Bab 1.3 - Gereja Kristian dan Teori Evolusi
Gereja Agama Kristian dan Evolusi
Gereja Katolik menolak teori evolusi selama beberapa dekad, tetapi ia
mungkin tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, atau sekurang-kurangnya ia tidak
memberikan apa-apa pendapat atau persetujuan tentang apa yang dikemukakan oleh Teori
Evolusi, walaupun prasangka langsungnya terhadap persoalan dan
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 25
yang paling penting. ditimbulkan oleh agama iaitu isu penciptaan.Teori
evolusi adalah bertentangan sama sekali dengan kisah penciptaan yang disebut di
dalam Bibel (Genesis - Kejadian).
Pendirian yang sama turut diambil oleh kelompok gereja yang lain, apabila
mereka menolak Teori Evolusi walaupun sesetengah dari mereka tidak menyebutnya
secara terbuka. Sebabnya sangat jelas; iaitu masa telah berubah. Tiada lagi Inquisition,
(Badan anti-bidaah yang ditubuhkan Gereja Katolik Rom), atau peluang untuk
memotong lidah Darwin seperti mana yang dilakukan kepada Bruno, atau untuk
memenjarakannya seperti Galileo juga turut berakhir. Jadi mereka terpaksa
berdiam diri. Lama-kelamaan, apabila bukti yang menyebelahi
evolusi telah bertambah secara ketara, terutamanya setelah kemajuan di dalam bidang genetik,
Gereja Katolik terpaksa menerima teori tersebut.
Kemudian ulama Katolik mula mengatakan bahawa mereka tidak pernah
menentang Darwin, atau Teori Evolusi. Namun hakikatnya, mereka tidak memotong
lidah Darwin atau membakarnya ketika itu kerana kekuasaan Gereja di Eropah
telah berakhir. Hari ini, mereka terpaksa menerima Teori Evolusi walaupun ia
menandakan "kematian" kepada agama Gereja Kristian, kerana
pembuktiannya hanya didebatkan oleh segelintir kecil orang yang jahil, yang
tidak memahami apa itu evolusi dan bagaimana ia berlaku, dan orang-orang yang
tidak memahami bahawa Teori tersebut telah berbeza dari apa yang
dipersembahkan oleh Darwin pada awalnya.
Sebenarnya, satu-satunya yang tinggal dari apa yang beliau persembahkan
adalah konsep umumnya, kerana perinciannya, kaedah teorinya, bukti dan
keterangan evolusi semuanya baru wujud kerana kemajuan dalam sains dan kajian.
Jadi bagi mereka yang mempercayai teori ini, ia kini mewakili risalah saintifik
yang disempurnakan yang menerangkan kisah penciptaan, tanpa perlu kepada
apa-apa campur tangan ghaib dalam penyempurnaannya, malah permulaannya.
Oleh itu, Teori Evolusi dipersembahkan pada hari ini sebagai sebuah Teori
yang menyangkal agama dan kewujudan Tuhan. Tiada siapa pun boleh mendakwa
menerima evolusi dan agama tanpa menyelesaikan konflik yang menghalang dari
menerima kedua-duanya. Cara Teori Evolusi dipersembahkan, difahami dan
dipandang hari ini oleh ahli biologi evolusi menunjukkan bahawa evolusi itu
tidak bermatlamat pada jangka masa panjang, jadi ia tidak dapat disatukan
dengan agama.
Dengan kata lain, tiada siapa yang dapat mengatakan mereka menerima
secara mutlak Teori Evolusi, bersama implikasi yang diakibatkan darinya,
contohnya, seperti ia tidak mempunyai matlamat dalam jangka masa panjang, dan
dalam masa yang sama, terus berkeras bahawa mereka menerima agama. Ini adalah
percanggahan secara terang-terangan di peringkat paling asas, ia tidak akan
disebutkan oleh seseorang yang rasional dan berilmu tanpa pertama sekali
menyelesaikan percanggahan ini, agar dakwaan mereka menjadi benar, boleh
diterima dan logik. Inilah sebabnya saya katakan penerimaan Teori Evolusi oleh
Gereja, sesuatu yang ia terpaksa lakukan, boleh membawa pengakhiran kepada
agama Gereja Kristian melainkan jika Gereja dapat menyelesaikan percanggahan
ini dengan membuktikan evolusi mempunyai matlamat dalam jangka masa panjang.
Sudah tentu mereka tidak memahami perkara ini, kerana malangnya, ramai
dari mereka tidak memahami apa sebenarnya evolusi itu, atau bagaimana Teori
Evolusi dipersembahkan pada hari ini.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 26
Berikut adalah sebahagian dari perdebatan antara Dr. Richard Dawkins[1]
dan George Pell, seorang Kardinal Australia untuk Gereja Katolik Roman dan juga
Ketua Biskop Sydney, Australia:
Cardinal Pell: Anda perlu memikirkan fakta-fakta sains dan bertanya samada
kepercayaan anda pada "pemilihan rawak (rambang) " sudah memadai.
Sebagaimana,
kebanyakan ahli biologi evolusi hari ini tidak mempercayainya.
Richard
Dawkins: Mereka tidak percaya apa?
Cardinal Pell: Mereka
tidak mempercayai pemilihan (evolusi) secara rambang secara terang-terangan, dan mereka tidak menganggapnya sebagai cadangan seperti yang anda percaya.
Richard
Dawkins: Saya tidak mempercayainya (kerambangan evolusi)
dan saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa evolusi adalah pemilihan rambang.
Evolusi adalah pemilihan tidak rambang.
Cardinal Pell: Jadi adakah terdapat matlamat bagi pemilihan ini?
Richard
Dawkins: Tidak.
Cardinal Pell: Boleh
anda terangkan apa maksud tidak rambang?
Richard Dawkins: “Ya,
sudah tentu saya boleh. Ia adalah hasil kerja seumur hidup saya!
Terdapat
pembezaan genetik rawak (rambang).. dan bukan kelangsungan hidup secara rambang..
dan pembiakan bukan secara rambang. Oleh itu, kita melihat dengan perkembangan
_____________
[1] Dr. Richard Dawkins (23-3-1941 M) ialah ahli
biologi British yang mengkhusus dalam biologi evolusi dan tingkah laku haiwan
dan seorang profesor di Universiti Oxford. Beliau dianggap sebagai ahli biologi
yang berkebolehan dan mempunyai beberapa buku, termasuk: The Selfish Gene, The
Blind Watchmaker, The God Illusion, dan Teori Meme yang dia kembangkan. Juga,
dalam bukunya The Selfish Gene, dia menubuhkan secara saintifik dan sebahagian
besarnya kepentingan gen dan pertempuran sengit antara mereka dalam perjuangan
untuk terus hidup untuk gen yang terbaik.. Richard Dawkins terkenal kerana
pandangan ateistiknya dan penggunaan teori evolusi yang melampau untuk memasarkan
ateisme. Pada tahun 2006 Dawkins melancarkan sebuah yayasan yang dikenali
sebagai “Yayasan Richard Dawkins untuk Logik dan Sains,” sebuah organisasi yang
bertujuan untuk menggalakkan penerimaan ateisme dan menyokong jawapan saintifik
kepada soalan mengenai kewujudan.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 27
generasi-generasi
bahawa haiwan-haiwan semakin bertambah baik dan menguruskan hal ehwal mereka
dengan bentuk yang lebih baik.. Perkara ini bukan secara rambang pada hakikatnya,
dan ini tidak bermakna bahawa terdapat matlamat di belakangnya dalam erti kata
tujuan manusia atau prinsip yang dirancang sebelumnya. Sebagai contoh, sayap
burung mungkin kelihatan wujud untuk sebab tertentu, dan sebagai contoh pula,
mata manusia wujud untuk satu sebab..
Tetapi ia wujud
melalui pemilihan semula jadi (tabi’ei), bukan rawak (rambang). Tidak wujud sebab
kemanusiaan.. Sebaliknya, terdapat sebab yang salah, tetapi ia bukan sebab
manusia dalam erti kata bimbingan sedar, bahkan pertama sekali, saya mesti
menekankan bahawa teori evolusi Darwin adalah proses bukan rawak (rambang).
Salah satu salah
faham terbesar di mana saya kesal untuk mengatakan bahawa para agamaan telah
menipu ke dalamnya iaitu bahawa evolusi adalah proses rawak...sementara
sebaliknya adalah benar...evolusi bukanlah proses rawak (rambang).”[1]
Jelas bahawa Kardinal menyertai debat bersama Dr. Dawkins tanpa memahami
evolusi atau apa yang dikatakan oleh biologis evolusi seperti Dawkins: mengenai
evolusi adalah tidak rambang kerana ia ditadbir oleh sistem pemilihan alam
semulajadi, namun ia tidak mempunyai matlamat dalam jangka masa panjang.
__________
[1] Saluran radio Video Buku
Ilusi Atheism (04/09/2013) perbahasan oleh Dr. Dawkins dengan Kardinal Billو Richard Dawkins Adakah proses evolusi secara rawak dan tanpa
tujuan? Boleh didapati di:
http://www.youtube.com/watch?v=bifntnOm_jk
(Religion and Atheism Q & A: Adventures
in democracy 2012)
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan