Bab 2.1 Teori Evolusi (Abiogenesis - Asal Usul dan Perkembangan)
Teori Evolusi sebenarnya terbahagi kepada dua
bahagian - atau dua teori yang hampir berbeza - yang menerangkan tentang
kemunculan, perkembangan dan evolusi hidupan di muka bumi ini. Bahagian atau
teori pertama adalah berkenaan kemunculan hidupan pertama, atau asal-usul
hidupan di bumi dari benda bukan hidup. Bahagian atau teori kedua pula adalah
berkenaan menerangkan evolusi dan perkembangan hidupan dari benih pertama
tersebut. Maka adalah logik untuk kita membincangkan asal usul kehidupan
terlebih dahulu, dan kemudian barulah kita bincangkan berkaitan perkembangan
kehidupan.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 66
Teori Evolusi Asal Usul (Benih Pertama)
Ahli biologi percaya bahawa setiap sel hidup
mengandungi bahan rahsia kehidupan yang menghasilkan replikasi (gandaan),
pertumbuhan dan pembiakan. Rahsia kehidupan tersebut adalah kromosom,
tempat di mana maklumat disimpan. Kromosom mengandungi DNA[1] yang
terdiri dari urutan bukan homogen empat nukleotida (A-T-C-G). Empat jenis
nukleotida ini mewakili huruf-huruf bahasa genetik yang digunakan untuk menulis
dan menyimpan maklumat. Maklumat ini disalin (copy) semasa proses replikasi (gandaan)
apabila DNA diduakan. Oleh kerana DNA membawa maklumat untuk mereplikasi
dirinya serta menghasilkan protein, yang menghasilkan pembiakan dan
pertumbuhan, ia bolehlah dianggap sebagai sebuah komponen yang mewakili
kehidupan.
Dan beberapa pembezaan berlaku akibat
percampuran antara DNA jantan dan betina, atau mutasi yang terjadi secara
khusus ketika proses replikasi, atau dalam kes-kes tertentu, akibat dari
serangan radioaktif.
Wujud sejenis lagi asid nukleik yang dikenali
sebagai RNA[2], yang digunakan sebagai "orang tengah"
untuk memindahkan maklumat semasa replikasi DNA dan penghasilan protein.
Maklumat di dalam DNA dibaca oleh RNA seterusnya diterjemahkan kepada samada
satu lagi salinan baru DNA agar pembiakan boleh berlaku atau diterjemahkan
kepada rantaian protein yang memberi kesan kepada bentuk dan sikap sesebuah sel
agar tumbesaran dapat terjadi. Sebagai contoh, apa yang menyebabkan sesuatu sel
membezakan diri mereka kepada sel hati atau sel perut adalah gen yang dijadikan
sebagai pelan kepada pembinaan sel tersebut. Maklumat ini ditulis dengan cara
yang teratur dan bahasa yang tepat agar maknanya dapat sampai dengan sempurna
kepada RNA. Seterusnya akan terjadi samada proses replikasi DNA atau
penghasilan rantaian protein. Maka kita mempunyai kilang-kilang pembuatan yang
didasarkan kepada sebuah pelan yang teratur dan mengikuti satu bahasa (maklumat
gen).
Wujud lebih dari satu hipotesis atau teori
abiogenesis (asal usul), salah satunya adalah sebuah kumpulan meteor membawa
asid amino melanggar bumi berbilion tahun yang lepas, membentuk sup primordial
yang terdiri dari asid amino kidal di perairan bumi, yang kemudiannya membentuk
samada protein yang mereplikasi sendiri atau RNA. Sebuah teori lagi
adalah bahan kimia yang mereplikasi sendiri wujud terlebih dahulu, sehingga
mencapai kehidupan, iaitu DNA.
______________
[1] Asid deoksiribonukleik (juga
dikenali dengan kependekan bahasa Inggerisnya DNA daripada deoxyiibonucrleic
acid) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang
menghasilkan gen. Ia kadangkalanya juga dipanggil molekul warisan atas
keadaannya yang boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk. Dalam
proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.
[2] Asid ribonukleik (ribonucleic
acid atau RNA) adalah sejenis molekul polimer penting dalam pelbagai
peranan biologi seperti pengekodan, penyahkodan, pengawalaturan, dan
pengungkapan gen. Kedua-dua RNA dan DNA ialah asid
nukleik. Asid-asid nukleik ini merupakan antara makromolekul penting untuk
semua bentuk kehidupan yang diketahui selain juga dengan lipid, protein dan karbohidrat.
Sebelum
✡✡
Kandungan
✡✡
Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan