Bab 1.7 Agamawan Syiah Dan Teori Evolusi:
Sayed Ali Sistani
Laman web Pusat Kajian Aqidah yang
diwujudkan oleh Al-Sistani, yang mana ianya mewakili bahagian hadapan aqidah
bagi Marajik Al-Sistani yang ditaja oleh beliau sendiri, Di mana dia
menulis pada halaman pengenalan pusat di laman web pusat ini: [1]
“Ini, kami dapati Marajik
Yang Mulia, Ayatullah Al-Uzma Al-Syed Ali Al-Husseini Al-Sistani – Semoga ditingkatkan naungannya – bersama program-program
dan projek-projeknya, adalah model yang paling ideal dalam bidang ini untuk
mempertahankan aliran Syiah dan menyebarkan pengetahuan Ahlul Bait (as) ke seluruh
pelusuk dunia.
Pusat Kajian Aqidah
adalah salah satu dari projek-projek yang diberkati, yang mana diasaskan di bawah
pemantauan dan sokongan Hujjat Al-Islam Jawad Al-Shahristani.
Pembukaan rasminya
bertepatan dengan ulangtahun kelahiran Imam Al-Ridha (as) yakni pada Sebelas Zulkaedah
(Bulan 11 dalam Kalendar Islam), 1419 Hijrah, untuk menangkis, untuk memecahkan
masalah aqidah dan perkembangan konsep-konsep yang betul dan mendokong aliran
Ahl Al-Bait (as) dengan pelbagai aktivitinya................
Dan untuk memenuhi arahan-arahan
yang dikeluarkan oleh Yang Mulia Marajik Agama, Ayatullah Al-Uzma Al-Syed Ali
Al-Husseini Al-Sistani, "selagi naungannya berkekalan"
mengenai keperluan untuk menghadapi pemikiran sekular dan menyangkal keraguan dari
mereka. Pusat kami memutuskan untuk melaksanakan kewajiban yang disebutkan di
atas.”[2]
_________________
[1] Laman web Pusat Kajian Akidah (1433
Hijrah). Memperkenalkan Pusat Kajian Akidah. Pautannya:
[2] Laman web Pusat Kajian Akidah (1433
Hijrah). Memperkenalkan Pusat Kajian Akidah.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 38
Dalam laman web tersebut juga dinyatakan:
“Sebarang kenyataan
yang terkandung di dalam laman web Pusat Kajian Akidah tidak semestinya
mewakili pandangan dari Yang Mulia Al-Syed Al-Sistani” [1].
Maksudnya, ia mungkin mewakili pendapatnya
atau tidak, dan secara umum mengenai isu penting inilah yang saya dapati di Laman
web Akidah yang mengikuti Al-Sistani, jika ia tidak mewakili pendapatnya, dia
boleh menafikannya dan menyatakan pendapatnya, Jika tidak, ia adalah pendapatnya
dan beliau akan terikat dengan maklum balas ini.
Dari Laman Web Pusat Kajian Akidah Sistani:
Sebuah soalan
berkenaan kepalsuan teori evolusi.
Al-Salam ‘Alaikum Wa
Rahmatu Allahi Wabarakatuh
Saya ingin menanyakan
Tuan Yang Mulia berkenaan teori saintifik Darwin yang berkaitan evolusi dan
perkembangan, yang mana ianya mendakwa organisma-organisma yang hidup telah pun
berevolusi dari keadaan sebelumnya. Sebagai contoh, haiwan-haiwan telah
melalui proses mutasi (loncatan evolusi) dalam jangkamasa tertentu dan telah
berubah kepada hidupan yang lebih kompleks. Apa pendapat Tuan tentang teori
ini? Adakah ianya bercanggah dengan Islam dan adakah ianya turut melibatkan
manusia?
Terima kasih tuan,
dan semoga Allah melindungi anda dan selalu membantu kami untuk menimba segala
manafaat dari Tuan – Mustafa Amerika
Jawapan:
Saudara Mustafa yang dihormati.
Al-Salam ‘Alaikum Wa
Rahmatu Allahi Wabarakatuh
Ianya telah
dibuktikan secara saintifik bahawa teori ini adalah tidak benar. Mungkin
perkara yang paling mudah untuk menyangkal teori ini adalah berdasarkan
pengiraan kebarangkalian, ia akan mengambil masa berjuta-juta tahun untuk sel
yang mudah (ringkas) untuk berubah kepada yang lebih kompleks.
_________________
[1] Laman web Pusat Kajian Akidah yang
mengikuti Al-Sistani http://www.aqaed.com:
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 39
Ini adalah contoh
terhadap satu sel, maka bagaimana pula dengan seekor haiwan boleh berubah
kepada sesuatu yang lain?!! Ia pasti akan mengambil masa berbilion-bilion
tahun, dan ini telah terbukti tidak benar sama sekali. Ini adalah salah satu
cara untuk menyanggah teori ini. Ada pelbagai cara lain lagi, dan kesemuannya
mampu membuatkan teori evolusi ini gagal berhadapan dengan kritikan-kritikan
saintifik.
Tambahan lagi, di
dalam Aqidah Islamiyah di sisi kita, kita mempunyai penerangan yang jelas
bagaimana kehidupan manusia ini bermula. Al-Quran yang suci menyatakan di sini
bahawa Allah telah berfirman:
﴿الَّذِي
أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ ۖ وَبَدَأَ
خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ﴾
([Dia] yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian
manusia berasal dari tanah liat.) [As-Sajdah 32:7] Justeru itu, penciptaan
manusia itu bermula dari tanah liat, dan bukannya dari haiwan lain sepertimana
yang didakwa oleh para penyokong evolusi. Allah yang Maha Kuasa berfirman:
﴿خَلَقَ ألانسَانَ من صَلصَال كَاَلفخَّار﴾
(Dia menciptakan
manusia dari tanah liat kering seperti tembikar.) [Ar-Rahman 55:14].
Dia juga berfirman:
﴿وَلَقَد خَلَقنَاكم ثمَّ صَوَّرنَاكم ثمَّ قلنَا للمَلائكَة
اسجدوا لادَمَ فسَجَدوا إلَّا إبليسَ لم يَكن منَ السَّاجدينَ﴾
(Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman
kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka
sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.) [Al-A'raaf
7:11].
Dan Allah SWT berfirman
lagi:
﴿إِنَّا
خَلَقْنَاهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍ﴾
(Sesungguhnya Kami
telah mencipta mereka dari tanah liat. [Al-Shaaffaat 37:11].
Allah s.w.t juga
berfirman:
﴿إذ قَالَ رَبكَ للمَلائكَة إني خَالقٌ بَشَرًا من طين* فإذَا سَوَّيته وَنَفَخت فيه من روحي فقَعوا له سَاجدينَ﴾
((Ingatlah), ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan
seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang
diberi bentuk, * Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah
meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan
bersujud. [Al-Hijr 15:28-29].
Disamping itu,
terdapat riwayat dari para anbiya dan aushia (as) yang menjelaskan bagaimana
Nabi Adam, bapa segala manusia telah diciptakan.
Maka, apa yang
dikemukakan oleh teori evolusi adalah tidak sesuai.
Semoga saudara
sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Abu Hussain
Abu Hussain mengulas
jawapan di atas: “ Kami amat berharap Tuan dapat huraikan secara terperinci dan
kami sangat berterima kasih. Semoga Allah jua yang membalas kebaikan Tuan.”
[Pusat Kajian Aqidah seterusnya memberi maklum
balas berikut]
Jawapan:
Saudara Abu Hussein
yang dihormati,
Al-Salam ‘Alaikum Wa
Rahmatu Allahi Wabarakatuh
.
Dipetik dari Kitab Tsimar Al-Afkar (Buah
Fikiran) oleh Sheikh Ali Al-Kurani Al-‘Amili, ms 354-357:
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 39
[Teori evolusi telah
bercanggah dengan banyak fakta sains moden, sekaligus meletakkannya dalam
kedudukan yang dipertikaikan kebenarannya.
Salah satu
percanggahannya adalah berkisar tentang fakta-fakta fizikal… Berikut adalah
percanggahan tersebut: Matahari dan bintang-bintang lain membakar dan
memancarkan sejumlah besar tenaga haba, sinaran dan cahaya jauh ke dalam
pelusuk alam semesta. Tetapi jumlah tenaga yang hebat ini tidak boleh
dianggap secara spontan akan kembali semula kepada matahari dan bintang-bintang
tersebut. Sekiranya anda meninggalkan sesuatu untuk suatu jangka masa yang
lama, ia akan merosak dengan cepatnya. Jika anda meninggalkan satu ketulan
daging, atau sebahagian buah-buahan atau makanan, anda akan dapat melihat ianya
akan rosak selepas satu tempoh yang tertentu dan anda perlu mengambil langkah
pencegahan yang tertentu untuk melindunginya dari menjadi rosak, seperti memasukkannya
ke dalam peti sejuk. Bagaimanapun, langkah pencegahan ini hanya akan berkesan
untuk satu jangka masa yang tertentu sahaja. Jika anda meninggalkan rumah atau
istana, ia akan menyusut selepas beberapa tahun dan seterusnya. Oleh itu,
setiap benda bergerak menuju ke satu arah yakni penyusutan, penguraian dan
pereputan (haus dan lusuh, reput dan rosak).
Entropi: Bagi membantu para saintis untuk menerangkan konsep keteraturan dan kekacauan
di dalam alam semesta atau dalam sesuatu “sistem”, mereka mengunakan istilah
“entropi”. Entropi merujuk kepada jumlah kekacauan, dengan kata lainnya jumlah
tenaga yang tidak memberi sebarang manfaat. Hukum kedua termodinamik dikenali
sebagai hukum peningkatan entropi.
Profesor F.
Bush berkata, “Semua tindakbalas semulajadi yang berlaku mengakibatkan
gangguan di dalam alam semesta itu meningkat. Ini adalah tidak lain tidak bukan
adalah ketetapan hukum kedua yang digunapakai dalam alam semesta secara
keseluruhannya.”
Saintis Amerika Isaac
Asimov pula berkata, “Berdasarkan maklumat yang kami ada, semua pertukaran dan
perubahan adalah ke arah meningkatkan entropi, meningkatkan ketidakteraturan,
meningkatkan gangguan, dan menuju kearah kemusnahan”. Dalam artikel yang sama,
beliau memperincikan topik ini dengan mengatakan: “Antara cara yang lain untuk
menyatakan hukum kedua ini adalah: “alam semesta bergerak pada kadar yang
stabil ke arah peningkatan entropi. Kita lihat kesan hukum kedua adalah
segalanya mengenai kita semua. Kita perlu berkerja keras untuk menyiapkan
sebuah bilik, tetapi sebaik sahaja kita membiarkannya, gangguan merebak lagi dengan
cepat dan mudah. Walaupun kita tidak pernah memasukinya, ianya tetap akan
berhabuk dan berbau hapak. Betapa banyak kesukaran yang kita hadapi apabila
kita menjalankan penyelenggaraan rumah, peralatan dan penyelenggaraan badan
kita dan menjadikannya dalam keadaan lebih baik, tetapi betapa mudahnya
membiarkan ianya merosot dan lusuh. Hakikatnya, tiada apa yang dapat kita
lakukan, dan semuanya merosot, musnah, rosak, terhakis, dengan sendirinya – dan
ini adalah apa yang dimaksudkan dengan Hukum Kedua.
Kita boleh rumuskan
hukum yang pertama dan hukum kedua seperti berikut. Saintis evolusi Jeremy
Rifltin mengulas tentang hukum kedua. “Albert Einstein
mengatakan, ‘(Hukum Kedua) ini adalah hukum asas kepada segala hukum sains,’
dan Sir Arthur Eddington merujuk ianya sebagai “hukum metafizikal
untuk seluruh alam semesta’. Justeru itu, hukum
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 41
yang komprehensif
(menyeluruh) ini membuktikan bahawasanya semua perubahan dan pertukaran yang
berlaku di alam semesta ini menuju ke arah entropi, ataupun bermaksud menuju ke
arah peningkatan ketidakteraturan, penguraian dan perpecahan (merosot).
Dengan kata lain,
alam semesta ini semakin menghampiri kepada kematian, dan ahli fizik
mngungkapkan, “Alam semesta menuju kematian disebabkan haba.” Ini adalah
disebabkan pemindahan haba daripada entiti yang panas (dari bintang-bintang)
kepada entiti yang sejuk (planet-planet dan debu-debu kosmik sebagai contoh)
akan terhenti suatu hari nanti, bila mana suhu kedua-dua entiti tersebut di
alam semesta ini menjadi sama.
Dalam kes ini,
pemindahan haba diantara entiti-entiti ini terhenti, maka semua aktiviti yang
lain turut terhenti.
Inilah yang dikatakan
kematian alam semesta.
Kita boleh menyatukan
dua teori hipotesis evolusi dan ilmu fizik, dalam satu bentuk graf: maka
terdapat percanggahan lengkap antara kedua-dua teori: Hipotesis evolusi
mengatakan bahawa pertukaran dan perubahan yang berlaku di dunia kita dan di
alam semesta membawa kepada peningkatan dalam kerumitan dan peningkatan dalam
susunan, iaitu, terdapat pembangunan yang meningkat dan berterusan.
Dari sudut ilmu fizik
pula, ianya merumuskan bahawa semua pertukaran dan perubahan semasa di alam
semesta (dan juga di dunia kita) menjurus kepada peningkatan entropi, secara
tidak langsung kepada peningkatan ketidakteraturan, penguraian dan perpecahan.
Ini bermakna bahawa
alam semesta tidak menuju ke arah sesuatu yang lebih baik, sebaliknya cenderung
menghampiri sesuatu yang lebih teruk yakni ke arah kematian. Ini juga bermakna bahawa
tiada proses automatik yang membawa kepada beban sistem dan peningkatan
kerumitan dan pemasangan.
Ini menunjukkan
bahawa masa adalah merupakan satu faktor kepada kehancuran, bukannya kepada
pembinaan. Sebaliknya, semua para pendokong evolusi bersependapat dengan isu masa
dalam menjelaskan semua halangan-halangan dan kesusahan-kesusahan yang di
hadapi dalam hipotesis evolusi ini.
Justeru itu, apabila
anda menolak kebetulan yang tumpul (buta) yang menghasilkan semua keteraturan,
komplikasi dan keindahan yang mengisi alam semesta ini, mereka berkata: “Ini
tidak berlaku dalam masa jutaan tahun, tetapi ianya berlaku ratusan atau ribuan
juta tahun!” Ianya seolah-olah apabila mereka memperkatakan tentang jangka masa
yang panjang itu, mereka menganggap bahawa mereka telah mengatasi segala
kesusahan dan memberikan penyelesaian kepada semua keajaiban yang mengisi alam
semesta ini.
Ini adalah kejahilan.
Bahkan, ia adalah suatu kejahilan yang nyata. Kami mengesyorkan kelompok ini supaya
menelaah buku-buku fizik supaya mereka memahami istilah masa – yang mereka
anggap adalah faktor kepada pembinaan dan pembangunan – tetapi sebenarnya tiada
apa-apa selain dari menjadi faktor kepada kemusnahan, penguraian dan perpecahan!
Maka, pandangan mana yang perlu kita ikuti?! Wajarkah kita berpegang pada
hipotesis (atau teori yang terbaik)
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 42
yang masih belum
dibuktikan hingga kini. dan dibangkang oleh ramai saintis?! Mengapa kita tidak
berpegang (memilih) hukum saintifik yang terbukti kesahihannya dengan ribuan
ujian makmal (setiap radas atau peralatan yang digunakan mengesahkan kebenaran
hukum ini) dan diterima oleh para saintis tanpa ada keraguan?
Kesimpulannya,
hipotesis evolusi adalah bercanggah dengan sains hingga ke asasnya.
Evolusi ke arah sesuatu
yang lebih baik tidak boleh berlaku dalam dunia yang sedang menuju kepada
perpecahan dan kemusnahan dalam semua aktiviti, pergerakan dan perubahannya,
maka untuk berlakunya evolusi secara saintifik adalah mustahil:
﴿بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ
فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ ۚ وَلَكُمُ
الْوَيْلُ مِمَّا تَصِفُونَ﴾
Sebenarya Kami
melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka
dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan apa
yang kamu sifatkan. [Al-Anbiyaa' 21:18]
Semoga kamu berada di bawah perlindungan Allah.”[1]
Ulasan: Kenyataan
di atas mewakili pandangan Sistani dan pandangan beliau berkaitan teori
evolusi, atau paling kurang kenyataan tersebut telah dipersetujui oleh beliau
sendiri. Maka tiada masalah untuk menganggap nilai dan kualitinya adalah
terbukti.
1. Beliau berkata:
“Ianya telah
dibuktikan secara saintifik bahawa teori ini adalah tidak benar. Mungkin
perkara yang paling mudah untuk menyangkal teori ini adalah berdasarkan
pengiraan kebarangkalian, ia akan mengambil masa berjuta-juta tahun untuk sel
yang mudah (ringkas) untuk berubah kepada yang lebih kompleks.” Ini
adalah contoh terhadap satu sel, maka bagaimana pula dengan seekor haiwan boleh
berubah kepada sesuatu yang lain?!! Ia pasti akan mengambil masa
berbilion-bilion tahun, dan ini telah terbukti tidak benar sama sekali.
Beliau menyatakan di
sini bahawa teori evolusi telah terbukti menyeleweng secara saintifik dan tidak
tahu di mana ia terbukti secara saintifik?!! Ya Allah, kecuali dalam khayalan
mereka. Pada hal, hakikatnya, teori ini telah dibuktikan secara saintifik ia
adalah benar, terutamanya disebabkan kemajuan yang telah dicapai dalam
penyelidikan genetik. Teori evolusi pada ketika ini diajar secara meluas di
pusat-pusat pendidikan di negara-negara membangun dan universiti-universiti
yang terkemuka di seluruh dunia. Tambahan lagi, pelbagai vaksin dan
rawatan perubatan telah dihasilkan dan dibangunkan berasaskan teori evolusi ini
Beliau kemudiannya mengutarakan bukti-bukti
saintifik beliau yang mana pada asasnya hanyalah hujah yang hambar dan hanya
menyerlahkan kejahilan pengarang itu sendiri terhadap teori evolusi. Teori
evolusi tidak menyatakan bahawa mutasi akan mengubah satu spesis kepada spesis
yang lain atau seekor haiwan kepada haiwan yang lain, malah tidak juga
menyatakan
________________
1. Laman web Pusat Penyelidikan Doktrin
Al-Sistani (1433 AH). Soal jawab, penciptaan dan penciptaan, dan ketidaksahihan
teori evolusi. Tersedia di:
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 43
bahawa wujudnya pertumbuhan organ-organ yang
kompleks secara tiba-tiba, seperti seekor haiwan tidak bermata secara tiba-tiba
mempunyai mata, jika benar, barulah bermakna masalah kebarangkalian matematik
boleh wujud daripada ini dan pasti menjadi aral penghalang kepada teori evolusi
ini.
Hakikatnya, evolusi terjadi melalui beberapa langkah
besar yang amat perlahan, dan disebabkan ianya berterusan, maka tiada
permasalahan matematik dengan kebarangkalian dalam setiap langkah evolusi yang
berlaku secara berasingan. Selain itu, kebarangkalian untuk setiap satu
mengikuti yang sebelumnya adalah sangat tinggi disebabkan variasi,
pembiakan dan pemilihan semulajadi yang wujud dalam kitaran perjalanan ini. Dan
sekiranya tiga faktor ini wujud, evolusi akan turut wujud. Ini adalah
fakta saintifik yang hanya dipertikaikan oleh kelompok yang tidak faham mengenai
variasi, pembiakan dan pemilihan, dan apa yang dimaksudkan dengan istilah
ketiga-tiga ini. Penulis menasihatkan Al-Syed Sistani dan Pusat Kajian Aqidah
untuk meneliti semula apa yang ditulis oleh para saintis evolusi supaya mereka
memahami teori evolusi ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang
kenyataan yang hanya menonjolkan kejahilan mereka berkenaan teori dan
mekanismanya.
2. Petikan ayat-ayat Al-Quran yang samar-samar
untuk menyangkal teori saintifik yang telah pun terbukti tidak memberikan nilai
saintifik kepada para ahli biologi, malah langsung tidak juga mempunyai nilai
keagamaan. Tiada satu pun dari ayat-ayat ini menyimpulkan penentangan ke atas
teori evolusi hinggakan seseorang mampu berkata, sebagai contoh, agama tidak
boleh selari (secocok) dengan tiori evolusi. Contohnya kenyataan mereka
tentang “kejadian manusia yang bermula dari tanah liat,” dan penggunaan
ayat-ayat Al-Quran berkenaan perkara ini, boleh disangkal dengan mudahnya
dengan menyatakan ayat-ayat ini sebenarnya mengenai penciptaan diri manusia.
Penciptaan dari tanah liat telah berlaku di dalam syurga sebagaimana yang
telah dinyatakan dalam ayat-ayat yang sama mengenai perihal penciptaan, dan ini
juga diberitahu dalam riwayat-riwayat (hadits).
Syurga adalah alam untuk anfus (diri-diri), bukan
fizikal dan dunia kebendaan seperti di dunia ini, yang akan dijelaskan kemudian
Insya Allah. Antara ulasan yang lain pula adalah berkenaan penciptaan manusia
yang bermula bila Allah menciptakan pelan genetik pertama atau protein
replikator yang pertama, kerana protein ini telah diciptakan dari
sebatian-sebatian kimia yang terdapat di muka bumi ini, samada dalam tanahnya atau
atau zarah tanah liat.
Maka, adalah benar bahawasanya Allah telah
menjadikan manusia dari tanah liat basah, debu, tanah liat kering dan bumi
kerana matlamat akhir proses penciptaan ini adalah umat manusia. Justeru itu,
ayat-ayat Al-Quran berkenaan penciptaan Adam dari tanah liat dan debu boleh
dipersetujui sepenuhnya seiring dengan konsep evolusi. Kami juga menjumpai
ayat-ayat Al-Quran yang lain yang mendokong teori evolusi ini. Allah (S)
berfirman:
﴿وَقَدْ خَلَقَكُمْ
أَطْوَارًا * أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ
سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا * وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ
الشَّمْسَ سِرَاجًا * وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾
"Padahal sesungguhnya Ia telah
menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat.* Tidakkah kamu
mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit
bertingkat-tingkat. Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta
menjadikan matahari sebagai lampu, Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari
bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna” [1]
Perincian makna ayat-ayat akan dibincangkan
kemudian:
﴿وَقَدْ
خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا ....... وَاللَّهُ أَنبَتَكُم مِّنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا﴾
[Dia telah menciptakan kamu dengan kejadian
yang berperingkat-peringkat........... Dan Allah telah menumbuhkan kamu dari
bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna.]
______________
[1] Al-Quran Al-Karim “Surah Nuh” 71:14-17
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 44
3. Ringkasan dari apa yang dipetik dari buku Al-Kurani
adalah entropi memerlukan sistem yang kompleks untuk bergerak menuju
keruntuhan, dan alam semesta secara keseluruhannya bergerak ke arah ini,
demikian juga bumi dan semua hidupan yang dirangkuminya menuju keruntuhan yang
sama. Menurut mereka, yang wujud hanyalah kemunduran dan pergerakan ke arah
yang lebih teruk, dan bukannya evolusi. Mereka merumuskan:
Sehubungan itu,
hipotesis tentang evolusi adalah bercanggah dengan sains hingga ke asasnya.
Evolusi ke arah sesuatu
yang lebih baik tidak boleh berlaku dalam dunia yang sedang menuju kepada
perpecahan dan kemusnahan dalam semua aktiviti, pergerakan dan perubahannya,
maka secara saintifiknya evolusi adalah mustahil berlaku. [Sebenarya Kami
melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka
dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan
kamu mensifati. [Al-Anbiya: 21:18] dan kamu tetap
dalam pemeliharaan Allah.
Hakikat sebenar,
percanggahan ini mulanya diusulkan oleh Dr Henry Morris[1] yang
menyatakan
“Bahawa hukum kedua
termodinamik menunjukkan semua benda cenderung bergerak ke arah kekacauan, yang
mana membuatkan proses evolusi itu mustahil.
“The second law of
thermodynamics says that everything tends toward disorder, making evolutionary
development impossible” [2]
Para fundamentalis Kristian di Amerika dan
Eropah mengeksploitasi percanggahan ini sebagai maklum balas terhadap teori
evolusi. Segelintir bangsa Arab juga telah menegaskan kembali hujah ini selepas
ianya diterjemahkan dan pengikut Al-Kurani telah bertindak
menyebarkannya. Sepatutnya beliau membiarkan teori ini seadanya, tetapi
sebaliknya beliau bertindak menokok-tambah pandangan ini yang hanya
menyerlahkan kejahilan total beliau. Akibatnya, Al-Kurani menerimanya dan
memasukkannya ke dalam kitabnya dan mengambil daripadanya kedudukan ideologi
Al-Sistani dan menerimanya sebagai fakta dan bukti yang bercanggah dengan teori
evolusi.
Secara amnya, hujah di atas telah pun
diringkaskan secara keterlaluan, dan secara saintifiknya adalah tidak lengkap
dan tidak betul. Kami akan membentangkan nanti fakta yang diperolehi
berdasarkan pemerhatian yang mana telah diterima secara meluas dalam sains
bahawa alam semesta itu mendatar, terbuka dan mengembang pada kadar kelajuan
yang tertentu. Namun begitu jika anda turun bersama mereka di sini, mari kita
andaikan bahawa alam semesta fizikal adalah sistem tertutup dan terpakai
padanya hukum
________________
[1] Henry Morey (1918 - 2006 M) ialah seorang Profesor
Kejuruteraan Awam, seorang warga Amerika dan beragama Kristian yang taat.Beliau
berkhidmat sebagai Presiden Institut Penyelidikan Penciptaan (Institute of Creation
Research). Beliau mempunyai beberapa penerbitan saintifik dan keagamaan.
[2] Sumber (Morris, Scientific Creationism):
ms 38-46
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 45
termodinamik kedua. Oleh kerana dalam sistem
tertutup entropi tidak boleh berkurangan, Dan andaikan bahawa entropi dalam
alam semesta semakin meningkat, tetapi ini tidak bermakna bahawa setiap
bahagian alam semesta bergerak ke arah ini, iaitu, peningkatan entropi; adalah tidak
mustahil bagi sebahagian dari alam semesta (yang kita anggap sebagai sistem
yang tertutup) seperti bumi, untuk menuju ke arah keadaan yang lebih teratur,
pada suatu masa, selagi ianya diimbangi oleh komponen-komponen lain yang
bergerak kepada peningkatan entropi. Yang penting ialah, sistem alam ini secara
keseluruhannya tidak menyanggah hukum kedua termodinamik. Ini menyerlahkan lagi
bahawa hujah mereka telah pun digarap dari asas yang lemah dan pemahaman yang
rapuh tentang hukum kedua termodinamik ini.
Disamping itu, bumi itu sendiri bukanlah satu
sistem yang tertutup. Sebaliknya, terdapat lebih daripada satu sistem
pertukaran tenaga di bumi, dan pada bumi, mataharilah yang memberi haba dan
cahaya. Dan bahagian-bahagian bumi melalui siang dan malam masing-masing, dan
ini membahagikannya kepada beberapa sistem dan menjadikannya melalui proses
pertukaran haba yang berterusan dan berubah-ubah kerana ia adalah beberapa
sistem dan bukan satu sistem. Bahagian dalam bumi adalah panas, iaitu magma,
dan terdapat pertukaran tenaga yang tidak teratur antara bahagian dalam bumi,
keraknya dan atmosfera..
Demikian juga, ruang angkasa yang meliputi
bumi juga merupakan satu bentuk sistem, dan terdapat pemindahan haba berlaku
diantara ruang angkasa dan bumi ini.
Bulan juga mempengaruhi tarikan gravitinya di
bumi, tetapi kesannya berubah mengikut masa kerana ia sentiasa bergerak menjauh.[1]
Oleh itu, berdasarkan keadaan bumi seperti
yang dijelaskan di atas, hukum termodinamik bagi dua sistem adalah: “Jumlah entropi
untuk kedua-dua sistem tidak akan berkurangan bila mana pemindahan haba berlaku
di antara kedua sistem.” Ini bermakna peningkatan keteraturan di bumi boleh
berlaku disebabkan pertukaran tenaga di antara bumi dan alam semesta di
sekelilingnya. Dan peningkatan keteraturan dalam hanya beberapa bahagian bumi
juga boleh berlaku; memandangkan beberapa sistem menukarkan tenaga di antara
satu sama lain. Apa yang penting ialah jumlah entropi kedua-dua sistem tidak
berkurangan dan begitu juga entropi salah satu daripada dua sistem.
Bumi itu sendiri adalah bukan satu sistem yang
tertutup mahupun sistem yang tunggal, bahkan ia merangkumi pelbagai sistem.
Tiada permasalahan dengan peningkatan entropi di satu-satu lokasi di bumi
sementara ia menurun di tempat yang lain. Tidak juga menjadi masalah apabila
berlaku kemerosotan hidupan, kemusnahan, gempa-gempa bumi dan banjir-banjir
yang berlaku di satu tempat di bumi sementara pada masa yang sama wujud
pembinaan, pembangunan dan perkembangan hidupan berlaku di satu tempat yang
lain. Ini adalah fenomena biasa yang kita saksikan setiap hari, dan ia tidak
melanggar hukum kedua termodinamik.
________________
[1] Bulan bergerak menjauhi Bumi pada jarak 3.8 cm
setahun (laman web agensi angkasa US NASA):
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEhelp/ApolloLaser.html
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 46
Tambahan pula, hakikat bahawa alam semesta
sebenarnya bukan menuju ke arah kehancuran pada masa yang lepas mahupun pada
masa ini, ia adalah satu topik yang telah diselesaikan. Ianya sudah dibuktikan
secara saintifik melalui pemerhatian terhadap sejenis supernova, radiasi latar
belakang kosmik dan Kesan Doppler – dakwaan bahawa alam semesta adalah mendatar
dan pengembangannya semakin pantas dan berterusan untuk suatu tempoh yang cukup
lama. Kita akan menyentuh tentang isu ini kemudian di dalam penerangan tentang
tenaga gelap.
Saya percaya penerangan yang diberikan tentang
entropi dan hukum kedua termodinamik adalah memadai untuk menyangkal
hujah-hujah dangkal yang terdahulu. Untuk penerangan yang lebih jelas, kita
akan meninggalkan topik entropi ini dan melihat kepada rumusan yang dicanang
oleh mereka, yang mana alam semesta telah bergerak, dan masih serta sedang
bergerak, menuju kepada kehancuran, kerosakan dan kemusnahan. Ini adalah tidak
benar sama sekali. Bahkan sebenar adalah bertentangan sepenuhnya. Melalui
pemerhatian dan pemantauan astronomi yang tepat, dengan mengambil kira Kesan Doppler
(atau pergeseran Doppler), radiasi latar belakang kosmik dan pemerhatian
supernova,[1] secara jelas telah dibuktikan bahawa galaksi sedang
bergerak menjauhi satu sama lain dengan kelajuan yang semakin meningkat. Alam
material di mana kita telah dan sedang berada sekarang adalah berkembang,
menggandakan diri dan bertambah. Malah galaksi yang kita berada sekarang masih
mengandungi gugusan gas dan debu-debu yang membantu dalam pembentukan dan
kejadian bintang-bintang baru, dan ini akan berterusan untuk tempoh yang cukup
lama. Fakta sains yang terbukti mengatasi keraguan ini adalah memadai untuk
menyangkal apa yang Al-Kurani perkatakan dalam buku beliau.
Tambahan pula, berdasarkan model yang biasa
atau teori Big Bang (Dentuman Besar), alam semesta tidak bermula dengan satu
sebatian dan kompleks, tetapi sebaliknya bermula dari titik tunggal (point of
singularity) atau kejadian kuantum (Quantum Event) sebagaimana yang dibuktikan
melalui bukti-bukti saintifik seperti pemisahan galaksi-galaksi, dan penyejukan
alam semesta dari semasa ke semasa. Kemudian Dentuman Besar berlaku, dan jirim
pun terbentuk secara beransur-ansur. Ia adalah jelas menunjukkan alam semesta
ini masih baru, sedang berkembang dan sentiasa bertambah. Menurut pengiraan
saintifik yang terperinci yang berdasarkan kepada pemerhatian yang tepat, alam
semesta pada ketika ini tidak menuju kepada kemusnahan, dan juga tidak pernah berlaku
di masa yang lepas malah ianya sedang berkembang dan bertambah.
Walaupun kita beranggapan bahawa alam semesta
ini mempunyai lengkungan positif, seperti permukaan sebiji bola dan bukannya
rata, yang mana pada akhirnya akan menuju kepada penguncupan dan musnah, ianya
tidak akan mungkin sama sekali hinggalah alam semesta sampai ke titik
pengembangan yang maksimum, dan menuju kepada penguncupan dan musnah bila mana
tenaga positif di dalam alam semesta – tenaga yang memaksa pengembangangnya –
tidak lagi mampu untuk menahan graviti jirim.
Alam semesta belum mencecah titik pengembangan
maksimum yang mampu dicapainya. tetapi ia masih berkembang dengan pesat.
______________
[1] Supernova merujuk kepada beberapa
jenis letupan bintang yang menghasilkan jasad yang sangat cerah yang dihasilkan
oleh plasma dan kemudiannya menurun ke tahap yang tidak boleh dilihat dalam
tempoh beberapa minggu atau bulan
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 47
Justeru itu, kenyataan mereka bahawa alam
semesta telah dan sedang menuju kepada keruntuhan menurut hukum kedua
termodinamik, adalah pendapat yang menyeleweng dari segi saintifik. Ia juga
tidak konsisten dengan fakta-fakta yang dikemukakan melalui pemerhatian
astronomi yang tepat dan pengiraan matematik yang saintifik. Ditambah pula,
menurut kesan Doppler dan kehadiran radiasi latar belakang kosmik, alam semesta
ini tidak menuju kepada keruntuhan. Ia juga tidak wujud sebagai alam yang
kompleks dan sebati yang kemudiannya bergerak ke arah keruntuhan. Sebaliknya,
ia bermula dengan alam semesta yang ringkas, kemudian menuju kepada pembesaran,
tersusun dan menjadi lebih komples, sehingga kekal dalam keadaan ini sehingga
sekarang.
Sekiranya kita mengambil kira apa yang telah
berlaku dan yang sedang berlaku di alam semesta ini secara keseluruhannya –
sebagaimana Al-Kurani dan sekutunya, Al-Sistani dan organisasinya menghendaki
kita memahami perkara ini - dengan menganggap segalanya bermula dari
kosong, dan kemudiannya diperkukuhkan untuk menampung bumi dan hidupannya, maka
idea tentang evolusi di bumi dan kitaran kehidupan atau organisme bergerak ke
arah pembiakan dan struktur tambahan dan komplikasi bukanlah satu masalah. Ia
sebenar-benarnya relevan dengan hakikat umum tentang alam semesta, samada yang
lepas atau masa kini, yakni ke arah pengembangan dan perluasan.
Saya telah menjawab dengan kenyataan di atas
dan mengariskan kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh Al-Kurani dalam bukunya,
dan apa yang dipersembahkan oleh Al-Sistani dalam laman web idealoginya. Saya
telah menjelaskan bahawa alam semesta telah dan sedang bertambah dan
berkembang, dan ini akan berlangsung untuk tempoh yang lama. Namun adalah
memadai untuk memberi respon kepada mereka bahawa wujud pertumbuhan, penambahan,
pembiakan serta perubahan dari keadaan yang ringkas kepada keadaan yang
kompleks dan pelbagai, dan menuju ke arah keadaan yang optimal serta lebih
baik, ini adalah kejadian berulang yang kita saksikan setiap hari di bumi ini.
Jadi sekiranya evolusi dikatakan mengingkari hukum kedua termodinamik, maka
pertumbuhan dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dikira mengingkarinya juga. Dan
jika evolusi adalah mustahil disebabkan alasan ini, maka pertumbuhan dan
kepelbagaian tumbuh-tumbuhan juga mustahil.
Tumbuhan bermula dari benih – pelan genetik –
yang kemudiannya tumbuh dan diperkukuhkan dengan peredaran masa. Ini juga boleh
digunapakai dalam konsep tumbesaran janin dan anak binatang. Hakikatnya, tiada
perbezaan di antara tumbesaran janin, tumbuh-tumbuhan, kanak-kanak dan evolusi.
Kesemuanya menunjukkan kepelbagaian, pengukuhan, dan satu kitaran dari keadaan
yang ringkas kepada yang lebih kompleks dari semasa ke semasa. Jika evolusi
melanggar hukum kedua termodinamik – seperti dakwaan mereka – maka tumbesaran
janin, tumbuh-tumbuhan dan kanak-kanak dikira melanggar hukum ini juga. Walhal
kita masih melihat janin, tumbuh-tumbuhan dan kanak-kanak membesar, menjadi
kuat dan beranak pinak.
Nota: Saya tidak tahu bagaimana Al-Kurani,
Sistani dan “Pusat Kepercayaan” nya – yang telah menerima pakai
kenyataan-kenyataan di atas – mampu menjadikan ilmu fizik sebagai satu paksi di
atas graf yang mereka sebutkan. Hakikatnya, ini adalah kali pertama saya
mendengar bahawa ilmu fizik, yang mana dengan semua ini, boleh menjadi suatu
paksi di atas mana-mana graf. Saya berharap mereka tidak menggunakan kepintaran
mereka untuk diri mereka sendiri sahaja. Saya juga berharap mereka menghantar
graf tersebut ke universiti-universiti terkemuka di seluruh
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 48
dunia supaya institusi-institusi ini dapat mempelajari
bagaimana fizik boleh menjadi satu paksi di atas graf seperti kefahaman mereka
agar semua pihak beroleh manfaat darinya. Sekiranya mereka tidak tahu apakah
itu ilmu fizik, maka tidak menjadi masalah untuk memberitahu mereka akan
definisinya. Ilmu Fizik adalah satu cabang sains yang berkaitan dengan
perlakuan jirim, tenaga dan dimensi (seperti tiga dimensi ruang dan dimensi
masa), termasuklah interaksi dan perhubungan di antara mereka dan hukum-hukum
yang berkaitan.
Saya bukanlah mengejek golongan ini dan
kejahilan yang telah mereka tonjolkan, kerana kita mempunyai banyak perkara
lain untuk diambil berat dari mengejek sesiapa. Saya hanya berniat untuk
menarik perhatian seramai yang mungkin pengikut-pengikut Ahlul Bait yang
diperdayakan dan tertindas, bagi menunjukkan para ulama ini sanggup melakukan
apa sahaja agar terus dapat melakukan apa yang mereka pandai, iaitu berdakwah
tanpa ilmu dengan tiada rasa malu. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa
mana-mana mukmin yang beriman kepada Muhammad dan keluarga Muhammad (shalawatu
Allah ‘alaihim) yang takut dengan agamanya dan kehidupan akhiratnya, tidak
patut meletakkan urusan agama mereka di tangan orang lain.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan