Halaman

Khamis, 24 Februari 2022

5.2 Sebuah Pandangan

 

Sebuah Pandangan

 

Haiwan berkongsi kemampuan kita untuk berfikir dan memberi respon. Wujud banyak contoh perkara ini di dalam alam haiwan, dan contoh paling jelas mungkin adalah kemampuan Mawas Besar dan kemampuan mereka untuk menggunakan alat seperti batu dan pohon pokok. Chimpanzi mampu mempelajari bahasa isyarat dan mampu menggunakan bahasa dengan pintar. Mereka mampu mengenalpasti dengan tepat musuh mereka, atau sesiapa sahaja yang menganggu mereka atau membahayakan mereka, malah mereka akan cuba untuk menyerang jika diberikan

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 271

 

 

peluang. Chimpanzi dalam beberapa eksperimen telah menunjukkan mereka mempunyai kemampuan untuk berfikir, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian. Orangutan mempunyak kebolehan meniru dan belajar.

Alfred Russel Wallace,[1] seorang yang turut sama menemui teori evolusi, menyatakan:

 

“Bahawa bayi orangutan[2] mempunyai sikap yang sangat sama seperti bayi manusia dalam keadaan tertentu.” [3]

 

Kepintaran orangutan untuk bersembunyi daripada mereka yang berinteraksi dengan mereka.

 


Pakar psikologi Beatrice dan Robert Gardner dari University of Nevada telah mendapati bahawa farinks dan laring cimpanzi tidak sesuai untuk pertuturan manusia.............

Pasangan Gardners menghasilkan idea yang bernas: Ia mengajarkan seekor chimpanzi Bahasa Isyarat Amslan Amerika, atau kadangkala dikenali sebagai “bahasa pekak dan bisu”. Ia sangat sesuai dengan keupayaan anatomi cimpanzi dan juga mempunyai semua ciri penting bahasa pertuturan....... Apabila Washoe - cimpanzi ujian - pertama kali melihat seekor itik mendarat (terapung) di dalam kolam, Washoe memberi isyarat “burung air”, iaitu frasa sama yang digunakan dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain, namun dicipta oleh Washoe untuk peristiwa tersebut. Lava, seekor cimpanzi ujian, tidak pernah melihat buah bulat selain epal, tetapi dia tahu bahasa isyarat untuk warna asasnya, setelah melihat seorang juruteknik makmal makan buah oren, dia telah melakukan isyarat “epal jingga”. Setelah merasa buah tembikai, Lucy - cimpanzi ujian - menyifatkannya sebagai “air gula-gula” atau “air buah” yang pada asasnya sama bentuk dengan perkataan bahasa Inggeris watermelon”. Namun setelah mulutnya merasa sakit kerana memakan lobak panas, Lucy selamanya menyebutkan ia sebagai “makanan sakit menangis”. Apabila anak patung diletakkan secara tidak sengaja pada cawan Washoe, ia memberi respon “bayi di dalam minuman saya”. Apabila Washoe membuang air besar pada samada pakaian atau perabot rumah, beliau diajar perkataan kotor”, yang kemudiannya dia kembangkan sebagai terma umum untuk mencela. Apabila monyet tertentu mengganggunya akan diberikan bahasa isyarat: “monyet kotor, monyet kotor, monyet kotor.” Kadang kala Washoe akan mengusik penyelia seperti Si Jack yang kotor, berikan aku minuman.” Lava menggambarkan jurulatihnya dengan berkata, "Kotoran hijau", dan Lucy dapat membezakan antara Roger yang mengusik Lucy dan Lucy yang mengusik Roger, sambil berlatih mana-mana aktiviti dengan penuh semangat.

 

___________________

[1] Alfred Wallace (1823-1913) naturalis British. Dia dianggap sebagai penemu bersama teori evolusi melalui pemilihan semula jadi dengan Darwin. Wallace menemuinya secara bebas daripada Darwin dan Wallace menghantar artikelnya kepada Darwin.

[2] Terdapat dua cabang evolusi beruk besar yang berasingan, satu daripadanya berakhir dengan gorila dan cimpanzi, dan satu lagi berakhir dengan orang utan, iaitu perkataan daripada bahasa Melayu atau Melayu, yang bermaksud manusia hutan.

[3] Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution of Human Intelligence).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 272

 

 

Cimpanzi dan haiwan primat lain (selain manusia) telah mempelajari bahasa isyarat selain daripada hiburan. Di Pusat Penyelidikan Primat Yerkes di Atlanta, Georgia, haiwan itu mempelajari bahasa komputer khas yang dipanggil “Yerkish”. Lava - cimpanzi - memerhati ayatnya sambil ia dirakam oleh komputer dan memadamkan kesalahan tatabahasanya. Pada suatu ketika, semasa Lava sedang membentuk ayat yang kompleks, jurulatih sengaja memasukkan beberapa kali perkataan yang merosakkan maksud ayat Lava. Lava melihat skrin komputer dan melihat jurulatih itu di atas mejanya, seterusnya menulis ayat yang baru: Tolong, Wahai Tim, keluar dari bilik .......................

Adalah mungkin untuk mengharapkan perkembangan bahasa pada cimpanzi dalam beberapa hayat jika semua cimpanzi menjadi tidak dapat berkomunikasi dan kehilangan keupayaan mereka untuk hidup atau membiak. Bahasa Inggeris asas terdiri daripada kira-kira seribu patah perkataan, dan terdapat cimpanzi yang mampu menggunakan seratus patah perkataan, dan mungkin selepas beberapa generasi cimpanzi boleh bercakap, pembaca akan dapat menulis memo mereka dalam bahasa Inggeris atau Jepun dengan frasa sebagai cimpanzi memberitahunya kepada orang tertentu!!

 

Jika chimpanzi mempunyai kewarasan, jika mereka mampu untuk memahami sesuatu yang abstrak, bukankah mereka juga sepatutnya mempunyai apa yang kita sebut sekarang sebagai “hak asasi manusia”? Sehingga ke tahap mana seekor chimpanzi itu harus pintar untuk kita menganggap pembunuhannya sebagai jenayah yang setaraf dengan membunuh manusia lain? Sifat apa lagi yang perlu mereka tunjukkan sebelum para mubaligh agama dapat menganggap mereka sebagai layak untuk cuba didakwahkan?

 

Baru-baru ini saya telah diiringi dalam sebuah makmal kajian primat yang besar oleh pengarahnya. Kami menghampiri sebuah koridor panjang, dengan chimpanzi yang terkurung. Ada satu, dua atau tiga kurungan, dan saya pasti penginapan di situ boleh dicontohi untuk institusi sebegitu (atau zoo tradisional). Apabila kami menghampiri kurungan yang paling hampir, kedua-dua chimpanzi di dalamnya menunjukkan gigi mereka dan dengan ketepatan yang tinggi, meludah sehingga membasahi sedikit baju pengarah fasiliti tersebut. Mereka kemudiannya mengeluarkan beberapa jeritan pendek, yang kemudiannya diulangi oleh chimpanzi yang lain, yang sememangnya belum lagi melihat kami, sehingga keseluruhan koridor itu digegarkan dengan jeritan dan ketukan palang. Pengarah itu memaklumkan kepada saya bahawa jika begitu keadaannya, bukan ludahan sahaja yang akan terbang, malah mungkin objek lain; maka atas nasihat beliau, kami berundur dan ini mengingatkan saya. saya dari filem-filem tahun tiga puluhan dan empat puluhan di mana banduan menghentak peralatan makanan pada sangkar besi mereka apabila warden yang kejam muncul.

 

Semua chimpanzi itu sihat dan diberi makan yang cukup. Jika mereka “hanya sekadar” binatang, haiwan yang tidak mampu memahami perkara abstrak, maka perbandingan yang saya buat dengan filem tersebut hanyalah sekadar kebodohan sentimental. Namun chimpanzi mampu memahami perkara abstrak. Seperti mamalia lain, mereka mampu menonjolkan emosi yang kuat.......... Keupayaan kognitif cimpanzi mengenakan kepada kita beberapa piawaian moral yang

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 273

 

 

mesti diambil kira, serta diharapkan dapat membantu perspektif etika kita terhadap penduduk bumi dan malah terhadap penduduk tertinggi di angkasa lepas, jika mereka wujud.[1]

 

Kesemua kenyataan di atas, jika benar perincian yang beliau sebutkan, tidak sama sekali bermakna manusia hanyalah jasad haiwan yang berevolusi dari jasad-jasad yang mendahuluinya. Idea bahawa haiwan dan kita mempunyai daya pemikiran dan kemampuan memahami abstrak pada tahap rendah adalah isu yang diakui oleh agama, sekurang-kurangnya oleh Islam. Perkara berikut disebutkan di dalam Quran:

﴿حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ ............ ‏ وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ ............ فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ

 [Hingga apabila mereka sampai ke "Lembah-Semut", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari"............ Dan Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? ............Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata: "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.”[2]

 

﴿وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

[Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.][3]

 

Jika kita memahami evolusi, maka kita pastinya mempercayai kemampuan berfikir manusia telah berevolusi mengikut masa selari dengan evolusi otak manusia dari segi saiz dan kualiti. Bagaimanapun, ia adalah kemampuan yang unik apabila dibandingkan dengan keseluruhan haiwan. Kami telah menunjukkan sebelumnya bahawa evolusi mesin kecerdikan adalah bukti kepada matlamat pasti evolusi di bumi ini. Kemudian kami juga telah menunjukkan bagaimana kelajuan relatif evolusi otak manusia sejak dua juta tahun yang lalu dan transformasinya kepada sebuah otak superior adalah bukti otak kita secara khusus adalah matlamat evolusi. Apabila kita boleh membuktikan evolusi itu bermatlamat, maka kita telah membuktikan kewujudan Tuhan di sebaliknya.

Sekarang kami ingin berpindah topik dari mesin kecerdikan kepada hasil mesin kecerdikan, di mana kita dapat lihat dengan jelas, apa yang membezakan kita secara budaya dari keseluruhan binatang.

Sekarang kami ingin membuktikan kewujudan Tuhan melalui budaya unik tersebut secara khusus, dan bukan melalui kemampuan berbeza manusia untuk mempunyai sebuah kehidupan sosial atau persefahaman, dan perkembangan kaedah bahasa

 

________________

[1] Sumber (Sagan - Reflections on the Evolution of Human Intelligence).

[2] Al-Quran Al-Karim Surah An-Naml: Ayat 18-22

[3] Al-Quran Al-Karim Surah Al-An’am Ayat: 38

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 274

 

 

yang mendampinginya. Wujud banyak haiwan yang mempunyai kehidupan sosial yang tersusun pada pelbagai peringkat, seperti semut, lebah, dubuk, singa, chimpanzi dan orangutan. Mereka mempunyai kaedah bahasa untuk saling memahami antara satu sama lain, termasuklah penggunaan bahasa isyarat oleh lebah dan organisme yang lebih rendah darjatnya dari chimpanzi.

Oleh itu, kajian kami ke atas budaya manusia dan indikasinya pada kewujudan Tuhan tidak akan sama sekali menyentuh berkenaan otak atau mesin kecerdikan, atau kemampuan untuk berfikir dan kemampuan pengabstrakan. Sebaliknya, ia akan menanggapi budaya unik manusia yang muncul secara tiba-tiba beberapa ribu tahun yang lepas, serta budaya tersebut menunjukkan kewujudan Tuhan. Budaya ini mewakili sebuah sistem moral hidup yang maju. Kita dapat mengenalpasti budaya ini dengan jelas berdasarkan beberapa aspek yang telah memasuki kehidupan manusia pada waktu yang spesifik: memberi hak kepada orang lain, menegakkan hukum-hukum yang relevan dengan hal ini dan altruisme sejati yang tidak dibina di atas sifat genetik mementingkan diri atau mengharapkan manfaat. Ini termasuklah membina asas untuk ilmu, kemajuan dalam standard kehidupan, termasuk hukum-hukum jenayah, pembacaan, penulisan, sistem pengiraan dan lain-lain. Kami mahu menunjukkan semua ini datang melalui ajaran dari luar dan perubahan radikal yang terjadi secara tiba-tiba dalam sejarah manusia.

Petikan berikut adalah pengakuan yang jelas oleh Dawkins bahawa isu ini datang dari pengajaran, dan ia jelas bercanggah dengan biologi kehaiwanan yang mengawal jasad haiwan kita:

 

“Saya tidak menyokong moraliti berdasarkan evolusi. Saya hanya menyatakan bagaimana perkara-perkara ini telah berevolusi. Saya tidak mengatakan bagaimana kita manusia harus bersikap secara moral. Saya ingin menekankan perkara ini, kerana wujud bahaya disalah faham oleh orang-orang ini, yang terlalu ramai bilangannya, yang tidak dapat membezakan antara sebuah kenyataan kepercayaan mengenai sesuatu perkara, dan sokongan terhadap apakah perkara itu sebenarnya. Saya merasakan masyarakat manusia yang berasaskan semata-mata kepada hukum mementingkan diri yang kejam milik gen kita akan menjadi sebuah masyarakat yang tidak baik untuk hidup di dalamnya. Namun malangnya, tanpa mengira betapa kita membenci sesuatu perkara, ia tidak dapat menafikan kebenaran. Buku ini ditulis dengan niat untuk menjadikan ia sebagai sebuah buku yang menarik, namun jika anda mahu mengambil pengajaran darinya, maka bacalah ia sebagai amaran. Sedarlah bahawa jika anda seperti saya, ingin membina sebuah masyarakat di mana semua individu di dalamnya bekerjasama dengan sifat pemurah dan tidak mementingkan diri ke arah kebaikan bersama, jangan mengharap sangat dari sifat biologikal. Mari kita cuba mengajarkan kemurahan hati dan altruisme, kerana kita dilahirkan dengan sifat mementingkan diri.  Mari kita cuba memahami apa yang dirancang oleh gen penting-diri milik kita, kerana kita mungkin mempunyai peluang untuk merosakkan rekaannya,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 275

 

 

sesuatu yang tiada spesis lain dapat melakukannya.”

 

Kita perlu mempelajari altruisme, dan inilah yang akan saya bincangkan dalam bahagian seterusnya. Bersama, kita akan cuba membongkar siapa yang mengajarkan kita altruisme, atau dari mana kita mempelajarinya, iaitu sifat yang sangat bercanggah dengan komposisi biologikal kita yang bersifat penting diri, yang seterusnya membawa kita kepada sifat genetik yang penting diri.

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan