Halaman

Sabtu, 29 Januari 2022

AGAMAWAN DAN SAINS BAB 1.9

Bab 1.9 Teori Penciptaan Yang Ditolak Atau Kesesimpulan Yang Boleh Diterima Oleh Kaedah Saintifik:

 

Pada hakikatnya, seseorang yang mempunyai latar belakang saintifik, walaupun sederhana, dalam persoalan evolusi dan bagaimana ia dihasilkan secara saintifik (ilmiah), atau dia membaca buku oleh saintis pakar dalam evolusi dan melihat tindak balasnya terhadap persoalan-persoalan, atau sekurang-kurangnya membaca buku yang ditulis oleh Darwin pada abad ke sembilan belas, di mana Darwin telah pun memberi hujah balas kepada pelbagai hujah anti evolusi, seterusnya meneliti pula hujah mereka yang menggelar diri mereka sebagai marajik (tempat rujuk) dan agamawan dan dia akan dapati mereka adalah orang yang bercakap tentang perkara yang mereka tidak ketahui. Mereka langsung tidak memahami tentang evolusi, atau bagaimana ia terhasil menurut ahli-ahli sains evolusi. Sebaliknya, mereka memahaminya dalam bentuk terbalik, dan kemudian mula membentuk pemahaman mereka yang songsang, dan dengan cara yang sangat dangkal dan naif, atau mereka membentangkan semula masalah Darwin yang dia sendiri kemukakan dalam bukunya dan dia sendiri yang menjawabnya, dalam menjelaskan masalah naif dan dangkal mereka dengan hukum-hukum dan kaedah pentarikhan geologi untuk menentukan dengan tepat umur batu-batan yang berada di lapisan lebih tua, walaupun ketepatan kaedah-kaedah ini tidak dapat dinafikan, atau mereka berhujah menentang Teori Evolusi dengan bertanya soalan seperti mengapa kanak-kanak yang dikhatan tidak diwarisi, dan mengapa mawas yang dilatih berjalan tidak menurunkan sifat tersebut kepada keturunannya. Apabila orang-orang biasa membaca hujah ini, iaitu orang-orang yang tidak tahu apa itu evolusi - maka mereka mungkin akan terpedaya dengannya. Namun ia adalah hujjah tidak cerdik bagi mereka yang mengetahui teori evolusi dan bagaimana evolusi berlaku. Sifat-sifat yang diwarisi oleh generasi seterusnya adalah sifat yang tertulis dalam pelan genetik organisme tersebut, bukan sifat yang diperolehi, seperti sifat-sifat yang dilatih bagi mawas berjalan atau kanak-kanak yang dikhatankan. Ini adalah sangat jelas kepada ahli biologi evolusi.

 

Di sisi yang lain, sesetengah orang yang menentang Teori Evolusi mengandaikan bahawa Biologi Evolusi menyatakan bahawa organ kompleks dan rumit seperti mata wujud melalui mutasi tunggal. Darwin sendiri tidak menyebutkan perkara ini, apatah lagi saintis moden. Mereka sepatutnya menyangkal apa yang diajarkan di universiti terkemuka di serata dunia. Universiti-universiti ini tidak mengajarkan bahawa organ kompleks dan rumit seperti mata terjadi melalui mutasi tunggal, atau malahan, puluhan atau ratusan ribu mutasi.

 

Hakikatnya mereka ini jahil berkenaan asas Teori Evolusi. Jadi orang-orang ini mempersembahkan versi rosak teori tersebut, dan memberi respon berdasarkan pemahaman rosak mereka. Ini menjijikkan para pembaca buku mereka, dan membuatkan para pembaca ini membuat kesimpulan bahawa para agamawan ini telah ditewaskan oleh teori evolusi, bahkan dihadapan gerakan ateis, sebuah gerakan yang cuba ditentang oleh agamawan menggunakan teori penciptaan dalam satu peringkat tanpa evolusi. Teori ini bukan sahaja bercanggahan dengan biologi, geologi sejarah dan arkeologi, malahan turut menyanggah makna literal teks keagamaan. Ini akan dijelaskan apabila kita membincangkan teks-teks keagamaan seperti Al-Quran, yang dengan jelas menunjukkan penciptaan terjadi dalam banyak peringkat dan melalui evolusi.

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 62

 

 

Satu soalan sudah memadai untuk meruntuhkan teori penciptaan dalam satu peringkat yang mengecualikan evolusi. Soalannya adalah seperti berikut:

 

Tiada keraguan lagi, telah terbukti melalui geologi sejarah, apabila lapisan batu-batan itu lebih tua, ia mengandungi organisme yang lebih ringkas, dan apabila lapisan batu-batan itu lebih baharu, ia mengandungi organisme yang lebih berkembang dari lapisan sebelumnya. Isunya di sini adalah isu perkembangan: digredkan daripada bakteria kepada eukariota (eukaryotes) kepada organisme multi-selular, sehingga menjadi ikan purba, kemudian melalui vetebrata dan ikan, seterusnya makhluk amfibia dan haiwan liar, kemudian menyusukan, kemudian kepelbagaian bentuk susu dan seterusnya.

 

Jadi mengapa Tuhan mencipta makhluk hidup dalam beberapa peringkat serta dalam tempoh masa yang berbeza? Dan pada setiap tempoh masa, Dia menciptakan makhluk yang lebih berkembang dari sebelumnya, sehingga menyebabkan sesiapa yang melihatnya akan mempercayai makhluk tersebut berkembang dari makhluk sebelumnya? Adakah mereka yang menafikan teori evolusi mengatakan bahawa Tuhan mahu menipu kita? Maha Tinggi Tuhan dari perkara tersebut.

 

Adakah mereka mempunyai penjelasan saintifik yang logik, selain daripada evolusi, untuk menerangkan semua peringkat ini yang berturutan mengikut masa, perkembangan dan kompleksiti?

Sebagai contoh jika kita melihat ikan paus dan dolfin yang sekarang ini tinggal di dalam air, yang dianggap telah berkembang dari mamalia yang hidup di darat, kita akan dapati - berdasarkan fosil yang telah ditemui setakat ini - sebuah rantaian perantara organisme yang muncul secara berturut-turut dalam tempoh waktu tersebut, setiap satu darinya terpisah selama jutaan tahun.

 

Mereka bermula sebagai mamalia darat, kemudian perlahan-lahan berkembang untuk tinggal di dalam air. Kita dapati setiap kumpulan berevolusi secara progresif untuk hidup selesa di dalam air, sehingga akhirnya menghasilkan ikan paus. Adakah wujud sebarang penjelasan yang logik atau jawaban mengapa Tuhan menciptakan makhluk-makhluk ini dalam tempoh masa secara berturut-turut, sehingga menyebabkan sesiapa yang melihatnya membuat rumusan bahawa ikan paus adalah hasil dari rantaian organisme ini yang muncul secara berturutan dari masa ke semasa, secara progresif ke arah kehidupan dalam air?!

 

Saya percaya tiada jawaban yang logik melainkan evolusi. Jika tidak, jawaban alternatif yang bercanggahan dengan sains adalah dengan menuduh Tuhan melakukan semua ini untuk menipu manusia, namun Maha Suci Dia dari semua pertuduhan ini.

 

Apabila kita melihat ikan paus dan dolfin, kita akan dapati mereka berenang dengan menggerakkan badan mereka ke atas dan ke bawah dengan cara yang sama mamalia darat berlari. Mereka tidak berenang seperti ikan, yang mana kebanyakan mereka berenang dengan gerakan sisi ke sisi. Apabila kita memerhatikan ikan paus, kita mendapati mereka melahirkan anak dan menyusukan melalui susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu, dengan cara yang sama dengan mamalia yang lain.

 

Kadang-kala penentang evolusi juga terpaksa menggunakan buku tulisan ahli biologi dan ahli genetik yang menentang, atau bersifat kritikal terhadap teori evolusi, tanpa mereka mengetahui bahawa sesetengah dari mereka bukanlah menafikan evolusi, namun sekadar menganggapnya sebagai sebuah proses yang terkawal, atau mereka mempersembahkannya dengan cara yang baru. Sebagai contoh, saintis berselisih tentang bagaimana mekanisme mutasi (kelajuannya, pemberhentiannya dll) memberi kesan kepada kepelbagaian biologikal. Ada perbezaan yang besar antara mereka yang mengatakan:

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 63

 

 

Perbezaannya sangat besar antara mereka yang mengatakan bahawa teori evolusi adalah benar, tetapi Tuhan mengedarkan proses evolusi, dan mereka mengatakan bahawa teori evolusi itu tidak betul,

 

Apa yang menggabungkan kedua-duanya ialah pengakuan kewujudan Tuhan dan bukannya teori evolusi itu salah. Sebagai tambahan, tidak semua kenyataan dari ahli biologi mempunyai nilai secara saintifik. Seseorang itu tidak sepatutnya hanya sekadar mempersembahkan pendapat, terutamanya pendapat yang diyakini oleh dirinya. Bukti dukungan juga perlu dipersembahkan agar manusia boleh melihat samada ia mempunyai nilai ilmiah, atau ia telah dinafikan secara saintifik, atau isunya telah diselesaikan.

Terdapat banyak universiti dan pusat kajian di seluruh dunia yang menggunapakai standard saintifik yang tepat ini dan mempunyai pakar yang menilai kertas-kertas kajian, buku dan pengkritik teori saintifik. Jika sememangnya ada kritikan saintifik yang berharga oleh pakar, universiti dan pusat kajian ini akan segera memakainya, ia akan diterbitkan dan dipromosikan, dan seminar saintifik akan diadakan untuk membincangkannya.

 

Bagaimanapun, apa yang kita lihat adalah berlawanan. Hari ini, di semua universiti ternama seluruh dunia meyakini teori evolusi adalah satu-satunya penjelasan kewujudan hidupan di bumi. Sesiapa yang mahu mencari kebenaran secara bersendirian dengan menjalankan kajian saintifik sekurang-kurangnya perlu mempunyai ilmu yang memadai dalam geologi sejarah, biologi evolusi, genetik, antropologi dan arkeologi. Mereka kemudiannya perlu membaca kritikan saintifik terhadap teori evolusi dan respon ke atasnya, agar kedudukannya menjadi kukuh dan celik secara saintifik.

 

Bagaimanapun, jika seseorang itu hanya mengatakan ada seorang ahli biologi telah memberi jawapan balas terhadap teori evolusi dalam buku tertentu, itu adalah palsu, atau sesetengah saintis telah mengatakan mengenai teori evolusi itu begini, itu adalah palsu, atau jika seseorang itu merujuk kepada individu yang bukan seorang pakar dalam menilai teori tersebut, maka ini jelas adalah pendirian yang diada-adakan dan tidak saintifik. Apabila anda membaca penilaian saintifik mereka, anda akan mendapati kadang kala mereka kurang kredibilitinya kerana mereka mengemukakan teori evolusi dengan cara yang diputarbelitkan dan songsang, lalu kemudiannya memberi respon kepadanya (dalam keadaan yang sonsang juga). Seolah-olah respon mereka adalah untuk orang-orang awam yang tidak tahu langsung tentang teori evolusi,

dan alat untuk memasarkan kajian remeh sedemikian di kalangan orang ramai bukanlah kerana ia adalah tindak balas saintifik, tetapi penulisnya memegang ijazah yang lebih tinggi dalam biologi, atau di dalam bidang yang tidak relevan dengan topik, seperti kosmologi.

 

Kesimpulannya, sesiapa yang mengatakan mahu membantah teori evolusi tidak sepatutnya mengubahnya atau memutar belitkannya. Dia harus membantah teori ini seperti mana ia dipersembahkan di universiti terkemuka di seluruh dunia hari ini, bukan seperti yang dia bayangkan, atau seperti yang dipersembahkan secara salah oleh penentang teori ini.

 

Sebuah peringatan: Saya menyedari mereka yang menolak teori evolusi telah mengulangi hujah sama yang telah dikemukakan dan seterusnya telah diberi respon oleh saintis evolusi itu sendiri. Ini sangat tidak bersesuaian untuk mereka yang mendakwa diri mereka sebagai orang berilmu dan mendakwa telah menafikan teori itu secara saintifik. Mereka patut membaca dan mengenal pasti apa yang telah direspon oleh saintis

 

 

  Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 5

 

 

evolusi terhadap penghujahan mereka, ada yang telah dibentangkan oleh Darwin sendiri pada abad kesembilan belas. Oleh itu, sesiapa yang mengulangi hujah yang sama adalah mereka yang samada:

 

1. Tidak mampu berdiskusi dan menafikan respon dari saintis evolusi kepada hujah-hujah ini, atau,

 

2. Beliau tidak membaca apa yang ditulis oleh saintis evolusi, dan tidak tahu bahawa para saintis ini adalah yang pertama mengemukakan masalah ini dan berpuluh-puluh yang lain dan memberi jawapan terhadap penghujahan ini.

 

Apa pun, adalah tidak bersesuaian bagi mereka untuk menulis sesuatu tanpa sebarang ilmu.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan