Halaman

Rabu, 23 Februari 2022

BAB 5: PRINSIP KESAN DAN AKIBAT PADA MANUSIA

 

Mesin Kecerdikan Superior: Otak Manusia

 

Sebelum ini saya telah tunjukkan bahawa otak sebagai sebuah mesin kecerdikan (kecerdasan) memberikan bukti yang kukuh bahawa evolusi itu bermatlamat. Gen terbaik adalah gen yang membangunkan mesin kecerdikan, kerana ia adalah mesin survival terbaik dalam persaingan untuk terus hidup. Setiap kali gen akan membina sebuah mesin kecerdikan muncul dalam kehidupan, evolusi akan menambahbaik gen tersebut sehingga ia bergerak ke arah kecerdikan yang lebih baik. Ini membuktikan evolusi itu bermatlamat, dan ini mencukupi untuk membuktikan kewujudan Tuhan di sebalik matlamat ini.

Banyak teori telah dicadangkan untuk menerangkan pertumbuhan otak yang pantas dan berterusan pada nenek moyang manusia dalam beberapa juta tahun yang lepas, sehingga ia mencapai kemampuan otak Homo sapiens. Semua teori ini merumuskan satu kenyataan: otak adalah mesin survival yang terbaik. Oleh itu, apabila keadaan yang bersesuaian telah tersedia,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 266

 

 

dan apabila mutasi menyediakan gen untuk penambahbaikannya, samada dari sisi saiz atau kualiti, tanpa ragu, ia akan bergerak pantas ke arah penambahbaikan.

Otak adalah mesin survival yang ideal untuk sesuatu organisme, namun kos ekonomi untuk badan adalah sangat tinggi, kerana ia memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi berbanding bahagian badan yang lain. Otak yang lebih berkembang menyebabkan badan secara keseluruhannya memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Sama juga, wujud sebuah persamaan yang menyatakan bahawa, bila-bila sahaja penambahbaikan kepada mesin ini melalui mutasi genetik mampu membantu badan mengumpul lebih banyak makanan agar mencukupi dan mampu untuk membiak, atau memberi kebarangkalian yang lebih tinggi untuk selamat dari sebarang ancaman, atau mempersiapkan kemampuan komunikasi yang lebih tinggi, maka pastinya pemilihan semulajadi akan gen mutan seperti ini akan dibangunkan secepat yang mungkin. Dengan cara ini, otak akan berkembang, selama mana mutasi genetik ke arah penambahbaikan tersedia. Otak adalah mesin survival yang ideal, dan itulah sebabnya ia normal untuk pemilihan semulajadi untuk terus mengevolusikan mesin kecerdikan milik organisme, sehingga setiap penambahbaikan yang diberikan oleh mutasi genetik telah habis digunakan.

Mungkin perkara paling penting yang telah membezakan nenek moyang manusia di Afrika sejak beberapa juta tahun yang lepas adalah kehidupan sosial mereka. Mereka memburu dalam masa yang sama, menyatukan kekuatan mereka dan dapat terus hidup dengan lebih baik dalam kumpulan. Komunikasi yang baik antara individu adalah penting untuk membina kumpulan berjaya yang akan terus hidup. Untuk mencapai perkara ini, manusia memerlukan bahasa yang terus menerus berkembang demi memenuhi keperluan komunikasi tersebut.

Setiap generasi baru akan tercipta lebih banyak perkataan dan maklumat yang perlu untuk diingat berbanding generasi sebelumnya. Dengan masa, perkataan itu dan maklumat itu bertambah kerumitannya, dan mungkin berevolusi dan bertambah. Pada awalnya, bahasa mungkin hanya terdiri dari bahasa isyarat dan beberapa bunyi yang bertambah sedikit demi sedikit, serta menjadi lebih kompleks, lalu seterusnya menambah keperluan untuk menambahbaik mesin memori, iaitu otak.

Bila-bila sahaja mutasi genetik memberikan penambahbaikan ini, gen penambahbaikan itu tidak dapat mengelak dari dipilih dan dibangunkan dengan utuh oleh pemilihan semulajadi. Ini kerana individu yang membawa gen penambahbaikan ini dapat terus hidup, membiak dan mewariskan gen mereka kepada generasi seterusnya. Gen untuk penambahbaikan otak, samada dari sisi saiz atau kualiti, telah terus bertambah dan membangun di dalam kolam gen yang wujud dalam alam semulajadi. Saiz otak bertambah sedikit demi sedikit dengan cara ini.

Satu-satunya penjelasan tepat yang dipunyai oleh ahli biologi berkaitan keberadaan mutasi penambahbaikan otak yang banyak sekali, yang mungkin hanya terjadi pada nenek moyang manusia sahaja, khususnya beberapa juta tahun yang lepas (dua juta tahun yang lepas secara khusus), adalah fakta yang terkenal diberikan oleh rekod fosil: kelajuan evolusi secara umumnya adalah tidak konsisten, bagi sebuah corak yang tampak pada evolusi. Wujud pemberhentian sementara atau separa pemberhentian, namun dalam masa yang sama, wujud juga evolusi berkelajuan tinggi, dari standard evolusi, bersama dengan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 267

 

 

pemberhentian sementara ini. Bagaimanapun, corak evolusi ini tidak dapat menjelaskan bagaimana mutasi genetik telah menyediakan mutasi penambahbaikan berturut-turut pada tempoh masa tertentu, serta pada kepantasan yang tinggi berbanding sejarah evolusi yang perlahan. Ini kerana, apabila kita bercakap tentang kelajuan evolusi, atau kelajuannya ke arah penambahbaikan khususnya, ia seolah-olah kita menyatakan wujud mutasi genetik yang pantas bergerak ke arah penambahbaikan. Kedua-dua isu ini, mutasi dan evolusi, bergerak selari dan saling berkait, kerana tanpa mutasi genetik, tidak akan wujud evolusi. Fakta yang menunjukkan mutasi genetik telah melakukan sejumlah mutasi penambahbaikan yang menakjubkan, tersedia kepada suatu spesis yang khusus, pada tempoh waktu yang khusus, tidak dapat ditaakul oleh mereka yang mengatakan mutasi genetik adalah seratus peratus rambang.

Kita boleh mengatakan perkara ini sebagai bermatlamat dan disengajakan, kerana mutasi genetik telah memberikan penambahbaikan yang bersifat kualitatif dan kuantitatif khusus untuk otak manusia, dalam tempoh waktu yang sangat baharu, maka adalah tidak logik untuk menisbahkan ia semata-mata kepada nasib.

Mengapa mutasi genetik menyediakan begitu banyak mutasi penambahbaikan kualitatif dan kuantitatif kepada otak manusia, khususnya dalam tempoh waktu yang baharu (kurang lebih dua juta tahun)?!

Mengapa mutasi penambahbaikan otak tidak tersedia untuk organisme lain, seperti chimpanzi?!

Seorang ahli biologi evolusinari mungkin akan memberi jawapan dengan membuat hipotesis bahawa mutasi ini turut diberikan kepada chimpanzi dan haiwan lain, namun ia sangat berkos tinggi dari segi ekonomi, kerana otak memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk bekerja. Oleh itu, sebarang penambahbaikan kepada otak bukan sekadar bermakna suatu organisme itu lebih mampu untuk memperoleh makanan, melarikan diri dari musuh dan terus hidup pada umumnya, malah ia juga bermakna lebih banyak tenaga dan nutrisi yang diperlukan, sekaligus meletakkan haiwan tersebut dalam risiko yang lebih besar. Oleh kerana chimpanzi tidak tegak pada dua kaki (bipedal), ia tidak dapat memperolehi manfaat ideal mutasi ini agar mereka boleh terpilih, inilah sebabnya gen ini tidak dibangunkan di dalam kolam gen chimpanzi. Sebaliknya, disebabkan manusia tegak pada dua kaki, maka manfaat mutasi ini melebihi kosnya. Oleh itu, ianya terpilih dan dibangunkan di dalam kolam gen manusia.

Bagaimanapun, jawapan ini masih menunjukkan evolusi itu bermanfaat dan direka untuk mencapai matlamat khusus memandangkan berdasarkan respon ini, setiap langkah evolusi terbina dengan cara yang menyerupai susunan puzzle. Penambahbaikan kuantitatif dan kualitatif berterusan pada otak demi menghasilkan otak yang lebih superior adalah langkah yang hanya dicapai pada manusia, kerana ia terbina dari langkah sebelumnya, iaitu bipedalisme (tegak pada dua kaki). Otak yang superior hanya tercapai setelah bipedalisme dicapai, maka perkara ini adalah perkara tersusun, bukan rambang. Evolusi kuantitatif dan kualitatif otak dalam

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 268

 

 

waktu terdekat ini (dalam dua juta tahun yang lepas) memerlukan langkah awal yang perlu dipersiapkan sebelumnya. Tanpa langkah-langkah ini, pia tidak mungkin akan terjadi, walauun mutasi penambahbaikan yang sesuai tersedia. Ringkasnya, ini bermakna, tanpa mengira bagaimana proses evolusi berlaku, ia tetap akan menghasilkan manusia, atau,  makhluk bipedal berintelektual yang mempunyai kecerdikan superior, kerana mutasi dan proses pemilihan pasti akan menghasilkan haiwan bipedal. Sebaik sahaja mutasi dan pemilihan menghasilkan haiwan ini, otak akan berevolusi secara mendadak dari segi saiz dan kualiti, untuk menghasilkan suatu haiwan dengan otak yang superior: manusia. Oleh kerana mutasi dan pemilihan mesti akan mencapai peringkat ini lambat atau cepat, kita pasti akan mencapai hasil ini: manusia moden atau Homo Sapiens.

Jika seseorang itu tidak mahu menerima hasil ini secara keseluruhan, mereka tidak boleh melarikan diri dari menerima apa yang telah saya tunjukkan dengan bukti yang kukuh: tanpa mengira apa jalan yang diambil, kehidupan yang telah melalui proses evolusi pasti menghasilkan kecerdikan dengan cara tertentu, selagi diberi masa yang mencukupi.

Apa yang tidak dapat dipisahkan dari pendapat Carl Sagan dan saintis lain berkenaan kecerdikan, samada mereka mengakuinya atau tidak, adalah kehidupan dan evolusi mempunyai matlamat. Inilah satu-satunya makna yang boleh diambil dari hakikat bahawa mesin kecerdikan adalah tujuan yang perlu dicapai semua hidupan yang berevolusi, tanpa mengira di mana ia wujud dalam alam ini.

 

“Jumlah peradaban maju dalam galaksi Bima Sakti hari ini bergantung kepada banyak faktor, dari jumlah planet per bintang sehinggalah kepada kebarangkalian asal usul kehidupan. Namun sebaik sahaja kehidupan bermula di dalam persekitaran yang jinak dan tersedia berbilion tahun masa  untuk evolusi, ramai dari kami menjangkakan kewujudan makhluk cerdik.”[1]

 

Bagaimanapun, wujud mereka yang menolak mesin kecerdikan sebagai hasil pasti kewujudan kehidupan. Stephen Hawking[2] berkata:

 

“Jadi mengapa kita tidak mempunyai pelawat dari planet lain? Mungkin wujud makhluk yang maju diluar sana, yang sedar akan kewujudan kita, namun membiarkan kita kekal primitif. Bagaimanapun, agak meragukan mereka akan merasa belas kasihan dengan bentuk hidup

 

_____________________

[1] Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution of Human Intelligence): ms 136

[2] Professor Stephen Hawking adalah seorang ahli fizik teoretikal terkenal. Beliau adalah seorang profesor matematik Lukasian di Universiti Cambridge, kedudukan yang kali terakhir dijawat oleh Isaac Newton. Antara sumbangan saintifik terbesar beliau adalah berkenaan teori radiasi lubang hitam.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 269

 

berdarjat rendah seperti kita: Adakah kita merasa risau dengan betapa banyak serangga dan cacing tanah yang kita pijak dengan kaki kita? Penjelasan yang lebih waras adalah kemungkinan yang sangat rendah berkenaan samada wujud kehidupan yang sedang berkembang di planet lain atau wujud kecerdikan berkembang dari hidupan tersebut. Kerana kita mendakwa diri kita cerdik, namun mungkin tanpa sebarang bukti, kita cenderung untuk melihat kecerdikan sebagai hasil yang pasti wujud dari evolusi. Bagaimanapun, seseorang itu boleh mempersoalkan perkara ini. Nilai kecerdikan untuk kelangsungan hidup adalah tidak jelas. Bakteria hidup dengan berjaya tanpa kecerdikan dan akan terus kekal lebih lama dari kita jika “kecerdikan kita” menyebabkan kita pupus dalam perang nuklear. Jadi, dalam kita menerokai galaksi kita, kita mungkin akan menjumpai kehidupan primitif, namun mungkin kita tidak akan menjumpai makhluk seperti kita.”[1]

 

Hakikatnya bantahan Hawking dan ramai lagi tidak boleh digunakan untuk menentang apa yang kami mahu buktikan sebelumnya, kerana kami tidak mahu membuktikan mesin kecerdikan adalah mesin terbaik untuk badan terus hidup dalam semua keadaan, termasuk keadaan ekstrem. Sebaliknya, apa yang kami mahu buktikan hanyalah mesin kecerdikan adalah mesin survival terbaik dalam persaingan antara makhluk sebaya untuk makanan dan keberterusan hidup di sepanjang perjalanan proses evolusi, maka evolusi pasti akan menghasilkan mesin kecerdikan jika masa yang mencukupi tersedia.

Agar diskusi ini kekal secara saintifik dan tepat, ia perlu dihadkan kepada kesan-akibat yang diberikan oleh mesin kecerdikan kepada organisme di sepanjang perjalanan evolusi, dan membandingkannya dengan mesin kecerdikan yang lain dalam persaingan untuk makanan dan keberterusan hidup. Dalam kes ini, kita pasti akan menyimpulkan bahawa mesin kecerdikan adalah mesin kelangsungan hidup yang ideal.

Diskusi ini, walaupun bersifat fiksyen, adalah berkenaan bakteria atau organisme eukaryotik bersel tunggal. Jika mesin kecerdikan muncul dalam sesetengah organisme kerana mutasi, ia akan mempunyai kelebihan survival berbanding mesin survival yang lain dari sisi seperti kepantasan atau senjata biologikal dalam hal mendapatkan makanan dan melepaskan diri dari musuh. Oleh itu, evolusi akan memilih mesin kecerdikan serta terus mengevolusikannya dan begitulah seterusnya. Isu ini telah selesai dan tiada jalan keluar untuk Hawking, Dawkins dan yang lain, melainkan dengan mengandaikan kewujudan hidupan yang dibekukan di dalam fosil hidup bakteria. Ini adalah andaian imaginari dan tidak boleh dicapai secara realistik, selagi wujud mutasi penambahbaikan dan masa yang mencukupi untuk membangunkannya.

 

________________

[1] Sumber (Stephen Hawking - Alam semesta dalam cangkerang walnut): ms 156

  

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 270

 

 

Hakikatnya, walaupun pada tahap kekeliruan yang dikemukakan oleh Hawking dan yang lain, kita boleh mengatakan bahawa sebaik sahaja bakteria menyertai perlumbaan persaingan untuk survival bersama dengan organisme yang memadai kecerdikannya, kecerdikan akan menang, tanpa ragu. Bukti terbaik untuk perkara ini sedang terjadi dalam bidang perubatan. Adakah Hawking meragui kepintaran kita yang membolehkan kita menang ke atas bakteria yang menyerang badan kita, dan menghapuskan banyak jenis bakteria di mana-mana tempat yang kita pilih, contohnya seperti di bilik bedah? Bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk kita membayangkan manusia di suatu hari nanti akan mampu untuk memusnahkan sebarang jenis bakteria atau mikroorganisma eukariotik di bumi ini secara keseluruhannya.

Saya percara sekarang isu ini telah selesai, bahawa selagi wujud evolusi, ia akan mempunyai matlamat dan matlamatnya adalah untuk menghasilkan mesin kecerdikan. Malahan, selagi wujud matlamat ini, maka pasti wujud pembuat hukum yang bermatlamat di balik tabir yang mahukan agar matlamat tersebut dicapai. Walaupun kita tidak dapat melihat Dia dengan mata kita, di sini kita telah melihat Dia dengan intelek kita dan dengan mesin kecerdikan yang dihasilkan dari mesej yang dihantarNya - mesej yang mewujudkan kita sebagai jasad biologi yang berintelek.

Sememangnya bermanfaat untuk manusia menggunakan mesin kecerdikan ini untuk mencapai teori mekanik kuantum, prinsip ekuivalensi dan seterusnya, penghasilan tenaga nuklear. Setakat ini, mesin kecerdikan tidak pernah salah. Jika kita menggunakan mesin kecerdikan, ia tidak akan menyuruh kita membina senjata nuklear dan meletupkannya di bumi ini.  Jika wujud perang nuklear, pastinya ia bukan hasil dari mesin kecerdikan. Sebaliknya, sebuah perang nuklear tidak akan terjadi melainkan kecerdikan manusia dibekukan. Mesin kecerdikan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan tidak bijak yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menyerang Jepun dengan senjata nuklear.

Saya percaya adalah tidak adil bagi mesin kecerdikan untuk dipertanggungjawabkan untuk tindakan yang terjadi apabila ia telah dibekukan.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan