beliau dan mengikutinya walaupun semasa perang yang akan berlaku pada masa akan datang dengan Imam Mahdi (ajf). Saya seorang Syiah muslim sebenar dan saya ingin tahu segala-galanya mengenai Imam Ahmad dan apa yang dia iktiqadkan!

Sebagaimana yang diketahui, saya, tentu saja, sangat takut jika dimasukkan ke dalam neraka, dan saya ingin tahu apa yang patut saya lakukan untuk menjauhinya. Saya lakukan segala apa yang boleh, saya solat, berpuasa di bulan Ramadhan, saya membayar wang kepada golongan miskin, saya tidak boleh membaca bahasa Arab dengan baik, tetapi saya cuba untuk membaca Al-Quran.

Adakah sesuatu cara untuk saya mencari lebih redha Allah, saya harap dapat dikhabarkan kepada saya.

Kepada Imam Ahmad Al-Hassan dan Imam Al-Mahdi (afj). Saya akan mengikuti tuan walau apa jua yang akan berlaku.

Ilahi, aku berharap kepadaMu curahkanlah selawat dan salam ke atas Imam-imam kami, Imam Ali, Imam Al-Hussein, Abi Al-Fadl Al-Abbas dan ke atas nabi kami Muhammad (S).
Ilahi, aku berharap kepadaMu keselamatan kepada kami semua.

Terima kasih! Tolong dijawab secepat yang boleh dalam bahasa Inggeris!



Jawapan:

بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sudari yang dihormati, Ketahuilah bahawa syurga dan redha Allah tidak dapat dicapai kecuali dengan wilayah Muhammad (S) dan dengan wilayah aushiak baginda hingga hari kiamat (Imam-imam dan Mahdi-mahdi) orang-orang yang di-nash-kan atas mereka dengan wasiat baginda pada malam kewafatan baginda, dan jika ingkar kepada salah seorang dari mereka, maka telah ingkar kepada mereka semua, dan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah washi ketiga belas dari aushiak Al-Rasul Muhammad (S) dan Mahdi pertama dari Mahdi-mahdi dan aushiak selepas Imam Mahdi (as), telah di-nash-kan oleh Al-Rasul Muhammad (S) dengan wasiat baginda dengan nama dan sifat-sifatnya, dan baginda bersabda dia adalah... Ahmad ... dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (as) Iaitu penolong (Nashir) pertamanya dan dengan cara ini dia mesti terjadi pada washi ini - Ahmad - wujud sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as) untuk membenarkannya sebagai orang yang pertama beriman dengannya.

Dan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan telah berhujah dengan ulama akhir zaman terhadap wasiat Al-Rasul (S) dan mencabar mereka dengan Al-Quran Al-Karim dan ber-Mubahalah, serta Allah telah menguatkannya dengan ratusan atau ribuan rukyah Al-Shadiqah (mimpi benar) yang dilihat oleh orang-orang yang beriman dengan Al-Rasul Muhammad (S), dan Aali Bait baginda (as), semuanya adalah nash yang menunjukkan bahawa Al-Syed Ahmad Al-Hassan adalah washi dan utusan Imam Mahdi (as) dan Al-Yamani yang dijanjikan, tetapi manusia ini adalah manusia seperti orang-orang dahulu maupun orang-orang baru mereka memusuhi para rasul dan nabi-nabi, dan mereka tidak kenal selain kebendaan, dan kembalilah sunnah orang-orang dahulu dari mereka dalam keadaan menentang dan memusuhi nabi-nabi dan rasul-rasul serta imam-imam (as)!!!

Bagi mereka yang ingin redha Allah Taala dan untuk mengelakkan kemurkaan dan azab-Nya hendaklah beriman dengan Al-Syed Ahmad Al-Hassan dan berusaha untuk menyebarkan dakwahnya di seluruh dunia, dan hendaklah memerangi musuh-musuhnya dan mendedahkan kebatilan mereka di hadapan manusia seluruhnya.

Saya minta saudara-saudara ansar penyelia di laman web ini untuk menghantar buku-buku yang telah diterjemahkan dan keterangan-keterangan dalam bahasa Inggeris untuk meletakkan lebih banyak lagi dakwah Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).

Semoga Allah membantu kita semua untuk berjaya dalam menyokong Muhammad dan Aali Muhammad dan untuk menentang musuh-musuh mereka dan mengahkiri kita dengannya.


Al-Lajnah Al-3ilmiyah (Lujnah Ilmu)
Ansar Al-Imam Al-Mahdi (Semoga Allah menempatkannya di bumi.)
                                           
Syeikh Nadzim Al-3uqailiy


✡✡✡✡✡


Tiada ulasan: