Ahad, 27 Februari 2022

5.12 Menunjukkan Kekuasaan, Keberanian dan Keunggulan

 

Menunjukkan Kekuasaan, Keberanian dan Keunggulan

 

"Ahli ekonomi Norway, Thorstein Veblen dan dengan cara yang berbeza, ahli zoologi Israel, Amotz Zahavi telah menambah sebuah idea tambahan yang menarik. Pemberian yang bersifat altruistik boleh jadi merupakan iklan untuk menunjukkan dominasi atau ketuanan. Ahli antropologi mengenali hal ini sebagai Kesan Potlatch, dinamakan sempena sebuah adat di mana ketua suku barat laut pasifik yang bertelagah, bertanding antara satu sama lain dalam pertandingan jamuan besar yang merosakkan. Di dalam kes-kes yang ekstrem, serangan balas berterusan sehingga salah satu pihak menjadi sangat miskin, menyebabkan pihak yang satu lagi

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 295

 

 

tidak berada dalam keadaan  yang lebih baik daripadanya

Konsep Veblen berkenaan ‘pengambilan makanan yang jelas tampak mendapat persetujuan ramai pemerhati moden. Sumbangan Zahavi, yang tidak diendahkan oleh ahli biologi selama bertahun tahun sehinggalah dijustifikasikan oleh model matematikal yang cemerlang oleh ahli teori Alan Grafen, telah menyumbangkan versi evolusinari kepada idea potlatch. Zahavi mengkaji burung kicau Arab, burung kecil berwarna coklat yang tinggal dalam kumpulan sosial dan membiak bersama. Seperti banyak burung kecil yang lain, burung kicau memberi kicauan amaran serta mendermakan makanan sesama mereka. Mengikut kaedah siasatan Darwinian yang standard ke atas tindakan altruistik tersebut, pertamanya akan melihat kepada hubungan timbal balik dan kekerabatan di antara burung tersebut. Apabila seekor burung kicau memberi makan pada sahabatnya, adakah ia mengharapkan balasan dikemudian hari? Atau adakah ia penerima kepada pertolongan kerabat terdekat berdasarkan genetik? Tafsiran Zahavi adalah sangat tidak dijangkakan dan radikal. Burung kicau yang dominan akan menunjukkan sifat dominan tersebut melalui menyuap anak buahnya . Kias kepada contoh yang Zahavi gunakan, seolah-olahnya burung dominan itu berkata, ‘Lihat betapa dominannya aku, aku mampu untuk memberi kamu makan.’ atau ‘Lihat betapa dominannya aku, mendedahkan diri aku kepada bahaya helang dengan tinggal di pepohon tinggi, bertindak sebagai penjaga serta memberi amaran kepada kawanan lain yang sedang makan di bawah’  Pemerhatian Zahavi dan rakan sekerjanya mencadangkan burung kicau secara aktif saling bersaing untuk peranan merbahaya sebagai penjaga. Dan apabila burung kicau bawahan cuba menawarkan makanan kepada individu dominan, sifat kemurahan hati tersebut ditolak dengan ganas. Asas kepada idea Zahavi adalah pengiklanan ketuanan disahkan melalui kosnya. Hanya individu yang lebih superior boleh mengiklankan melalui pemberian yang berkos tinggi. Para individu membeli kejayaan, sebagai contoh untuk memikat pasangan, melalui penunjukkan ketuanan, termasuklah sifat pemurah yang ditunjuk-tunjuk dan mengambil risiko yang tampak pada umum.[1]


 

________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 220. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Sabtu, 26 Februari 2022

5.11 Reputasi

                   

Reputasi (Kemasyhuran)

 


"Saya telah sebutkan kekerabatan dan timbal balik sebagai dua rukun kembar altruisme dalam dunia Darwinian, namun wujud juga struktur kedua yang berada di atas kedua rukun tersebut. Khususnya di dalam komuniti manusia, dengan kewujudan bahasa dan gosip, reputasi adalah sangat penting. Seorang individu mungkin mempunyai sebuah reputasi bersikap baik dan pemurah. Individu lain mungkin mempunyai reputasi sebagai tidak boleh diharap, menipu dan mengkhianat perjanjian. Individu yang lain pula mungkin mempunyai reputasi sebagai seorang pemurah apabila kepercayaan telah terbina, namun menghukum dengan kejam jika ditipu. Teori altruisme timbal balik yang belum dilahirkan menjangkakan haiwan dari apa sahaja spesis untuk mendasarkan tingkah laku mereka kepada respon tanpa sedar terhadap sifat tersebut sesama mereka. Dalam masyarakat manusia, kita telah menambah kuasa bahasa untuk menyebarkan reputasi, selalunya dalam bentuk gosip. Anda tidak perlu merasai kegagalan X untuk membelanjanya minum di pub. Anda ‘terdengar khabar angin’ bahawa X adalah seorang yang kejam, atau - untuk menambah lagi komplikasi ironik kepada contoh ini - bahawa Y juga adalah seorang yang teruk. Reputasi adalah sangat penting, dan ahli biologi boleh mengiktiraf nilai survival Darwinian bukan sekadar menjadi seorang penimbal balik yang baik, malah perlu juga membentuk sebuah reputasi sebagai penimbal balik yang baik.”[1]

 

 

____________________

1. Sumber (Dawkins - The Illusion of God): ms 219. Diterjemah oleh Bassam Al-Baghdadi, diadaptasi.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

5.10 Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan Moraliti

 

Percubaan Dawkins Untuk Menjelaskan Moraliti


 

Di dalam bukunya, Delusi Tuhan, Dawkins telah cuba menjelaskan moraliti. Beliau tidak menyebutkan secara eksplisit berkenaan altruisme asli yang telah saya bincangkan sebelumnya. Bukan sahaja saya telah menunjukkan altruisme sejati tidak bisa dijelaskan oleh teori meme, teori gen penting diri, atau altruisme timbal balik, malah saya juga telah menunjukkan bagaimana ia tidak boleh dijelaskan oleh mana-mana kaedah ini.

Bagaimanapun, Dawkins tetap mencuba menjelaskan sejenis transaksi altruisme yang kita telah terbiasa dengannya di dalam kehidupan sosial kita, dengan mengatakan ia muncul apabila hukum Darwin telah tersalah, dan seterusnya ia tersebar sebagai meme budaya.  Mungkin beliau cuba menyesatkan pembaca dengan mengatakan apa yang telah beliau persembahkan itu memadai untuk menjelaskan semua jenis altruisme, sedangkan hakikatnya, ia tidak memadai untuk menjelaskan apa sahaja

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 294

 

altruisme sejati, atau altruisme tanpa balasan. Ini akan dijelaskan apabila kita membahaskan hujah-hujah Dawkins.

Setakat ini kita telah mempelajari dua jenis altruisme yang berbeza: altruisme kaum kerabat dan altruisme timbal balik. Kita juga boleh menambah padanya altruisme untuk reputasi, dan demi menunjukkan kekuasaan dan keberanian untuk menuai manfaat autoriti.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

5.9 Teori Meme

 

Teori Meme (kandungan mental) 


Teori meme adalah sebuah tesis yang dibangunkan oleh Richard Dawkins, dan ia berdasarkan konsep yang berasal dari George Christopher Williams.[1]

Kita boleh mengatakan bahawa kedua-dua Dawkins dan Williams terpaksa menggunakan teori meme sebagai percubaan untuk menyelesaikan ketidakmampuan teori gen penting diri untuk menjelaskan tingkah laku manusia yang bersifat budaya, seperti altruisme asli, sesuatu yang tidak dapat dinisbahkan kepada sifat penting diri gen atau altruisme timbal balik.  Oleh itu, ia adalah suatu percubaan mereka untuk menjelaskan dan membincangkan bagaimana kita boleh mencipta altruisme asli. Ia juga adalah sebuah percubaan untuk menyelesaikan dilema moral “determinisme” yang menjustifikasikan walaupun jenayah dari sisi pandang biologikal, memandangkan semua tingkah laku manusia ditentukan oleh gen. Dawkins mendapati, solusinya terdapat pada tesis meme, atau meme penting diri, yang beliau cadangkan untuk topik yang gagal dijelaskan oleh teori gen penting diri dan pemilihan.

Berbeza dengan tesis determinisme genetik yang disebutkan sebelumnya, tesis meme oleh Dawkins mencanangkan bahawa kita sekarang mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengawal sifat penting diri genetik. Dengan kata lain, kita sekarang sudah cukup merdeka untuk menghalang gen dari mengawal kita sepenuhnya sebagai mesin survival yang fana, yang dipergunakan oleh gen-gen ini untuk terus hidup. Adalah lebih baik jika saya biarkan Dawkins untuk membahaskan isu ini:

 

___________________

1. George Christopher Williams (12 Mei 1926 - 8 September 2010), seorang ahli biologi evolusi Amerika, Profesor Emeritus Biologi di Universiti Negeri New York di Stony Brook.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 287

 

 

“Otak, bagi para reduksionis,[a] (bergenetik ditakdirkan) adalah objek biologi khusus yang sifatnya menghasilkan tingkah laku yang kita dapat perhatikan dan keadaan pemikiran atau niat yang kita simpulkan dari tingkah laku tersebut.. Posisi tersebut adalah, atau sepatutnya, selari sepenuhnya dengan prinsip sosiobiologi yang dikemukakan oleh Wilson dan Dawkins.  Walaubagaimanapun, untuk memakai prinsip tersebut akan melibatkan mereka dengan dilema membahaskan sifat bawaan tingkah laku manusia yang mana, menjadi manusia liberal dilihat tidak menarik kepada mereka (dendam, indoktrinasi dll) dan kemudiannya mereka terjerat dengan kebimbangan etika liberal berkenaan tanggungjawab untuk perlakuan jenayah, jika perlakuan ini, sepertimana perlakuan yang lain, telah ditentukan secara biologikal. Untuk mengelakkan masalah ini, Wilson dan Dawkins telah menghujahkan kemahuan bebas (free will) yang membolehkan kita untuk menentang kemahuan gen kita jika kita mahukan... Ini pada asalnya membentuk kembali kepada Cartesianisme yang tidak tahu malu, kepada penceroboh berganda.”

Saya fikir Rose dan rakan-rakannya (kalau begitu) menuduh kita menggabungkan dua perkara yang bercanggah. Sama ada kami (determinis genetik - bergenetik takdiran) atau kami percaya (kehendak bebas) dan kami tidak boleh mempunyai kedua-duanya. Namun - dan di sini saya mengandaikan saya bercakap bagi pihak Profesor Wilson dan diri saya sendiri - hanya di mata Rose dan rakan sekerjanya, kami adalah determinis genetik (bergenetik takdiran) Apa yang mereka tidak faham adalah (sangat jelas, namun sukar untuk diberi kredit) sangat berkemungkinan untuk mengatakan gen memberi pengaruh statistikal ke atas tingkah laku manusia sementara dalam masa yang sama mempercayai pengaruh tersebut boleh diubah, diatasi atau diterbalikkan. Gen perlu memberikan pengaruh statistikal terhadap mana-mana corak tingkah laku yang berevolusi melalui pemilihan semulajadi. Diandaikan bahawa Rose dan rakan sejawatnya bersetuju yang keinginan seksual manusia telah berevolusi melalui pemilihan semulajadi, sama seperti perkara lain yang berevolusi melaluinya. Oleh itu, mereka perlu bersetuju bahawa wujud gen yang mempengaruhi keinginan seksual  - dengan cara yang sama ia mempengaruhi perkara yang lain. Namun mereka tidak mempunyai sebarang masalah menahan keinginan seksual mereka apabila perlu berbuat demikian secara sosial. Mengapa ini disebut sebagai dualis? Hakikatnya ia bukan satu bentuk dualis. Seperti mana juga ia bukanlah satu bentuk dualis untuk saya memperjuangkan pemberontakan ‘ke atas kezaliman replikator yang mementingkan diri’, Kita, yakni otak kita, cukup berbeza dan merdeka dari gen kita untuk melakukan pemberontakan ke atas gen tersebut. Seperti yang sedia maklum, kita melakukan perkara ini paling sedikit dengan menggunakan pencegah kehamilan. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh memberontak dengan cara yang lebih besar juga.[1]

 

Meme itu di sisi budaya adalah ibarat gen di sisi biologi. Jika gen adalah maklumat yang boleh diwarisi, yang dipindahkan di dalam kromosom, meme pula adalah beberapa budaya yang dipindahkan di kalangan makhluk hidup, di mana kumpulan dan individu belajar

 

___________________

[a] pent. reduksionis: 1. mencerakin data yngg kompleks menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yg kurang kompleks

[1] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen Keakuan): ms 336

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 288

 

 

dari satu sama lain, satu demi satu generasi. Otak adalah mesin penyimpanan dan pemindahan. Di dalam tesis meme, ia memainkan peranan sebagai bekas sup primordial (malah mungkin sup itu sendiri), di mana replikator pertama yang kemudiannya berevolusi kepada DNA terbentuk.

Oleh itu, Meme adalah beberapa jenis budaya (lisan atau bukan lisan, perbendaharaan kata bahasa, pakaian, tingkah laku dan seterusnya) yang ditiru di kalangan individu haiwan atau masyarakat manusia. Tesis meme telah digunakan untuk menjelaskan perkembangan budaya manusia, dengan mengatakan bahawa meme yang terpilih akan dipindahkan di kalangan individu. Sebagai tambahan, sesetengah ahli biologi menganggap meme - contohnya seperti perbendaharaan kata yang bersifat linguistik atau budaya - sebagai salah satu sebab mengapa manusia memperolehi otak superior yang membolehkan mereka meniru meme dengan lebih baik dari segi kuantiti dan kualiti, yang kemudiannya bergantung kepada saiz dan kualiti otak.

Umumnya, tesis meme boleh dianggap sebagai satu percubaan untuk menjelaskan loncatan kebudayaan dan ketamadunan di dalam sejarah manusia yang tidak dapat dijelaskan semata-mata oleh gen dan evolusi biologikal.

 

“Saya mempunyai perasaan simpati terhadap sikap ini, dan saya tidak merasa ragu bahawa wujud kelebihan genetik hasil dari memiliki otak seperti kita. Walaubagaimanapun, saya merasakan rakan-rakan sejawat tersebut, jika mereka melihat dengan teliti asas kepada andaian mereka, maka akan didapati mereka juga punya banyak soalan seperti saya. Secara asasnya, sebab mengapa ia adalah polisi yang baik untuk kita cuba menjelaskan fenomena biologikal dari sisi pandang kelebihan gen adalah kerana gen merupakan replikator. Sebaik sahaja sup primeval menyediakan keadaan yang mana molekul boleh membuat salinan diri mereka, replikator itu sendiri akan mengambil alih. Selama lebih tiga ribu juta tahun, DNA adalah satu-satunya replikator yang layak dibincangkan dalam dunia ini. Namun ia tidak semestinya memegang hak monopoli pada setiap masa. Apabila muncul keadaan di mana replikator jenis baharu boleh membuat salinan diri mereka sendiri, replikator itu cenderung untuk mengambil alih dan memulakan evolusi jenis baharu. Apabila evolusi jenis baharu ini bermula, ia akan menjadi patuh-perintah kepada evolusi yang lama. Evolusi lama yang telah dipilih oleh gen, dengan membangunkan otak, ia telah menyediakan sebuah ‘sup’ di mana meme pertama tercipta darinya. Apabila meme yang membuat salinan kendiri telah tercipta, evolusi mereka yang lebih pantas akan bermula. Kami para ahli biologi telah menggabungkan idea evolusi genetik dengan sangat mendalam sehingga kami cenderung untuk lupa ia hanyalah salah satu dari pelbagai jenis evolusi.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 289

 

 

Peniruan, dari erti kata yang luas, adalah cara di mana meme boleh membuat salinan.”[1] 

 

Malah, dalam percubaan untuk menjelaskan tempoh pendek yang dialami manusia dalam pembangunan budaya, dan demi untuk menjustifikasikan sebarang loncatan dalam budaya dan ketamadunan, Dawkins telah mengandaikan meme boleh mempunyai kesan yang sangat pantas, tidak seperti kesan perlahan gen.

 

“Saya fikir suatu replikator yang baru telah muncul baru-baru ini di bumi. Ia sedang melihat kita secara bersemuka. Ia masih diperingkat awal, masih hanyut secara cemerkap di dalam sup purba, namun ia telah pun mencapai perubahan evolusi dengan pantas pada kadar yang meninggalkan gen tua jauh di belakang.”[2] 

 

Pemindahan dan pembangunan meme bergantung kepada konsep peniruan dan pereplikasian. Kemunculan mereka kadang-kala bergantung kepada penciptaan mereka apabila diperlukan, atau apabila terjadi ralat ketika proses peniruan, yang seterusnya membawa kepada kemunculan meme baru. Inilah caranya bagaimana meme menjadi pelbagai dan berpindah antara individu haiwan atau manusia.

Meme adalah bahan budaya yang bisa direplikasikan, sementara haiwan dan manusia adalah mesin replikasi yang melakukan proses replikasi, memuliharanya, bekerja dengannya dan memindahkannya pada individu yang lain. Mesin-mesin ini berevolusi - apabila mutasi genetik ke arah penambahbaikan telah tersedia - berdasaran meme dan perkembangan, penggandaan dan pengumpulan mereka. Ia boleh menjadi salah satu sebab untuk membangunkan penambahbaikan gen. Ini menjelaskan saiz dan kualiti otak kita, maka bolehlah dikatakan bahawa perkembangan budaya mempunyai pengaruh ke atas pertambahan saiz otak serta kualiti evolusinya, kerana ia adalah satu faktor yang membawa ke arah tersebut.

 

Perbezaan tingkah laku kumpulan - kita sangat suka menyebutkan sebutan ini untuk perbezaan budaya - turut dilaporkan dikalangan cimpanzi, babun, macaques dan banyak primat yang lain. Sebagai contoh, suatu kumpulan monyet mungkin tahu cara untuk memakan telur burung, sementara kumpulan lain tidak mengetahui caranya, walaupun dari spesis yang sama. Primat seperti ini mempunyai beberapa dozen suara atau jeritan, yang digunakan untuk komunikasi dalam kumpulan, yang mempunyai maksud seperti “lari, ada pemangsa.” Namun bunyi jeritan berbeza dari kumpulan ke kumpulan yang lain: wujud loghat berbeza.

 

_______________________

[1] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen Keakuan): 314-315

[2] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen Keakuan): ms 313

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 290

 

 

Sebuah eksperimen yang lebih mengejutkan telah dilaksanakan secara kebetulan oleh ahli primat Jepun yang cuba untuk menyelesaikan masalah lebihan populasi dan kelaparan di dalam komuniti macaque di sebuah pulau di selatan Jepun. Ahli antropologi telah meletakkan bijirin gandum pada pantai berpasir. Sebetulnya, adalah sangat sukar untuk mengasingkan bijirin gandum satu per satu dari butir pasir; usaha itu sendiri mungkin menggunakan lebih tenaga dari yang dapat diberikan oleh makanan tersebut. Namun, seekor macaque yang bijak bernama Imo, mungkin, secara tidak sengaja atau marah, telah membaling segenggam bijirin itu ke dalam air. Hasilnya adalah, gandum itu akan timbul sementara pasir akan tenggelam, suatu perkara yang disedari oleh Imo. Melalui proses pengasingan tersebut, ia dapat memakan dengan baik (walaupun ianya adalah gandum yang basah). Walaupun macaque yang lebih tua tidak mengendahkan Imo, monyet yang lebih muda nampaknya memahami kepentingan penemuan Imo, maka mereka menirunya. Di dalam generasi seterusnya, amalan tersebut tersebar luas; hari ini, macaque di pulau tersebut sangat cekap melakukan proses penapisan, sebuah contoh tradisi budaya dikalangan monyet.


Kajian sebelumnya berkenaan Takasakiyama, sebuah gunung di timur laut Kyushu yang dihuni oleh macaque, turut menunjukkan corak yang sama di dalam evolusi kebudayaan. Pelancong Takasakiyama telah membaling karamel dibalut kertas pada monyet-monyet - sebuah amalan biasa di zoo Jepun, namun tidak pernah dialami oleh Macaque di Takasakiyama. Ketika bermain-main, beberapa monyet muda telah menemui cara untuk membuka bungkusan karamel itu dan memakannya. Ilmu tersebut telah dipindahkan dengan jayanya kepada rakan-rakannya, ibu-ibu mereka, jantan-jantan dominan (yang mana di kalangan macaque bertindak sebagai penjaga) dan akhirnya, kepada remaja-remaja mereka yang terasing dari anak-anak monyet. Proses akulturasi / pembudayaan ini mengambil masa lebih dari tiga tahun.”[1] 

 

Secara umumnya, isu meme dan fakta yang menunjukkan ianya dicipta atau ditiru dari individu lain apabila diperlukan bukanlah unik kepada manusia. Bagaimanapun, tesis atau teori meme - yang boleh menerangkan pemindahan sesuatu budaya - tidak dapat menjelaskan penciptaan sesuatu budaya khusus jika tidak ada keperluan individu untuk budaya tersebut. Isu ini menjadi lebih genting apabila budaya ini memberi bahaya kepada individu dan gennya.

Kami sangat memberatkan soalan berikut: bolehkah teori meme atau tesis menjelaskan perkara yang paling penting dalam budaya manusia, khususnya sifat uniknya, seperti altruisme asli, yang tidak boleh dijelaskan oleh teori gen penting diri?

Hakikatnya, teori meme sama sahaja tidak mampu menjelaskan altruisme asli, bukan sahaja kerana tidak ada manfaat yang akan didapati oleh si altruis atas altruismenya sehingga ia menjadi sebuah budaya ciptaan atas dasar keperluan, namun juga kerana altruisme asli adalah ciri-ciri yang negatif untuk gen individu. Ia adalah sifat yang tidak boleh dipilih oleh semulajadi kerana

 

_____________________

. 1. Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution of Human Intelligence): ms 82

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 290

 

 

ia bercanggahan dengan kepentingan gen individu.

Gen tidak mampu menjelaskan sifat altruisme asli, kerana ia adalah sifat yang berlawanan dan merupakan musuh ketat kepada gen individu. Meme juga tidak mampu menjelaskan sifat ini, kerana sebagai sebuah meme kebudayaan, ia tidak akan mampu untuk wujud, apatah lagi berjaya tersebar, kerana ia adalah sifat berlawanan dan musuh kepada struktur penting diri yang telah terbina kukuh pada kita oleh sifat penting diri gen, yang membentuk kita sebagai suatu entiti yang mementingkan diri, demi menjamin survival mereka. Tidak wujud sebarang pengecualian terhadap sifat penting diri para entiti (contohnya, badan kita), kecuali bagi kes altruistik  yang terbina hasil dari sifat penting diri genetik itu sendiri, atau altruisme timbal balik, yang telah kami jelaskan sebelumnya. Ini termasuklah sifat altruisme ibu bapa kepada anak-anak mereka, dan kelawar pontianak yang memberi makan kepada jirannya di dalam gua, yang berdasarkan prinsip, “kau tolong aku hari ini, aku tolong kau esok”. Altruisme jenis ini tidak mempunyai kaitan dengan altruisme asli.

Di dalam bukunya, The Selfish Gene (khususnya dalam bab berkenaan meme), Dawkins tidak membahaskan isu ini, walaupun ia adalah isu paling penting berkenaan tajuk ini. Ateis ini tidak perlu, demi membuktikan keabsahan kaedahnya, untuk mencadangkan sebuah teori yang menjelaskan penciptaan unit budaya apabila ianya diperlukan atau menghasilkan manfaat, yang kemudiannya ditiru dan dipindahkan. Apa yang diperlukan dari beliau adalah untuk menjelaskan budaya yang unik kepada manusia, seperti altruisme, sebab kemunculannya dan prinsip disebaliknya.

 

“Adalah berkemungkinan untuk sebuah lagi kualiti unik manusia adalah kemampuan untuk altruisme yang asli, tidak berkepentingan dan sejati. Saya berharap sedemikian, namun saya tidak akan menghujahkan kes ini, mahupun berspekulasi berkenaan kemungkinan evolusi memenya.”[1]

 

Bolehkah kita menganggap kenyataan ini sebagai sebuah pengakuan oleh Dawkins bahawa beliau tidak mampu untuk memberikan penjelasan logika untuk altruisme asli yang berselari dengan teori ateistiknya? Adakah wajar untuk memikirkan, sebagai contoh, yang beliau mempunyai sebuah penjelasan untuk isu paling penting yang membatalkan doktrin ateistik beliau, namun beliau memilih untuk mengabaikannya? Saya tinggalkan soalan ini kepada para pembaca untuk menjawabnya.

 

Dawkins meneruskan dengan berkata:

 

“Point yang saya cuba nyatakan adalah walaupun jika kita melihat pada sisi gelap dan mengandaikan individu manusia secara asasnya memang mementingkan diri, pandangan jauh dan kepekaan kita, kapasiti kita untuk melakukan simulasi masa hadapan

 

_______________________

[1] Sumber (Dawkins - The Selfish Gene - Gen Keakuan): ms 323

                                               

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 292

 

 

di dalam imaginasi kita, mungkin dapat menyelamatkan kita dari sifat penting diri paling buruk milik pereplikator yang buta. Kita sekurang-kurangnya mempunyai kelengkapan mental untuk memperkukuhkan kepentingan diri jangka panjang kita, daripada sekadar kepentingan jangka pendek. Kita mampu melihat manfaat jangka panjang dalam melibatkan diri dengan ‘konspirasi merpati’, dan kita boleh bersama-sama duduk membincangkan cara untuk menjayakan konspirasi ini.”[1]

 

Di dalam semua kes kita melindungi kepentingan diri kita, tanpa mengira asasnya adalah budaya dan memik atau genetik, dan samada kepentingan diri ini adalah bersifat jangka pendek atau panjang, hakikatnya kita masih bersikap mementingkan diri, dan bukan bersifat altruistik. Altruism sementara demi kepentingan diri yang bersifat jangka panjang tidak menukar fakta bahawa ia masih bersifat penting diri dan berniat untuk mencapai suatu kepentingan, walaupun ia bersifat jangka panjang, seperti halnya altruisme demi mencapai reputasi. Akibatnya, tingkah laku seperti ini tidak boleh menjadi penjelasan yang valid bagi altruisme asli, tidak berkepentingan dan hakiki.

 

Dawkins menyambung:

 

“Kita mempunyai kemampuan untuk melawan gen penting-diri yang dilahirkan bersama kita, dan jika perlu, meme penting-diri yang mengindoktrinasi kita. Malah kita mampu membincangkan cara untuk, dengan sengaja, memupuk dan membentuk altruisme asli dan tidak berkepentingan, seeuatu yang tidak pernah wujud dalam sejarah dunia ini. Kita dibina sebagai mesin gen dan dididik sebagai mesin meme, namun kita mampu untuk menentang pencipta kita. Hanya kita, di bumi ini, mampu memberontak ke atas kezaliman replikator yang penting diri.”[2]

 

Ya; bagaimanapun,

sebuah sifat yang menentang survival gen individu tidak boleh berkembang dan terbentuk dalam diri kita seterusnya tertegak dalam alam semulajadi,

kerana ia adalah sifat yang bercanggahan dengan sifat penting diri kita sebagai mesin survival yang dibina oleh gen.

 

________________

1. Sumber yang sama.

2. Sumber yang sama.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 293

 

 

Dan ia adalah sifat yang bekerja melawan arus kepentingan gen individual.

Ini adalah isu yang tidak dapat diberi respon secara saintifik oleh para ateis.

Sebuah sampan tidak boleh bergerak melawan arus tanpa mendayung untuk mengatasi arus deras yang menghanyutkan semua kepingan kayu yang lain - atau kita boleh sebutkan, menghanyutkan semua organisme lain kecuali manusia- dan pastinya, tiadalah dapat kita mendayung melainkan wujud seorang pendayung.

Berdasarkan bukti-bukti saintifik, kita sepatutnya menerima dan mengakui kewujudan seorang pendayung. Kewujudan pengaruhnya yang sangat kuat telah terbukti kepada kita berdasarkan gerakan kita melawan arus deras serta pemberontakan kita terhadap kezaliman gen kita.

Apabila kita menyebutkan seorang pendayung, kami tidak maksudkannya sebagai Tuhan. Malah, pendayung itu adalah jiwa atau roh. Pastinya, membuktikan kewujudannya adalah salah satu cara membuktikan alam kerohanian, dan hasilnya, membuktikan kewujudan Tuhan.

Sebab mengapa kita tidak dapat melihat jiwa dengan mata kasar kita adalah mudah: ia berada di alam yang tidak sama dengan alam material dan fizikal kita sekarang. Berkenaan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kita secara fizikal, ia boleh diterangkan secara saintifik, sekurang-kurangnya melalui tenaga lintas-alam, seperti yang akan kita lihat dalam Bab 6. Wujud kemungkinan untuk satu alam mempengaruhi alam yang lain, sebagaimana wujud kemungkinan satu entiti di suatu alam memberi kesan kepada entiti di alam lain, walaupun tanpa hubungan terus, material yang dapat dilihat terjadi antaranya. Dengan cara yang sama, kita boleh memahami pengaruh alam jiwa pada alam material kita ini.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Jumaat, 25 Februari 2022

5.8 Teori Evolusi Biologikal Itu Sendiri Memperjelaskan Isu ini

 

Teori Evolusi Biologikal Itu Sendiri Memperjelaskan Isu ini

 

Penjelasan ini adalah berdasarkan hukum evolusi yang sama. Telah dihipotesiskan bahawa pemilihan semulajadi telah memperhalusi semua perkara dalam diri kita agar hanya gen penting diri yang mempengaruhi tingkah laku manusia. Umumnya, menurut sesetengah orang, wujud sebab-sebab biologikal untuk tingkah laku manusia. Bagi mereka, otak telah memberikan sebuah penjelasan yang memadai untuk ciri-ciri tingkah laku manusia.

Malahan, tesis ini sangat mengarut apabila dipertimbangkan dari sisi moral, kerana ia bersifat deterministik (Kepercayaan hanya kepada takdir ilahi). Jika kita mahu mengaplikasikannya pada realiti, maka ia akan menjustifikasikan pandangan ekstremisme, kesesatan dan jenayah. Penjenayah melakukan jenayah kerana wujud sebab biologikal yang mendorong beliau berbuat demikian, dan seorang dermawan pula memberi sumbangan kerana wujud sebab biologikal yang mendorong beliau berbuat demikian. Tesis ini gagal menjelaskan tingkat laku manusia apabila mereka mengekang keperluan biologikal mereka dan apa yang diarahkan oleh gen mereka kerana pandangan kemasyarakatan atau ideologi tertentu, dan ia juga gagal menjelaskan moral tulen dan sebenar (ia tidak mempercayai kewujudannya)

Sebagai contoh, pemilihan semulajadi telah memperhalusi altruisme kita dengan memihak kepada sifat altruisme yang berkhidmat demi keberterusan hidup gen, contohnya seperti altruisme ibu bapa terhadap anak, atau altruisme timbal balik.

Namun isu ini hanya menjelaskan altruisme yang melibatkan manfaat genetik, dengan kata lain bermaksud, gen-lah yang membina sifat tersebut di dalam organisme di sepanjang perjalanan evolusi, kerana ia adalah jalan yang lebih baik untuk memindahkan gen kepada generasi seterusnya. Inilah halnya bagi altruisme ibu bapa terhadap anak-anak mereka, dan kaum kerabat terhadap satu sama lain, memandangkan mereka umumnya mempunyai jumlah gen terkongsi yang lebih besar.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 286

 

 

Sebagai tambahan, ini juga menjelaskan altruisme dengan mengharapkan balasan di masa akan datang, seperti kelawar pontianak yang memuntahkan darah dan mendermakannya kepada kelawar lapar lain yang tidak dapat mencari mangsa pada mana-mana malam, dengan harapan ia akan dilayan dengan cara yang serupa apabila dirinya menghadapi kesukaran.

Walaubagaimanapun, tesis ini, yang digunapakai oleh ramai ahli biologi, tidak dapat menjelaskan altruisme asli yang tidak didasarkan kepada sifat penting diri genetik atau pengharapan kepada balasan. Ia tidak boleh menjelaskan budaya moral unik yang muncul secara tiba-tiba dalam sejarah terkemudian manusia (iaitu beberapa ribu tahun yang lepas).

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

5.7 Teori atau Tesis Yang Dicadangkan Untuk Menjelaskan Loncatan Kebudayaan Manusia

 

Teori atau Tesis Yang Dicadangkan Untuk Menjelaskan Loncatan Kebudayaan Manusia

 

Bukanlah urusan kami untuk mempersembahkan teori yang menjelaskan pembesaran otak, atau kebarangkalian penggunaan otak untuk berfikir, mencipta peralatan memburu dan lain-lain. Ini adalah isu yang telah dijelaskan sebelumnya. Bagaimanapun, kami akan menjelaskan teori yang dibayangkan oleh sesetengah orang sebagai mampu menjelaskan kemunculan dan tersebarnya budaya manusia dengan cara yang boleh diterima. Semua teori ini menjelaskan tentang imitasi dan pindahan unit kebudayaan namun tidak mampu menjelaskan berkenaan kemunculan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 285

 

 

 

dan ketersebaran suatu budaya. Malah, mereka perlu menjelaskan awal kemunculan budaya manusia yang unik dan dasar elemennya yang paling signifikan, termasuklah standard moral yang tertinggi, seperti altruisme tulen (bukan berdasarkan sifat penting diri genetik) dan keadilan, sehingga mencapai tahap ketersusunan dan pembinaan sebuah tamadun. Sebaliknya, jika sebuah tesis itu tidak dapat menjelaskan kemunculan budaya unik pada manusia seperti altruisme, maka tanpa ragu, ia pasti akan gagal menjelaskan tentang budaya unik manusia itu sendiri.

Sekarang kita akan mempertimbangkan tesis-tesis ini, meneliti setiap satu darinya, dan melihat apa yang ia boleh dan tidak boleh jelaskan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

5.6 Budaya Homo Sapiens

 

Budaya Homo Sapiens

 


Ada dua jenis makhluk mirip manusia yang berevolusi dari Homo erektus Afrika dan berjaya mengharungi beberapa ratus ribu tahun yang lalu. Dua makhluk tersebut adalah Neanderthal Eropah dan sekumpulan kecil Homo sapiens, sesetengah darinya telah bermigrasi melalui Bab El-Mandeb dan kemudian memenuhi bumi ini. Walaupun Neanderthal mempunyai purata saiz otak yang lebih besar dari Homo sapiens, mereka tidak mengembangkan sebuah budaya atau ketamadunan seperti Homo sapiens yang berhijrah dari Afrika. Ikatan sosial yang wujud di antara Homo sapiens tidak wujud dalam kumpulan Neanderthal. Kurang lebih tiga puluh lima ribu tahun yang lalu di Eropah, Homo sapiens telah membina tugu dan hasil seni untuk meluahkan diri mereka, sementara Neanderthal tidak mampu mencapai tahap tersebut. Jadi, apakah faktor yang telah menyusup masuk ke dalam kumpulan kecil tersebut yang berhijrah keluar melalui Bab El-Mandeb? Apa yang telah terjadi terhadap kumpulan terpilih tersebut, sehingga mampu menghasilkan generasi yang bisa memenuhi bumi ini.

Adakah ada yang mampu mencadangkan sebuah hipotesis yang membolehkan soalan ini dijawab? Hakikatnya, tidak wujud penjelasan saintifik yang mencukupi berkenaan apa yang terjadi kepada minda Homo Sapiens yang berhijrah dari Afrika. Neanderthal telah hidup selama ratusan ribu tahun di Eropah namun tidak mampu mencipta apa-apa perkembangan budaya atau ketamadunan, malahan tidak juga dalam hal kehidupan sosial, bahasa atau lukisan. Apa yang mampu dicapai oleh Neanderthal hanyalah mencipta peralatan ringkas batu, dan wujud spekulasi samada benar atau tidak mereka adalah pereka asal, memandangkan mereka mungkin mempelajari hal ini dari Homo

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 284

 

 

 

Sapiens yang berhijrah ke Eropah. Pada masa yang sama, kita dapati dalam tempoh kurang dari enam puluh ribu tahun, penghijrah Homo sapiens telah mencapai tahap merekodkan hukum moral pada tablet tanah liat yang telah sampai kepada kita melalui bangsa Sumer. Adakah boleh kita mengabaikan hakikat wujud satu perubahan mendadak yang terjadi pada makhluk duniawi ini, yang telah menyebabkan ia bersikap dengan cara tersusun, dan bukan cara haiwani seperti di masa lalu, sehingga dia mula bercucuk tanam, berpenghasilan, mengembala binatang, pembinaan, menyusun atur kehidupan sosial, berbicara dan seterusnya, menulis? Apa yang menyebabkan manusia menjadi berkembang secara signifikan, sementara Neanderthal di Eropah tidak berkembang walaupun mereka mempunyai otak yang lebih besar?

Wujud satu rahsia yang telah menyebabkan loncatan kualitatif yang sangat jelas di dalam Homo sapiens, dan ia tidak boleh dinisbahkan kepada saiz otak semata-mata, atau sekadar mencapai atau melebihi isipadu kritikal otak. Sesetengah saintis menjelaskan perbezaan manusia dan keseluruhan haiwan yang lain berdasarkan nisbah saiz antara otak dan badan. Walaubagaimanapun, jika isunya bergantung kepada otak yang besar, maka pasti Neanderthal akan berkembang, kerana ia mempunyai purata saiz otak yang lebih besar dari manusia moden (Homo sapiens), malah pada waktu tertentu, sepuluh peratus lebih besar. Walaubagaimanapun, berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh manusia moden, Neanderthal tidak mempunyai apa-apa pencapaian.  Manusia moden telah merekodkan budaya dan kehidupan sosial mereka di Eropah, sementara Neanderthal tidak merekodkan apa-apa yang berharga. Malah, kehidupan sosial Neanderthal juga sangat ringkas. Mereka tidak mempunyai ikatan seperti manusia moden, yang mempunyai kecenderungan untuk kehidupan sosial. Oleh itu, tidak ada jalan lain melainkan mengakui sesuatu yang baru telah memasuki persamaan ini, menyebabkan kemajuan intelektual dan kebudayaan, serta kemajuan ketamadunan yang telah membuatkan manusia moden (Homo sapiens) mengambil loncatan kebudayaan dan ketamadunan, yang mana antara ciri paling terserlah yang direkodkan adalah cita-cita moral tertinggi, seperti altruisme dan keadilan.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya