Dua Ulasan: Hak-Hak Haiwan
Persoalan berkenaan hak-hak haiwan dan
menghormati haiwan telah disebutkan oleh Dr. Sagan - malah kemampuan mereka
untuk memahami agama sehingga ke tahap tertentu, yang membuatkan mereka layak
menerima petunjuk agama pada darjat mereka - ini diakui oleh Islam dan Quran,
atau sekurang-kurangnya aliran ajaran Keluarga Muhammad (as). Di dalam Quran
dan Sunnah Nabi serta para Imam (as), telah diajarkan bahawa haiwan-haiwan juga
adalah umat-umat seperti kita, dan mereka harus dihormati.
﴿وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ
بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا
فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ
إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ﴾
[Dan tidak seekor pun
binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan
kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan
sesuatu pun di dalam kitab ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan
kepada Tuhan mereka.] [1]
Keluarga Muhammad (as) menyebutkan bahawa
adalah suatu perkara yang dibenci (makruh) kepada seseorang yang membesarkan
seekor biri-biri dengan kasih sayang namun kemudian menyembelihnya, kerana biri-biri
tersebut telah terbiasa menerima kasih sayang dari mereka. Ini buktinya bahawa
Islam sebenar seperti yang diajarkan oleh Ahl Al-Bayt menganggap biri-biri mempunyai
perasaan dan emosi yang mesti dihormati.
____________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-An’am ayat 38
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 276
untuk menyembelihnya, ia melihat pada ku, dan
meminta belas dan kasihanku, namun aku tetap menyembelihnya.” Lalu (Abu
Al-Hassan (as)) berkata kepadanya, “Aku tidak menyukai tindakan kamu. Jangan
membesarkan seekor darinya dan kemudian menyembelihnya.”[1]
Adapun penyampaian agama, di peringkat para
nabi (as) dan Washi, sudah pasti banyak binatang yang mendengar seruan mereka.
Di dalam Quran kita mempunyai kisah-kisah seperti burung hud-hud dan semut
dalam kisah Sulaiman (as).
____________________
[1] Sumber (Al-Hurr Al-Amili Wa Saail Al-Syi’ah),
jilid 24, halaman 92
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan