Bab 1.9 Teori Penciptaan Yang Ditolak Atau Kesesimpulan Yang Boleh Diterima Oleh Kaedah Saintifik:
Pada hakikatnya, seseorang yang mempunyai
latar belakang saintifik, walaupun sederhana, dalam persoalan evolusi dan
bagaimana ia dihasilkan secara saintifik (ilmiah), atau dia membaca buku oleh
saintis pakar dalam evolusi dan melihat tindak balasnya terhadap persoalan-persoalan,
atau sekurang-kurangnya membaca buku yang ditulis oleh Darwin pada abad ke
sembilan belas, di mana Darwin telah pun memberi hujah balas kepada pelbagai
hujah anti evolusi, seterusnya meneliti pula hujah mereka yang menggelar
diri mereka sebagai marajik (tempat rujuk) dan agamawan dan dia akan dapati
mereka adalah orang yang bercakap tentang perkara yang mereka tidak ketahui. Mereka
langsung tidak memahami tentang evolusi, atau bagaimana ia terhasil menurut ahli-ahli
sains evolusi. Sebaliknya, mereka memahaminya dalam bentuk terbalik, dan
kemudian mula membentuk pemahaman mereka yang songsang, dan dengan cara yang
sangat dangkal dan naif, atau mereka membentangkan semula masalah Darwin yang
dia sendiri kemukakan dalam bukunya dan dia sendiri yang menjawabnya, dalam menjelaskan
masalah naif dan dangkal mereka dengan hukum-hukum dan kaedah pentarikhan
geologi untuk menentukan dengan tepat umur batu-batan yang berada di lapisan
lebih tua, walaupun ketepatan kaedah-kaedah ini tidak dapat dinafikan, atau mereka
berhujah menentang Teori Evolusi dengan bertanya soalan seperti mengapa kanak-kanak
yang dikhatan tidak diwarisi, dan mengapa mawas yang dilatih berjalan tidak
menurunkan sifat tersebut kepada keturunannya. Apabila orang-orang biasa
membaca hujah ini, iaitu orang-orang yang tidak tahu apa itu evolusi - maka
mereka mungkin akan terpedaya dengannya. Namun ia adalah hujjah tidak cerdik bagi
mereka yang mengetahui teori evolusi dan bagaimana evolusi berlaku. Sifat-sifat
yang diwarisi oleh generasi seterusnya adalah sifat yang tertulis dalam pelan
genetik organisme tersebut, bukan sifat yang diperolehi, seperti sifat-sifat yang
dilatih bagi mawas berjalan atau kanak-kanak yang dikhatankan. Ini adalah
sangat jelas kepada ahli biologi evolusi.
Di sisi yang lain, sesetengah orang yang
menentang Teori Evolusi mengandaikan bahawa Biologi Evolusi menyatakan bahawa
organ kompleks dan rumit seperti mata wujud melalui mutasi tunggal. Darwin sendiri
tidak menyebutkan perkara ini, apatah lagi saintis moden. Mereka sepatutnya
menyangkal apa yang diajarkan di universiti terkemuka di serata dunia.
Universiti-universiti ini tidak mengajarkan bahawa organ kompleks dan rumit seperti
mata terjadi melalui mutasi tunggal, atau malahan, puluhan atau ratusan ribu
mutasi.
Hakikatnya mereka ini jahil berkenaan asas
Teori Evolusi. Jadi orang-orang ini mempersembahkan versi rosak teori tersebut,
dan memberi respon berdasarkan pemahaman rosak mereka. Ini menjijikkan para
pembaca buku mereka, dan membuatkan para pembaca ini membuat kesimpulan bahawa
para agamawan ini telah ditewaskan oleh teori evolusi, bahkan dihadapan gerakan
ateis, sebuah gerakan yang cuba ditentang oleh agamawan menggunakan teori
penciptaan dalam satu peringkat tanpa evolusi. Teori ini bukan sahaja
bercanggahan dengan biologi, geologi sejarah dan arkeologi, malahan turut
menyanggah makna literal teks keagamaan. Ini akan dijelaskan apabila kita
membincangkan teks-teks keagamaan seperti Al-Quran, yang dengan jelas
menunjukkan penciptaan terjadi dalam banyak peringkat dan melalui evolusi.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 62
Satu soalan sudah memadai untuk meruntuhkan
teori penciptaan dalam satu peringkat yang mengecualikan evolusi. Soalannya
adalah seperti berikut:
Tiada keraguan lagi, telah terbukti melalui
geologi sejarah, apabila lapisan batu-batan itu lebih tua, ia mengandungi
organisme yang lebih ringkas, dan apabila lapisan batu-batan itu lebih baharu,
ia mengandungi organisme yang lebih berkembang dari lapisan sebelumnya. Isunya
di sini adalah isu perkembangan: digredkan daripada bakteria kepada eukariota (eukaryotes)
kepada organisme multi-selular, sehingga menjadi ikan purba, kemudian melalui vetebrata
dan ikan, seterusnya makhluk amfibia dan haiwan liar, kemudian menyusukan, kemudian
kepelbagaian bentuk susu dan seterusnya.
Jadi mengapa Tuhan mencipta makhluk hidup dalam
beberapa peringkat serta dalam tempoh masa yang berbeza? Dan pada setiap tempoh
masa, Dia menciptakan makhluk yang lebih berkembang dari sebelumnya, sehingga
menyebabkan sesiapa yang melihatnya akan mempercayai makhluk tersebut
berkembang dari makhluk sebelumnya? Adakah mereka yang menafikan teori evolusi
mengatakan bahawa Tuhan mahu menipu kita? Maha Tinggi Tuhan dari perkara
tersebut.
Adakah mereka mempunyai penjelasan saintifik yang
logik, selain daripada evolusi, untuk menerangkan semua peringkat ini yang
berturutan mengikut masa, perkembangan dan kompleksiti?
Sebagai contoh jika kita melihat ikan paus dan
dolfin yang sekarang ini tinggal di dalam air, yang dianggap telah berkembang
dari mamalia yang hidup di darat, kita akan dapati - berdasarkan fosil yang
telah ditemui setakat ini - sebuah rantaian perantara organisme yang muncul
secara berturut-turut dalam tempoh waktu tersebut, setiap satu darinya terpisah
selama jutaan tahun.
Mereka bermula sebagai mamalia darat, kemudian
perlahan-lahan berkembang untuk tinggal di dalam air. Kita dapati setiap
kumpulan berevolusi secara progresif untuk hidup selesa di dalam air, sehingga
akhirnya menghasilkan ikan paus. Adakah wujud sebarang penjelasan yang logik
atau jawaban mengapa Tuhan menciptakan makhluk-makhluk ini dalam tempoh masa
secara berturut-turut, sehingga menyebabkan sesiapa yang melihatnya membuat
rumusan bahawa ikan paus adalah hasil dari rantaian organisme ini yang muncul
secara berturutan dari masa ke semasa, secara progresif ke arah kehidupan dalam
air?!
Saya percaya tiada jawaban yang logik
melainkan evolusi. Jika tidak, jawaban alternatif yang bercanggahan dengan
sains adalah dengan menuduh Tuhan melakukan semua ini untuk menipu manusia,
namun Maha Suci Dia dari semua pertuduhan ini.
Apabila kita melihat ikan paus dan dolfin,
kita akan dapati mereka berenang dengan menggerakkan badan mereka ke atas dan ke
bawah dengan cara yang sama mamalia darat berlari. Mereka tidak berenang
seperti ikan, yang mana kebanyakan mereka berenang dengan gerakan sisi ke sisi.
Apabila kita memerhatikan ikan paus, kita mendapati mereka melahirkan anak dan
menyusukan melalui susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu, dengan cara yang
sama dengan mamalia yang lain.
Kadang-kala penentang evolusi juga terpaksa
menggunakan buku tulisan ahli biologi dan ahli genetik yang menentang, atau
bersifat kritikal terhadap teori evolusi, tanpa mereka mengetahui bahawa
sesetengah dari mereka bukanlah menafikan evolusi, namun sekadar menganggapnya
sebagai sebuah proses yang terkawal, atau mereka mempersembahkannya dengan cara
yang baru. Sebagai contoh, saintis berselisih tentang bagaimana mekanisme
mutasi (kelajuannya, pemberhentiannya dll) memberi kesan kepada kepelbagaian
biologikal. Ada perbezaan yang besar antara mereka yang mengatakan:
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 63
Perbezaannya sangat besar antara mereka yang
mengatakan bahawa teori evolusi adalah benar, tetapi Tuhan mengedarkan proses
evolusi, dan mereka mengatakan bahawa teori evolusi itu tidak betul,
Apa yang menggabungkan kedua-duanya ialah
pengakuan kewujudan Tuhan dan bukannya teori evolusi itu salah. Sebagai
tambahan, tidak semua kenyataan dari ahli biologi mempunyai nilai secara saintifik.
Seseorang itu tidak sepatutnya hanya sekadar mempersembahkan pendapat,
terutamanya pendapat yang diyakini oleh dirinya. Bukti dukungan juga perlu dipersembahkan
agar manusia boleh melihat samada ia mempunyai nilai ilmiah, atau ia telah
dinafikan secara saintifik, atau isunya telah diselesaikan.
Terdapat banyak universiti dan pusat kajian di
seluruh dunia yang menggunapakai standard saintifik yang tepat ini dan
mempunyai pakar yang menilai kertas-kertas kajian, buku dan pengkritik teori
saintifik. Jika sememangnya ada kritikan saintifik yang berharga oleh pakar,
universiti dan pusat kajian ini akan segera memakainya, ia akan diterbitkan dan
dipromosikan, dan seminar saintifik akan diadakan untuk membincangkannya.
Bagaimanapun, apa yang kita lihat adalah
berlawanan. Hari ini, di semua universiti ternama seluruh dunia meyakini teori
evolusi adalah satu-satunya penjelasan kewujudan hidupan di bumi. Sesiapa yang
mahu mencari kebenaran secara bersendirian dengan menjalankan kajian saintifik
sekurang-kurangnya perlu mempunyai ilmu yang memadai dalam geologi sejarah,
biologi evolusi, genetik, antropologi dan arkeologi. Mereka kemudiannya perlu
membaca kritikan saintifik terhadap teori evolusi dan respon ke atasnya, agar
kedudukannya menjadi kukuh dan celik secara saintifik.
Bagaimanapun, jika seseorang itu hanya
mengatakan ada seorang ahli biologi telah memberi jawapan balas terhadap teori
evolusi dalam buku tertentu, itu adalah palsu, atau sesetengah saintis telah
mengatakan mengenai teori evolusi itu begini, itu adalah palsu, atau jika
seseorang itu merujuk kepada individu yang bukan seorang pakar dalam menilai
teori tersebut, maka ini jelas adalah pendirian yang diada-adakan dan tidak
saintifik. Apabila anda membaca penilaian saintifik mereka, anda akan mendapati
kadang kala mereka kurang kredibilitinya kerana mereka mengemukakan teori
evolusi dengan cara yang diputarbelitkan dan songsang, lalu kemudiannya memberi
respon kepadanya (dalam keadaan yang sonsang juga). Seolah-olah respon mereka
adalah untuk orang-orang awam yang tidak tahu langsung tentang teori evolusi,
dan alat untuk memasarkan kajian remeh
sedemikian di kalangan orang ramai bukanlah kerana ia adalah tindak balas
saintifik, tetapi penulisnya memegang ijazah yang lebih tinggi dalam biologi,
atau di dalam bidang yang tidak relevan dengan topik, seperti kosmologi.
Kesimpulannya, sesiapa yang mengatakan mahu
membantah teori evolusi tidak sepatutnya mengubahnya atau memutar belitkannya.
Dia harus membantah teori ini seperti mana ia dipersembahkan di universiti
terkemuka di seluruh dunia hari ini, bukan seperti yang dia bayangkan, atau
seperti yang dipersembahkan secara salah oleh penentang teori ini.
Sebuah peringatan: Saya menyedari mereka yang
menolak teori evolusi telah mengulangi hujah sama yang telah dikemukakan dan
seterusnya telah diberi respon oleh saintis evolusi itu sendiri. Ini sangat
tidak bersesuaian untuk mereka yang mendakwa diri mereka sebagai orang berilmu
dan mendakwa telah menafikan teori itu secara saintifik. Mereka patut membaca
dan mengenal pasti apa yang telah direspon oleh saintis
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 5
evolusi terhadap penghujahan mereka, ada yang
telah dibentangkan oleh Darwin sendiri pada abad kesembilan belas. Oleh itu,
sesiapa yang mengulangi hujah yang sama adalah mereka yang samada:
1. Tidak mampu berdiskusi dan menafikan respon
dari saintis evolusi kepada hujah-hujah ini, atau,
2. Beliau tidak membaca apa yang ditulis oleh
saintis evolusi, dan tidak tahu bahawa para saintis ini adalah yang pertama mengemukakan
masalah ini dan berpuluh-puluh yang lain dan memberi jawapan terhadap
penghujahan ini.
Apa pun, adalah tidak bersesuaian bagi mereka
untuk menulis sesuatu tanpa sebarang ilmu.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan