Halaman

Isnin, 15 November 2021

Pembuktian dari Laman Rasmi Al-Mahdyoon 19.12

Bencana Hari Khamis, Dan Wasiat Rasulullah (S) Di Malam Kekewafatannya

رزية يوم الخميس ووصية رسول الله (ص) ليلة وفاته

 

Inilah Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda

Dikhabarkan kepada kami satu kumpulan (Ia adalah sekumpulan yang disebut Al-Syeikh Al-Thusi di tempat yang lain dan apa yang dikatakannya dari Abi Abdillah Al-Husayn bin Sufyan Al-Bizufariy telah dikhabarkan pada saya, dari Ahmed bin Abdun dan Al-Hussein bin Ubaidullah (Al-Ghdaúriy) darinya) Khatimah Al-Wasaail halaman 30),

عن أبي عبد الله الحسين بن علي بن سفيان عن علي بن سنان الموصلي العدل ، عن علي بن الحسين ، عن أحمد بن محمد بن الخليل ، عن جعفر بن أحمد المصري ، عن عمه الحسن بن علي ، عن أبيه ، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد ، عن أبيه الباقر ، عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين ، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد ، عن أبيه أمير المؤمنين عليه السلام قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم - في الليلة التي كانت فيها وفاته - لعلي عليه السلام : يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة . فاملا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع فقال: ،  

1. Hadits bencana hari Khamis, dan Wasiat Rasulullah (S) di malam kewafatan baginda

2. Adakah Al-Rasul (S) benar-benar tidak berniat untuk menulis suatu apa pun, tapi baginda hanya mahu menguji kata-katanya saja tidak lebih dari itu?

3. Apakah Urusan Al-Rasul (S) Adalah Urusan Bermesyuarat Dengan Para Sahabatnya?

4. Apakah Umar berpendapat lebih utama meninggalkan dari membawa tinta dan kertas?

5. Apakah Umar takut bahawa Nabi (S) menulis hal-hal manusia yang tidak boleh dijelaskan?

6. Adakah Umar takut nanti orang-orang munafik memperkecilkan kesahan penulisan wasiat itu?

7. Adakah Umar memahami Arahan Nabi (S) dengan cara yang berbeza?

8. Arahan lain dari kejadian itu, dan jawabannya

9. ... Dan aku lupa yang ketiga

10. Tetapi adakah ditulis Wasiat itu?

11. Dalil Wasiat mesti ditulis:

Pertama - Ayat-ayat Al-Quran

Kedua: Abu Bakar wasiatkan Umar dan kumpulan Umar yang cadangkan sekumpulan.

Ketiga: sabda Rasulullah (S) Akan menulis yang tidak akan tersesat selepasnya

Keempat: isi perintah itu disokong oleh Al-Quran dan banyak Hadits yang menunjukkan pelantikan kepimpinan ilahi

12. Inilah Wasiat Rasulullah (S) pada malam kewafatan baginda



  يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر إماما ومن بعدهم إثنا عشر مهديا ، فأنت يا علي أول الاثني عشر إماما سماك الله تعالى في سمائه: عليا المرتضى ، وأمير المؤمنين ، والصديق الاكبر ، والفاروق الاعظم ، والمأمون ، والمهدي ، فلا تصح هذه الاسماء لاحد غيرك . يا علي أنت وصيي على أهل بيتي حيهم وميتهم ، وعلى نسائي : فمن ثبتها لقيتني غدا ، ومن طلقتها فأنا برئ منها ، لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة ، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين الشهيد الزكي المقتول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه جعفر الصادق ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه موسى الكاظم ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الرضا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الثقة التقي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الناصح ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه الحسن الفاضل ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد عليهم السلام . فذلك اثنا عشر إماما ، ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول المقربين (وفي مصادر اول المهديين) له ثلاثة أسامي : اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد الله وأحمد ، والاسم الثالث : المهدي ، هو أول المؤمنين.

                                                                                          

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Mushili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s). 

 

1. Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah halaman 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada halaman 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s

2. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, halaman 549, hadis no. 376.

3. Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, halaman 393.

4. Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, halaman 159.

5. Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, halaman 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, halaman 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)

6. Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, halaman 370, hadis no. 59.

Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, halaman 370, hadis no. 59.

7. Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, halaman 222.

Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, halaman 294.

8. Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, halaman 71.

9. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, halaman 641.

10. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, halaman 96.

Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.

11. Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, halaman 641. 

12. Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, halaman 96. 

13. Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtashar Mu’jam Ahadits Al Imam Al Mahdi. 

Di sini, Ahmad disebut dalam Wasiat bahawa dia adalah Mahdi pertama dari Mahdi-mahdi dan Washiy Imam Mahdi (as) digambarkan juga di dalam riwayat bahawa dia adalah ((Al-Yamani)) yang wujud sekarang dan menyeru kamu semua untuk berbai’ah kepada Allah.

 

 

Kembali Ke Laman Untuk Ahl Al-Sunnah Wal-Jamaah

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan